Monday, June 29, 2009

PERKEPISMA...27-28 Jun 2009

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..pada 27 Jun aku terpilih untuk bersama-sama menghadirkan diri dalam usrah yang dianjurkan oleh PERKEPISMA..ini adalah kali pertama aku menyertai mereka setelah beberapa kali merancang untuk ikut serta tetapi ada komitmen lain di kampus yang perlu diutamakan.

Buat saudari Raufa..terima kasih atas kesudian mengalu-alukan kedatangan aku..

ini adalah sedikit perjalanan yang dilalui sepanjang 2 hari tersebut:

9.00am: bergerak dari Kolej Ungku Omar ke stesen KTM tanjung Malim.
9.45am: KTM bergerak menuju ke Rawang
10.35am: tiba di stesen Rawang. Bertukar tren untuk ke KL Sentral
10.50am: Tren dari Rawang bergerak ke KL Sentral
11.35am: tiba di KL Sentral

sampei rah KL sentral ada 2 orang mbiak ompuan sarawak nyambut kamek. Nya duak ya Raufa dengan Eda. Makseh la tak duak :).

lekak ya kamekorang nunggu cdak lain sebelum menaiki tren ke Nilai.
ramei juak mekorang, ompuan 3 orang, kamek, raufa dan eda. yang lelaki kamek ingat abg isz, abg azrul, adik2 lelaki yang kamek pun sik ingat nama cdak.

sampe rak stesen bangi ada 2 orang gik miak sarawak, mun xsalah sorang ya gjan dan yang ompuan ya hurun ain. jadi ompun jadi 4 orang la.

tok adalah kali pertama kamek pergi ke Nilai, I mean UIA Nilai.

abis Usrah di UIA Nilai mekorang pun balit ke KL Sentral nait KTM. lekak ya nait putra untuk balit ke UIA Gombak. Berambeh semalam di UIA GOmbak di bilit eda.

28 Jun 2009.
Pagi ya tek Raufa rancang nak ajak mekduak eda pergi kedai buku. kamek on ajak, sebab nang gila buku pun cuma sik ada duit jak time ya.

Tapi sebelum pergi kedai ya, cdak abg isz dan abg azrul ajak pergi ngabas Ustaz Awang Pon di SMC Shah Alam, wad 519. walaupun kamek sik pernah kenal sapa nya dan sik pernah datang ke mana-man kuliah nya, tapi kamek tauk nya adalah seorang yang disegani di Sarawak tok. Seorang yang konsisten dalam memperjuangkan Islam di Bumi Kenyalang.

balit dari Shah Alam dalam pukul 4.00 pm mekorang sampe KL Sentral. Lekak ya nait Putra pergi Masjid Jamek. Nak pergi kedai buku. kol 5 mekorang berpisah. kamek ke Pudu untuk balit ke tanjung malim, eda dan raufa balit ke UIA Gombak. sebelum balit ya kamek singgah di MyDin kejap, beli barang lekakya nait bas balit Tanjung Malim pukul 6.00 pm. dalam pukul 7.30 pm kamek sampe di kolej.



Alhamdulillah, 2 hari yang bermakna. Walupun penat tapi bahagia.
Semoga kamek diberi peluang agik untuk berkumpul rame2 dengan mbiak sarawak :).

makseh tok cdak UIA Gombak, UIA Nilai dan UIA PJ. boh jerak jemput kamek dan Geng UPSI join program ktkorang agik kelak.

(maaf, teruja hendak berbahasa Sarawak sehinggakan entri ini menggunakan bahasa Sarawak )

tok lebih lanjut, bolehla ke pautan berikut:
Abang Azrul, - Penulis buku GALAKSI MUHSININ
Raufa,
Hurun,
PERKEPIS.

Majlis tamat latihan dan Pelantikan Pegawai Kor SUKSIS IPTA 2009

Assalamualaikum wbt...

maaf andai tiada artikel yang terbaru buat masa ini. Kesibukan di tambah dengan kemalasan menaip menjadikan penulis tidak menghantar posting terbaru.

ALhamdulillah, pada tarikh 4 Jun 2009 saya menaiki kapal terbang airasia ke LCCT. dan pada 5 Jun sampai di Kolej Ungku Omar. Seterusnya pada 7 Jun 2009, saya bersama rombongan Kor SUKSIS UPSI bergerak ke UPM untuk menjalani latihan sempena Majlis Tamat Latihan Dan Pelantikan Pegawai Kor SUKSIS IPTA 2009.


latihan tersebut tamat pada 22 Jun 2009. Pada 23 Jun 2009 saya memulakan kerja di pejabat Kolej ungku omar.

