Saturday, October 25, 2008

Nyata Suara Mahasiswa Di Ketepikan

Nyata Suara Mahasiswa Di Ketepikan


Tanjong Malim UPSI : Itulah yang berlaku dalam pemilihan tampuk kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI apabila suara mahasiswa tidak di pandang sebagai elemen penting dalam pemilihan jawatankuasa mereka semalam. Mengapa ini terjadi? UPSIonline menjangkakan suatu keputusan yang adil dan telus akan berlaku. Nyata sekali serpihan PRO ASPIRASI mendominasi MT MPP dan jawatan2 penting lain.


Apakah perancangan mereka selepas ini? menjadikan golongan 'kebajikan' sebagai budak suruhan atau pendatang di tempat kelahiran sendiri? Nyata tiada keadilan dalam pemilihan yang berlaku semalam. Kita menanti suara pelajar UPSI menuntut keadilan selepas ini kerana hak mereka juga tidak boleh di pertikaikan.


Struktur kabinat yang berat sebelah walaupun nyata kerusi umum di dominasi kebajikan beserta undian terbanyak:


Yang DiPertua :
Mohamad Hairie bin Abdullah
Timbalan Yang DiPertua :
Nor ‘Ain Bt. A. Razak
Naib Yang Dipertua :
Syaiffuldin bin Mohamad Setiausaha Agung : Mohd Razik bin Khalid
Pen. Setiausaha Agung :
Muzaitul Akmar bin Mohammad
Bendahari :
Muhammad Asree bin Abd Aziz
Pen. Bendahari :
Muhamad Nazarul Hazwan Bin Abd Razak
Exco Ekonomi & Keusahawanan :
Mohd Fitri bin Amil, Nurul Illyana bt Mohamad Exco Kebajikan & Kemasyarakatan : Mohd Zulhilmi Bin Mohd Noor, Adriyani binti Yamin
Exco Perhubungan Awam & Antarabangsa :
Armadi bin Derus, Bornifes
Exco Sukan & Rekreasi :
Mohd Nor Faiz bin Mat Ali, Siti Nor Hazliza binti Rosli
Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah : Akmal bin Madzir, Norhafizawati binti Mahmad Rozali
Exco Penerbitan & Informasi : M
ohd Firdaus bin Mohd Fauzi, Siti Khairiah binti Jajuli
Exco Kesenian & Kebudayaan : Norhisham bin Che Hamid, Mohd Hanif Azwan Bin Ab Rahman
Exco Akademik & Kerjaya : Arif bin Mohamad, Nur Aqilah Hanis binti Mohd Yusof
Exco Perpaduan & Integrasi : Lee Sun ju, Punethan

*P/S: Nama yang di boldkan merupakan serpihan PRO ASPIRASI

Thursday, October 23, 2008

KEPUTUSAN RASMI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

KEPUTUSAN RASMI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

SESI 2008/2009

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


WAKIL UMUM


1. AKMAL BIN MADZIR
2. NOR’AIN BINTI A. RAZAK
3. ARIF BIN MOHAMAD
4. MUHAMAD NAZARUL HAZWAN BIN ABD RAZAK
5. NUR AQILAH HANIS BINTI MOHD YUSOFF



