Mencari CINTA ALLAH, CINTA RASULULLAH SAW, CINTA Ahlul Bait, CINTA SAHABAT ra. CINTA KEPADA AHLI KELUARGA
Wednesday, July 29, 2009
CUTI PERTENGAHAN SEMESTER UPSI DI AWALKAN
Berikutan kes H1N1 dilaporkan positif di UPSI, pihak UPSI telah mengambil langkah cuti pertengahan semester diawalkan pada 3 OGOS 2009 sehingga 9 OGOS 2009.
Manakala cuti pada 29 JULAI-31 JULAI 2009 adalah cuti berganti. Jadi pada hari ni pelajar yang sihat akan meninggalkan kolej kediaman masing-masing bermula jam 3 petang tadi.
Pelajar yang sakit pula, diminta penjaga atau ibu bapa datang sendiri ke kolej kediaman untuk menjemput anak-anak mereka.
Ini bermakna kami dari UPSI berkemungkinan tidak menghantar wakil untuk ke KEM BERAMBEH SELASEH 4. Mohon maaf atas kesulitan pihak penganjur.
Saya....
hmmm
dikuarantin seorang diri di bilik, sebab semua adik-adik rumah saya akan balik pada malam ini...
nasib baik buku yang saya tempah telah sampai, jadi adala peneman sepanjang cuti ini :D
SELSEMA BAB*....BAB* BETUL LA BAB*-BAB* NI....
maaf la mencarut sedikit...tapi ini lah hakikatnya
dulu masa selsema burung, habis segala keturunan burung-burung termasuk itik dan ayam ditembak dan di musnahkan...
sekarang selsema babi, belum lagi saya baca di dada akhbar yang manyatakan bahawa babi-babi ini akan ditembak dan dimusnahkan...
sekarang UPSI pun diperintahkan kuarantin...
semua tak boleh buat...
kuliah batal...
wacana ilmu batal...
eksplorasi buku batal....
seminar peniagaan tadika batal...
lesen memandu di tangguhkan...
byk perkara tak settle...
UPSI DIKENAKAN PERINTAH KUARANTIN
MULAI 29 JULAI 2009 SEHINGGA SUATU TARIKH YANG AKAN DIBERITAHU
SEMUA URUSAN RASMI DAN TAK RASMI DIBATALKAN SERTA-MERTA
DILARANG PERGI KE KAMPUS
==========================
PERINTAH KUARANTIN KEPADA
SEMUA KOLEJ2 KEDIAMAN :
KOLEJ UNGKU OMAR
KOLEJ HARUN AMINURRASHID
KOLEJ ZA'BA
KOLEJ AMINUDDIN BAKI
DAN
UNIT KEDIAMAN LUAR KAMPUS
Monday, July 27, 2009
PROGRAM JELAJAH PATRIOTISME
PROGRAM JELAJAH PATRIOTISME
1 – 30 OGOS 2009
AKTIVITI/PERTANDINGAN SERTA SYARAT DAN PERATURAN
PENULISAN KREATIF – SAJAK
Syarat dan peraturan :
Terbuka kepada penghuni Kolej Ungku Omar (KUO)
Karya hendaklah asli, bukan ciplak atau edit karya orang lain
Bertemakan kemerdekaan atau pendidikan
Karya dinilai berdasarkan keaslian dan kreatif olahan penulisan
Gunakan tulisan Arial saiz 11, berselang 1.5 dan helaian penulisan 1 muka surat
Karya yang terpilih akan dimuatkan dalam Buletin Exco Integrasi dan Perpaduan, Blog Rasmi Exco Integrasi dan Perpaduan atau Majalah Kolej KUO
Karya dihantar dalam 2 bentuk iaitu soft copy dan hard copy. Borang pertandingan hendaklah dilampirkan bersama hard copy, manakala soft copy hendaklah di emelkan ke alamat : akubah07@yahoo.com.my
PENULISAN KREATIF – CERPEN
Syarat dan peraturan :
Terbuka kepada penghuni Kolej Ungku Omar (KUO)
Karya hendaklah asli, bukan ciplak atau edit karya orang lain
Bertemakan kemerdekaan atau pendidikan
Karya dinilai berdasarkan keaslian, persembahan tema dan kreatif olahan penulisan
Kemahiran insaniah perlu diterapkan dalam penulisan
