Showing posts with label sayang Islam. Show all posts
Showing posts with label sayang Islam. Show all posts

Sunday, April 19, 2009

Penjelasan Lebih Lanjut..ALLAH itu Wujud

membuktikan kewujudan Tuhan dengan penampar??


Saya pernah cuba menimbulkan perbincangan di beberapa buah forum online tentang bukti kewujudan Tuhan.

Ramai di kalangan ahli-ahli forum tersebut yang mengemukakan kisah seorang ulama' yang 'membuktikan' kewujudan Tuhan dengan menampar orang yang bertanya.

Kisahnya lebih kurang begini....


Seorang lelaki datang bertemu dengan seorang ulama', lalu bertanya 3 soalan. salah satu soalan itu adalah.. "Kita tidak dapat melihat Tuhan, bagaimana kita tahu Tuhan itu wujud?"

Ulama' itu terus menampar muka lelaki itu. Kemudian ulama' itu bertanya, "Kamu rasa sakit tak?"

"Sakit," jawab lelaki itu.

"Kamu nampak tak sakit tu?"

"tak.."

"Begitu juga dengan Tuhan, kita tak nampak Tuhan, tapi Dia wujud..."



Begitulah lebih kurang ceritanya.

kisah ini kelihatan seperti logik. Namun, pd pandangan saya, ada beberapa kekurangannya...


1) Saya tidak pasti sejauh mana kesahihan kisah ini. Adakah ia benar-benar berlaku atau hanyalah suatu cerita rekaan semata-mata?

2) Memberikan jawapan dengan penampar bukanlah suatu hikmah dalam berdakwah. sekiranya kita melihat kisah ini dari perspektif non-muslim, mungkin kisah ini akan menimbulkan suatu bentuk persepsi negatif terhadap Islam. tambahan pula, kisah ini dikaitkan dengan suatu watak yang membawa title 'ulama''.

3) Sebahagian drp hujah ini benar, iaitu sesuatu yang tidak dapat dilihat tidak semestinya tidak wujud. Namun, ada kelemahan dari bahagian yang lain. Kelemahan inilah yang ingin saya sentuh..


Dalam kisah ini, lelaki itu ditanya, "kamu nampak tak sakit tu?"

Hujah ini kelihatan logik. tapi ramai orang terlepas pandang.. mata adalah deria penglihatan, bukan deria merasai kesakitan..

Hujah ini boleh dipatahkan dengan mudah.. lelaki itu hanya perlu menjawab..

"Saya tidak dapat melihat kesakitan, tapi kulit di muka saya dapat merasai kesakitan itu. tapi bolehkah Tuhan dirasai dengan deria sentuh pada kulit saya??"

Tidak! Deria sentuh pada kulit kita tidak dapat mengesan/merasai Tuhan...

Katakan kita pergi ke sebuah tempat. Di tempat itu kita terhidu bau bunga ros. Kita tidak dapat melihat bunga ros itu, tapi kita tahu bahawa di situ ada bunga ros. Ini kerana deria bau pada hidung kita dapat menghidu bau bunga ros.

Namun, bolehkah deria bau pada hidung kita mengesan/menghidu Tuhan?

Tidak!



Begitulah juga dengan deria2 kita yang lain..

Deria pendengaran pada telinga kita tidak dapat mendengar Tuhan...



Deria rasa pada lidah kita tidak dapat merasai Tuhan...




Ini kerana, kelima-lima deria kita tidak dapat mengesan/perceive Tuhan. Malah, kesemua bentuk deria atau sensor yang ada di alam semesta tidak dapat perceive Tuhan.

Dia tidak dapat dicapai oleh (segala bentuk) penglihatan, sedang Dia dapat melihat segala penglihatan itu dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui.”
[al-An’am 6:103]

Tapi, ini tidaklah bermakna Dia tidak wujud.

Katakan kita ambil ular sebagai contoh. Ular tidak mempunyai deria pendengaran. Mungkin bagi ular, 'bunyi' tidak mempunyai apa-apa makna dalam hidupnya. Tapi adakah ini bermakna bunyi tidak wujud?



Begitu juga dengan kelawar. Ia tidak mempunyai deria penglihatan. Mungkin perkataan 'warna' tidak membawa apa-apa erti baginya. Namun, adakah ini bermakna warna tidak wujud?




Walaupun deria tidak dapat mengesan sesuatu, ia tidaklah membuktikan bahawa sesuatu itu tidak wujud.

Ia hanyalah disebabkan oleh keterbatasan pada diri makhluk itu sendiri.

Dalam berinteraksi dengan isu kewujudan Tuhan ini, kita juga perlu mengelakkan daripada argumen yang biasa digunakan oleh orang-orang Kristian dan sebahagian orang-orang Islam..

"You can't prove that God doesn't exist. Therefore, God exists.."

Hujah ini mungkin diterima oleh sebahagian orang. Tapi bagi mereka yang berfikir secara saintifik, mereka menolak hujah ini.

Oleh itu, kewujudan Tuhan perlulah dibuktikan kepada mereka.

Saya telah pun menjelaskan tentang perkara ini dalam blog saya yang dahulu.

WaLLahu a'alam.


click here

Adakah ALLAH itu wujud??persoalan yang ditimbulkan pada pertemuan terakhir skuad kami..


Pengajaran dari satu penampar Mungkin ini boleh kiter jadikan satu pengajaran & sebagai renungan bersama........ Pengajaran dari satu penampar Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanah air dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.


Pemuda : Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?


Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!


Pemuda : Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.


Pak Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.


Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan 1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya? 2. Apakah yang dinamakan TAKDIR? 3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?


Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.


Pemuda : Kenapa pak imam marah kepada saya?


Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.


Pemuda : Saya amat tidak faham...??


Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?


Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!


Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?


Pemuda : Ya....!


Pak Imam : Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?


Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!


Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya. Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?


Pemuda : Tidak....!!?


Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?


Pemuda : Tidak....!!!?


Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!


Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?


Pemuda : Kulit dan daging...!!!


Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?


Pemuda : Kulit dan daging....!!!??


Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?


Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?


Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...!!