WAKIL FAKULTI

FAKULTI PERNIAGAAN & EKONOMI

1. SYAIFFULDIN BIN MOHAMAD
2. NURUL ILLYANA BINTI MOHAMAD

FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI


1. MOHD HANIF AZWAN B AB RAHMAN
2. NORHAFIZAWATI BINTI MAHMAD ROZALI


FAKULTI SAINS KOGNITIF & PEMBANGUNAN MANUSIA

1. MOHD FITRI BIN AMIL
2. MOHD ZULHILMI BIN MOHD NOOR


FAKULTI SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN

1. MUHAMMAD ASREE BIN ABDUL AZIZ
2. ADRIYANI BINTI YAMIN


FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

1. MOHD RAZIK BIN KHALID
2. MUZAITUL AKMAR BINTI MOHAMMAD


CALON – CALON YANG MENANG TANPA BERTANDING


FAKULTI BAHASA

1. MOHD HAIRIE BIN ABDULLAH
2. SITI KHAIRIAH BINTI JAJULI


FAKULTI SAINS SUKAN

1. SITI NOR HAZLIZA BINTI ROSLI
2. MOHD NOR FAIZ BIN MAT ALI


FAKULTI SENI & MUZIK

1. MOHD FIRDAUS BIN MOHD FAUZI
2. NORHISHAM BIN CHE HAMID


* KEPUTUSAN RASMI INI DI KELUARKAN OLEH PENGARAH SURUHANJAYA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2008 / 2009

PRK Upsi: Kumpulan Kualiti dilaporkan mendahului Kebajikan

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Hrkh) - Pilihan Raya Kampus di Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi) hampir melepasi fasa terakhirnya iaitu sesi bantahan.

Iklan




Menurut maklumat awal yang diterima Harakahdaily, keputusan pengundian setakat ini dimenangi kumpulan yang membawa moto 'kualiti' dengan mendapat 13 kerusi mengatasi hanya lapan kerusi yang diperolehi kumpulan 'kebajikan'.

Kumpulan kebajikan hanya mendapat tiga kerusi daripada kawasan umum dan lima dari kawasan fakulti iaitu satu dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, dua dari Fakulti Sains dan Teknologi, satu dari Fakulti Sains Kognitif dan satu dari Fakulti Seni dan Muzik.

Jumlah kerusi yang dipertandingkan ialah 21 kerusi, enam menang tanpa bertanding iaitu Fakulti Seni Muzik, Bahasa dan Sains Sukan. Empat lagi kerusi etnik akan dijalankan kemudian.

Peratus pelajar yang keluar mengundi adalah 61.15 atau seramai 7339 pelajar, yakni kurang berbanding tahun lepas yang mungkin dipengaruhi faktor cuaca hujan lebat.

Jumlah pelajar yang paling ramai membuang undi adalah daripada Fakulti Sains Kognitif dan paling sedikit dari Fakulti Seni dan Muzik.

Keputusan penuh diumumkan Dato' Naib Canselor di SITC jam 7.00 petang semalam.

Masa pengundian sepatutnya bermula sekitar jam 8.30 pagi, namun terpaksa bermula lewat iaitu kira-kira jam 8.45 pagi akibat masalah sistem pengundian iaitu e-voting tergendala sehingga pada jam 9.20 pagi pengundian terpaksa dihentikan, hanya dapat diteruskan semula sekitar jam 9.45 pagi.

Selain itu masa mengundi juga dianjak sehingga jam 7 malam. Sehingga tengah hari, masih terdapat flyer diedarkan walaupun ia diingatkan supaya tidak berbuat demikian.

Calon yang dapat undi terbanyak adalah calon umum, Akmal Madzir yang membawa moto kebajikan dengan 4124 undi daripada fakulti sains dan teknologi.

Berdasarkan pemerhatian, kemenangan beberapa calon daripada kumpulan kebajikan ini telahpun dijangka kerana Fakulti Sains dan Teknologi serta Fakulti Sains Kognitif mempunyai pelajar paling ramai.

Calon kumpulan Kebajikan yang menang, empat dari Fakulti Sains dan Teknologi dan dua dari Fakulti Sains Kognitif. Pelajar dari kedua-dua fakulti ini merupakan antara yang paling ramai keluar mengundi.

Manakala kolej yg paling ramai penghuni, Kolej Harun Aminurrashid, menunjukkan sokongan kuat semasa rapat umum terakhir pada 20 Oktober lalu.

Gelagat keterlaluan penyokong calon kumpulan Kualiti semasa rapat umum anjuran sekretariat turut mengundang padah. Bekas ahli Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2007/08 juga bersama-sama bersorak dan mengganggu pidato calon kumpulan Kebajikan dilihat sebagai tidak profesional dan menampakkan wajah sebenar pemimpin kumpulan Kualiti.

