Tuesday, September 23, 2008

balik raye

esok nak balik raya dah..

selamat hari raya semua..
maaf zahir dan batin

0-0..seri tanpa jaringan

Aku sering merasa ada kekosongan dalam diri ini..rupa2nya baru aku perasan.

Dulu nya tellinga ini acapkali di beri makanan rohani agar hati sentiasa di harmonikan..

Acapkali diri ini berfikir..rupa2 nya
Alquran yang dulunya menjadi teman sejati kini sukar didekati..
Mathurat yang dulunya di baca setiap hati semakin jarang dihayati..

Mana pergi IMAN…sedih tp tiada airmata yang mengiringi…
Payah nya bila hati dah di cemari oleh nafsu-nafsi..

Sukar nya bila IMAN beransur-ansur pergi meninggalkan diri ini kesepian..
Doa seusai solat pun semakin menyepi hanya sedakar secicip keluhan pada diri tatkala melihat alam semulajai ciptaan ILAHI..

Mana perginya hati..sukar sekali memikirkan tentan kehebatan ILAHI

Mana perginya srikandi yang dengan relahati berjuang demi agama suci..

YA ALLAH..tolonglah hamba MU yang dhaif ini…
Jangan ENGKAU biarkan aku dalam kesesatan di bumi yang ini…
Tercari-cari kemana arah tujuan hidupku sebelum mati..

Saturday, September 20, 2008

Ada ApA Dengan ISLAM

sedikit bingkisan dari ceramah oleh Bo Lim Jooi Soon..

artikelnya akan disiapkan secepat mungkin..
dibawah ada sedikit latar belakang pnceramah..
nama beliau Lim Jooi Soon. merupakan bekas penganut agama buddha, dan kristian protestan.
kemudian ALLAH telah menganugerahkan cahaya keimanan kepada beliau..

nama beliau selepas memeluk Islam adalah Lim Jooi Soon yang bermaksud menuju kejayaan.
beliau terlibat dengan dialog perbandingan agama.

setelah memeluk Islam, beliau dapat rasakan perasaan bercampur baur.
yang pertamanya beliau bersyukur ke hadrat Ilahi atas anugerah iman dan hidayah.
kedua rasa takut dan risau terhadap saudara mara dan sahabat handai yang masih belum mendapat hidayah daripada ALLAH..
bagaimana dgn kita????

ketiganya perasaan marah, marah apabila umat Islam @ orang M___yu yang tidak mahu berkongsi isi yang disampaikan oleh ALquran.

Islam adalah agama fitrah yang akan membawa keluar kita dari kegelapan kepada cahaya.
tugas menyampaikan ini adalah tugas umat2 Islam yang ada di Malaysia.
sepertimana yang telah dilakukan Baginda Nabi Muhammad SAW ketika mula-mula menyampaikan Islam kepada penduduk Makkah yang rata-rata menyembah berhala dan berada dalam kejahilan.

setakat ini dahulu buat kali ini..

artikel seterusnya akan menyambung lebih terperinci dan memerlukan sedikit pembacaan untuk huraian yang lbih mantap(InsyaALLAH)

Thursday, September 18, 2008

"puterinurzahra" menjadi pilihan

azzahra..

semua sedia maklum dengan nama tersebut..

iaitu saiditina Fatimah Azzahra..
puteri kepada Baginda Rasulullah SAW..

penghulu wanita di syurga....

moga "aku" salah seorang daripada puteri yang akan mengiringinya

InsyaALLAH

kata ganti diri "AKU"

kata ganti diri "AKU" menjadi pilihan kerana apabila membaca sesuatu artikel rasa atau perasaan untuk menghayatinya lebih optimum..

kot...

aku pun xtau sebenarnya..

sekadar pendapat peribadi

lepaking and enjoying :)

Xpe la..hmm terlalu banyak tangungjawab yang perlu aku pikul..sampai aku rasa tak ade emasa nak lepak2 n enjoy2...

