Sunday, July 22, 2012

Kongsi rasa hati

Allahu....

Ya Ramadhan, terima kami sebagai tetamumu.

Ya Ramadhan, tunjukkan kami jalan ke arahmu.

Ya Ramadhan, kurniakan kenikmatan ibadah didalammu kepada kami.


Ya Allah,

Ya Allah,

Ya Allah,

Ya Allah,

Ya Allah,

Ya Allah,


Ya Allah,

Ya Allah,


Ya Allah,

Ya Allah,


Ya Allah,

Ya Allah,


Ya Allah,

Ya Allah,


Ya Allah,

Ya Allah,


Ya Allah,

Ya Allah,


Ya Allah,

Ya Allah,


Ya Allah,

Ya Allah,


Ya Allah,

Ya Allah,

Ya Allah,

Ya Allah,


Allahu..... pilu benar rasa hati ini.Semoga diri ini bertemu Ramadhan yang akan datang.

Semoga direzekikan bertemu lailatul qadr... Amin ya rabbala'lamin

Saturday, July 21, 2012

Marhaban Ya Ramadhan..Redha dengan ketentuan Allah



Cantik langit petang. Usai menemani sahabat yang menjalankan tugas, segera bergerak untuk menjemput kucing-kucing untuk sahabat. Di dalam feri Samarahan, Muara Tuang Alhamdulillah, semoga setiap pertemuan kita dengan sahabat baru mendekatkan diri kepada Allah dan membuka peluang untuk kita berkhidmat kepada masyarakat dengan tautan ukhwah fillah ini menguatkan kita di jalan ini.


Bismillahirahmanirrahim..


Ramadhan Kareem...

Allahuakram...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah.

Redha dengan ketentuan Allah.

Bila redha, akan rasa lapang di hati.

Sukarnya membentuk hati untuk redha, tapi bila mendapatnya, sukar ditafsir dengan kata-kata.

Syukur dengan segalanya.

Ramadhan kareem, moga menjadi lebih baik.

Syukur Allah masih sayangkan kita, masih punya rezeki di dunia ini.

Azam: semoga Ramadhan kali ini lebih baik dan kita akan bertemu di Ramadhan akan datang.

"
Musibah atau kesilapan yang kita lakukan adalah teguran daripada Allah agar kita kembali ke jalan yang sebenarnya dan memperbaiki diri. Ada masa Allah berikan ujian kerana kita terlalu takbur dan riak, seolah-olah kita yang terbaik dan melihat keburukan pada orang lain lantas menghina dan meminggirkan mereka. Allah datangkan ujian agar kita membetulkan kesilapan itu.

Perbanyakan istigfhar di bulan mulia ini. Itu pesan Habib Muhammad semalam. Perbanyakan juga selawat. Semoga bulan Ramadhan kali ini lebih baik.

"Terima kasih kepada yang tidak lelah meminjamkan semangatnya kepadaku. Semoga apa yang bakal aku lalui di hari-hari mendatang dapat membawa manfaat kepada diriku dan isi dunia ini. Semuanya ku lakukan demi Dia Rabb ku yang tercinta. Di akhir pengharapan, aku berharap agar aku, dia dan semua akan bertemu hingga ke syurga sana.

Apa yang pasti.. Terima kasih kepadaNya. Atas kurniaan ini, kerana DIA aku masih berada di jalan ini..."



Bagi yang masih dalam perjalanan mencari arah, jika tersalah langkah, U-Turn ada di mana-mana, berdoalah pada Allah agar ditemukan U-Turn yang terbaik buat kita. Doakan yang terbaik buat kita.

Tuesday, July 17, 2012

Lompat dan Lompat lagi...Integer Positif dan Integer negatif

Alhamdulillah

Idea dan ilham daripada Allah,

Lompat dan lompat.

Sesi pengajaran integer positif dan integer negatif bersama pelajar tingkatan 1 Ikhlas (1 F)

Yang tak pernah senyum pun dah pandai senyum.

Yang tak pernah sukarela pun dah mahu ke depan.

Ok, cikgu improve lagi ye..lepas ni kita main kat luar pulak.

~~senyum cikgu senyum, jangan stress, stress~~

Perancangan untuk Pengajaran dan Pembelajaran

Perkongsian daripada Cikgu Chuo

Taklimat SISC daripada saya sendiri dan Perkongsian Cara menjawab soalan Sains daripada Cikgu Chuo


Alhamdulillah.

Sudah selesai sesi lawatan dari Coach untuk program SISC (School Improvement Specialist Coaches)

Bersedia untuk lawatan seterusnya...

During my class

Wella Liai, Pamela dan Justina (yang dihadapan sahaja ye)
Suzanna, Vanida, Tantiana, Tunggie, Ziana Satin, Ricynthiana, Gloria, Estarina, Lydia, Betrease Olinda (di belakang)

Andyson dan Andy Indera

5 Cekal (5B)



Wish All the best for my students ^_^


Thursday, July 12, 2012

Pantun dan seloka

Langit malam terang cahaya,
Sinar dari bulan purnama,
Sungguh kami rindu dan cinta,
Pada Rasulullah SAW junjungan mulia.

