Saturday, August 29, 2009

Saya akan berangkat pagi ini

Assalamualaikum wbt...

mungkin semasa saudara-saudari membaca entri ini, saya sudah berangkat ke Penang.
Salah satu langkah saya cuba lakukan dalam usaha mendekatkan diri dan mencari ALLAH.

YA. Saya seorang yang sentiasa mencari kerana bagi saya setiap ceruk muka bumi Allah ini ada nikmat yang kita belum rasa.
Insya Allah dengan pengisian yang ada mendekatkan diri dan menambah kemanisan Iman dalam hati-hati yang selalu rindukan Cinta dan Kasih Sayang Allah.

Maha Suci Allah pencipta sekalian alam.
Segala puji hanya untuk Allah.

Masih terngiang-ngiang lagi, kisah pencarian Nabi Ibrahim as dalam surah Al-An'am ayat 76-79 mencari siapa Tuhannya.
Subhanallah.

kisah ini betul-betul berada dalam hati saya. Oleh kerana itu, saya rasakan pengorbanan dan perjuangan saya hanya sebuah pengorbanan kecil sahaja berbanding insan-insan yang mula-mula berusaha agar Islam bertapak di muka bumi.

Alhamdulillah.
Syukur Allah masih beri hamba peluang untuk merasakan nikmat dunia.

Semoga perjalanan ini dirahmati Allah.

Kepada sahabat-sahabat sekalian, curahkan limpahan doa buat hamba agar hamba istiqamah dalam pencarian sebuah Cinta yang teragung


~~~~PEMBURU CINTA HAKIKI~~~~

Wednesday, August 26, 2009

MARI BERAMAL...

4.00 pagi

1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:

“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”

2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3.Mandi dan membersihkan diri

4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.


4.20 pagi

1.Solat sunat Taubat
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

2.Solat sunat Tahajjud.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

3.Solat sunat Hajat
Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

4.Solat sunat Witir
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.


5.00 pagi

1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.


5.30 pagi


1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.


7.00 pagi

1.Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.

2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.

3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi

1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.

2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja


12.45 tengah hari

1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


4.15 petang

1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA


5.30 petang

1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!


6.30 petang

1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :

“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”

3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.

4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.


8.00 malam

1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh
2.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)


11.00 malam

1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur :

"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."

Sunday, August 23, 2009

Gambar yang menarik hari ni...buat saya geli hati sorang-sorang




Petak umpet


Asuk (anjing) : nak balit lok eh...dah aher ari tok.. (dah lewat ni..nak balik la)

Pusak (kucing) : eh asuk...nk ngaco lok hehe....fewitttt...nak g cne ya?? (nada menjerit) (eh anjing, nak kacau jap hehe....fewitttttt nak pergi mana tuu...)

asuk pun nangga ke belakang. si pusak bertapok belakang kayu tepi jalan. (anjing pun meliha ke belakang. si kucing bersembunyi di belakang kayu)

Asuk (anjing) : sapa nunggah aku tek ooo...nk ngecek lok sapa... ( sapa panggil aku tdi...nak pergi tengok la siapa...)

Pusak (kucing) : Mudah-mudahan nya sik tauk aku betapok rah ctok. (mudah-mudahan dia xtahu aku bersembunyi di sini)

Asuk (anjing) : mok nya rah belakang kayu ya...ndiat lok jap. Oooo kau duhal tek. berani na jak ngaco aku. mo kenak kau tok nak. nang x jerak kenak kepong ko tok eh. (mungkin dia da di belakang kayu ni, nak lihat la kejap. oooo kau rupanya, berani kawau aku ye, nakkena ke ko ni.... tak menyesal ke kena kejar kau ni)

Pusak (kucing) : aie pat juak nya nemu aku...ok2 sori....hehe guro ajak tek bah. alu nak manas. ( eh dpat juga dia jumpa aku, ok2 sori... gurau je la, takkan nak marah ..)