Gunakan tulisan Arial saiz 11, berselang 1.5 dan helaian penulisan maksimum 10 muka surat
Karya yang terpilih akan dimuatkan dalam Buletin Exco Integrasi dan Perpaduan, Blog Rasmi Exco Integrasi dan Perpaduan atau Majalah Kolej KUO
Karya dihantar dalam 2 bentuk iaitu soft copy dan hard copy. Borang pertandingan hendaklah dilampirkan bersama hard copy, manakala soft copy hendaklah di emelkan ke alamat : akubah07@yahoo.com.my
RUMAH PATRIOTIK
Syarat dan peraturan :
Terbuka kepada semua rumah penghuni Kolej Ungku Omar (KUO)
Pertandingan dinilai berdasarkan berapa banyak bendera yang dikibarkan sama ada di luar rumah dan dalam rumah (saiz bendera tidak ditetapkan), kekemasan dan kebersihan rumah
Semua ahli rumah pemenang akan berpeluang mendapat hadiah yang ditawarkan
DEKLAMASI SAJAK
Syarat dan peraturan :
Terbuka kepada penghuni Kolej Ungku Omar (KUO)
Karya yang dibacakan hendaklah karya asli tokoh sastera atau karya dari penulis berkaliber
Karya dinilai berdasarkan keaslian, kreativiti persembahan sajak dan tema yang disampaikan
Salinan skrip sajak hendaklah diberikan kepada juri
Tidak dibenarkan melihat skrip ketika mendeklamasikan sajak
Pemenang akan berpeluang untuk membuat persembahan Deklamasi Sajak di Majlis Penutup
EXPLORACE MERDEKA
Syarat dan peraturan :
Terbuka kepada semua rumah penghuni Kolej Ungku Omar (KUO)
Lokasi bermula dari Kolej KUO ke Kampus (kawasan khusus akan dimaklumkan kemudian) dan kembali semula ke Kolej KUO
Kenderaan sendiri dibenarkan tetapi hendaklah bergerak di dalam satu kumpulan
Pemenang dinilai berdasarkan
Kerjasama ahli kumpulan
Ketepatan jawapan/tugasan setiap checkpoint
Masa terpantas menyelesaikan keseluruhan checkpoint
Aspek disiplin dan adab pergaulan diutamakan
BLOG KEMERDEKAAN DAN PENDIDIKAN
Syarat dan Peraturan :
Terbuka kepada penghuni Kolej Ungku Omar (KUO)
Blog hendaklah asli, bukan ciplak atau edit blog sendiri mahupun orang lainHanya menggunakan perkhidmatan blog percuma yang disediakan dalam internet iaitu
Blogspot (www.blogger.com), WordPress (wordpress.com) dan lain-lain.
Bertemakan kemerdekaan dan pendidikan
Blog dinilai berdasarkan keaslian, kreativiti dan inovasi blog, persembahan tema dan isi kandungan blog. Jenis isi kandungan blog terpulang kepada anda dan semestinya menepati kehendak tema
TARIKH TUTUP PENGHANTARAN BORANG * :
- Penulisan Kreatif (Sajak dan Cerpen) = 25 Ogos 2009
- Deklamasi Sajak = 5 Ogos 2009
- Blog Kemerdekaan dan Pendidikan = 25 Ogos 2009
- Explorace Merdeka = 5 Ogos 2009
- Rumah Patriotik = 25 Ogos 2009
TARIKH PERTANDINGAN * :
- Deklamasi Sajak = 7 Ogos 2009
- Explorace Merdeka = 9 Ogos 2009
*Semua tarikh berikut tertakluk kepada perubahan
BORANG PERTANDINGAN BOLEH DIPEROLEHI DAN DIHANTAR :
1. PEJABAT KOLEJ KUO
2. BILIK JMK KUO
ESQ...Jangan Lepaskn peluang keemasan....
Jangan Lepaskn peluang keemasan....
Bakal mengejutkan anda semua...
Peluang keemasan ini tidak boleh dilepaskan...
Hanya sekali sahaja pada tahun 2009...
iLuvislam.com mempersembahkan...
ESQ Training bersama iLuvislam.com...
Dengan harga termurah di pasaran...
Khas untuk mahasiswa yang menuntut di IPT di dalam dan luar negara...
