Thursday, September 29, 2011

JANA TAQWA JANA CINTA ILAHI..~~untuk hewi


Assalamualaikum buat semua, kami dari hewi PERKEPIS mengalu-alukan sahabat-sahabat (muslimah sahaja) untuk menyertai kami dalam program JANA TAQWA

Program ini akan diadakan pada 14 oktober 2011 (selepas asar) sehingga 15 Oktober 2011. Yuran penyertaan RM5 sahaja.

Bertempat di 374, Jalan Sungai Maong Tengah 13, May Ling Garden ( Rumah Saudari Izzah Hazwani Ibrahim)


Kedatangan anda amat dialu-alukan. Sekiranya anda mempunyai masalah dari segi kenderaan, sila hubungi nombor yang tertera.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, September 27, 2011

Mengemudi KAPAL di laut samudera.


"anak-anak kapal" : laung si kapten

"sir, yes sir" : sahut anak-anak kapal dengan gaya tabik. Kuat. Semangat. Dan tangkas perbuatannya.

"Naikkan sauh" : laung si kapten.

Anak-anak kapal menurut arahan tanpa sebarang bantahan, sauh dinaikkan menunjukkan sebuah perjalanan akan bermula.

Seorang kapten telah dilantik kerana ketokohan dan peribadinya. Jua kerana ketrampilan dan ilmunya. Dan yang pasti, dia dipilih oleh YANG MAHA PENCIPTA sebagai pemimpin dalam perjalanan ini.

Baru sahaja menamatkan pembacaan "Competition in 21st Century" dan meneruskan pengembaraan ke 22nd Century.

Banyak perkara yang perlu kita fikirkan untuk anak bangsa dan yang paling penting untuk kedaulatan agama tercinta ISLAM.

Mari kita tinjau dan dalami masalah yang kita hadapi pada hari ni dan masalah untuk 10 tahun yang akan datang.

Saya tertarik dengan Wawasan 2020 yang dirancang oleh Tun Mahathir pada 1991.

Beliau melihat Malaysia untuk 30 tahun yang akan datang dan kita dapat melihat hasil yang ada di hadapan kita pada hari ini.

Dan kita sebagai individu (warganegara Malaysia) kita seharusnya mempunyai satu keazaman dalam diri dengan meletakkan harapan dan apa yang kita ingin capai 10 tahun akan datang.

Sekarang kita berada di tahun 2011, cukup banyak perubahan yang kita lihat di sekeliling kita samaada secara fizikal mahupun mental.

Gagasan Wawasan 2020 telah menyenaraikan 9 cabaran yang perlu kita hadapi.

Wawasan 2020. klik pautan sini

Dalam mengharungi arus perdana ini, kita harus memikirkan apa yang akan berlaku 10 tahun yang akan datang dan menggariskan apa yang mahu kita capai pada masa tersebut.

Dalam masa yang sama, kita juga perlu menggariskan cabaran dan halangan yang akan kita hadapi untuk mencapai matlamat kita.

Untuk berada di pentas dunia ini, perlunya ada ilmu dan menjadi kemestian kepada kita untuk terus menuntut ilmu kerana Sesiapa yang mahukan dunia, dia perlukan ilmu. Sesiapa yang mahukan akhirat dia juga perlukan ilmu, dan jika kamu mahu kedua-duanya, kamu perlukan ilmu.

Mahu menongkah arus samudera, perlu ilmu dan bekalan yang cukup agar tidak hanyut dalam medan ini.

Jadilah kapten untuk diri kamu sendiri dan masyarakat sekitar kamu. Jadilah manusia yang bermanfaat kepada manusia yang lain.

Jadi sebagai kapten, tidak kirala di dalam kapal itu ada banduan yang ganas, seorang perempuan tua, tukang masak, askar, jurutera, arkitek, kanak-kanak, ibu mengandung, janda dan sebagainya, setiap mereka ada kelebihan sendiri yang boleh digilap agar perjalanan kita terus selamat dan mampu sampai ke destinasi yang dirancang. (adaptasi dari PERKAMPUNGAN GENERASI KHALIFAH ) (^_^)

Sunday, September 25, 2011

Masing-masing berjuang di medan yang telah Allah tentukan.

gambar semasa PERMIS dan MUKTAMAR PERKEPIS bersama pemimpin rakyat


di luar PLS

barisan pimpinan rakyat bersama pimpinan PERKEPIS

barisan pimpinan PERKEPIS yang bakal dibubarkan

Alhamdulillah.

Saya punya sahabat, nun di UIAM sana. Saat berkelana di sungai Pisang, Gombak tetap bermain di minda.

Saya punya sahabat, nun di Pentas Dunia mencari ilmu buat bekalan pulang ke desa. Di madrasah Solehah dia menuntut ilmu buat Islam tercinta agar mekar si bunga di taman syurga dan menjadi ikutan anak bangsa.

Saya punya sahabat, nun di DUNIA MAHASISWA....menuntut ilmu agar menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain. Mereka di gelanggang masing-masing, menari dengan lenggok langkah tersendiri demi mencari ilmu buat titipan kemudian hari.

