Thursday, August 25, 2011

Perkampungan Generasi Khalifah 2011

Perjumpaan bersama rakan-rakan PERKEPIS.

Cukup menggamit hati.
Ukhwah yang terbina kuat terpatri
demi mendidik hati
agar sentiasa CINTA kan Ilahi.

Buat puteri-puteriku sayang

Siti Raufa Sufrina, Hartini Mardan, Siti Adibah Zulkefli, Siti Aisyah Mahdini, Dayang Nur Izzah Munirah, Nor Asyiekin Said, Nur Asyikin Salleh, Nadia Abdullah, Nur Kartika, Dayang Nuraida, Jasmin, Zakiah, Kak Hamizah, Kak Nur Hayati, Kak Siti Nurbaya, Dyg Fizan dan akhwat-akhwat yang lain

Syukran ya Ukhti atas ukhwah ini.

Buat "encik-encik" yang turut hadir,

Ahmad Syahmeer, Zamri, Khairul Anwar, Shidan, Nadzmi, Hiqmal, Khalid, Ahmad safiuddin, Haziq Roslan, Abdul Rahim, Azli Ramli, Azrul Jaini, Alif, Nu'aim dan Ikhwan-ikhwan yang lain.

Terima kasih atas hidangan sahur.

Syukur pada Allah dengan ukhwah ini.

Perkongsian HAMBA DAN KHALIFAH yang sentiasa diutarakan, memberi nafas baru.

Memaknai sebuah kehidupan. Kata-kata dari Prof Dr Muhaya, tidak kira apapun pangkat yang kita ada, diakhirnya kita akan kembali kepada Allah dan hanya amalan-amalan yang akan dikira. nama dan pangkat itu akan dipersoalkan kelak.

Mari memaknai sebuah kehidupan.

Tidak kira siapapun kita, kita perlu meletakkan diri sebagai hamba dan khalifah.

Seorang hamba akan melakukan sebaik yang mungkin arahan yang telah diberikan oleh TUHANnya.

Seorang Khalifah yang berjiwa hamba, akan melakukan tanggungjawab dan amanah yang diberikan sehabis baik dan mengharapkan penghargaan dan keredhaan Allah semata-mata. Dengan itu dia akan menjalankan tugasan yang diberikan dengan melakukan yang terbaik.

Jika kita seorang doktor kita akan merawat pesakit sebaiknya,
Jika seorang guru, cuba sedaya upaya untuk mendidik anak murid.
Jika seorang Raja, memerintah dengan baik rakyatnya.

Tidak kira siapapun kita, walaupun seorang raja, mahupun seorang pemungut sampah,
Jika niatnya kerana Allah.
Jika tujuannya untuk redha Allah kita akan melakukan yang terbaik.

insyaAllah.

mari kita memaknai kehidupan dengan meletakkan Allah sebagai sandaran dan pengharapan.


CUKUPLAH BAGIKU ALLAH

Daripada Allah kita datang, kepada-Nya kita kembali.


Cukup bagi ku Allah...

Ya Allah Ya Tuhanku.
Kurniakan kepadaku ahli keluarga yang taat beribadah kepadaMu
Kurniakan kepadaku ahli keluarga yang mendirikan solat,
Anugerahkan kepadaku anak soleh dan solehah.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Matikan kami dalam keadaan Husnul Khatimah,
Jangan matikan kami dalam keadaan Suul Khatimah.
Jadikanlah Kubur kami sebuah syurga.

Allahu Ya Allah Ya Tuhan kami.
Ampuni dosa kami, kedua-dua ibu bapa kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami, dan semua muslimin dan muslimat.


Cukup bagiku- Opick

Penuhi hati ini dengan satu rindu
Rindu untuk mendapatkan cinta-Mu
Penuhi jiwa ini dengan satu cinta

Cukup bagiku Allah segalanya untuk-Mu
Di hatiku ini penuh terisi segala tentang Allah
Kepada Nabi Muhammad tercurah sholawat Allah
Tiada Tuhan selain Allah cukup bagiku Allah

Hasby Robbi Jalallah
Mafi qalby Illallah
Alalhadi Shalallah
Laa Ilaa ha Illallah
Ya Allah, banyak doa yang ku pohon padaMu Ya Allah kerna ku yakin hanya kepadaMu doa ku panjatkan.

Ya Allah ya Tuhan kami.
Ku pohon perlindungan dan diuruskan oleh Mu Ya Allah.

Ku pohon limpah rahmat dalam setiap tindakan ku Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Setiap hari aku perlu memilih, tunjukan kepadaku pilihan yang terbaik menurutMu Ya Allah.

Ku pohon setiap tingkah laku ku dipelihara olehMu ya Allah.

Amin Ya Rabbalamin...

Mari kita terus berdoa. setiap masa, dimana jua kita berada. Berdoa supaya Allah sentiasa bersama kita.

Mari berdoa..

Monday, August 15, 2011

Doa saya Allah makbulkan

Alhamdulillah...


Allah makbulkan doa saya.

Allahurabbi.


Teruskan menembak doa-doa kepada Allah kerana sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik tempat untuk bersandar.