Serta mereka yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara..
Tempat amat-amat terhad...Jom daftar sekarang juga!!!
Info penting adalah seperti dalam poster di bawah:
10 Sebab mengapa anda perlu menyertai ESQ Training bersama iLuvislam.com?
1. Harga termurah di pasaran. Harga normal untuk mahasiswa adalah RM 550. Manakala untuk golongan bekerja adalah RM 1380.
2. Menampilkan individu-individu hebat yang telah berjaya untuk memberikan inspirasi kepada anda.
3. Anda boleh 're-charge' atau sertai ESQ Training(basics training) lain secara percuma di mana sahaja. Yuran kali ini adalah pelaburan seumur hidup anda!
4. ESQ Training merupakan sebuah training yang terbukti berkesan dalam membentuk individu dan organisasi yang mantap secara keseluruhan.
5. Mengumpulkan mahasiswa Malaysia yang menuntut di dalam dan luar negara.
6. Ia diadakan seminggu sebelum masuknya bulan Ramadhan.
7. Setiap peserta akan mendapat hadiah percuma yang menarik.
8. Diadakan dalam persekitaran universiti yang indah dan permai. Makanan disediakan 5 kali sehari!
9. Tempat program berhampiran pengangkutan awam (komuter).
10. Hanya sekali sahaja peluang sebegini untuk tahun ini!
* Jika bilangan yang mendaftar melebihi tempat yang disediakan, prioriti akan diberikan kepada pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara (sedang bercuti) dan pelajar di kolej persediaan untuk ke luar negara.
Sunday, July 26, 2009
Thursday, July 23, 2009
Eksplorasi Buku: Salahudin Alayubi: Penakluk Jerusalem
Monday, July 20, 2009
Buku-buku baru saya yang bakal saya terima beberapa hari lagi..sangat gembira huhu...
Ingin menikmati keenakan KEK LAPIS SARAWAK? kini anda boleh mendapatkannya secara online.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, BOLEH LAYARI http://lamanaktif.blogspot.com/
HARI MPP BERSAMA MAHASISWA

Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan MPP akan membuka kaunter "Hari Bersama Mahasiswa" di Bangunan Bitara Siswa setiap hari Rabu jam 11pg - 2ptg.
Segala aduan/masalah kebajikan, akademik, sahsiah dan sebagainya berkaitan mahasiswa boleh dibuat dikaunter ini bermula Rabu ini.
Sebagai wakil anda, kami sedia mendengar, memberi penjelasan dan bertindak berdasarkan kuasa yang diberi.
Kaunter ini akan turut disertai beberapa biro MPP yang lain. Antaranya :
1. Biro Latihan dan Pembangunan Sahsiah
2. Biro Akademik dan Kerjaya
3. Biro Kesenian dan Kebudayaan.
4. Biro Perpaduan dan Integrasi
http://cikguarif.blogspot.com/2009/07/mpp-kebajikan-bersama-mahasiswa.html: YB Arif
Friday, July 17, 2009
awak boleh panggil saya puan Nurul / You can called me "madam Nurul" :)
entri kali ini agak kontroversi...
sebab saya dah tak jadi ciknurul....tapi puan nurul...
nak tahu lebih lanjut kisah saya...
teruskan membaca ye..
sebelum tu,
nak cerita satu kisah...
pasal kucing kesayangan saya dan keluarga saya...
kisah nya adalah mengenai 3 ekor kucing dalam sangkar di sebelah tepi kanan blog saya ni...
rindu dengan diorang...
yang pertama adalah si PUTEH..
puteh hilang disebabkan kecomelannya...
ada orang amik bawak balik..
tak tau la dia curi ke apa
tapi yang pasti puteh dah tak ada kat rumah..
yang kedua adalah yang berbulu putih ada tompok oren (nyeng)...
mati...
kena langgar...
tak tahu la moto atau kereta tapi yang pasti agak tragis...
semasa dia kena langgar si oren (nyie) ada tengok...
cian tengok oren..
sebab si Oren dah tak lalu makan lepas abang dia tu mati kena langgar...
mak saya masak ikan tok dia makan pun dia tengok je...
bagi makan whiskes pun dia tengok je..
lepas tu kakak saya bawa dia balik rumah kakak...
masih tak nak makan...
lepas tu..