okla ..tu je kot...xde idea la. kalau tak paham, buat-buat paham ye :)




Jahil Banget




nonton funniest animal video

Kembar Juga ?


Kembar Juga ?
Kembar ?


Kembar    ?

Banyak lagi gambar-gambar lain..nk tengak mai la klik kat sini Kucing Comel

MELAKAR PELANGI DI LANGIT BIRU

Melangkah itu mudah,

Namun mencari arah itu yang payah,

Mencari jalan itu mudah,

Namun memahami destinasi itu yang susah,

Menyusuri susur itu mudah,

Namun noktan itu pasti mendatangkan lelah,

Dalam Semua ini, Menjaga istiqamah yang paling susah,

Payah, Dan lelah,

Namun DIA amat faham,Bagi hamba-NYA,

DIA tidak meminta manusia menjadi yang terbaik,

Hanya melakukan yang terbaik,

Meletakkan sandaran dan keyakinan sepenuh-NYA pada-NYA,

Lantas nescaya DIA akan menguruskan selebihnya,

Agar yang terbaik itu menjadi milik manusia,

Semoga perjalanan kita sentiasa di dalam lindungan dan rahmat ALLAH swt.

Insya ALLAH....


Melakar pelangi di langi biru,

Nampak mustahil kan,

sumber dari blog sahabat Klik di sini


---------------------------------------------------------------------------------

“Melakar pelangi di awan biru…”


Melakar pelangi di awan biru…”

Tertarik dengan status YM yang dipaparkan oleh seorang rakan, terdetik di hati untuk menulis sesuatu.. Simple dan pendek sahaja ayat di atas, tapi makna yang cuba dibawa cukup besar dan mencabar. Tampak seperti retorik! Ujar saya kepada rakan tadi.. Sengaja mahu mengujinya.. Memang retorik sebab anda cuba memahami bahasanya dan bukan maknanya! Jawab rakan tadi dengan bersahaja..

Melakar pelangi di awan biru suatu impian yang sangat besar..

Ia bukan sembarang kerja.. Bukan sebarang cita.. Bahkan ia sungguh luar biasa! Impian melangit sehingga ke tahap cakerawala dan lantas langit biru tadi diwarnai dengan corak pelangi guna pena yang dipegang oleh tangan-tangan ajaib.

Apakah ia mustahil?? Jawabannya TIDAK. Sungguh ia TIDAK mustahil..


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini hanya sebahagian penulisannya, hendak baca yang penuh boleh ke blog dia, link ada kat atas tu.

Sebenarnya MELAKAR PELANGI DI LANGIT BIRU satu frasa yang cukup menarik minat saya.

Saya kira, bila kita renung dan fikirkan kembali makna tersirat disebalik frasa ini. Mengapai satu cita-cita atau matlamat yang kita anggap sebagai mustahil.

Go to fullsize image


Saya sendiri kadang-kadang suka berangan.

Hendak menjadi kaya,

hendak menjadi seorang penceramah, hendak menjadi seorang pengubal atau bekerja di bahagian pengubalan pendidikan malaysia di Kementerian Pelajaran,

hendak menjadi seorang ahli perniagaan,

mempunyai kedai buku sendiri, mahu menjadi isteri yang solehah,

mempunyai kucing atau pusat jagaan kucing yang comel-comel, dan banyak lagi.

Go to fullsize image


Tapi harus ingat, angan-angan bukan sekadar angan-angan tetapi kita perlu ada usaha mencapainya.

REVOLUSI.

PERUBAHAN.

Ini adalah salah satu perkara yang perlu kita lakukan.

Berbalik kepada diri saya sendiri,

Hendak menjadi seorang ahli peniagaan katakan, saya perlu bertindak dari sekarang. Walaupun saya tidak pernah belajar subjek perniagaan tetapi itu tidak menjadi halangan kerana bagi saya ilmu itu boleh dicari walaupun dalam slip SPM saya tidak tercatat subjek perniagaan atau perakuanan.