Meskipun Penyokong-penyokong pro-Mahasiswa dapat dikenalpasti melalui laungan 'kebajikan' dan 'revolusi' sedangkan Aspirasi pula dilihat kurang menonjol.

Namun, para calon sendiri tidak begitu menampakkan kelompok yang jelas. Cuma penyokong jelas dari dua kelompok. Secara umum, sepanjang kempen berjalan dengan lebih tenteram berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Kempen pemilihan kali ini memperlihatkan penggunaan blog pada tahap maksimum.

Selain blog rasmi calon yang disediakan oleh pihak UPSI, blog-blog penyokong juga menjadi sumber rujukan pengundi iaitu upsikini.blogspot.com (4494 hit), guruohguru.wordpres.com (5040 hit) dan cintaupsi.blogspot.com (11878 hit).

Kumpulan Kebajikan yang diwar-warkan sebelum ini benar-benar membuktikan mereka relevan meskipun dilabel sebagai 'basi' dan sebagainya.

Calon-calon daripada kumpulan Kebajikan ini dikatakan mempunyai kekuatan dari segi sokongan mahasiswa di kalangan mereka yang begitu komited dengan gerak kerja kempen sehingga saat terakhir.

Mereka juga dikatakan berupaya menarik perhatian ramai pengundi dengan isu dan manifesto yang dibawa dalam PRK kali ini.

Kumpulan ini berjaya menafikan majoroti 2/3 kumpulan yang dikenali sebagai Kualiti setelah berjaya menawan lapan kerusi daripada 21 kerusi yang dipertandingkan.

Calon kumpulan Kebajikan yang menang dalam PRK kali ini adalah Akmal Madzir (umum), Nur Aqilah (umum), Arif (umum), Hanif Azwan (FST), Norhafizawati (FST), Mohamad ZUlhilmi (FSKPM), Adriyani (FSSK) dan Hisham (FSM) yang menang tanpa bertanding. Manakala calon Pro Kebajikan yang tewas pula adalah Wan Nasron (umum), Nazira (umum), Nurul Iman (FSSKPM) dan Suhainizam (FTMK).

Keputusan rasmi PRK ini hanya akan diumumkan setelah tempoh bantahan hari ini bermula jam 8.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari. - mns


http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17479&Itemid=1_

Pelajar yang kurang ajar (hormatilah guru)

Pelajar yang kurang ajar (hormatilah guru)

Kita difahamkan semua pelajar UPSI akan menjadi seorang pendidik. Mlm ni aku ad klas KPT, lecturer aku ni lecturer luar, Prof Dr. Naim bin Hj Ahmad. Ada satu kumpulan wat presentation. Tp bahasa2 yg digunakan bg aku agak kurang sopan dan dia telah menyebabkan pensyarah aku kecil hati. Aku tak tau cena nk gambarkan perasaan masa tu. Mungkin kecewa & sedih. Bagi sestengah org, benda ni nampak macam biasa je tapi bagi aku, aku x suka tgk benda2 macam ni. Aku hrp, bila aku jd cikgu nanti, aku xdapat student yg macam tu. Dlm Islam sendiri kita disuruh menghormati guru kita.

Dalam Islam kedudukan guru amat tinggi. Guru merupakan pembimbing & penasihat umat. Tanpa guru, manusia akan menjadi haiwan lantaran tidak ada pengajaran dan bimbingan. Oleh itu, Islam sangat mengambil berat tentang guru. Sesiapa yang memuliakan guru bererti ia memuliakan Rasul, sesiapa yang memuliakan Rasul bererti memuliakan Allah dan sesiapa memuliakan Allah syurgalah tempat kediamannya. Sebaliknya jika seseorang menderhakai guru bererti ia menderhakai Rasul. Barang siapa yang menderhakai Rasul bererti ia memurkai Allah. Sesiapa yang memurkai Allah maka nerakalah tempatnya. Oleh kerana itu seorang pelajar mestilah memelihara adab-adab bersama guru.