dengar cerita kakak kata dia dah mati jugak...
siannya kat dia...dia rapat dengan abang dia...selalu gurau-gurau...main sama-sama
mesti sedih kan kehilangan abang...
kalau dia depan mata saya...mesti saya dah nangis dah...
mak dia si Sony pun menghilangkan diri....berhijrah ke rumah orang lain rasanya...
membawa diri yang lara selepas kehilangan semua anak-anak dia..
ok hmm
ni gambar kucing-kucingyang menjadi warga baru di rumah saya...
mak dia SI BUNTAT dah beranak...dia dah tak single dah...dah jadi mak kucing...
ini adalah anak-anak untuk kali pertama beranak...
anak-anak buntat yang comel...usia baru je 4 hari...
saya ambil gambar sebelum saya balik UPSI...
nanti balik raya mesti depa ni dah besar-besar...
boleh ajak main-main huhu
kejarr-kejar...
Si Buntat yang tak pernah marah bila saya kacau anak dia....
Tapi dia jadi tak tentu arah bila dengar suara anak-anak dia kena buli hehehe...
saya punya kerja la tu...
pasal puan nurul....
sebenarnya....
da ada berita...
korang tak dengar lagi ke...
adik-adik pun sibuk panggil saya puan nurul...
sampai naik segan...
pergi kuliah...
naik bas...
jumpa depan kedai...
depan kolej...
kat rumah...
hmm camna ye nak bagitau korang...
sebenarnya...
saya dah jadi puan
sebab dah naik pangkat
sebagai Inspektor Sukarelawan Polis
jadi adik-adik SUKSIS yang jumpa saya
semua panggil saya pun...
dan hakikatnya
saya masih singleeee....
hehe
maaf merapu di kala malam menjelma...
Monday, July 13, 2009
Isu Semasa...PPSMI .... Ko-SPIN 09
Sudah lama aku tidak menaip artikel sendiri. Minda ini beku seolah-olah gagal menterjemahkan idea pemikiran kepada penulisan. Walaupun hakikatnya tesis lebih memerlukan perhatian tapi rasa ingin berkongsi dengan pembaca sekalian membuatkan jari ini membuat tarian meluahkan rasa hati.
Berita mengenai pemansuhan PPSMI mungkin berita baik atau berita buruk bergantung kepada pemikiran dan pendapat si penerimanya. Bagi saya, mungkin ini sesuatu berita baik kerana saya menginginkan sains dan matematik itu kembali di ajar dalam Bahasa Melayu (BM). Malah jika diperhatikan dalam kalangan bakal guru itu sendiri, tidak sampai 50% pun yang boleh menggunakan Bahasa Inggeris (BI) yang betul dan kebiasaannya mereka akan menggunakan BM semula untuk menerangkan isi pengajaran.
Berita kedua, Alhamdulillah, saya adadalah salah seorang insan yang terpilih dan terpanggil untuk menghadiri satu program ilmiah iaitu Kongres Rejuvinasi Sistem Pendidikan Islam Negara 2009 (Ko-SPIN '09).
Walaupun pada awalnya pihak UPSI tidak menghantar mana-mana wakil dari UPSI, kami telah mengambil inisiatif sendiri untuk pergi dengan kenderaan sendiri.
Pada pendapat saya, perbincangan secara ilmiah seperti ini perlu diadakan secara berkala dan berterusan di UPSI agar bakal-bakal guru ini sentiasa dihidangkan dengan isu-isu sema mengenai pendidikan di Malaysia.
Selain itu, kita juga menerap budaya berfikir secara kreatif dan tidak menerima bulat-bulat sistem yang ada. Dalam masa yang sama, kita memikirkan dan menjana idea agar sistem yang ada ini boleh diperkemaskan dan dimantapkan berdasarkan kepada keadaan semasa pelajar dan sekolah.
Walau siapa pun yang menganjurkan program tersebut, kita sepatutnya tidak melibatkan politik kerana isu pendidikan adalah isu yang perlu dimantapkan dengan idea-idea baru.
Justeru itu, saya menyeru agar pihak UPSI sama ada staf mahupun program yang dianjurkan di peringkat pelajar kita memperkasakan majlis-majlis ilmu seperti ini bagi mencapai matlamat kita sebagai seorang GURU BITARA.