Saya punya sahabat yang Allah kurniakan. Dan Allah jua yang berhak mengambilnya semula dari kita.

My teacher said that " Sometimes our enemy can be our good friend and vice versa"

Dan dalam diri kita penting untuk terus melangkah, memang setiap langkah itu ada manis, masam, masinnya...tapi kita kena terus melangkah walau pahit sehingga merasakan dunia ini sempit buat kita, tapi bukankah kita menjadi 0rang beruntung kerana merasakan dunia sempit lantas kita akan beralih untuk memilih akhirat dan akhirnya kita berusaha mendapatkan akhirat melalui dunia.

Salah seorang bunga di taman larangan pernah menyatakan kepada saya,

"tp ustz pahrol prnh madah, ada masalah/kesedihan dlm hidup kita x ditakdirkan oleh Allah utk diselesaikan tp utk menemani kt spnjg hidup. sbb dgn cr ya, kita akan kmbali merintih pd Allah. mun ktk x mmpu nak maafkn kesalahan org lain, sekurg2nya, jgnlah kt molah jaik ngannya balit :)"


** ustaz Pahrol pernah memberitahu ada masalah/kesedihan dalam hidup kita tidak ditakdirkan oleh Allah untuk diselesaikan tetapi untuk menemai kita sepanjang hidup, dengan cara itu, kita akan kembali merintih kepada Allah, jika kita tidak mampu memaafkan kesalahan orang lain, sekurang-kurangnya janganlah kita berbuat jahat kepadanya semula *


Ya, itu sebab utama mengapa Allah mendatang musibah kepada kita. dan Allah datang kan rahmat kepada kita.

Dan saya sangat suka ungkapan yang sahabat saya selalu katakan " Mari berkelana di taman-taman syurga,"

Walau siapa pun kita, kita berhak untuk berkelana di taman-taman syurga, dan Allah Maha Besar, saya punya sahabat serumah yang sangat menghiburkan hati, yang menyayangi sedia ada, dan hati terbuka menerima saya yang serba kekurangan ini"

Dan barisan pimpinan yang sentiasa memberikan semangat untuk terus kukuh berasa di tapak yang kita pilih sekarang.

Ada kala kita perlu memilih. Dan ini jalan yang saya pilih, Jika hendak menunggu sempurna, maka tiada siapa lah yang akan berdakwah dan menyebarkan Islam di bumi ini.

Janga asyik menunding jari kepada orang lain, tapi lihat pada diri kita. Siapa kita untuk merasakan bahawa semua orang harus menghormati dan memenangkan diri kita sedangkan adakalanya semua itu berasal dari diri kita.

Kita tidak punya kuasa mengawal orang, tapi kita punya kuasa mengawal siapa kita.

Biar orang mencela, biar orang mengata teruskan berusaha kerana apa yang kita lakukan bukan kerana mahukan pengiktirafan mereka tetapi redha dan rahmat dari Allah.

Bersyukurlah jika kita masih bisa menangis kerana itu tanda hati kita tidak mati dan kita masih punya rasa untuk kembali kepada Pencipta.


Syukran ya akhi wa ukhti.

Syukur pada Allah.

Alhamdulillah, Allah berikan nikmat Islam dan Iman dan memberikan jaan pada saya untuk terus meningkatkan ilmu dalam diri.


pssssstttttttttt: saya sangat sayang hewi perkepis (^_^)

Tuesday, September 20, 2011

Saya merindui mereka

Mereka adalah sahabat sepersatuan, Seperjalanan, Seporetan, Seperjuangan, Sehati, sejiwa, setalam...dan semua.

Saat ini saya teringatkan mereka. Setiap masa saya bersyukur Allah datangkan mereka sebagai sahabat saya.

Buat hewi PERKEPIS DAN PERKEPISMA... SAYA SAYANG KAMU ....(^_^)

Monday, September 19, 2011

Hati yang penuh NISTA...Jiwa yang berdusta

Siang melabuhkan tirainya....

Malam menghamparkan kegelapan....

Hamba datang menghadap....

Untuk menemui Penciptanya....


Apa kita begitu

Lemah jiwa memikirkan dosa.

Apa kamu tidak yakin Allah Maha Pengampun.

Allah terus mendatangkan ujian.

Sebagai tarbiyah buat mu insan.


Allah yakin kamu mampu.

Allah yakin kamu tega berhadapan dengannya.

Jangan dirisaukan manusia berpaling darimu.

Tapi risaukan jika Allah tidak mahu melihatmu.


Allah mendidikmu untuk menjadi manusia yang sejahtera imannya.

Seperti yang kamu inginkan, terbang ke syurga dengan iman yang sejahtera.

Oleh itu, ini ujian yang perlu kamu tempuhi...

Semoga Allah merahmati kita semua...


Pohon cinta, kasih dan sayang daripada Allah agar sentiasa memelihara hati kita dan iman kita.


Allahu akbar...

Allahu akbar...

Allahu akbar...

Sunday, September 18, 2011

Al Humazah

Menghayati hidup.....

Al Humazah (Pengumpat) 1 - 9:
Image
1. Wailul li kulli humazatil lumazah.
1. Celakalah bagi setiap pengumpat lagi pencela