Adab-adabnya antara lain adalah seperti berikut:

1. Memberi salam dan sentiasa hormat kepada guru.
2. Duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang.
3. Jika ingin bertanya minta izin terlebih dahulu.
4. Cari masa yang sesuai untuk bertanya.
5. Sentiasa menampakkan sikap menerima pendapat guru.
6. Hindari daripada menyinggung perasaan guru.
7. Memberi bantuan kepada guru apa yang dapat dibantu.
8. Lakukanlah apa yang paling disenangi oleh guru.
9. Bercakap dengan baik dengan guru, dengan menggunakan bahasa yang baik.
10. Tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan guru.
Jadi, sama-sama lah kita menghormati orang yang telah menurunkan ilmu kepada kita tak kira siapa pun kerana mereka adalah pendidik.

Tuesday, October 21, 2008

undi calon saya

untuk lebih lanjut..layari http://guruohguru.wordpress.com


suasana sekitar kempen prk


rapat umum d khar


kain rentang calon d sitc


kempen poster



larangan melabelkan calon sebagai proA dan proM dari Daok VC




isu panas: pilihanraya kampus..

inilah masa untuk revolusi....

ye kita perlu berubah dari semasa ke semasa...
banyak perkara yang perlu di tingkatkan lagi...
bermula dengan mahasiswa sebagai pencetus revolusi....

langkah gerak tari perjuangan akan diteruskan..

tekad: aku bersama-sama anda sahabat2 ku..

Friday, October 10, 2008

BicArA ciNtA


aku rindu padaMu Ya ALLAH


attaubah: 24. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).


Kalian bilang bahawa kalian mencintai ALLAH tapi kalian tidak khusyuk dalam solah kalian. Terbayang wajah insan lain di mata kalian. Apakah kalian mencintai selainNya...


albaqarah:165. (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia Yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang Yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. dan kalaulah orang-orang Yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, Bahawa Sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan Bahawa Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).



Apakah benar kalian hamba ALLAH? Tapi mengapa kalian menjadi hamba nafsu.

Menurut nafsu lebih dari mentaati ALLAH. Sanggup melampaui batas syara’ demi nafsu.


ALfurqan:43. Nampakkah (Wahai Muhammad) keburukan keadaan orang Yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan Yang dipuja lagi ditaati? maka Dapatkah Engkau menjadi Pengawas Yang menjaganya jangan sesat?


Duhai insan-insan yang masih dikashi ALLAH, sungguh belum terlambat untuk kalian bertaubat. Tuluskan cinta hanya untuk Allah semata. Yakinlah, Dia akan menggantikan cinta kalian kepada cinta yang lebih baik. Janganlah kalian berputus asa dengan rahmatNya.


assyu' ara:

97. " ` Demi Allah! Sesungguhnya Kami (semasa di dunia dahulu) adalah di Dalam kesesatan Yang jelas nyata,

98. " ` kerana Kami menyamakan kamu Dengan Tuhan sekalian alam;




Sahabatku,

Dekatilah Allah melalui solahmu.


Ceritakan segalanya kepada ALLAH dalam sujudmu.


ALLAH mendengar rintihan hatimu.


Ikhlaskan hati mendekati ALLAH bukan kerana mengharapkan pujian manusia mahupun ganjaran dunia.

Perindahkan hubunganmu dengan tahajjudmu dinihari.


Perhatikanlah kata-kata ALLAH terhadapmu melalui firmanNya, Alquran. Perbanyakkan taubat dan zikirmu.


Tapi bukan bermakna kita meninggalkan urusan duniawi kita.


Keimanan yang kita hajatkan dalam diri kita adalah keimanan yang mampu melawam panggilan hawa nafsu yang dibisikan syaitan.


Bukan sekadar menjadi manusia yang tahu solah 5 waktu tapi dalam solah fikiran dan roh mengingati ALLAH.


Kenalilah ALLAH, kamu pasti akan menjumpai yang ALLAH cukup untuk menaungi hati kita yang selalu lara.


Kalau syaitan seringkali memainkan peranan minta kepada ALLAH tetapkanlah hati.


