Tuesday, January 31, 2012

Jaulah bersama sahabat~~biarlah gambar yang bercerita

Gambar-gambar dibawah perlu dilihat dari bawah ke atas...itu kronologi yang sepatutnya. Untuk mengubah ambil masa, jadi saya biarkan sahaja.

Ini Coretan dari seorang sahabat.

Alhamdulillah, berpeluang berguru dengan Sheikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al-Maliki


Ini kenangan bersama akhwat-akhwat merangkap pelajar Yayasan SOFA dan sebahagian mereka adalah sahabat saya sendiri yang sudah beberapa ketika tidak bersua muka. Alhamdulillah, dijodohkan berjumpa di sini, Ukhti Amirah Suhadat, Laila, Siti Rahmah dan Nani.

Di Sarawak sendiri, ada beberapa pertemuan yang Allah rencanakan buat kami secara kebetulan. Ukhti Laila selalu bertembung di klinik, MPH Spring. Dan ukhti Nani di Jalan India Street dan akhirnya semua berkumpul disini.

Ini Semasa berada di dalam DaQWaH. Darul Quran wa Hadith. Tausiyah rohani daripada Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaludin Al Maliki


Adik-adik cilik yang belajar di DaQWaH. Sejuk melihat mereka berpakaian serba putih dan berkopiah. malahan hari-hari mereka dihidangkan makanan rohani yang sihat. Hafalan Quran dan Hadith, semoga Zuriat kita adalah salah seorang daripada mereka.

Azam saya, anak lelaki saya pakai pakaian serba putih setiap hari kebesaran Islam. InsyaAllah


Big Apple Donut mengisi kekosongan fizikal semasa bersama ukhti uqu dan Adiba

Kuching, dihadapan Tun Jugah. Menyulam ukhwah ^_^

Ukhti Uqu dan Adiba khusyuk semasa memberi pengisian.

Ini sebahagian pelajar di Madrasah Al Khairat. Lokasi di Madrasah Al-Khairat Kuching Srawak, No 70 , Jalan Champaka, Kpg Pinang Jawa (Gita), 93050, Kuching

Madrasah ini diasaskan oleh Ustaz Syed Mohamad bin Alwi Al Attas (Habib Mohamad)

Usai pulang dari Pasar Malam satok bersama "schoolmate".

Bulatan gembira untuk menemani uhti Uqu bersama adik-adik

Inilah Ukhti Uqu. Sibuk memanjang dengan Hpnya, banyak urusan perlu dibereskan. InsyaAllah, Allah bersamamu.

Pertemuan buat kali pertama dengan ukhti Surianah. Juga di masjid Jamek dalam bulatan gembira.


Murah sahaja, hanya RM 0.50 sahaja. InsyaAllah, nanti sampai Sarawak boleh la naik.

Seminggu yang bermakna ^_^

Alhamdulillah.

Seminggu cuti Sekolah sempena CNY diisi dengan padat.

Bermula dengan bulatan gembira di malam jumaat "Usrah Umun PERKEPIS" diikuti jalinan silaturahim bersama mak Aisyah ^_^.

Keesokannya diteruskan dengan Jaulah bersama ukhti UQU.

Dari satu bulatan ke satu bulatan.

Dan saya gembira.

Terus Ziarah sahabat yang sudah 2 tahun tidak bersua.

Perjalanan diteruskan lagi dengan Kembara Remaja Wawasan dari Sukma Ria ke Pasir Pandak.

Esoknya ke teratak Habib Muhammad bin Alawi Al Attas bersama ukhti UQU dan ADIBA.

"recharge energy" seketika.

Majlis Ratib di rumah Habib Muhammad bin Alawi Al Attas.

Perjalanan diteruskan ke taman syurga bersama ukhti Siti Raufa Sufrina dan Nur Hartini.

Berakhir semalam dengan mesej daripada Kak Ros, (orang cari saya di sekolah :) )

Alhamdulillah.

Perjalanan bermakna.

Dan Semalam 30 Januari - 1 Februari 2012, buah hati saya gigih berusaha dan menabur jasa di Program Perkampungan Menara Gading Sarawak 2012 bertempat di UNIMAS, Samarahan.

Alhamdulillah.

Dalam nikmat ada ujian juga.

Seperti yang saya ajar kepada murid saya, Mikroorganisma pun ada yang baik dan jahat.

hidup kita ada nikmat dan ujian tapi kedua-duanya ada Hikmah tersendiri yang Allah telah tentukan untuk kita.