Allahurabbi. Semoga kasih sayang antara keluarga ku dikukuhkan. Semoga hati kami sekeluarga dilembutkan dan dikurniakan cahaya keimanan.

Semoga keluargaku dipenuhi mawaddah wa rahmah.

Semoga rumah kami dipenuhi cahaya-cahaya dari syurga.

Semoga hati kami ditautkan dengan ikatan iman.

Ampuni dosa kami Ya Allah.

Engkau Pemilik setiap hati.

Tunjukkan kami jalan yang lurus.

Amin..

~~~~~~~~~Mari teruskan langkah mencari cinta Allah. Derap kaki menjejak setiap bumi Allah sebagai bukti kita berjuang untuk iman. InsyaAllah~~~~~

JANA TAQWA KHAS EDISI RAMADHAN


Alhamdulillah...

Diberi peluang bersama sahabat-sahabat di bumi kenyalang sebelum sebahagian daripada mereka berangkat ke semenjang tanah air untuk melanjutkan pelajaran.

buat saudari Siti Raufa Sufrina, moga ukhwah kita berpanjangan selamanya. InsyaAllah.

Buat adik-adik, Adiba Zulkefli, Siti Aisyah, Izzah Hazwani, Izzah Munirah, Dyg Zainab, Dyg Asmah, NS Dahlia, Hartini Mardan, Asyiekin said, Izzati.

Semoga Allah memberkati ukhwah ini.

Semoga kita istiqamah dengan perjalanan hidup kita.

Rupanya perjalanan hidup kita sama cuma tidak serupa.

Setiap kesusahan ada pengajaran.

Setiap kemudahan ada cabarannya.

"Azam Ramadhan"

InsyaAllah, sama-sama kita perbaiki diri sementara masih ada masa.

"The man who decided to change on the 12th hours died on the 11th."

kata-kata dari CONTENGAN JALANAN buah tangan dari adinda aisyah.

Belajar Menerima.

Ya, saya perlu belajar menerima hakikat hidup. Hidup ini perlu ditempuhi dan diselesaikan.
Bukannya melarikan diri.

Sama-sama kita menerima kelebihan dan kekurangan.

InsyaAllah, mari sama-sama kita tanam semangat Iman Mahdi iaitu orang yang akan meneraju dunia dalam setiap sudut arena dunia yang kita ceburi.

InsyaAllah.

InsyaAllah.

Saya berharap akan datang kita akan berjana taqwa sambil melihat dunia.

Semoga hasrat ini terlaksana. Mungkin akan memerlukan kewangan yang agak besar tapi hakikatnya banyak perkara kita mampu pelajari dan dalam mencari cinta Allah itu adalah perlu.

Saya bercadang untuk membuat rombongan ke Acheh suatu masa nanti bersama-sama sahabat-sahabat.

Menziarah rumah kedua insan yang kita sanjungi Habib Muhammad Alawi AlAttas, pengasas Madrasah Alkhairat. InsyaAllah.


Semoga Allah memberkati kita, mengampunkan dosa-dosa kita, menjaga iman kita, memelihara kita dalam setiap keadaan.

Semoga Allah memakbulkan doa-doa kita. insyaAllah Aminn.

Hakikat mencari: kita perlu untuk keluar dari kelompok kita yang berada di zon selesa. Apa salahnya sekali sekali kita mengembara keluar untuk melihat dunia.

Friday, August 12, 2011

MENGORAK LANGKAH KE ARAH KEDEWASAAN

DEWASA....

saya sudah di usia dewasa.

Dewasa dari segi fizikal barangkali. Namun emosinya masih keanak-anakan. Tidak mampu menaakul permasalahan lantas menjunam ke arah kecelakaan.

"aku sudah besar la"

Ayat yang sering kali terlintas di minda bila ada orang menegur kesilapan kita.

"sukati aku la nak buat apa"

merasakan bahawa hidup ini dia yang punya sedangkan hakikatnya setiap perkara memberikan kesan kepada semua orang yang ada disekelilingnya.

Apabila sudah "dewasa" maka permasalahan dia juga permasalahan "dewasa"

Semakin hari semakin mencengkam jiwa sehingga merasakan diri ini tidak layak berada di dunia. Setiap masa merasakan bahawa dunianya tersepit dan tersekat. Tiada matlamat untuk dicapai..

Setiap hari berlaku "PEPERANGAN" dalam diri.

Antara IMAN

CINTA

NAFSU

HARTA

dan sebagainya.

lalu bagaimana kita menghadapi dunia yang dikatakan "DEWASA' ini..

~~~~mari mencari solusi~~~

Thursday, August 11, 2011

SAYA MAHU MENGAKTIFKAN DIRI SAYA KEMBALI...Assalamualaikum semua (^_^)

InsyaAllah...
Blog ini akan diaktifkan semula...

Mencari semangat meneroka alam...

InsyaAllah nanti kita bertemu kembali di "post" yang seterusnya...

SALAM RAMADHAN KAREEM....

Template aru saya, 4 ekor anak ayam yang comel hehe