BITARA bukan sekadar pada nama namun perlu adanya tindakan susulan di peringkat pelaksanaan dengan memperbanyakan perbincangan ilmiah daripada kita membuang masa dengan program-program hiburan yang membazir. Berhibur tidak mengapa tetapi ada cara dan batas nya.
Pautan yang berkaitan dengan Ko-SPIN 09
Cikgu Arif
Cikgu Aqilah
Cikgu Zulhilmi
Sunday, July 12, 2009
Pembetulan Lokasi Berkumpul Untuk Peserta KBS4 2009
Assalamu ‘alaikum.
Ingin menyertai program KBS4 (Kem Berambeh Selaseh ke-4)? Jika “ya” jawapan anda, anda semua diminta untuk berkumpul di Stesen KTM Bandar Tasik Selatan (BTS) pada 31 Julai 2009 iaitu pada hari jumaat. Anda perlu berada di sana sebelum pukul sembilan malam.
Pengangkutan akan disediakan untuk menuju ke destinasi (lokasi program di Ulu Langat). Peserta akan bertolak pada pukul sembilan malam dari stesen KTM BTS pada hari tersebut. Selamat menanti program yang bermanfaat ini. Insya’ Allah ta’ala. Wassalam
Pertanyaan yang berkaitan dengan hal ini boleh diajukan kepada:
Saudara Azam Ahmed – 017 8525490 / 019 3671089
Saudari Siti Raufa Sufrina – 013 2983436
Wednesday, July 8, 2009
PPSMI DIMANSUHKAN.....2012
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelaksanaannya bermula berperingkat mulai 2012 bagi Tahun Satu dan Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.
Beliau berkata, bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.
Serentak itu, katanya, kerajaan memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan perlu dimantapkan lagi.
“Pelaksanaan keputusan Kabinet bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ini akan berkuatkuasa pada 2012.
“Ia bermula secara berperingkat dan perubahan ini tidak membabitkan tingkatan enam dan matrikulasi,” katanya pada sidang media khas bagi mengumumkan keputusan Kabinet itu di sini.
Bagi memastikan pelaksanaannya tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), Muhyiddin berkata, pengajaran dan peperiksaan kedua-dua mata pelajaran terbabit akan dilaksanakan dalam dwi bahasa sehingga kumpulan terakhir PPSMI tamat pada 2014.
Kajian PPSMI sebenarnya mengecewakan sekaligus menunjukkan hasil kajian yang dilakukan bahawasanya dasar itu tidak pernah dilaksanakan seperti yang dihasratkan.
Harapan baru untuk semua. Jujurnya pengalaman memeriksa kertas peperiksaan kimia dan sains bagi sebuah sekolah kluster begitu memeranjatkan apabila masing-masing gagal untuk menjawab dan tidak memahami soalan. Belum lagi dilihat di sekolah luar bandar. Biarpun dasar ini dimansuhkan, seharusnya penguasaan bahasa inggeris kita dipertingkatkan dari semasa ke semasa sesuai dengan tuntutan zaman.LINK BERKENAAN:
GURUOHGURU
SULUH HATI
KHAUTAR HILMYZ
Tuesday, July 7, 2009
Selamat pengantin baru...buat sahabat-sahabat saya
Tahniah buat Puan Nur Sabiha (31 Mei 2009), Puan Zuraini (28 Jun 2009), Puan Sakhina (6 Jun 2009)...
Mereka telah diijabkabulkan semasa cuti semester lepas dengan jejaki pilihan hati masing-masing. Gambar, huhu tak ada lagi, nanti saya usahakan.
Saya dan mereka, kami adalah sebaya. Masih menuntut di semester 7 di UPSI. Jodoh mereka sudah sampai. Saya?
InsyaAllah akan datang. Cuma pada saat ini saya mempunyai tanggungjawab lain yang lebih memerlukan saya.
Cerita yang dicopy daripada website halaqah.net..
Mat...mat....
Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.
Satu malam ~~~~ Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah"
Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, dia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke
dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami
bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah.
Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian....... kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga
selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.
Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak
supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya
tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran.
Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.
Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang ma! sih kecil, pastu uruskan
supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...
Bolehlah rasanya nak berehat sikit.
Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai
dua kali lohe dan langsung tertidur....... tak pasti pukul berapa.
Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah
isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"
Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk
melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."
Whatttt???... 9 bulan 10 ari??? ....Beranaaak???.......Waaaaaa.. tak nak,,,,,,,,,,tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk...!!!
~~~~~ "Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??" Sergah satu suara di sisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??? "Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan..
Tentulah abang yang jadi suami..... Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni....."
Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk ! membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.........
Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.
p/s Berkahwin bukan perkara mudah andai kita tidak bersedia dan tidak mempunyai ilmu yang mencukupi untuk melayari bahtera keluarga.
Monday, July 6, 2009
Lokasi Berkumpul Untuk Peserta KBS4 2009
Assalamu ‘alaikum.
Ingin menyertai program KBS4 (Kem Berambeh Selaseh ke-4)? Jika “ya” jawapan anda, anda semua diminta untuk berkumpul di Stesen KTM Bandar Tasik Selatan pada 31 Julai 2009 iaitu pada hari jumaat. Anda perlu berada di sana pada pukul 5.00pm-6.00pm.
Pengangkutan akan disediakan untuk menuju ke destinasi (lokasi program di Ulu Langat). Peserta akan bertolak dalam waktu itu pada hari tersebut. Selamat menanti program yang bermanfaat ini. Insya’ Allah ta’ala. Wassalam
Pertanyaan yang berkaitan dengan hal ini boleh diajukan kepada:
Azam Ahmed – 017 8525490
Nur Syazwani – 013 2983436
Saturday, July 4, 2009
Kem Berambeh Selaseh 4..JOM RAME2 KITA KAMBOH...
Kem Berambeh Selaseh IV
June 19, 2009 at 8:10 pm (PERKEPIS)
Assalamu ‘alaikum
Mari berhujung minggu bersama rakan-rakan seperjuangan yang berasal dari bumi Kenyalang, Sarawak. Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar dan pekerja, yang tidak lekang daripada urusan-urusan yang meletihkan dan memenatkan, marilah kita bersama dalam merehatkan diri untuk menenangkan minda dan fizikal kita di salah sebuah tempat yang menarik di Ulu Langat Selangor. Pada 31 julai 2009 hingga dua Ogos 2009, Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) akan mengadakan sebuah program yang dinamakan Kem Berambeh Selaseh IV (KBS IV). Program ini akan dijalankan selama tiga hari di Kem Rimba Ria, Sungai Congkak, Ulu Langat, Selagor.
Program ini bertujuan untuk merapatkan lagi silaturrahim antara pelajar-pelajar sarawak di bumi semenanjung ini. Kami menjemput semua pelajar Islam Sarawak dari IPTA mahupun IPTS untuk menyertai program ini. Kepada yang sudah mempunyai kerjaya, penyertaan anda semua juga amat digalakkan. Dalam program ini, bahasa pengantar ialah Bahasa Melayu Sarawak, tetapi tidaklah dilarang untuk kita menggunakan bahasa-bahasa lain. Dengan itu, kepada pelajar yang berasal dari semenanjung Malaysia, tidak menjadi halangan untuk anda ikut serta dalam program ini. Apa diambil kira, anda dapat memahami bahasa Melayu Sarawak yang telah dipilih sebagai bahasa pengantar sepanjang program ini.
Tema program KBS IV kali ini ialah Melentur Budi Melakar Kasih Sayang , dalam program ini, insya’ Allah akan dijalankan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti rekreasi dan aktiviti berkumpulan (makluman secara umum, yang selanjutnya akan anda ketahui jika anda turut menyertai program ini). Program kali ini lebih condong kepada aktiviti kerohanian, dengan adanya aktiviti seperti ini, maka dapatlah kita merasai kenikmatan yang sebenar dalam setiap aktiviti yang akan kita lakukan. insya’ Allah.
Lokasi program juga agak menarik kerana lokasi itu merupakan kawasan rekreasi yang popular, iaitu terdapat keunikan yang tersendiri. Inilah peluang kita untuk bersama dalam meluangkan masa untuk menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan Allah s.w.t. selari dengam konsep kerohanian itu tadi, maka peluang untuk kita menghayati dan mengamati kebesaran Allah s.w.t. akan lebih terkesan dalam diri kita, sekali gus akan membuatkan diri kita berasa tenang lantas kita dapat membuang segala tekanan negatif yang datangnya daripada masalah ketika berada di kampus dan sebagainya. Semoga usaha kita untuk mendidik jiwa dan menjalinkan persahabatan (kerana Allah/ fillah) dalam kalangan peserta berhasil dengan jayanya.