Pemuda : Allahuakbar! "ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG.. ITULAH JANJI ILAHI" 'Alangkah terasa hidup sia-sia.. Ruang fikiran hanya dengan ilmu dunia, Alangkah ruginya usia yang pergi.. Jika amalan bukan untuk alam abadi.'


pesanan: Wahai sahabat sekalian andai ada kesilapan dalam apa yang saya cuba sampaikan..mohon kalian perbetulkan


Aku Takut, Aku Risau, Aku bimbang, aku...hilang tanpa arah..hilang tanpa tujuan


Assalamualaikum wbt...


buat sahabat yang dikasihi Allah sekalian...
saat ini, detik ini, ketika ini, pemilik sementara blog ini tak keruan...
seolah hilang dalam kesibukan manusia mengejar kejayaan duniawi...
saat ini, dia tidak mampu bersuara...
tidak mampu bermunajat kepada Ilahi sebagai hamba yang abadi...

tika ini...diri ini berasa takut, bimbang dan risau...
andai nikmat yang paling berharga di cabut dari kehidupan hamba ini...

hamba ini kerap kali lupa..
kerap putus ada dengan nikmat ALLAH...

saat ini...
tiada kata ingin diungkap...
andai si pemilik sementara blog ini membisu...

dia mohon kalian doakan dia...

dia masih dalam pencarian cinta..iaitu CINTA Abadi untuk Pemilik Sekalian alam..
dia tidak betah dengan manusia-manusia yang seringkali memperlekehkannya..
berjanji dengan janji-janji cinta yang tidak ditunaikan...

jika kalian merasakan dia adalah sahabat kalian,
pantas bantu dia..doakan ALLAH merahmatinya...

dia amat bimbangkan cahaya IMAN dalam dirinya yang kian malap dek kehitaman dosa di sekelilingnya..
dek kerana maksiat yang berleluasa sehingga dia tidak ampuh untuk terus berdiri...
dia pernah di caci, dicerca..dimaki..
walaupun dia tahu Ketika Rasulullah saw ternyata lebih hebat cacian, lebih hebat makian..lebih hebat seksaannya...

tapi dia..dia tidak diseksa sebegitu rupa...
ternyata seksaan fizikal lebih mudah ditangani jika dibandingkan dengan seksaan batin...

hati dan nurani nya terseksa..rindukan hidayah dan cinta pada ALLAH..

hatinya ingin mencintai ALLAH tetapi seolah-olah terhijab..

sahabat..
setiap detik yang dilalui membuatkan dia berfikir...

mengapa kita harus hidup..

apa tujuan kita??

pernahkah kalian berada dalam keadaan itu...

berfikir mencari hakikat dan kebenaran dalam kehidupan...

berfikir mencari hakikat kepada siapa cinta kita harus diabadikan...

berfikir mencari hakikat keimanan kita kepada kita harus diberikan kepada siapa...


disini ku pohon maaf dari sahabat sekalian...andai selepas ini aku tidak bangun lagi untuk terus berdiri...
untuk meneruskan tarian jari...
untuk berjuang mencari cinta Ilahi...

aku juga ingin berpesan kepada kalian...
carilah CINTA hakiki itu...

cukup sampai di sini...
aku sudah tiada kata-kata lagi...

...
...
...
...

andai aku membisu...

usah dipersoalkan...cuma doakan aku...