Hati kita milik ALLAH, ALLAHlah yang memberikan petunjuk, ALLAH yang memalingkannya dari kebenaran.


Bukan kuasaku untuk membantu menguatkan hatimu sahabatku tetapi ALLAH.


Ya ALLAH jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMu, agar bertambah kecintaanku kepadaMu.


Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, izinkahlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut kepadaMu agar aku tidak terjatuh ke dalam jurang hawa nafsu.


Ya Rabbana jika aku jatuh cinta, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMU


Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Ya ALLAH jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu


Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta pada kekasihMu jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.


Ya ALLAH, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMU, jangan biarkan aku melampau batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya padaMu..

Ya ALLAH, tetapkan lah hatiku padaMu,

tetapkanlah cintaku padaMu,

tetapkanlah rinduku padaMu,

tetapkanlah keimananku padaMu,

peliharalah aku dari perkara yang keji dan mungkar.

Berilah aku kenikmatan beribadah kepada Mu


Aminnn

Tuesday, September 23, 2008

balik raye

esok nak balik raya dah..

selamat hari raya semua..
maaf zahir dan batin

0-0..seri tanpa jaringan

Aku sering merasa ada kekosongan dalam diri ini..rupa2nya baru aku perasan.

Dulu nya tellinga ini acapkali di beri makanan rohani agar hati sentiasa di harmonikan..

Acapkali diri ini berfikir..rupa2 nya
Alquran yang dulunya menjadi teman sejati kini sukar didekati..
Mathurat yang dulunya di baca setiap hati semakin jarang dihayati..

Mana pergi IMAN…sedih tp tiada airmata yang mengiringi…
Payah nya bila hati dah di cemari oleh nafsu-nafsi..

Sukar nya bila IMAN beransur-ansur pergi meninggalkan diri ini kesepian..
Doa seusai solat pun semakin menyepi hanya sedakar secicip keluhan pada diri tatkala melihat alam semulajai ciptaan ILAHI..

Mana perginya hati..sukar sekali memikirkan tentan kehebatan ILAHI

Mana perginya srikandi yang dengan relahati berjuang demi agama suci..

YA ALLAH..tolonglah hamba MU yang dhaif ini…
Jangan ENGKAU biarkan aku dalam kesesatan di bumi yang ini…
Tercari-cari kemana arah tujuan hidupku sebelum mati..

Saturday, September 20, 2008

Ada ApA Dengan ISLAM

sedikit bingkisan dari ceramah oleh Bo Lim Jooi Soon..

artikelnya akan disiapkan secepat mungkin..
dibawah ada sedikit latar belakang pnceramah..
nama beliau Lim Jooi Soon. merupakan bekas penganut agama buddha, dan kristian protestan.
kemudian ALLAH telah menganugerahkan cahaya keimanan kepada beliau..

nama beliau selepas memeluk Islam adalah Lim Jooi Soon yang bermaksud menuju kejayaan.
beliau terlibat dengan dialog perbandingan agama.

setelah memeluk Islam, beliau dapat rasakan perasaan bercampur baur.
yang pertamanya beliau bersyukur ke hadrat Ilahi atas anugerah iman dan hidayah.
kedua rasa takut dan risau terhadap saudara mara dan sahabat handai yang masih belum mendapat hidayah daripada ALLAH..
bagaimana dgn kita????

ketiganya perasaan marah, marah apabila umat Islam @ orang M___yu yang tidak mahu berkongsi isi yang disampaikan oleh ALquran.