Sepanjang program ini, peserta akan diberikan input atau pengisian yang berguna oleh senior-senior yang sudah banyak menimba pengalaman dalam menempuh kehidupan belajar di bumi semenanjung ini. Siapkan soalan anda, agar mereka tidak dapat duduk senang kerana asyik ditanyakan soalan oleh junior-junior mereka (dengan niat baik). Antara konsep yang terdapat dalam program ini ialah santai Islamik, jadi anda tidak perlu malu atau segan untuk bertanya atau memberi pendapat ketika berada dalam program ini selagi perkara yang anda ingin ajukan selari dengan adab yang digariskan dalam ajaran Islam.
PEMBERITAHUAN:
1. Peserta harus berkumpul di UIAM Gombak (kampus utama UIAM). Semua peserta diminta berkumpul di hadapan tangga besar UIAM Gombak yang berhadapan dengan pintu masuk kampus utama UIAM. Bas akan disediakan untuk menuju ke destinasi (Sungai Congkak).
2. Yuran yang perlu dibayar bagi setiap peserta ialah RM10. Sekiranya anda tidak mempunyai wang, tidak menjadi masalah kerana peserta boleh membayar yuran selepas tamat program (pada bila-bila masa, boleh dibayar kepada wakil PERKEPIS yang dipertanggungjawabkan). Sesi pembayaran sebenar akan dilakukan semasa berlangsungnya program.
3. Segala pertanyaan tentang program yang akan berlangsung ini, anda boleh hubungi:
a.) Hisyamuddin – 013 8114445
b.) Nur Syazwani – 013 2983436
c.) Ruzanna – 013 9965795
d.) Azam Ahmed – 017 8525490
WAllahu ‘alam.
Sekian, terima kasih.
Wednesday, July 1, 2009
Alhamdulillah, We Are Lucky...Muhasabah diri anda
Alhamdulillah, We Are Lucky.
sumber dari sini
"Laut,
Pasir,
Langit,
Saling berbicara, semuanya satu,
dan aku,
terguggah dengan bicaraMU,
Tuhan.."
~ ahyA1912 ~
Assalamualaikum..
Kita jarang mensyukuri apa yang kita miliki, tapi kita selalu risau dengan apa yang tiada pada kita..
Kita selalu terlupa memandang kebaikan orang-orang yang dekat dengan kita,tetapi kita selalu sangat memandang orang yang tidak pernah melakukan apa-apa untuk kita, hingga orang yang hampir dengan kita, kita terlupa untuk menghargai mereka.
Sedikit Renungan untuk kita..
Moga Kita selalu bersyukur apa yang kita miliki,dan jangan pernah berhenti untuk terus berjuang dalam hidup..hidup adalah perjuangan untuk hidup yang lebih tinggi Disisi-NYA..
Jika Kita rasa kita tidak gembira, lihat keadaan mereka :
Jika kita sering mengeluh tentang gaji, bagaimana pula dengan dia?;
Jika terasa kita tak ramai kawan, Bagaimana pula dengan orang ni :Jika rasa-rasa nak putus asa dalam hidup, tengok lelaki ni, biarpun tanpa sebelah kaki, hidup ini akan terus dijalani..
Mengeluh tentang beban kerja? Tengok yang ni pula..
Rasa 'tension' dengan kemudahan awam? Tengok yang ni lagi :
Rasa Terbeban dengan kerja sekarang ni? Nenek ni macamana yea?
Tak puas hati lagi..baik..tengok yang ni pula :
Lagi...
Lagi..
Lagi..
Dan lagiiii..
Adakah kita Masih mengeluh, berkeluh kesah? dan tidak bersyukur?
Lihat sekeliling kita, syukuri apa yang kita ada pada hari ini, hargai ia sebaik-baiknya..Bila di renung-renung..kita terlalu berlebih-lebihan, dan adakalanya kita mahukan sesuatu yang sepatutnya tidak perlu untuk kita.
Bersyukurlah..banyak-banyakkan bersyukur..
Hidup ini lebih bererti jika kita tahu makna untuk 'memberi'