...
...
...
...
...

~~~~~~~~~~~~pemburu CINTA hakiki~~~~~~~~~~~

Friday, April 17, 2009

Wahai sahabat yang dirahmati ALLAH


Wahai sahabat yang dikasihi Allah…

Bacalah dengan nama Tuhan yang menciptakanmu….sujudlah dan bermohonlah kepadaNya.

Allah adalah Tuhan yang mecnciptakan segala sesuatu. Tiada yang disembah melainkan ALLAH, dan Nabi Muhammad pesuruh ALLAH.

Basahkan lidah dengan memuji Allah. Basahkan matamu dengan tangisan taubat kepada Allah.

Wahai sahabat yang dicintai Allah…

Berdoalah kamu kepada ALLAH, sesungguhnya doa adalah senjata paling ampuh bagi orang-orang yang bertaqwa…

Ya ALLAH, dengan ilmu-Mu atas segala yang ghaib dan kekuasaan-Mu atas segala makhluk, hidupkanlah aku selama Engku ketahui bahawa kehidupan itu lebih baik bagiku.

Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kalimat ikhlas, rasa takut pada-Mu dalam suka dan marah, dan kesederhanaan ketika kaya dan miskin.

Aku mohon kepada-Mu kenikmatan yang tidak pernah habis,

aku mohon kepada-Mu kebahagiaan yang tidak pernah terhenti,

aku memohon kepada-Mu keredhaan untuk menerima ketentuan,

aku memohon kepada-Mu kesejukan kehidupan setelah kematian,

aku memohon kepada-Mu untuk dapat memandang wajah-Mu, merindukan pertemuan dengan-Mu tanpa derita yang menyengsarakan dan tanpa cubaan yang menggelapkan.

Ya ALLAH, hiasilah kami dengan hiasan iman, Jadikanlah kami pembaca ptunjuk yang diberi petunjuk. Wahai Tuhan Pemelihara alam semesta.

Thursday, April 16, 2009

HATI-HATILAH SEMASA MEMBELI MAKANAN RINGAN UNTUK ANAK-ANAK ANDA WALAUPUN ADA LOGO HALAL JAKIM

radix pilihan saya :)

HATI-HATILAH SEMASA MEMBELI MAKANAN RINGAN UNTUK ANAK-ANAK ANDA WALAUPUN ADA LOGO HALAL JAKIM

Wednesday, April 15, 2009

Bagaimana mahu belajar bahasa sarawak (dialek Sarawak)

Assalamualaikum wbt...

terimakasih cikgu arif bertanya...nak jawab kat shoutbox tapi x muat...sebab jawapan panjang sangat..

kaedah nak belajar dialek sarawak?
mudah sahaja..
baik saya mulakan cerita dari sahabat-sahabat saya di matrikulasi..
di matrikulasi majoriti adalah pelajar sarawak dan sabah...
sebahagian rakan-rakan saya yang sabah boleh menggunakan dialek sarawak.

beberapa perkara yang akan memudahkan kita belajar dialek sarawak ialah:
- berada dalam masyarakat yang menggunakan dialek sarawak
- cuba mulakan menggunakan bahasa sarawak dengan yang mudah seperti kata ganti untuk saya-kamek, awak=kitak..
- beranikan diri mempraktikan apa yang kita dengar, lambat laun kita akan mudah paham..
- dialek sarawak boleh dikatakan seperti dialek2 lain cth dialek kelantan, tetapi kita sudah biasa mendengar dialek kelantan menyebabkan kita mudah paham apa yang mereka cuba sampaikan...
- kalau nak belajar dialek sarawak kena banyak bertanya...
- selain dialek sarawak, di sarawak ada pelbagai kaum seperti iban, melanau, bidayah, dan sebagainya dan mereka mempunyai dialek tersendiri...saya sendiri kadang-kadang tidak paham
jadi memang kena bertanya la dengan mereka yang ada di tempat cikgu bakal posting itu..

itu je kot perkongsian saya,,,
dan yang akan datang...
mungkin lebih banyak entri saya dalam bahasa sarawak dan InsyaALLAH saya akan sekalikan dengan terjemahannya dalam bahasa melayu standard..

apapun cikgu arif, selamat belajar bahsa sarawak..
mun mo praktis kelaka boleh jak tanyak dengan kmk or muhammad(rakan exco kitak juak)
(kalau nak praktis bercakap boleh je tanya saya or muhamad (rakan exco awak juga))

Tuesday, April 14, 2009

MENANGIS LAGI...Hati Ini ingin menangis...tapi...bagaimana

Assalamualaikum wbt....

semalam aku call mak aku, tapi abang aku yang angkat...mak aku tengah wat keje dia...bapa aku pula g surau...

aku pun xtau nk borak pe ntah dgn abang aku...then aku bgtau kat dia nanti aku call balik...

aku pun call kakak aku pula...

aku: assalamualaikum...oo kak pa polah ya?

kakak: wsalam nangga tv...ape tek?

aku: xda tepon ajak..aku tepon mak tek tp nya gk da keja..kaktok teponnya balit..kitak tek pe kabar?

kakak: chat jak..

aku: oo kak bena ka ada cikgu baru rah sekolah darat ya? izah ada cite...nya madah abg ani? na ka?

kakak: aok ade...5 orang...sume cikgu laki...

aku: ooo cdak maktab praktikum ya nak....

bla2..pot..pet..pot..pet...

aku: k la kak, aku tepon mak lok...

.......

aku: assalamualaikum...mak

mak: komslam...ape tek?

aku: tepon jak..ktk pe kabar tek?

mak: chat jak...ari tok xda jemaah kt umah..bapak ko pg masjid..

aku: ooo...xda urang la di rumah ya...tak dgn jaha jak la..

mak: aok..esok ade gik jemaah...ari tuk op kejap..

aku: sapa juak dtg rumah mak?

mak: bla2...pot..pet...pot...pet..

aku: sapa ya mak...xkenal ku (hehe..aku memang xkenal sgt org)

mak: ( mak aku explain dgn panjang lebar)

aku: nangga muka kenal aku kali...

mak:ape gik tek...?

aku: dolah ade pulang rumah mak (dolah=adik aku)

mak: marek (hari ahad) ada nya pulang..kakya balit cnun gik keje..lom dak terimak giknya ya...

aku: nya xda mohon apa2 keje lain ka mak?

mak: lom..

aku: nya ya nang...gik nk main2 juak..maka dirik dah besar..

mak: dah ada dh padah dgn abg ko, suruh beli tiket raya ya..

aku: oooo bgs la...sapa madah izah ka?

mak: xda la...kakak ko madah...

aku: ooo izah la madah dgn maknya ya..

mak: apa gik nk d tnya tek?

aku: xda pa gik...mak, kim salam kt bapak kelak..

mak: aok..

aku: k la mak assalamualaikum...

....

lepas sikit kerinduan...

tapi still rasa nk balit kampung ...


rindunya kat mak aku...