Lepak..hurmmm

Enjoy…hmmm

Banyak betul amanah yang perlu ditunaikan..dari sehari ke sehari..makin banyak beban yang perlu di tanggung..

aku perlu terima hakikat yg aku semakin dewasa..

mean that tugas aku sebagai khalifah untuk myampaikan risalah Ilahi perlu di bawa sekali dengan tugas2 duniawi ku

Walaupun kadang2 aku rasa ingin mengalah..akan ku teruskan langkah kaki ni untuk teruskan perjuangan..

kerana aku tahu

Di sebalik diri ku ada insan2 yg terlalu mengharapkan kejayaan dari aku..

Dari kesibukan aku menjalankan tugasan harian aku..

aku belajar erti hidup sebenar..

Semakin sibuk diri ku..aku rasa semakin kuat pergantungan aku kepada YANG MAHA ESA agar terus diberikan kesihatan rohani, fizikal n mentalku..

Agar di beri kekuatan dalam setiap apa jua perkara yang aku akan lakukan..

Aku tahu aku mesti teruskan perjuangan ini..

Kalau bukan aku siapa la yang nak mmbela TALI ALLAH di zaman penuh dgn fitnah ini...

Kadang2 kala aku rasa aku seperti berpura2..

Berlakon seolah2 aku kuat..tp hakikat nya dalam pemikiranku penuh sarat dgn berbagai perkara yang sering menuntut aku untuk mengorbankan sedikit masa untuk berjuang ke jalan ALLAH..

Aku abaikan perasaan tersebut kerna aku yakin dan percaya bahawa itu adalah helah syaitan durjana agar umat manusia lalai dari perjuangan…

YA ALLAH kepda Mu aku memohon...permudahkan lah urusanku...jika Engkau tahu perkara tersebut baik untuk ku, untuk agamaMU, untuk umat MU..maka perkenankan lah dan permudahkan..

Semoga aku tergolong dalam golongan orang2 yang bertaqwa...

Dari ALLAH kita datang dan kepadaNya kita kembali...

Amin ya rabbalalamin...

p/s ini catatan lepas..sekadar perkongsian sahaja dan pendapat peribadi…

Sunday, September 7, 2008

Suatu pencarian...ALLAH Tuhanku..

Suatu pencarian...ALLAH Tuhanku..


Saudara-saudari yang dirahmati ALLAH sekalian..

Pernahkah anda mencari siapa “aku” dalam diri anda??


Ana ingin memetik sedikit pengisian dari program ESQ(emotional spiritual quotient) yang ana ikut.

Bagaimana Nabi-nabi terdahulu memulakan pencarian mencari siapa Tuhan mereka.


Sebelum mengulas lebih lanjut, ana terlebih dahulu ingin memberi definisi untuk spiritual quotient. Menurut Micheal Persinger (1990) dan Ramacandran (1997), spiritual quotient yang terletak di temporal lobe, yang mana mereka mengatakan bahawa disitulah otak memproses maklumat mengenai ketuhanan dan ia dinamakan sebagai ”God Spot”.


Manakala Wolf Singer (1990) mengatakan bahawa SQ ini adalah sebagai ”The Binding Problem” di mana manusia itu sentiasa berfikir siapa tuhan, siapa pencipta alam dan pentadbir alam ini. Banyak lagi pendapat-pendapat tokoh yang kita boleh baca dari buku-buku yang membincangkan mengenai SQ ini.


Berbalik kepada kisah pengembaraan Nabi tadi, ana ingin berkongsi serba sedikit penjelasan yang disampaikan oleh penceramah ESQ iaiti saudara Firdaus Djamari yang berasal dari Indonesia dan telah berkhidmat selama 2 tahun sebagai ESQ Trainer.


Kisah Nabi Ibrahim as disampaikan secara ringkas bagi pengisian pada malam tersebut. Dimana kisahnya bermula apabila Nabi Ibrahim as ingin mencari keyakinan terhadap Tuhan.


Pada malam hari nya, baginda melihat bintang, lalu mengatakan ”ini Tuhanku” malangnya bintang beransur-ansur hilang dan akhirnya lenyap. Setelah melihat keadaan ini, Baginda berkata lagi ”ini bukan Tuhanku”.


Seterusnya baginda melihat rembulan yang indah dan lembut pada pandangan mata. Haza Rabbi..Ini Tuhanku...

Malangnya rembulan pun beransur-ansur hilang dan kemudiannya lenyap..