Mula dari sekarang, saya sudah berjinak-jinak berniaga secara kecil-kecilan. Walaupun nampak macam remeh, dan saya sendiri masih kurang cekap dalam pengurusan duit yang keluar masuk, Tetapi saya puas. Saya puas sebab saya ada sedikit pengalaman yang boleh digunakan kelak.

Begitu juga dengan cita-cita saya untuk mempunyai kedai buku sendiri. Saya sudah mula bertanya di mana saya boleh mendapatkan pembekal buku-buku ini.

Sebab itu saya tertarik dengan frasa "MELAKAR PELANGI DI LANGIT BIRU". Berusaha mencapai angan-angan yang nampak mustahil tapi boleh dicapai.

sebelum itu, perbetulkan niat anda.

BERAMAL KERANA ALLAH


Aksi Kucing dan Baby 01 by maenkhok.


sedetik bersama, semusim terasa

Assalamualaikum wbt...

"Sedetik Bersama Semusim Terasa"

Ya, itulah Ramadhan Kareem... a.k.a Ramadhan Al-Mubarak
Bulan yang mulia,
penghulu segala bulan.

Alhamdulillah kita sudah berada di hari kedua Ramadhan,
Ya Allah,
Tak sanggup rasanya berpisah dengan Ramadhan.



Ketibaannya amat dinanti-nantikan,
Pemergiaannya tidak diharapkan,

Benar, rasa ingin didakap Ramadhan ini agar ia tidak berlalu pergi,
Hati ini terasa tenang bersamanya,
Pilu mencengkam jiwa,
Pertemuan hanya tinggal 28 atau 27 hari sahaja lagi,

Ramadhan,
Siang terasa pendek bagi yang ikhlas beribadat,
Malam terasa panjang bagi yang bertaubat,

Pagi-pagi di awal Ramadhan ini terasa sejuk benar,
Hujan renyai-renyai,
Sejuk,
Cukup selesa untuk kembali ke alam minda tak sedar,
Tilam empuk mengoda,
Agar kembali bersamanya,
Namun bagi hati-hati yang mencari Cinta ALLAH,
Itulah masa paling berharga,
Saat berjumpa dengan Allah,
Detik di mana Allah dekat dengan kita.

"Ya Allah permudahkan lah aku beribadat kepada-MU, jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini"

"Ya Malik, berikanlah aku kekuatan memburu syahid di jalan-Mu"

"Ya Malikul Mulk, yang memiliki Kekuasaan, bantu hamba-Mu mempertahankan iman dalam dirinya"

Ya Allah, jangan Engkau biarkan hati ini gersang tanpa Cinta-Mu...

sahabat-sahabat maya yang dirahmati Allah,
pohon doa dari kalian,
Agar mendoakan saya,
Semoga Allah tetapkan iman di hati kita...

BERAMAL KERANA ALLAH






Wednesday, August 19, 2009

Uzlah Ramadhan...InsyaALLAH saya akan berada bersama mereka

Assalamualaikum wbt,

Kehadapan Sahabat - Sahabat Muslimin dan Muslimat,
Putera dan Puteri Islam Sekalian,
Para Mujahid dan Mujahidah,serta...
Para Dai'e dan Dai'eyah...

Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API) dibawah naungan Persatuan Ulama Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) akan menganjurkan program UZLAH TAZKIYYAH RAMADHAN . Pelbagai pengisian untuk pemantapan ilmu dan iman akan diadakan bermula 29 Ogos 2009 - 31 Ogos 2009 (8 Ramadhan 1430 - 10 Ramadhan 1430) bertempat di Pantai Bersih.

Justeru API menjemput individu-individu yang berminat untuk turut serta beruzlah tazkiyyah di bulan Ramadhan ini dalam membina pemantapan ilmu, iman dan amal dalam menyediakan diri di jalan dakwah .