xpa..raya kelak aku balit beli barang tok cdak..

debah tok ada sedikit coretan yang aku culik dgn kebenaran dari tuan pun blog...makseh shorab..

aku harap..aku dan famili aku sentiasa dalam redha ALLAH..

sentiasa dipelihara iman dan taqwa...

hadiah dan kurniaan paling berharga dari ALLAH

iaitu nikmat ISLAM..

yang tidak akan boleh dicari ganti dengan pa sekali pun...

teringat dengan baju yang ada tulis " SAYA SAYANG MAK SAYA"

nanti aku ak beli satu...tok diri aku dan untuk adik aku satu...

pakai masa yang sama depan mak...oppss nanti bapa aku jeles pulak..

ade x baju yg ade nama " SAYA SAYANG AYAH SAYA"

baru fair kan..kan..kan..


MENANGIS LAGI

Dalam sujud terakhir solat
Diri menangis lagi
Tatkala dugaan terus melanda diri
Menangis rasa berat terima dugaan
Namun diri akui lumrah kehidupan
Arah kejayaan dan keberhasilan

Menangis lagi
Jiwa halus makin dirasakan
Persis selembut angin mendayu
Tika jiwa makin kelam
Hati syahdu mata mengalir airmata
Terasa panas airmata bercucuran
Bukan dipaksa tapi sendiri begitu
Diri menangis tanda syukur

Bila masanya
Akur lagi dugaan masih ada
Diri usaha tandanya sabar
Paling utama adalah ujian Allah
Hamba redha ketentuan Ilahi
Allah menguji kita
Maha Penyayang dan Maha Pengasih
Alhamdulillah

Aku bah (1.4.09, 10.15pm)

sumber: http://bilamasa.wordpress.com/2009/04/13/menangis-lagi/#comments

Hidup ini adalah menjadi HAMBA.


Hidup ini adalah menjadi HAMBA.

terus menjadi HAMBA

terus menjadi HAMBA

Mari Menjadi HAMBA. Itu adalah moto website saya ini. Malah, moto itu saya gunakan semenjak dari era blogspot lagi.

Biasanya, manusia memandang perkataan hamba ini dengan perkataan yang hina. Tetapi saya, mengajak pula menjadi yang hina ini.

Kenapa saya nampak tentang HAMBA ini? Apakah yang istimewa menjadi hamba?

Saya telah mengajak anda, semenjak dari era blogspot, hinggalah ke website ini, berjalan membicarakan seputar perihal kehidupan, dan sesekali, kita menyentuh mengenai kematian. Tidakkah anda merasakan, setelah kita mengetahui dari mana kita didatangkan, kenapa kita didatangkan, dan ke mana kita akan pergi, maka kita akan melupakan semua itu, dan terus hidup macam sebelum kita mengetahui soalan-soalan itu? Adakah anda merasakan, kita bisa tidur senang, apabila kita telah mengetahui yang mati itu pasti, serta segala amalan di dala kehidupan ini akan dihitung ALLAH, dan kehidupan ini adalah ladang kepada akhirat kita?

Ya… Jika saya, hati saya tidak mungkin tenang. Tidak mungkin untuk saya membiarkan semua itu berlalu ibarat angin sahaja. Saya perlu membuat satu resolusi. Maka, setelah saya berfikir semula, berputar-putar mencari solusi, maka saya kembali ke titik mula. Yakni tujuan kenapa kita didatangkan ke dunia.

“ Tidak sesekali KAMI menciptakan jin dan manusia itu, melainkan untuk beribadah kepada KAMI” Surah Adz-Dzariyat ayat 56.

Ya… menjadi HAMBA. HAMBA kepada Yang Maha Segala-galanya. Menjadi HAMBA kepada Pencipta HAMBA, yang memegang rezeki kita, yang mengatur segala kehidupan kita, yang menghitung segala amal kita. Barulah hati itu bisa tenang.

Adakah rugi kita menundukkan diri menjadi HAMBA ALLAH S.W.T.?

Saya menggeleng kepala. Pada saya, saya tidak pernah rugi apabila menjadi HAMBA ALLAH S.W.T. Saya ada tempat 25 jam sehari untuk saya mengadu, tanpa DIA rasa jemu dengan saya. Saya ada ALLAH untuk menjaga saya setiap masa. Saya ada ALLAH untuk meringankan segala masalah saya. Saya ada ALLAH untuk itu, saya ada ALLAH untuk ini….


Peranan saya mudah, sebagai HAMBA ALLAH, saya hanya perlu meninggalkan apa yang ALLAH larang saya buat, dan saya perlu melaksanakan apa yang ALLAH suruh.

Saya pernah mendengar orang mengeluh.

“Banyak sangat benda yang ALLAH larang tu.”

Saya tersengih mendengar bicara itu. Guru saya pernah berkata,

“ Perumpamaan benda yang haram di dunia ini, adalah ibarat sepohon khuldi, berbanding dengan segala nikmat yanga ada di dalam syurga yang luasnya tak terjangka dan tak terkira itu”

Menjadi HAMBA susah? Itu hanya alasan. Alasan hanyalah hijab untuk kita melihat jalan keluar yang sebenar.

Sedangkan, menjadi HAMBA, taat kepada ALLAH dan segala perintahNya, adalah satu-satunya jalan keluar untuk kita mendapat ketenangan, dunia dan akhirat. Kita tidak akan takut bila membicarakan tentang kematian apabila menjadi HAMBA, bahkan, mungkin akan merindui kematian jika kita benar-benar menjadi HAMBA. Kita akan teguh, dan tidak mengalah dengan kelemahan kita, bahkan mungkin kita akan jadi berkali ganda kuat dengan keyakinan kita apabila kita benar-benar menjadi HAMBA.

Kerana ALLAH itu tidak akan pernah mempersia-siakan hamba-hambaNya.

Percaya?

Mari kita teliti beberapa ayat Al-Quran bersama-sama,

“ Barangsiapa yang bersyukur, maka AKU akan tambahkan untuknya(nikmat), baragsiapa yang kufur, ketahuilah bahawa azabKU adalah amat pedih” Surah Ibrahim ayat 7.

“ Dan ingatilah AKU, maka AKU akan mengingati kamu, dan bersykurlah kepadaKU, dan jangan kamu kufur” Surah Al-Baqarah, ayat 152.

“ Berdoalah kepadaKu, nescaya AKU akan perkenankan” Surah Al-Mu’minun ayat 60.

“ Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH, ALLAH akan memberikannya jalan keluar, dan memberikannya rezeki dari arah yang dia tidak sangka… Surah At-Talaq, ayat 2-3.

Jika hambaKU bertanya kepadamu(wahai Muhammad) tentang AKU, sesungguhnya AKU adalah amat dekat, aku menjawab permintaan yang diserukan kepadaKU jika mereka menyeru, maka terimalah segala arahanKu, dan berimanlah kepadaKu, agar mereka beroleh kebenaran” Ayat 186 Surah Al-Baqarah.