6 Julai ni dah nak mula semester baru, sem ni saya duduk sebilik dengan adik junior, dalam rumah ni pun saya yang paling tua. Semoga sem depan menberikan kenangan yang terindah dan mudahan urusan tesis saya dipermudahkan. InsyaALLAH

Saturday, June 6, 2009

Friday, June 5, 2009

Program Jati Diri dan Motivasi Samarahan : sumber dari blog akhie naim

Monday, 1 June 2009

TAHNIAH FASILITATOR KOTA SAMARAHAN

Semalam (31 Mei 2009) berakhirnya Program Motivasi dan Jatidiri Samarahan 2009. Program tersebut adalah merupakan program susulan bagi projek Latihan Kefasilitatoran yang telah kami mulakan di bawah Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak (BPP-MIS) yang bertujuan untuk melahirkan lebih ramai fasilitator terlatih bagi mengembangkan lagi projek pembangunan remaja Islam Sarawak yang dinamakan sebagai PEWARIS. Walaupun fasilitator yang telah mengikuti Latihan Kefasilitatoran Asas pada Disember 2008 yang terlibat dengan program susulan ini hanya tiga orang, namun beberapa orang rakan mereka yang lain yang turut membantu dalam program tersebut juga mempunyai potensi yang besar untuk menjadi fasilitator yang baik.

Para peserta yang seramai 59 orang, datangnya daripada sekitar Kota Samarahan dan Kampung Melayu Balai Ringin. Mereka terdiri daripada remaja-remaja Islam yang majoritinya sudah tidak lagi bersekolah; sama ada telah tamat persekolahan tetapi tidak melanjutkan pengajian ataupun sememangnya mereka tidak menamatkan persekolahan. Justeru, program ini disusun oleh para peserta Latihan Kefasilitatoran Asas daripada Kota Samarahan dengan tujuan untuk menyuntik motivasi dan membina kesedaran di kalangan para peserta agar mereka bertindak untuk meningkatkan potensi diri mereka dan seterusnya mengubah keadaan diri, keluarga dan masyarakat.

Selain daripada permasalahan pendidikan formal, kebanyakan para peserta juga datang daripada keluarga yang mempunyai masalah. Hasilnya, kebanyakan peserta mempunyai pendidikan agama yang terlalu sedikit; itupun difahami secara superficial sahaja, sebagai adat dan ritual tanpa asas ‘aqidah yang kukuh. Oleh sebab itulah kami menekankan kepada para fasilitator dalam program tersebut bahawa untuk menjadi seorang fasilitator Muslim yang baik, budaya ilmu harus dijadikan sebagai teras. Malah, kami juga memberikan penekanan bahawa dalam proses latihan, untuk memberikan kesan jangka panjang yang lebih kekal, maka pengisian yang lebih substantial adalah diperlukan. Pengisian yang lebih substantial itu sudah tentu adalah pengisian yang terasnya adalah ilmu kerana ilmu lebih kekal berbanding semangat, motivasi ataupun tabiat paksaan yang seringkali bertahan hanya untuk tempoh waktu yang tertentu.

Apa yang penting juga adalah niat dan sikap fasilitator itu sendiri. Kami memberikan penekanan bahawa fasilitator haruslah melihat setiap peserta dengan penuh kasih sayang; bahawa setiap seseorang daripada mereka berpotensi untuk menjadi seseorang yang luarbiasa hebat. Fasilitator haruslah melihat mereka dengan pandangan kasih, dengan suatu keinginan agar mereka juga dapat sama-sama mengecapi erti kebahagiaan yang hakiki. Itulah sikap yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam; baginda begitu kasih dan sayangkan umat baginda, sehinggakan baginda tidak redha seandainya masih ada di kalangan umatnya yang tidak masuk ke syurga. Justeru, sikap itulah yang perlu dicontohi. Mudah-mudahan hasil usaha kami yang kecil, akan dapat mencetuskan perubahan yang lebih besar.

Apapun, program tersebut telah berjalan dengan sangat baik. Biarpun tidak ramai fasilitator yang betul-betul berpengalaman, namun keikhlasan dan kesungguhan mereka dalam melakukan sesuatu untuk memperbaiki keadaan masyarakat ternyata memberikan kesan yang positif kepada program tersebut. Di samping itu, para urusetia program – yang juga terdiri daripada mereka yang tidak berpengalaman – telah menjalankan tugas dengan sangat baik dan mereka cukup banyak membantu dalam menjayakan program tersebut.

Tahniah kepada fasilitator dan urusetia Kota Samarahan!