Showing posts with label diri aku. Show all posts
Showing posts with label diri aku. Show all posts

Tuesday, March 31, 2009

aku cari Dia!

aku cari Dia!

2009 March 30
by eslamicqueen

cerita I

ESQ mengajar diri, membentuk peribadi, dengan hidayahNya, aku mengenal..

1. rupanya, Dia yang aku cari!

Gelap itu sungguh pekat. Tersedu sedan, suara tangisan bertalu-talu. Takbir, tahmid, tasbih ditujukan pada yang berhak. Mereka lemas, dalam tangisan sendiri. Bagaikan tidak percaya, hati yang sering menafikan kekuasaan Pencipta, jasad yang sering berbuat dosa, saat itu kaku semuanya. Penat. Letih. Menghambur air mata yang tak sudah, bukan memaksa, itu lahirnya dari fitrah manusia. Suara hati yang berterusan memanggil nama Dia, Allah..Allah..Allah..

APA YANG KAU MAHU?

Tatkala soalan ini ditanya, kononnya dari Malaikat Maut, bunyi bising kuat bergempita sini sana, tiada apa yang kucari, melainkan Engkau..Allah..Allah..Allah.. makin kuat suara itu kedengaran. Sebelum dipasang muzik seperti itu, sebelum suasana itu dilakonkan sepenuhnya, sebelum aku ditekan dengan suasana itu, hati ini menjawab:

“aku ingin keyakinan..aku ingin semangat..aku ingin menjadi dia yang ini, yang itu..aku mahasiswi berjaya..aku ini..aku itu..” Tipu semuanya. Saat itu, jawapan-jawapan ini tiada lagi. Yang ada, hanya Dia..aku ingin dipeluk, dimanjakan, disayangi, dicintai, oleh Dia..cukup! Noktah! Aku milikMu, selama-lamanya!

Allah..Allah..Allah.. Suara itu tenggelam dalam tangisan sendiri. Selama ini, Engkau yang aku cari? Dalam diri penuh dosa, Engkau yang kucari? Dalam diri penuh cinta, Engkau yang kucari? Dalam diri penuh nafsu, Engkau yang kucari? Dalam diri penuh syaitan durjana, berhala-berhala, Engkau yang kucari? Dalam diri penuh semangat, cita-cita, Engkau yang kucari? Dalam diri,dalam hati, ada manusia, ada mereka, ada dia, Engkau yang kucari?

2. ISLAM, Dinul Haq! dia kembali kepadaNya..

Jam 7.15 petang, laungan takbir bergema. Dewan itu gamat dengan suara semangat. Dia kembali kepada Pencipta, kembali kepada Dinul Haq, setelah mungkin selama 19 tahun menidakkan kebenaran agama Allah. Hidayah Pencipta menemukan dia dengan jalanNya. Kalimah syahadah dilafazkan, dia kini muslimah. Moga-moga mukminah. Tahniah, sahabat! Air mata menitis, sungguh mengharukan!

3. Rasulullah model, dia yang harus dipuji!

Cintanya pada umat tiada terkata. Baginda hebat. Perjuangannya hebat. Belum cukup dalam cinta aku pada dia, kekasih Allah..

4. Solat itu watak diri. Watak diri itu solat.

Solat itu spiritual, praktikalnya senaman. Membentuk diri disiplin, tanggungjawab, amanah, kuat. Penghayatan dalam solat itu perlu untuk membentuk kekuatan dan stamina pada diri. Hayatilah solat, nescaya menemukan sesuatu yang baru!

5. istighfar dan wudhu’ membersihkan hati..membuang segala belenggu dalam diri!

Hati tenang, tiada resah di jiwa.

6. visi, misi, semuanya menuju ALLAH..

semuanya kerana Allah. jaga diri, menuntut ilmu, bekerja, semuanya kerana Allah. Ikhlas, kerana ada malaikat yang mencatat di kanan dan kiri.

7. kepimpinan melalui tauladan..perjuangan..cinta Hakiki, dunia..

8. mati itu SY0K (best)!

9. terlalu banyak…

“Ya Allah, letakkan CINTA umie walid, adik-adik, keluarga, sahabat-sahabat, suami, muslimin muslimat diTANGANku. Ajarlah aku untuk mencintaiMu, agar Engkau selamanya di HATIku.”

ESQ 165 best! ;)

sumber:http://eslamicqueen.wordpress.com/2009/03/30/aku-cari-dia/

Monday, February 23, 2009

gambar-gambar lain...gambar MARSIS...dan gambar di kampus

lokasi: Sg Congkak, selangor

mujahidah ketika menyusuri arus yang deras...boleh tersungkur kalau xde sokongan sahabat yang lain..macam tu juga dakwah...tol x?

sesi taaruf...


senaman pagi....


xsempat nak berkenalan lebih rapat dengan akak ni walaupun sebilik...i respect you my sister...


tukang kempen Prk..xde kene mengena pun..amik parttime :)
ini pintu masuk timur UPSI...

p/s gambar-gambar ni xsusun ikut kronologi..sekadar tatapan sahaja..

Sunday, February 22, 2009

AkU nI pEliK ke???

Assalamualaikum..

aku pelik??

xde makne pun..tu tajuk je...aku nak cakap pasal hubungan lelaki danperempuan je..

tapi xde la panjang benor macam dalam blog hilal asyraf tu..
cuma kat sini kadang-kadang kita terlepas pandang
dalam berorganisasi ni kita kadang-kadang tetiba rapat dengan "seseorang"
tak mustahil kan..

bila dah rapat tu, bergurau-gurau plak dah...
kadang-kadang kita lupa perkara tersebut boleh mengundang fitnah..

hmmm walaubagaimanapun bukan la nak melarang anda berorganisasi..

tapi harus ada batas-batasnya..

semua orang faham kan..

so betulkan niat anda dalam berorganisasi tu ye

wasalam :)

BerKorban Apa sajA

Assalamualaikum

ha topik hari ni berkorban..
memang dalam kehidupan seharian kita ni kita kena berkorban tp
harus ingat ada perkara-perkara yang tak boleh dikorban kan..

setakat wang ringgat tak jadi masalah sebab duit boleh di cari..

tapi kalau bab prinsip..
maaf la kawan-kawan

tak mungkin....
saya akan pertahankan nya..

:)

tok pengetahuan aku ni kadang-kadang keras jugak..
maksud aku tegas la...