Siapa yang kata rugi menjadi HAMBA…



sumber: http://ms.langitilahi.com/hidup-ini-adalah-menjadi-hamba/comment-page-1/#comment-438

Sunday, April 12, 2009

Bingkisan DAKWAH DI BORNEO...sungguh aku rindukan sarawak bumi kenyalang..

BINGKISAN SEORANG MUJAHID


-Intro-

Penat tapi puas! Itulah kata-kata yang terpacul dari mulut selepas program DISKUSI IMAN anjuran Jawatan Kuasa Saudara Baru (JKSK) semalam.. Puas bukan sekadar kerana pengisiannya, tapi kepuasan juga mendatang kerana berjumpa dengan sahabat seperjuangan yang sebelum ini hanya berhubung melalui maya.. Al-fadhil Ustaz Ahmad Khairul Ikhwan, cantik nama islamnya adalah seorang penuntut di Universiti Al-Azhar dalam bidang Dakwah.. Siapa sangka seorang mualaf yang memeluk islam pada tahun 2004 sudah fasih berbahasa Arab dan sekarang menjadi mahasiswa Azhar! Semuanya kerana sinar hidayah yang dilemparkan oleh Allah SWT kepada mana-mana hamba pilihannya.. Alhamdulillah..


-Round 1-

Mengapa anda pilih Islam? Soalan ini diajukan kepada Saudara Ikhwan ketika sesi pusingan pertama forum.. Dan saya kira soalan moderator forum pada malam itu wajib juga kita jawab bersama.. Jangan Saudara Ikhwan je yang kena jawab.. Tapi rennovate sket.. Kenapa anda perlu jadi Muslim dan kekal dalam Islam..? Sahabat-sahabat, jawablah soalan ini.. Jawab dalam hati sudah.. Saya menjawabnya dengan linangan air mata.. Oh tuhan, betapa bernilainya nikmat Mu ini..


Ana adalah trained children.. Kumpulan kami dikenal sebagai ‘Seruan Suci’ dan diiktiraf oleh Gereja.. Terang Ustaz Ikhwan dalam komentarnya.. Ketika sekolah rendah lagi kami sudah dilatih secara intensif dan bersistem oleh para missionaries kristian dan setiap program kami mendapat tajaan dan dana kewangan.. Di sekolah menengah, Abang ana menjadi pengerusi mubaligh muda dan ana pula memegang jawatan ketua Intelligent.. Berfungsi sebagai pengerusi strategi bagi mebuat planning peringkat student untuk bagaimana nak berdakyah kepada para pelajar sekolah dan remaja Islam! Besar jawatan tue.. Erm, kita kat sekolah dulu buat ape ek..? Pernah fikir pasal dakwah..? Apatah lagi melakar strategi dakwah.. Paling maksima pun jadi ketua pengawas je kan.. Bolehla..

Ana hafal bible.. Awak nak version apa..? King James..? Atau Revision II? Semuanya dah ada dalam kepala.. Hebat! Sekali lagi perkataan pujian meluncur dari kerongkong saya tanpa terkawal.. Bukan apa, kita yang dah berumur 22 tahun nie pun tak hafal lagi Kitab Quran.. Bukan ade banyak version pun.. Maknanya kita tak serius.. Tak sayanglah barangkali.. maybe juga kerana Islam warisan.. Tapi tengok, mereka yang berjuang di jalan taghut begitu serius dan terancang! So, muhasabahlah bagi kita semua.. Tapi, kita nie kan asyik-asyik muhasabah.. Tp, jarang mufa’alah (memperbuat).. Entah betul entah tidak istilah baru yang saya cuba gagaskan.. Maaf jika salah!


Tapi ana silap.. Getus Ustaz Ikhwan.. Ana hanya tahu menghafal, tapi ana kurang mengkaji! Lalu ana membelek semula lembaran bible.. Bukan tujuan untuk membaca, tapi lebih lagi dari itu... Ana mengkaji dan ana cuba compare dengan agama terdekat iaitu Islam.. Sehinggakan ana mendalami Islam seolah ana nie sudah menjadi Muslim! Apa tidaknya.. Ana solat lima waktu dan solat jumaat di masjid sekaligus.. Ana berpuasa sebulan ketika Ramadhan.. Lebih kurang macam orang Islam ler.. Bezanya cuma tak melafazkan kalimah syahadah secara rasmi.. Kenapa ana buat macam tue..? Sebab ana mahu menghayati kehidupan sebenar sebagai Muslim.. Dan Allah amat pengasih buat hambanya yang bermujahadah mencari kebenaran.. Alhamdulillah tahun 2004, ketika itu baru habis tingkatan enam.. Dengan lafaz Lailahaillah Muhammad rasulullah, maka lahirlah semula insan yang baru serta suci sesuai dengan fitrah asalnya dan dinamakan sebagai Ahmad Ikhwan..

Panjang lebar ustaz Ikhwan berkongsi kisah kembara hidupnya...


-Round 2-

Babi atau Samurai?? Agak kasar kiranya gubahan ayat yang saya paparkan buat pembaca.. Tapi, itulah konotasi bicara Ustaz Ikhwan malam itu.. Saya kaget! Dan saya benar-benar kaget! Walaupun ia hanya penceritaan semula, tapi saya seolah ternampak bayang kilatan sebilah samurai panjang ala-ala kepunyaan pahlawan Sulu di sebelah kanan.. Manakala di sebelah kiri, terhidang daging babi yang separuh masak dan masih berbau hanyir.. Awak mahu Babi atau Samurai..?? Jerkah Abang kepada Saudara Ikhwan setelah keislamannya diketahui keluarga.. Pang! Satu tamparan padu hinggap di pipi ana.. Biru.. dan dunia semacam kelam sementara! Kata Ustaz Ikhwan.. Babi atau anda akan mati! Dua sahaja pilihannya.. Ana terpaksa.. Ana terpaksa menjamah binatang yang haram itu.. Dan sememangnya ia juga haram buat penganut kristian..! Itulah yang dinyatakan dalam Bible sendiri..

Saya mengesat seketika air mata.. Entahlah.. Saya tak tergamak menggambarkan peristiwa semacam itu dalam benak hati.. Dahsyat! Memang pun dahsyat.. kembarasanghamba.. Sudah lama saya mengembara tapi Allah masih tak uji setinggi tahap itu.. Tapi, kekadang saya lalai dan lupa.. Bahawa dalam kembara rupanya ada lagi pengembara yang lebih hebat taufan dan badai hidupnya.. Nah! Ketika itu segala macam flashback menerpa kepala saya.. Otak saya penuh dengan gambaran wajah insan-insan hebat lagi istimewa yang pernah saya jumpai.. Iqbal, Yusri, Yusuf, Luqman, Razin, ‘irfaan, Najwa, Ain, Jannah, Balqis, dan ramai lagi.. Oh tuhan! Iman mereka lebih tebal dari saya...