Islam adalah agama fitrah yang akan membawa keluar kita dari kegelapan kepada cahaya.
tugas menyampaikan ini adalah tugas umat2 Islam yang ada di Malaysia.
sepertimana yang telah dilakukan Baginda Nabi Muhammad SAW ketika mula-mula menyampaikan Islam kepada penduduk Makkah yang rata-rata menyembah berhala dan berada dalam kejahilan.

setakat ini dahulu buat kali ini..

artikel seterusnya akan menyambung lebih terperinci dan memerlukan sedikit pembacaan untuk huraian yang lbih mantap(InsyaALLAH)

Thursday, September 18, 2008

"puterinurzahra" menjadi pilihan

azzahra..

semua sedia maklum dengan nama tersebut..

iaitu saiditina Fatimah Azzahra..
puteri kepada Baginda Rasulullah SAW..

penghulu wanita di syurga....

moga "aku" salah seorang daripada puteri yang akan mengiringinya

InsyaALLAH

kata ganti diri "AKU"

kata ganti diri "AKU" menjadi pilihan kerana apabila membaca sesuatu artikel rasa atau perasaan untuk menghayatinya lebih optimum..

kot...

aku pun xtau sebenarnya..

sekadar pendapat peribadi

lepaking and enjoying :)

Xpe la..hmm terlalu banyak tangungjawab yang perlu aku pikul..sampai aku rasa tak ade emasa nak lepak2 n enjoy2...

Lepak..hurmmm

Enjoy…hmmm

Banyak betul amanah yang perlu ditunaikan..dari sehari ke sehari..makin banyak beban yang perlu di tanggung..

aku perlu terima hakikat yg aku semakin dewasa..

mean that tugas aku sebagai khalifah untuk myampaikan risalah Ilahi perlu di bawa sekali dengan tugas2 duniawi ku

Walaupun kadang2 aku rasa ingin mengalah..akan ku teruskan langkah kaki ni untuk teruskan perjuangan..

kerana aku tahu

Di sebalik diri ku ada insan2 yg terlalu mengharapkan kejayaan dari aku..

Dari kesibukan aku menjalankan tugasan harian aku..

aku belajar erti hidup sebenar..

Semakin sibuk diri ku..aku rasa semakin kuat pergantungan aku kepada YANG MAHA ESA agar terus diberikan kesihatan rohani, fizikal n mentalku..

Agar di beri kekuatan dalam setiap apa jua perkara yang aku akan lakukan..

Aku tahu aku mesti teruskan perjuangan ini..

Kalau bukan aku siapa la yang nak mmbela TALI ALLAH di zaman penuh dgn fitnah ini...

Kadang2 kala aku rasa aku seperti berpura2..

Berlakon seolah2 aku kuat..tp hakikat nya dalam pemikiranku penuh sarat dgn berbagai perkara yang sering menuntut aku untuk mengorbankan sedikit masa untuk berjuang ke jalan ALLAH..

Aku abaikan perasaan tersebut kerna aku yakin dan percaya bahawa itu adalah helah syaitan durjana agar umat manusia lalai dari perjuangan…

YA ALLAH kepda Mu aku memohon...permudahkan lah urusanku...jika Engkau tahu perkara tersebut baik untuk ku, untuk agamaMU, untuk umat MU..maka perkenankan lah dan permudahkan..

Semoga aku tergolong dalam golongan orang2 yang bertaqwa...

Dari ALLAH kita datang dan kepadaNya kita kembali...

Amin ya rabbalalamin...

p/s ini catatan lepas..sekadar perkongsian sahaja dan pendapat peribadi…

Sunday, September 7, 2008

Suatu pencarian...ALLAH Tuhanku..

Suatu pencarian...ALLAH Tuhanku..


Saudara-saudari yang dirahmati ALLAH sekalian..

Pernahkah anda mencari siapa “aku” dalam diri anda??


Ana ingin memetik sedikit pengisian dari program ESQ(emotional spiritual quotient) yang ana ikut.

Bagaimana Nabi-nabi terdahulu memulakan pencarian mencari siapa Tuhan mereka.


Sebelum mengulas lebih lanjut, ana terlebih dahulu ingin memberi definisi untuk spiritual quotient. Menurut Micheal Persinger (1990) dan Ramacandran (1997), spiritual quotient yang terletak di temporal lobe, yang mana mereka mengatakan bahawa disitulah otak memproses maklumat mengenai ketuhanan dan ia dinamakan sebagai ”God Spot”.