Tentatif Program adalah seperti berikut ( mungkin ada perubahan):

Tarikh / Masa

Slot

Catatan

29 Ogos 2009 ( Sabtu)

06.00 pm

Tiba di Surau Pantai Bersih / Urus Diri

Penginapan Muslimin disurau,

penginapan muslimat dirumah sewa.

07.30 pm

Berbuka Puasa / Solat Maghrib

Semua aktiviti di Surau Pantai Bersih

08.30 pm

Solat Isyak / Sunat Tarawih

10.00 pm

Taaruf / Taklimat Program& Pembahagian Tugas - Saudara Amir

11.00 pm

Rehat

30 Ogos 2009 ( Ahad)

04.30 am

Urus Diri / Qiamullail dan Persiapan Sahur

Semua Aktiviti di Surau Pantai Bersih

05.00 am

Sahur dan Solat Subuh

07.00 am

Kuliah Subuh

Merungkai Permasalahan Umat Islam Global –

Dr Roslan JIM

08.00 am

Riadah - Saiful Affandi

09.00 am

Slot 1 : Persoalan Akidah Dalam Perjuangan

Dakwah Secara Berjemaah Dan Keperluan Untuk Terlibat - Ust. Hafiz Nordin

10.30 am

Solat Sunat Dhuha

11.00 am

Slot 2

Masyarakat dan Kepedulian - Ust. Nizam Mahshar

12.45 pm

Persiapan Zohor dan Solat Zohor

02.00 pm

Slot 3 : Ibadah

Amalan Harian Tarbiah Ruhiah - Ustazah Mardhiah

03.30 pm

Muhasabah Ringkas ESQ way - Saudara Izzat

03.45 pm

Slot 4 : Keluarga Aktivis Dakwah -

Ust. Kamaruddin Kassim

04.30 pm

Solat Asar / Taklimat Turun Lapangan – Saudara Amir

05.00 pm

Persiapan Berbuka Puasa

06.30 pm

Tadarus Al – Quran

07.00 pm

Berbuka / Solat Maghrib

08.00 pm

Bergerak ke R&R BORR untuk Solat Isyak dan Tarawikh

R & R Pantai Bersih

10.00 pm

LANDAS Malam Merdeka : ‘Ops Sayangi Remaja’

01.00 am

Rehat

31 Ogos 2009 ( Isnin)

04.30 am

Urus Diri / Sahur / Solat Subuh

Semua aktiviti di Surau Pantai Bersih

08.45 am

Senaman Ringkas ESQ way - Saudara Hadi

09.15 am

Slot 5 : Prinsip Dakwah - Ust Wahab

09.45 am

Slot 6 : Ukhwah dan permasalahannya –

Saudara Shamsul Ery

10.45 am

Solat Sunat Dhuha

11.00 am

Slot 7 : Muhasabah Pemuda-pemudi Islam –

Dr Fadhullah Jamil

01.00 pm

Solat Zohor / Bersurai





Penyertaan program adalah terbuka kepada semua dengan bayaran penyertaan sebanyak RM 10 seorang. Sila daftarkan penyertaan melalui SU API bagi memudahkan urusan berkaitan. SU API boleh dihubungi di talian seperti dibawah.

Cara Mendaftar :

Semua peserta boleh mendaftar melalui email, sms atau telefon dengan memberikan maklumat berikut :

· Nama penuh

· Institusi ataupun pekerjaan,

· No. telefon

· Alamat bermastautin

Sila hubungi SU API untuk urusan pendaftaran ;

Fatin Safiah Kamaruddin

Setiausaha API

0135045063

hafias@yahoo.com.sg

Mohon sebarkan maklumat ini kepada sahabat – sahabat yang lain.

Terima kasih.

Wassalamualaikum wbt.