Joseph@Yusof di sebelah kanan... Sebastian@'Irfaan di sebelah kiri

Ana melarikan diri.. Sambung Ustaz Ikhwan.. Ketika menjadi ‘pelarian’, ana cuba menagih simpati dari ummah yang digelar umat terbaik.. Ya, ana cuma memohon secubit kasih dan sudi dari keluarga-keluarga Islam yang ada... Malangnya, gelaran khairaummah sahaja yang ada tapi realitinya bukan seperti yang disangka! harapkan sudi yang terpancar tapi cemuh yang terkeluar.. Aduh! Saya tak boleh bayang macam mana seorang mualaf bole survive dengan ombak seganas itu? Wajarlah saya kira bila Ustaz ikhwan melafazkan..”Ana takkan masuk Islam jika ana tengok UMAT ISLAM.. Tapi, ana masuk Islam sebab ana cinta akan AJARAN ISLAM!.. Dan Ingat bahawa orang bukan Islam melihat Islam melalui perangai orang Islam.. Jika perangai kita baik, maka bagi mereka baiklah apa yang diajarkan oleh Quran.. Jika tidak, maka sebaliknya..”

Dakwah bil-haal.. Kita masih lemah akan method ini.. Ya, masih lemah.. Semua mengakuinya..


-Round 3-

“Ana tidur di kaki lima kedai selama beberapa minggu... Ana hanya bertemankan YAKIN dan TAWAKKAL kepada Allah..” Agak hiba suara yang keluar dari kerongkong Ustaz Ikhwan ketika sesi ketiga forum malam itu.. Ana cuba menumpang tidur di Masjid.. Tapi ,malang.. Ana dihalau kerana gara-gara signboard besar yang tertampal di dinding masjid bahawa ‘Tidak boleh tidur di masjid, masjid hanya tempat untuk beribadah’.. hadirin gelak besar masa tue.. Entahlah, gelak kerana merasa benda tue lawak atau apa.. Harapnya tidak..

Keramatnya janji Allah buat hamba-hambanya.. Alhamdulillah ana terjumpa seorang Ustaz yang sudi menghulur tangan untuk membantu.. Ana duduk bersama dengan beliau.. Daripada tahun 2005 hingga tahun 2007, ana mengabdikan diri dengan kerja dakwah.. Kebetulan ustaz itu pun seorang aktivis dakwah dan seorang Murabbi dalam dakwah.. Ana masuk ke kampung-kampung memikul guni beras sebagai langkah awal mendekati mad’u.. Dakwah berkebajikan.. Kata Ustaz Ikhwan.. Alhamdulillah sebelum ana ke Azhar pada tahun 2008, ana telah mengislamkan seramai 16 orang.. Ana sedih sebab itu sahaja yang mampu ana lakukan.. Semacam ada getaran pada suara Ustaz Ikhwan.. Hadirin semua terdiam.. 16 orang dikatakan sedikit? Kita yang Islam original nie berapa orang dah kita dakwah..??

Saya tunduk.. Tunduk malu! Malu kepada Ustaz.. Malu kepada Allah.. Malu kepada Nabi.. Malu kepada para sahabat Nabi.. Jangankan nak Islamkan orang, bercakap pasal Islam pun kita tak sudi!

Nak berdakwah..? jangan lupa 3 elemen ini kata Ustaz Ikhwan sambil mengisyaratkan dengan 3 jarinya. Suburkan akal dengan Ilmu dunia dan akhirat.. Semai sifat murabbi dalam sikap mahupun tabiat.. Dan yang ketiga, perkasakan kuda-kuda sabar dalam hati.. Insya Allah antum bole berjaya..!

3 hint penting ini mengakhiri bicara Ustaz pada malam itu.. sepi.. Dewan sepi semacam meratapi diri yang masih lalai dibungkusi alpa walaupun dah berusia puluhan tahun hidup di dunia! Moga muhasabah sepi itu memobilasi sebuah mufa’alah harapnya!

-Outro-


11.45 malam, Program tamat|Akhi.. Ana minta tolong enta siapkan bahagian 2 buku ana yang nak release insya Allah tahun nie.. ‘Operasi Dakwah Penentu Kemenangan Islam di Sabah’.. Nie buku ana yang kedua selepas buku, ‘Hijrah: Triniti kepada Islam’.. Macam best.. Tapi.. Ana boleh ke ustaz..? Saya secara spontan mempersoalkan kemampuan diri sendiri.. Bukan enta sorang, Insya Allah enta buat by group nanti.. Boleh ye akhi!.. Fuh, Jawapan ustaz melegakan perut saya.. Nasiblah, kalau tak mesti buku ustaz tak laku di pasaran nanti..=).. Lama juga berbual dengan ustaz mengenai agenda dakwah di bumi tercinta.. Sabah..

Aku nak pulang.. Aku akan pulang! Dan aku mesti pulang!.. Hati saya seolah menjerit sambil si gunung kinabalu melambai dari jauh...

.......................

Kami berpelukan.. Ana terpaksa balik cepat, ada agenda penting di KL.. Oh Allah, mengapa singkat sangat pertemuan aku dengan kekasihMu ini.. Agak basah juga hidung saya masa tue.. Entah serangan resdung secara tiba-tiba kot.. Terasa ada bisikan di telinga saya.. Akhi, pegang betul-betul ayat ini...

“Dikalangan orang mukmin itu ada yang benar-benar menunaikan janji mereka kepada Allah. Dan diantara mereka ada yang syahid dalam kecintaan kepada Allah dan diantara mereka ada yang masih menunggu giliran syahid.. Bahkan, mereka itu tidak pernah mengubah janji!”

Insya Allah ustaz.. Ana akan sentiasa ingat.. Al-Ahzab:23.

sumber :http://alumniirfaan.blogspot.com/2009/02/bingkisan-seorang-mujahid.html

Monday, April 6, 2009

iNTERACTIVE dAKWAH tRAINING (idt) - perkim ampang jaya



TARIKH:
11&12 April 2009
(Sabtu & Ahad)
OBJEKTIF PROGRAM:
  1. MENANGKIS SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
  2. MELATIH PENDAKWAH MENYAMPAIKAN MESEJ ISLAM TERHADAP ORANG BUKAN ISLAM
  3. MELATIH PENDAKWAH YANG PAKAR MEMBIMBING MUALLAF

TAJUK-TAJUK CERAMAH:
  • KEWAJIPAN BERDAKWAH
  • SEJARAH AGAMA KRISTIAN
  • ASAS KEPERCAYAAN AGAMA KRISTIAN
  • KEPERCAYAAN ORANG CINA
  • KEPERCAYAAN ORANG HINDU
  • SALAH TANGGAPAN TERHADAP AGAMA ISLAM
  • QURAN, BIBLE DAN SAINS
  • PENGALAMAN BERSAMA PADERI DAN MUBALIGH KRISTIAN

PENCERAMAH:
  1. Lim Jooi Soon (Bekas Mubaligh Kristian)
  2. Muhammad Amin Yaacob (Pengarang buku perbandingan agama)

Bro. Lim Jooi Soon

TEMPAT:
Masjid Bukit Indah,