Manakala Wolf Singer (1990) mengatakan bahawa SQ ini adalah sebagai ”The Binding Problem” di mana manusia itu sentiasa berfikir siapa tuhan, siapa pencipta alam dan pentadbir alam ini. Banyak lagi pendapat-pendapat tokoh yang kita boleh baca dari buku-buku yang membincangkan mengenai SQ ini.


Berbalik kepada kisah pengembaraan Nabi tadi, ana ingin berkongsi serba sedikit penjelasan yang disampaikan oleh penceramah ESQ iaiti saudara Firdaus Djamari yang berasal dari Indonesia dan telah berkhidmat selama 2 tahun sebagai ESQ Trainer.


Kisah Nabi Ibrahim as disampaikan secara ringkas bagi pengisian pada malam tersebut. Dimana kisahnya bermula apabila Nabi Ibrahim as ingin mencari keyakinan terhadap Tuhan.


Pada malam hari nya, baginda melihat bintang, lalu mengatakan ”ini Tuhanku” malangnya bintang beransur-ansur hilang dan akhirnya lenyap. Setelah melihat keadaan ini, Baginda berkata lagi ”ini bukan Tuhanku”.


Seterusnya baginda melihat rembulan yang indah dan lembut pada pandangan mata. Haza Rabbi..Ini Tuhanku...

Malangnya rembulan pun beransur-ansur hilang dan kemudiannya lenyap..

Baginda pun berkata lagi ”ini bukan Tuhanku”


Pada siang harinya pula, baginda melihat matahari yang besar dan menyinari alam. Lalu baginda berkata...haza Rabbi..Ini Tuhanku...

Malangnya apabila hari beransur senja matahari mula tenggelam di ufuk dan akhirnya lenyap...


Baginda berkata..’ini bukan Tuhanku kerana ia tidak kekal abadi..”

”wahai kaumku aku lepaskan diriku dari kamu yang menyekutukan Tuhanmu.”

Ini serba sedikit yang disampaikan oleh penceramah tersebut yang ana mampu ulaskan disini.

Untuk lebih tepat, antum semua boleh merujuk kepada Surah Anam ayat 76-79.

$£Jn=sù £`y_ Ïmøn=tã ã@ø©9$# #uäu $Y6x.öqx. ( tA$s% #x»yd În1u ( !$£Jn=sù Ÿ@sùr& tA$s% Iw =Ïmé& šúüÎ=ÏùFy$# ÇÐÏÈ $£Jn=sù #uäu tyJs)ø9$# $ZîÎ$t/ tA$s% #x»yd În1u ( !$£Jn=sù Ÿ@sùr& tA$s% ûÈõs9 öN©9 ÎTÏöku În1u žúsðqà2V{ z`ÏB ÏQöqs)ø9$# tû,Îk!!$žÒ9$# ÇÐÐÈ $£Jn=sù #uäu }§ôJ¤±9$# ZpxîÎ$t/ tA$s% #x»yd În1u !#x»yd çŽt9ò2r& ( !$£Jn=sù ôMn=sùr& tA$s% ÉQöqs)»tƒ ÎoTÎ) ÖäüÌt/ $£JÏiB tbqä.ÎŽô³è@ ÇÐÑÈ ÎoTÎ) àMôg§_ur }Îgô_ur Ï%©#Ï9 tsÜsù ÅVºuq»yJ¡¡9$# šßöF{$#ur $ZÿÏZym ( !$tBur O$tRr& šÆÏB šúüÏ.ÎŽô³ßJø9$# ÇÐÒÈ


76. Maka ketika ia berada pada waktu malam Yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada Yang terbenam hilang".


77. Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), Dia berkata: "Inikah Tuhanku?" maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika Aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah Aku dari kaum Yang sesat".


78. Kemudian apabila Dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? ini lebih besar". setelah matahari terbenam, Dia berkata pula: ` Wahai kaumku, Sesungguhnya Aku berlepas diri (bersih) dari apa Yang kamu sekutukan (Allah dengannya).