Diakhirnya, saya bahagia. Syukur kerana saya seorang ISLAM dan meletakkan keyakinan kepada kalimah TAUHID.

Tiada Tuhan disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah.

Mari sama-sama berselawat kepada nabi junjungan Nabi Muhammad saw.


Mari menyambut hari kelahiran Manusia teragung dengan berselawat dan maulid.

Duhai anak...

Duduk di tepi dinding.

Kepala ditundukkan.

Terasa ada cecair mengalir di pipi lembutnya.

Wahai anak, mengapa kau bersedih?

Duhai anak, mengapa sendirian?

Pandangan kosong.

Tiada gelak ketawa disekeliling.

Putaran ligat kipas didengari dengan jelas.

Badan direbahkan ke lantai.

Sejuk tidak berlapik.

Dia kesunyian.

Menagih kasih sayang daripada bonda yang sudah tiada.

Di kejauhan dia melihat rakan sebaya memakai seragam putih.

Dengan kopiah di kepala, beriringan bersama sahabat menuju ke rumah Allah.

Majlid Maulid akan dimulakan sebentar lagi.

Dia memandang pakaiannya yang lusuh.

Air mata berlinangan.

Jauh disudut hatinya mahu bersama "anak-anak berjubah putih" itu.

Di usia mudanya, dia tidak mendapat didikan yang sempurna namun dia akui, jiwanya tersentuh bila mendengar bacaaan Alquran yang merdu dialukan di masjid itu.

Hatinya sayu dan rindu mendengar qasidah memuji kekasih Allah, Rasulullah saw.

Ya Rasulullah, kami rindu padamu.

Wahai Kekasih Allah, kami mohon syafaatmu.

Suatu pagi yang hening, saat riuh gemersik sang burung memuji Allah, dia berdiri di luar masjid.

Memasang telinga mendengar alunan qasidah.

Air matanya menitis apabila dibacakan kisah hidup Rasulullah saw.

Rindunya kepada kekasih Allah. Tekad di hatinya, dia mahu menjadi hamba yang taat kepada Allah dan Kekasih Allah. Nabi Muhammad saw.








Friday, January 13, 2012

Surat untuk dia ~ 10 years planning

Ini saya ambil dari facebook orang.


Bila melihat status dia, saya mula berfikir tentang perancangan 10 tahun selepas perkahwinan saya.

Walaupun tarikh untuk perkahwinan belum ada.

Tapi saya cuba merangka perancangan 10 tahun.

Kebaikan yang tidak dirancang akan dikalahkan oleh keburukan yang dirancang.

Jadi mari sama-sama merancang kehidupan kita.

^_^


Surat untuk dia ~ Mencintai majlis ILMU

Konvensyen Fiqh Ummah 2012

Assalamualaikum.

Tiba-tiba saya merasakan mahu menulis surat buat si dia.

Dia ~ bakal suami saya.

Walau siapa pun dia, saya mahu catatkan di sini, agar saya tidak terlupa dan boleh membaca kembali nanti.

Rutin saya, saya sangat menyintai majlis ilmu.

Saya gembira bila dapat menghadiri majlis ilmu.

Dan saya sentiasa mendoakan agar saya sentasa terpilih untuk ke majlis ilmu.

Dan dengan itu, saya suka jika suami saya juga begitu.

Sentiasa teruja untuk ke majlis ilmu.

Sentiasa bersemangat untuk mengangkat kejahilan diri.

Teringat pesan Guru, Habib Muhamad bin Alwi Al-attas, hadir ke majlis ilmu, walaupun tidak mendapat ilmu, sekurang-kurangnya kita tidak melakukan maksiat. Malahan kalau tertidur sekalipun, kita masih memperolehi pahala.

Dan seperkara lagi, Jika mahukan dunia dan akhirat, carilah ilmu.

Ya, ilmu.

Terus menjadi pencinta Ilmu,

Buat masa ini, saya punya sahabat-sahabat yang juga mencintai majlis ilmu. Yang menjadi teman di kala diri mahu ke sana ke mari.

Jadi bila tiba masanya saya berkeluarga sendiri, saya mahu teruskannya.

Mahu anak-anak dan keluarga saya mencintai ilmu.

Alhamdulillah. Ini siri 1 "surat untuk si dia"

Lepas ini mungkin ada lagi.

Dan jika mahu orang yang mencintai ilmu, kamu terlebih dahulu perlu mencintai ilmu. InsyaAllah.

JOM pergi majlis ilmu.