Bukit Indah,
68000 Ampang,
Selangor.

MASA:
8.30 pagi hingga 5.30 petang

YURAN:
RM120 (termasuk bahan-bahan latihan seperti bible dan buku-buku yang bernilai lebih RM 60)
Hanya RM100 bagi pelajar dan mahasiswa.

Hubungi:
Bro Lim Jooi Soon: 012-366 11 21
Bro. Yusry: 014-231 1856

Aku Tengah SAkit

Assalamualaikum...

hmm aku x demam..
aku tak ada sakit yang memerlukan aku pergi ke hospital SLIm RIVER atau pusat kesihatan UPSI..

aku hanya perlukan ubat tarbiyyah...

ubat yang boleh kembalikan aku kepada cinta Ilahi...

aku tak tahu...

yang pasti ia tiada kaitan dengan manusiawi...

ia adalah mengenai cintaku pada ILAHI..

aku semakin pudar dengan cinta itu...

semakin jauh ia pergi...

ke mana aku harus bawa diri...

aku mahu pergi meninggalkan kegelapan ini...Ya ALLAH bantulah aku....:(

Thursday, April 2, 2009

Assalamualaikum wbt..ari tuk suk ikit ati aku...

Assalamualaikum wbt...

ari tok aku mok klaka serawak jak...tek bok lekak kayo2 nangga blog cdak serawak..
nemu blog cdak fasi2 masa aku join kem kefasilitatoran asas (KFA) hjg thn 2008 ya tek..

mun mok tauk ya first aku join program cdak serawak selamak aku jadi orang serawak...
nang miak mancai rah sekolah dolok..xdi diat oleh cikgu....nang sik penah dipilih tok wakil apa2 pun...
balit dengan cerita KFA (sukati aku jak molah singkatan tok)..
sebenarnya aku tauk dari kwan aku pasla prog ya..masa ya aku masih di UPSI gik..
kebetulan aku balit serawak tarikh program ya..
jadi aku pun plan nak pergi la..kawan aku nok msj aku ya tek belajar kt USM nun, kmpus penang...
nak jadi cerita nya pasal kem ya..aku dpt tauk dari nya la...
kem ya dipolah sik jauh dari kampung telaga air...kpg kwn aku.
masa sekolah dolok sekali jak aku penah dtg cia..pg umah kawan aku...
rasa asing cikit la...on d way nk pegi kampung ya aku melimpas sekolah lamak aku...SMK (A) SHOAW...
dah kacak dh sekola ya..dah di cat baru...

balit dgn kem ya agik...jauh na aku ok melalut lok..
masa pergi kem ya aku pg ari khamis....
sebenarnya mak aku cam sik nyuruh aku..lgpun aku nang sik tauk apa2 pun pasla kem ya..yang aku pk cam kem yg biasa aku pergi la...
jadi aku nang ngembak T-shirt dan seluar ajak la...baju kurung sigek..
ya la kem nak jadi fasi nak, mest la mantap dari kem2 yang lain...

paduhal kem ya byk indoor aktiviti...xda outdor gilak..

okla aku nak cerita perjalanan aku dari berangkat di rumah sampe ke PLS..
aku kuar rumah dalam kol 10 giya la...sbb plan nk sampe ptg kt PLS..
"oo mak, aku nak jalan lok..kelak aku tipon umah mun ada apa2"
cam kasar jak nak aku kelaka dgn mak aku, tp nang budaya kmkorg jadi xda nampak kasar pun aku makei "aku"..
lekak ya aku nunggu van rah selekoh kampung aku...kpg Tambirat...berjalan la aku dari rumah ke selekoh..
mula bermusafir..
sampe rah kuching dalam kol 12 lebih..aku terus cari kasut sukan..sebab aku sik da kasut sukan...lekak beli kasut terus pergi masjid..
nak sembahyang jap...
lekak sembhyang aku lepak kat saujana jap...
makan tghari lapar bah...
masa aku makan ya ada makcik cina (a muslim) beloya dgn aku...
nya nanyak aku tok nk pg cne...
aku padah la aku nk pergi prog...
byk gik nak diloya dgnnya...pasal famili nya...nang peramah aku tok hehe (perasan jak ya)

dlm kol 2 giya (sampe juak lamak lepak ya...hui aku lepak sambil makan n baca buku)
aku pun turun ke debah saujana nak cari van pergi PLS..
aku pun xtauk cne tempat ya...urang padah sebelah IKMAS..
IKMAS pun aku x penah pg hehehe.
lekak dapat van..aku pun nait, duduk area belakang..
van xmok jalan selagi x penuh..
(mun aku tauk awal2 dah aku turun tadi..)
nunggu la aku dalam van ya..lamak juak...dekat nak kol 3 giya baruk jalan..
aku pun call cdak pendaftaran PLS gik bukak kuanter x..
nasib masih bukak...
aku sampe PLS dalam kol 5 camya..aher juak...

tanyak dgn kuanter pertanyaan cen tmpat nk daftr kursus...aku pun g daftr then amik kunci bilit...
aku pun pg ke bilit aku...mula2 cam pelik juak nangga tempat diam nya...laluan muslimin dan muslimat sama..
rupanya tempat diam cdak muslimin sama bangunan jak..cuma beza kaler pintu mun xsilap..di bhgi 2 la tempat ya..

masuk la aku ke bilit...
kakya nak pergi amik wudhu nak sembhyang asar..
kuar aku dari bilt then tutup pintu..nkdijadikan cerita...kunci aku lupak dalam bilt..
pintu bilit aku pun rusak..mun ditutp automatik berkunci...
aiyoo...tunggah la nembiak sapa2 yg lalu mintak tolong nunggah cdak pengurusan.
alhamdulillah...dpt bukak pintu then aku plu tukar bilit sbab bilit aku pintunya rosak..

sebenarnya ptg ya dah ada slot...taklimat dari cdak pasal kem dan penempatan kmkorg..
tp xpala xpenting gilak..
yg penting malam ya...
taklimat untuk program...

sebenarnya aku pergi sorang2 tok program tok..
xda member pun..jadi ikut jak la sapa2 aku rasa ok..mula dgn miak sebilit dgn aku...
kakya pande rapat dgn amirah dan khadijah..tetiba..xdala ALLAH dah takdirkan kmkorg bersahabat..

nak dijadikan cerita agik..selipar aku putus..aih gne tok bah..last2 nang makei kasut jak2 aku dlam program ya...mesti orang pelik...
mun berkasut xkna la aku nk makei baju kurung nak...
jadi berT-Shirt n trek jak la...poyo jak aku hahaha...orang lain kacak2 pakei baju kurung...
AKU TETAP AKU...:)

hui panjang juak dah nak di taip aku tok eh...teruskan membaca ok..
banyak juak nok di belajar aku dari program tok...
so far untuk pengisian , kredit tok semua fasi2 aku...