Baginda pun berkata lagi ”ini bukan Tuhanku”


Pada siang harinya pula, baginda melihat matahari yang besar dan menyinari alam. Lalu baginda berkata...haza Rabbi..Ini Tuhanku...

Malangnya apabila hari beransur senja matahari mula tenggelam di ufuk dan akhirnya lenyap...


Baginda berkata..’ini bukan Tuhanku kerana ia tidak kekal abadi..”

”wahai kaumku aku lepaskan diriku dari kamu yang menyekutukan Tuhanmu.”

Ini serba sedikit yang disampaikan oleh penceramah tersebut yang ana mampu ulaskan disini.

Untuk lebih tepat, antum semua boleh merujuk kepada Surah Anam ayat 76-79.

$£Jn=sù £`y_ Ïmøn=tã ã@ø©9$# #uäu $Y6x.öqx. ( tA$s% #x»yd În1u ( !$£Jn=sù Ÿ@sùr& tA$s% Iw =Ïmé& šúüÎ=ÏùFy$# ÇÐÏÈ $£Jn=sù #uäu tyJs)ø9$# $ZîÎ$t/ tA$s% #x»yd În1u ( !$£Jn=sù Ÿ@sùr& tA$s% ûÈõs9 öN©9 ÎTÏöku În1u žúsðqà2V{ z`ÏB ÏQöqs)ø9$# tû,Îk!!$žÒ9$# ÇÐÐÈ $£Jn=sù #uäu }§ôJ¤±9$# ZpxîÎ$t/ tA$s% #x»yd În1u !#x»yd çŽt9ò2r& ( !$£Jn=sù ôMn=sùr& tA$s% ÉQöqs)»tƒ ÎoTÎ) ÖäüÌt/ $£JÏiB tbqä.ÎŽô³è@ ÇÐÑÈ ÎoTÎ) àMôg§_ur }Îgô_ur Ï%©#Ï9 tsÜsù ÅVºuq»yJ¡¡9$# šßöF{$#ur $ZÿÏZym ( !$tBur O$tRr& šÆÏB šúüÏ.ÎŽô³ßJø9$# ÇÐÒÈ


76. Maka ketika ia berada pada waktu malam Yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada Yang terbenam hilang".


77. Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), Dia berkata: "Inikah Tuhanku?" maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika Aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah Aku dari kaum Yang sesat".


78. Kemudian apabila Dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? ini lebih besar". setelah matahari terbenam, Dia berkata pula: ` Wahai kaumku, Sesungguhnya Aku berlepas diri (bersih) dari apa Yang kamu sekutukan (Allah dengannya).


79. "Sesungguhnya Aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah Yang menciptakan langit dan bumi, sedang Aku tetap di atas dasar Tauhid dan bukanlah Aku dari orang-orang Yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain)".


Sedikt bingkisan atau huraian daripada kisah ini ialah


Bintang itu kita ibaratkan sebagai kemewahan dunia, harta pangkat, kekayaan, puji-pujian, atau pun pengharagaan samada dari segi kewangan atau pangkat dan gelaran. Ini jug termasuk jawatan-jawtan yang kita sandang.

Cukupkan dengan adanya bintang mampu membahagiakan kita. Cukupkah dengan adanya harta melimpah ruah ini membahagiakan kita. Bagaimana sekiranya harta-harta ini menyusut dan kemudiannya tenggelam dan tidak lagi mampu membahagiakan diri antum semua...


Bagaimana sekiranya antum dilabelkan sebagai muflis lantaran hutang akibat kerugian daripada perniagaan yang tidak mampu dibayar..

Adakah pada saat itu antum masih manganggap bahawa bintang itu mampu membahagiakan saudara-saudari semua


Bulan pula diibaratkan sebagai ahli keluarga kita..

Ibu bapa,

Adik beradik,

Saudara mara,

Suami kepada isteri,

Isteri kepada suami,

Anak-anak yang sentiasa membahagiakan kita...

Adakah cukup dengan adanya bulan ini kita adalah manusia yang bahagia di muka bumi ALLAH ini..


Anda perlu ingat bahawa, setiap yang hidup itu akan mati..

Seorang demi seorang orang yang anda cintai pergi kembali kepada ILAHi..

Mula-mula ayah..

kemudian ibu..