Tuesday, August 18, 2009

Dah habis ganti posa lom??? dah nak posa balit dah tok eh..

Assalamaualaikum wbt..

Alhamdulillah, masih diberi peluang dan runag untuk mencoretkan sedikit bingkisan buat Ramadhan yang bakal menjelma...

Selawat dan salam buat Nabi junjungan Rasulullah SAW.

Syukran jazilan buat sahabat Khairunnisa atas kad Ramadhan yang comel...

MySpace



Salam Kerinduan Ramadhan Kareem...

Semoga pertemuan seketika pada malam diskusi tersebut membawa makna yang mendalam dalam silaturahim kita.

Sebelum itu, mohon doa dari kalian. Esok saya nak ambil ujian untuk lesen P kereta. Doakan saya, semoga ini memudahkan lagi perjalanan saya melalui denai-denai menyampaikan risalah Islam. Ya itu matlamat saya. Terus bersilaturahim dan menziarahi sahabat-sahabat saya. Kin lanja kaki kamek ngelayo lepas tok. hehe

MySpace

Berbalik kepada Ramadhan, entah mengapa hati ini berbisik....Ini adalah Ramadhan terakhir aku...
Ya Allah, adakah kematian semakin menghampiri?

Semoga Ramadhan ini kita pergunakan sebaiknya untuk membaiki hubungan dan CINTA kita kepada ALLAH...


Salam Ramadhan buat semua pengunjung blog saya...




Sunday, August 16, 2009

KASIHMU AMANAHKU- INTEAM : buat sahabat yang sudah dan akan mendirikan rumah tangga

Ucapan "Selamat Pengantin baru buat akhi naim dan adibah" MySpace


(sumber gambar: facebook akhi naim)





bilakah masanya akan tiba???? Semoga takkan lama lagi aamiin, Allahumma aamiin

Assalamualaikum wbt...

Lagu ini ditujukan buat sahabat-sahabat yang sudah mendirikan rumah tangga, dan bakal mendirikan rumah tangga.

cari mp3 sendiri ye...

layannnnnn...

Kasihmu Amanahku- InTeam

Pernikahan menyingkap tabir rahsia,
Suami isteri inginkan keluarga bahagia,
Dan mengharap sebuah bahtera indah,
Untuk bersama belayar ke muara.

Pernikahan menginsafkan kita,
Perlunya iman dan taqwa meniti sabat dan redha,
Bila rasa senang syukuri nikmat Tuhan,
Susah mendatang tempuhi dengan tabah.

Isteri janji telah dipatri,
Diijabkabulkan dan dirahmati,
Detik pertemuan dan pernikahan yang dihujani air mata kasih,
Demi syurga Ilahi.

*Suami, jangan menagih setia,
Umpana Hajar dan setianya Zulaikha,
Terimalah seadaanya,
Yang terindah dilubuk hatimu,
Isteri adalah amanah buatmu.

"Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri"

Isteri hamparan dunia,
Suamilah penaungnya,
Isteri adalah ladang tanaman,
Suami menjadi pemagarnya,
Isteri bagai kejora,
Suami menjadi purnama,
Tika isteri beri hempedu,
Suami tabah menerangnya....

ulang *

Tika suami terteguk racun,
Isteri jadilah penawarnya,
Sungguh isteri rusuk yang rapuh,
Berhati-hatilah meluruskannya.


sahabat-sahabat,
Beri masa dan ruang pada diri anda,
Andai anda bercinta,
Bercintalah kerana Allah,
InsyaAllah,
Anda tidak akan kecewa,

Jika sudah berkenan di hati,
Maka usahakanlah untuk menjemput si dia menjadi bidadari hidup anda,

Cinta adalah suatu yang terindah,
Bila mana ia disandarkan pada yang berhak,
keindahan itu datang dari dalam diri,
Bila mana kita menjaga cinta dan memagari cinta itu dengan iman dan taqwa.