tapi sori la, aku ada juak tido masa sesi ceramah...xpat tahan bah..rasa nak tertutup jak mata tok aih...
kenal juak dgn nembiak2 lepas SPM, nembiak yg masih seklah...
x eran la mun aku tok berani kelaka, xkan la standard U masih xberani nak mengeluarkan pendapat nak...
so far aku memang bina kenyakinan tok kelaka depan orang rami..walaupun aku kelaka macam Formula 1..cayak x?
percaya la...aku kelaka cam peluru berpandu...or machine gun yang dah di set tok tembak secara automatik..xda noktah...
sapa pun xpaham...sampe ada penceramah nego aku pasal ya...but its ok..
jadi aku perlu la improve tok part ya...

dalam ngantok2 ya alhamdulillah aku ngapal nak pa dipadah oleh cdak penceramah...
slot abang naim aku tdo (sori la kamek ngantok glak bah..)
tapi masa pertukaran slot sebelum slot main peranan ya aku baca balit apa yang penting aku catat masa ceramah...
alhamdulillah hadam...hahah nang apa la...cam masuk exam jak..sebenarnya aku takut xpat jawab mun ditanyak pasal pengisian ya sebenarnya...
xla antap glak aku tido hehe..

apa yang aku paling suka ialah aktiviti main peranan..
peranan aku = buat tak tahu dan tak ambil tahutentang perbincangan dalam ahli kumpulan...
hmmm....berbeza dgn diri aku..biasa aku sangat meminati aktiviti ini...bincang dan discuss..minta pendapat semua orang...
tp aku perlu mainkan peranan aku, sian Am...nya jadi fasi bah...dik xpa, kitak dah dapat gambaran pertama ya bah...

banyak gik lah...tapi apa yang aku tangga dalam program tok...
rame orang mahukan ISLAM ya..tapi banyak cdak xtauk gne...
serawak masih kurang daie yang nolong masyarakat kita tok kenal ISLAm..
alhamdulillah aku dipilih untuk berhijrah...
hari tok, tok lah aku...CIK NURUL ASSARAWAKI...
sapa kenal aku tauk la perange aku tok...

walau apa pun..tok abang-abang dan kakak-kakak fasi...kredit tok kitakorang (bukan topup or reload..hehe kmk pun tgh pokai dah tok)

sebenarnya prog tok dah lamak dah...tapi aku terpangil tok nulis lekak aku nemu blog-blog "bekas" fasi aku rah PLS ya...

maksih tok ktkorang...makanan rah cia nang nyaman..kelak mun ada prog kt PLS kompom kamk dtg...hehe

x rugi bah...

Tuesday, March 31, 2009

aku cari Dia!

aku cari Dia!

2009 March 30
by eslamicqueen

cerita I

ESQ mengajar diri, membentuk peribadi, dengan hidayahNya, aku mengenal..

1. rupanya, Dia yang aku cari!

Gelap itu sungguh pekat. Tersedu sedan, suara tangisan bertalu-talu. Takbir, tahmid, tasbih ditujukan pada yang berhak. Mereka lemas, dalam tangisan sendiri. Bagaikan tidak percaya, hati yang sering menafikan kekuasaan Pencipta, jasad yang sering berbuat dosa, saat itu kaku semuanya. Penat. Letih. Menghambur air mata yang tak sudah, bukan memaksa, itu lahirnya dari fitrah manusia. Suara hati yang berterusan memanggil nama Dia, Allah..Allah..Allah..

APA YANG KAU MAHU?

Tatkala soalan ini ditanya, kononnya dari Malaikat Maut, bunyi bising kuat bergempita sini sana, tiada apa yang kucari, melainkan Engkau..Allah..Allah..Allah.. makin kuat suara itu kedengaran. Sebelum dipasang muzik seperti itu, sebelum suasana itu dilakonkan sepenuhnya, sebelum aku ditekan dengan suasana itu, hati ini menjawab:

“aku ingin keyakinan..aku ingin semangat..aku ingin menjadi dia yang ini, yang itu..aku mahasiswi berjaya..aku ini..aku itu..” Tipu semuanya. Saat itu, jawapan-jawapan ini tiada lagi. Yang ada, hanya Dia..aku ingin dipeluk, dimanjakan, disayangi, dicintai, oleh Dia..cukup! Noktah! Aku milikMu, selama-lamanya!

Allah..Allah..Allah.. Suara itu tenggelam dalam tangisan sendiri. Selama ini, Engkau yang aku cari? Dalam diri penuh dosa, Engkau yang kucari? Dalam diri penuh cinta, Engkau yang kucari? Dalam diri penuh nafsu, Engkau yang kucari? Dalam diri penuh syaitan durjana, berhala-berhala, Engkau yang kucari? Dalam diri penuh semangat, cita-cita, Engkau yang kucari? Dalam diri,dalam hati, ada manusia, ada mereka, ada dia, Engkau yang kucari?

2. ISLAM, Dinul Haq! dia kembali kepadaNya..

Jam 7.15 petang, laungan takbir bergema. Dewan itu gamat dengan suara semangat. Dia kembali kepada Pencipta, kembali kepada Dinul Haq, setelah mungkin selama 19 tahun menidakkan kebenaran agama Allah. Hidayah Pencipta menemukan dia dengan jalanNya. Kalimah syahadah dilafazkan, dia kini muslimah. Moga-moga mukminah. Tahniah, sahabat! Air mata menitis, sungguh mengharukan!

3. Rasulullah model, dia yang harus dipuji!

Cintanya pada umat tiada terkata. Baginda hebat. Perjuangannya hebat. Belum cukup dalam cinta aku pada dia, kekasih Allah..

4. Solat itu watak diri. Watak diri itu solat.

Solat itu spiritual, praktikalnya senaman. Membentuk diri disiplin, tanggungjawab, amanah, kuat. Penghayatan dalam solat itu perlu untuk membentuk kekuatan dan stamina pada diri. Hayatilah solat, nescaya menemukan sesuatu yang baru!

5. istighfar dan wudhu’ membersihkan hati..membuang segala belenggu dalam diri!

Hati tenang, tiada resah di jiwa.

6. visi, misi, semuanya menuju ALLAH..

semuanya kerana Allah. jaga diri, menuntut ilmu, bekerja, semuanya kerana Allah. Ikhlas, kerana ada malaikat yang mencatat di kanan dan kiri.

7. kepimpinan melalui tauladan..perjuangan..cinta Hakiki, dunia..

8. mati itu SY0K (best)!

9. terlalu banyak…

“Ya Allah, letakkan CINTA umie walid, adik-adik, keluarga, sahabat-sahabat, suami, muslimin muslimat diTANGANku. Ajarlah aku untuk mencintaiMu, agar Engkau selamanya di HATIku.”

ESQ 165 best! ;)

sumber:http://eslamicqueen.wordpress.com/2009/03/30/aku-cari-dia/