Abang,

Kakak

Adik,

Suami atau isteri,

Anak-anak,


Dan yang hanya tinggal adalah ”aku” seorang diri menangis, menangis dan terus menangis...lantaran kehilangan orang-orang yang anda kasihi dan cintai..


Matahari juga diibaratkan seperti bintang iaitu wang dan jawatan tinggi serta kuasa..

Kemudian matahari juga tenggelam..

Beransur-ansur sehingga warna merah di ufuk barat hilang...

Ianya tidak abadi dan terus lenyap..


Manusia terus mencari

Mencari,

Dan terus mencari...


Hakikatnya kehadiran kasih sayang daripada keluarga yang dicintai

Atau sijil-sijil peniktirafan yang diperolehi tidak cukup untuk membuat kan kita bahagia..

Bukan penghargaan yang dicari...

Suatu pencarian yang bermakna ialah apabila hati ini dekat kepada ALLAH

Lantas merasakan diri begitu bahagia..


Begitulah keyakinan Nabi Ibrahim as yang ikhlas dalam mencari ALLAH

Sanggup dibakar dalam api yang menyala-nyala demi mempertahankan akidah...

Sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang pasir demi mengikut perintah ALLAH YANG MAHA ESA..


Sanggup menyembelih anak sendiri demi menunjukkan ketaatan kepada ALLAH SWT


Bagaimana ini boleh berlaku?

Kerana keyakinan yang tinggi kepada ALLAH..

Baginda akhirnya menemui kebahagiaan yang hakiki dan abadi


Masih banyak lagi kisah-kisah para anbia yang ana ingin ulas..

Lantaran kekangan masa yang agak menyempit kehidupan

Ana tangguhkan untuk penulisan yang seterusnya..


Wahai saudara SeIslam yang ana kasihi sekalian..


Muhasabah pada diri,

adakah kita pernah melakukan pencarian sebegini atau sekadar meneriam Islam itu sebagai agama yang diturunkan dari satu generasi ke generasi berikutnya tanpa ada usaha untuk mendalami dan mencari siapa sebenarnya Pencipta kita.


Sudahkah anda berfikir siapa pencipta anda?


Sudahkah anda mencari dimana cinta hakiki itu?


Pernahkah airmata keyakinan itu membasahi pipi lantas menginsafi dosa-dosa lalu yang menghimpit diri?


Fikir-fikirkan lah wahai insan-insani...

Saturday, September 6, 2008

Diciptakan HAWA untuk ADAM

Diciptakan HAWA untuk menemani ADAM di syurga…diperindahkan ciptaan agar Adam selesa dengannya…
Diperlunakan suara agar adam tenang di sampingnya..

Maka dengan itu sedarlah wahai wanita diri mu menjadi perhatian si adam...

Yang rata-rata nya kalah dengan pujuk rayu wanita terutama di dunia yang sekular ini...mengasingkan agama dari kehidupan seharian...

Sedarilah wahai wanita andai engkau bisa menjatuhkan iman seorang adam tatkala engkau memperlihatkan kecantikan dan keindahan ciptaanmu..
Sedarlah bahawa. Tangan yang menghayun buaian ini bisa menjatuhkan sebuah kerajaan sekelip mata...

Sejarah sudah membuktikan...

Di mana jatuhnya sebuah tamadun disebabkan oleh wanita2 yang menjadi senjata sang iblis seperti mana di memperlakukan hawa untuk mengoda adam sehingga mereka di keluarkan dari syurga...

Terjadinya pembunuhan pertama dimuka bumi juga disebabkan oleh perebutan antara dua insan yang bernama adam untuk menawan hati seorang hawa...
Cukup jelas wahai wanita...

Dirimu menjadi buruan lelaki2 yang mahu melampiaskan hawa nafsu mereka..

Yang mula mengalihkan cinta yang sepatutnya menjadi hak mutlak SANG PENCIPTA kepada anugerah2 yang- DIA berikan aitu wanita,...
Andai hari ini seorang lelaki datang kepadamu..

Katakanlah...tiada ikatan antara kita melainkan NIKAH iaitu hubungan yang sah antara dua insan yang berlaina jantina...yang menghalalkan apa yang haram diantara kamu..