Ana bukan seorang yang layak membicarakan mengenai cinta,
kerana ana juga terpesona dengan cinta dunia,
namun kerana sayangkan diri ana dan sahabat-sahabat sekalian,
ini adalah sebagai peringatan,
"berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."



Buat bakal suami ana,
sama-sama kita persiapkan diri,
dalam menempuh cabaran yang mendatang,
dunia semakin parah,
dengan percaturan Yahudi dan Nasrani yang mahu Islam mengikut mereka.
"mereka tidak akan redha selagi kita tidak mengikut mereka"

Buat bakal suami tersayang,
keindahan cinta itu akan terserlah,
bila mana cinta itu membangkitkan rasa Cinta kepada Allah,
kebahagiaan itu akan dirasai apabila kita mampu melahirkan lebih ramai pejuang-pejuang yang cintakan SYAHID di jalan Allah.
pernah ana terbaca kisah seorang wanita, yang menangis kerana keempat-empat anaknya syahid di jalan Allah.
bila ditanya mengapa dia menangis "Aku sudah tidak mempunyai anak lelaki untuk di hantar ke medam perang kerana keempat-empat mereka sudah syahid"
Masya Allah..

hebatnya wanita itu,

buat bakal suami yang dikasih Allah,
saat diijabkabulkan bukan perkara yang mudah,
kita akan mempunyai satu tanggungjawab yang lebih besar.
cuma harapan ana, jangan halang perjuangan ana dalam mendidik anak bangsa,
InsyaAllah usaha kecil ini akan membantu kita di padang masyar kelak.

KHAS BUAT PARA WANITA, IBU DAN BAKAL IBU...

LIHATLAH WAHAI DUNIA,
BILA SEORANG WANITA MEMAGARI DIRINYA DENGAN ISLAM,
MAKA AKAN LAHIRLAH GENERASI ANSARULLAH,
YANG AKAN BERJUANG MENEGAKKAN ISLAM DI MUKA BUMI INI.



Oleh itu,
jaga dirimu wahai wanita,
kamu aset agama,
jangan biarkan dirimu dinoda dengan kerakusan dunia memperalatkan wanita
dengan meruntuhkan institusi keluarga.
jangan biarkan bebanan kerja kamu seharian membuatkan kamu mengabaikan pendidikan kepada keluarga kamu sendiri.

p/s pohon ampun dan maaf andai tersilap kata atau terkasar bahasa. Aku bukan pejuang seperti Saiditina Khadijah, bukan juga seteguh iman Asiah namun aku menjadikan mereka sebagi contoh teladan.

buat sahabat-sahabat ana,
Kita permata Islam,
Kita "icon" Islam di mata masyarakat.
Ya, tudung labuh itu sering diperlekehkan kerana sikap sebilangan kecil di kalangan kita,
tapi, jangan biarkan itu jadi bebanan.
Sebenarnya itulah cabaran kita dalam mengekalkan apa yang kita ada, dan terus memajukan diri.

Okla, setakat ini dahulu. " Lab report" tak siap lagi, ish2, dah2 p buat kerja lagi...
sebagai renungan dan muhasabah diri bersama:

Sering ku terdengar,
usikan nakal,
lelaki pada wanita,

FEUWITTT...CUNNYA!!

Buatku keliru sendiri,
apakah ertinya kecantikan wanita
di mata lelaki?
adakah pada susuk tubuh yang mengiurkan?
atau pada akhlak yang menawan?
biar apa pun jawapannya,
Aku tetap Aku,
apa yang aku tahu,
Aku seorang WANITA
fitrahku sukakan diri cantik jelita,
namun bukan kecatikan di mata manusia,
sebaliknya,

KU CARI KECANTIKAN YANG DIIKTIRAF TUHAN..

-ADAPTASI DARI NOVEL TAUTAN HATI-


bakal suami= unknown person..xtau sapa hehe..tp yang pasti cinta ALLAH di tangga teratas. The One and the only One..

link yang berkaitan

awak boleh panggil saya puan Nurul / You can called me "madam Nurul" :)