Indah samudera dialun senja,
Matahari senyum meninggalkan dunia,
Cantik sungguh ciptaan Yang Maha Esa,
Apa mampu mengira rahmat yang dikurnia.

Monday, July 9, 2012

Oh Ayah...

Syukur masih mempunyai AYAH.

Yang pasti, Ayah tempat mengadu,

Ayah tempat bermanja.

Ayah tempat bertanya pendapat dan berkongsi rasa.

Ayah tempat mencari motivasi dan mengajar erti hidup pada anaknya.

Ayah tempat anak-anak berteduh dari terluka kerana dek dunia yang penuh pancaroba.

Ayah pelindung yang setia, bila Allah ada di hatinya, akan dijaga si anak dengan penuh mesra.

Ayah akan membentuk sesebuah keluarga, mahu yang bagaimana, pegang pada agama atau carca merba dengan usikan dunia.

Ayah, ketua dalam keluarga. Bila si ayah meletakkan Allah di hadapannya dan dalam semua pekerjaannya, dia akan berusaha sehabis baik untuk keluarga tercinta.

Solat isteri dan anak-anak sentiasa dijaga dan diperhatikan sepanjang masa agar sama-sama ke syurga.

Sentiasa mengingati isteri dan anak-anak tentang Tuhan Yang Esa dan CInta kepada Rasulullah SAW.

Wahai ayah, ini nukilan dari seorang anak yang rindukan kasih sayang

Wahai ayah, jika isteri dan anak perempuanmu tidak mengikut syariat, engkau juga akan terkena tempias dosanya. engkau terlebih dahulu ditanya tentang kesalahan mereka.

Wahai ayah, anak ini rindukan kasih sayang dan belaian cinta dari seorang ayah.

Wahai ayah, bawakan Alquran dan sunnah dalam keluargamu. Ajaklah mereka bersama-sama ke majlis ilmu.

Wahai ayah, rindu si anak ini mahu mendengarkan kata nasihat dan motivasi daripadamu.

Wahai ayah, rindu di anak ini mahu mendengar kata teguran dan didikan darimu.

Wahai ayah,

Jadilah ayah yang membawa ke syurga.

Pesan si anak kepada anak-anak di luar sana, Doakan sentiasa ayah dan bonda agar berada dalam redha dan kasih Allah selamanya sehingga ke syurga walau siapapun mereka dan apa pun yang mereka telah lakukan kepada kita.

~~Anakmu~~

Sunday, July 8, 2012

Semoga menjadi sahabat taman syurga. Bercinta dan bercita dengan Mahabbah kepada Rasulullah SAW.

Alhamdulillah..

Syukur dengan ukhwah yang ada pada hari ini.

Aku masih di takuk lama...

Masih belum kuat berdiri sendiri dan tidak mungkin akan mampu sendiri kerana kita akan sentiasa memerlukan Allah dalam kehidupan.

Aku masih mahu terbang ke awan biru.

Ingin gapai bintang di angkasa, yang terapung di galaksi-galaksi.

Ingin berkelana dan bercinta bersama mereka.

Aku juga inginkan rasa damai di saat kegembiraan mahupun berduka, rumah Allah menjadi tumpuan.

Bukan mahu riak atau pun takbur tapi ini tarbiyyah Allah, Syukur di temukan sahabat-sahabat di rumah Allah.

Sejak di matrikulasi, membina harapan dan menjadikan ke masjid sebagai rutin harian.

Yang akhirnya, Allah berikan sahabat-sahabat yang menyenangkan.

Yang bisa mengingatkan di kala kealpaan.

Yang memberi sejuta makna kepada erti hidup sebenar.

Bukan mengejar segulung ijazah semata tapi juga mencari makna siapa kita di dunia.

Rutin diteruskan di UPSI, di kala hati kesunyian tidak berteman.

Masa yang ada bukan digunakan untuk lepak di bilik tetapi menggerakan kaki ke surau dan majlis-msjlis ilmu.

Aku tidak punya ramai teman. Tapi aku tahu Allah yang menentukan segalanya dan Allah hanya memberikan yang terbaik buatku.

Buktinya ada di hadapanku. Tiap detik perjalanan hidup Allah berikan yang terbaik.

Syukur kerana tidak diselesakan dengan sahabat yang ramai yang kadang kala membawa kepada murka. Bersukaria tanpa mengira batasnya. Biar "sporting" kata mereka.

Syukur.

Syukur.

Sabar dengan karenah dunia.

Lali dengan kata fitnah dan nista. Mungkin teguran Yang Maha Esa bahawa kita ada berbuat dosa.

Solat tiang agama.

Senyum tanda syukur.

SMILE

SMILE.

Mereka tahu senyuman ku bagaimana.

^_^ Terima kasih buat semua yang mewarnai hidup hamba ini.

Syukur ditemukan dengan antum semua.