The only one way to get love from anjabi...NIKAH...

Malah telah disebut dalam surah AL-Isra ayat 32: “dan jangan lah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan jalan yang buruk”..

Terang nyata dan jelas pengharaman menghampiri zina...

Menghampirinya sudah dikatakan haram...
apatah lagi mahu melakukannya...

Nauzubillah...
jauhkan aku dari mungkar tersebut kerna aku tidak mampu menerima azab mu di akhirat kelak...

Warkah usang buat sang pejuang…

Warkah usang buat sang pejuang…

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang..

Assalamualaikum pemula biacara, agar kau sentiasa dalam keadaan sejahtera hendaknya dan dalam lembayung rahmat ALLAH....

Tentu kau hairan bukan mengapa tiba-tiba sahaja warkah usang ini dilayangkan kepada kau. Aku pun tidak tahu mengapa hati ini meronta-ronta untuk meneruskan tarian tintaku agar warkah ini dapat disiapkan. Mungkin di saat ini aku dapat rasakan ada satu persamaan antara kita iaitu ”perjuangan”. Tentu kau faham erti perjuangan itu bukan. Iaitu amar makruf nahi mungkar. Melaksanakan kebaikan dan menegah kemungkaran. Aku juga tahu kau salah seorang daripada pejuang yang ingin agama Islam itu dimartabatkan dan disanjungi di seantero dunia.

Kehadiran aku ini hanya sekadar pengemis jalanan atau gagak hitam berbekalkan secebis sisa iman dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran. Aku jua masih mencari dimana itu cahaya. Firman ALLAH swt dalam surah Al-’Asr ayat 1-3 yang bermaksud ”demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman danmengerjakan kebajikan serta menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.”

Berdasarkan firman tersebut ku kira ini adalah nasihat dari seorang sahabat kerna kita hanya manusia biasa yang acapkali lupa dan alpa dalam permainan dunia yang hnya menjanjikan kebahagiaan sementara. Apabila aku lupa kau mengingatkan aku, dan seandainya engkau alpa aku berada dibelakang kau untuk menjadi pembantu.

Kau membantah peletakan jawatanku tempoh hari dan Kau menyuruhku meneliti firman ALLAH dalam surah Al-Maidah ayat 57 yang bermaksud ’ Wahai orang-orang beriman! Janganlah menjadikan pemimpinmu orang-orang yag menbuat agamamu jadi bahan ejekan atau permainan....”. Ku punya alasan yang mereka-mereka itu tidak paham. Mengapa perlu melantik seekor gagak hitam sedangkan kewujudan merpati putih itu diketepikan. Kerna ku tahu ada seorang yang lebih layak dari ku untuk berada ditempat tersebut. Namun kau juga perlu tahu, walau aku tiada di situ, aku masih bersam-sama kamu kerana perjuangan ini akan diteruskan jua.

Aku hanya manusia biasa yang bisa tersungkur di medan perjuangan lantaran keasyikan duniawi yang amat mencabar kewibawaan dan iman kita.

Di sini aku mahu kita sama-sama renung beberapa firman ALLAH. Ku kira kau punya pendapat sendiri mengenainya. Cukupla kali ini kiranya aku hanya menyatakan firman tersebut sehingga satu masa kau akan lebih memahami apa yang aku maksudkan. Sekadar satu renungan dan pedoman buat kita.

Surah AL-Isra ayat 32 yang bermaksud ” dan jangan lah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk”

Surah Al-Baqarah ayat 42 yang bermaksud ” dan jangan lah kamu mencampuradukan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu sedangkan kamu mengetahui”

Surah Al-Baqarah ayat 44 yang bermaksud ”mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaikan sedang kamu melupakan diri (kewajiapan) mu sendiri, padahal kamu membaca Al-kitab (taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?

Ini hanya sebagai perkongsian. Ku harap tiada dengki atau amarah kerna tujuan ku ialah untuk kita sama2 menasihati dan mengingati satu sama lain kepada kebaikan. Dan aku tidak mahu kehilangan pejuang-pejuang sepertimu.

”Aku tidak pernah membenci sesiapa tapi aku benci pada mungkar itu lantas mereka2 itu menjadi kebenciaku kerna kemungkarannya.”