79. "Sesungguhnya Aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah Yang menciptakan langit dan bumi, sedang Aku tetap di atas dasar Tauhid dan bukanlah Aku dari orang-orang Yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain)".


Sedikt bingkisan atau huraian daripada kisah ini ialah


Bintang itu kita ibaratkan sebagai kemewahan dunia, harta pangkat, kekayaan, puji-pujian, atau pun pengharagaan samada dari segi kewangan atau pangkat dan gelaran. Ini jug termasuk jawatan-jawtan yang kita sandang.

Cukupkan dengan adanya bintang mampu membahagiakan kita. Cukupkah dengan adanya harta melimpah ruah ini membahagiakan kita. Bagaimana sekiranya harta-harta ini menyusut dan kemudiannya tenggelam dan tidak lagi mampu membahagiakan diri antum semua...


Bagaimana sekiranya antum dilabelkan sebagai muflis lantaran hutang akibat kerugian daripada perniagaan yang tidak mampu dibayar..

Adakah pada saat itu antum masih manganggap bahawa bintang itu mampu membahagiakan saudara-saudari semua


Bulan pula diibaratkan sebagai ahli keluarga kita..

Ibu bapa,

Adik beradik,

Saudara mara,

Suami kepada isteri,

Isteri kepada suami,

Anak-anak yang sentiasa membahagiakan kita...

Adakah cukup dengan adanya bulan ini kita adalah manusia yang bahagia di muka bumi ALLAH ini..


Anda perlu ingat bahawa, setiap yang hidup itu akan mati..

Seorang demi seorang orang yang anda cintai pergi kembali kepada ILAHi..

Mula-mula ayah..

kemudian ibu..

Abang,

Kakak

Adik,

Suami atau isteri,

Anak-anak,


Dan yang hanya tinggal adalah ”aku” seorang diri menangis, menangis dan terus menangis...lantaran kehilangan orang-orang yang anda kasihi dan cintai..


Matahari juga diibaratkan seperti bintang iaitu wang dan jawatan tinggi serta kuasa..

Kemudian matahari juga tenggelam..

Beransur-ansur sehingga warna merah di ufuk barat hilang...

Ianya tidak abadi dan terus lenyap..


Manusia terus mencari

Mencari,

Dan terus mencari...


Hakikatnya kehadiran kasih sayang daripada keluarga yang dicintai

Atau sijil-sijil peniktirafan yang diperolehi tidak cukup untuk membuat kan kita bahagia..

Bukan penghargaan yang dicari...

Suatu pencarian yang bermakna ialah apabila hati ini dekat kepada ALLAH

Lantas merasakan diri begitu bahagia..


Begitulah keyakinan Nabi Ibrahim as yang ikhlas dalam mencari ALLAH

Sanggup dibakar dalam api yang menyala-nyala demi mempertahankan akidah...

Sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang pasir demi mengikut perintah ALLAH YANG MAHA ESA..


Sanggup menyembelih anak sendiri demi menunjukkan ketaatan kepada ALLAH SWT


Bagaimana ini boleh berlaku?

Kerana keyakinan yang tinggi kepada ALLAH..

Baginda akhirnya menemui kebahagiaan yang hakiki dan abadi


Masih banyak lagi kisah-kisah para anbia yang ana ingin ulas..

Lantaran kekangan masa yang agak menyempit kehidupan

Ana tangguhkan untuk penulisan yang seterusnya..


Wahai saudara SeIslam yang ana kasihi sekalian..


Muhasabah pada diri,

adakah kita pernah melakukan pencarian sebegini atau sekadar meneriam Islam itu sebagai agama yang diturunkan dari satu generasi ke generasi berikutnya tanpa ada usaha untuk mendalami dan mencari siapa sebenarnya Pencipta kita.


Sudahkah anda berfikir siapa pencipta anda?


Sudahkah anda mencari dimana cinta hakiki itu?


Pernahkah airmata keyakinan itu membasahi pipi lantas menginsafi dosa-dosa lalu yang menghimpit diri?


Fikir-fikirkan lah wahai insan-insani...