Tidak kira apa sengketa atau tersalah kata, hanya doa dan alfatihah mampu hamba ini kirimkan buat semua.

Buat sahabat di SK Tambirat, SMK (A) Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW), KML sesi 2005/2006, Sahabat di UPSI yang mengenali diri, sahabat exco dan rakan exco Kolej ungku omar, sahabat exco dan rakan exco MPP sesi 08/09, sahabat PERKEPIS, sahabat usrah, sahabt di Madrasah Al Khairat, dan semua sahabat-sahabat yang mengenali diri dan memberi makna kepada kehidupan aku.

Terima kasih buat semua.

Buat Ukhti Mel Mel yang dicintai, syukran kerana tidak jemu bersama hamba ini.

Mahu bercinta dengan anda lagi..jomm ^_^

Terlalu banyak
Sahabat Usrah dan akhi-akhi yang banyak berkongsi tentang makna hidup.

Semoga kehidupan kita bertambah baik.


~~~Saya mahu hijrah itu~~~

Thursday, July 5, 2012

Lelaki sebenarnya, Sebenarnya lelaki, benar-benar lelaki.

Saya "copy paste" dari sini http://selamattinggal.blogspot.com/2012/07/sebenarnya-lelaki.html


Sebenarnya Lelaki


Yang sebenar-benarnya lelaki adalah lelaki yang sedaya upaya lawan diri dia sendiri. Begitu juga wanita.

Puisi "Sebenarnya Lelaki" oleh akhi Ahmad Saifuddin Yusof:

"Menadah, menyeru, berdoa
Saban malam berteleku memohon
Jauh di benak diri yang dalam
Berkerut menahan godaan
Nafsu mengganggu justeru berpaling
Saban hari berjuang
Demi Tuhan, demi jiwa beriman
Kadang rebah bangun kembali
Tetap berjalan walau tempang
Tetap berjuang walau semakin ditentang
Hanya kerana Dia, bukan sesiapa
Demi Tuhan, tetap berjuang..."

Ayuh, jadi lelaki yang sebenar.

Tuesday, July 3, 2012

Buat dia yang ku tunggu

Alhamdulillah.

Syukur punya mereka dalam hidup.

Penerang di kala gelap gelita.

Memimpin jalan untuk keredhaan -Nya

Perubahan itu perlu untuk membentuk diri.

Tahniah buat kak Irma Hasmie ...pandangan peribadi saya, Allah akan bantu kita jika kita hendakkan kebaikan. Saya kira ini salah satu hadiah dan anugerah dari Allah. Nikmat Allah yang mana kamu dustakan..Allahu,

Buat adik-adik, sahabat-sahabat,
walau siapa pun kita pada masa dahulu,
JIka sudah terdetik di hati kepada kebaikan,
Maka sambutlah ia dengan penuh kemuliaan.
Ternyata, taufik dan hidayah dari Allah tiada ternilai.
"2 rakaat solat sunat lebih baik dari dunia dan seisinya"

Terima kasih buat sahabat yang sentiasa memberi semangat dan nasihat.

Beri cahaya pada hati yang gusar.

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH pencipta sekalian alam.

Umur sudah menjengah 24++ akan masuk 25 pada tahun ini.

Blog ini diwujudkan sejak 2008/2009 iaitu semasa masih 21 tahun.

berbeza cara penyampaian dan fokus.

Banyak perkara yang dipelajari.

InsyaAllah mahu mendidik anak-anak menjadi pejuang dan pendakwah kelak.

Punya cita-cita agar sentiasa bersama suami tercinta, mengejar ilmu yang mendekatkan diri kepada kebaikan dan memugarkan rasa kecintaan dan Mahabbah kepada Rasulullah SAW.

Mahu terus di medan ini.

Dalam meraih cinta dan cita itu, semoga perjalanan menuju ke gerbang perkahwinan di redhai ALLAH.

Semoga perjalanan ke gerbang perkahwinan itu dipermudahkan dan dipercepatkan ALLAH.

Semoga Allah memelihara kami dan menjaga hati ini agar kecintaan kepada Allah tidak berkurangan.

Semoga Allah pelihara hati dan cinta ini.

Semoga kita sama-sama ikhtilat pergaulan dan tidak membicarakan perkara sia-sia.

Sungguh aku hanya insan biasa, tak bisa menempis mehnah dan fitnah dunia. Takut kiranya aku ini menjadi fitnah bagimu.

Ku kira, jika sudah bersedia, sudah jatuh cinta, datanglah berjumpa kepada wali wanita yang kita suka, agar cinta itu membawa ke gerbang bahagia.

Semoga cinta ini membawa ke SYURGA bukan ke neraka.

"Jadi, kalau anak kita dah suke, kite tengok hok dia pilih tu:
takdok kecacatan dalam agame,
bukan kaki no ekor,
bukan kaki togo (minum) arak,
ada jugok gi masjid
sembahyang cukup 5 waktu.
walaupun pendapatan tak besor mana, tapi ingat, bila dah berkahwin, turun rezeki banyak"