Saturday, March 7, 2009

AGaK SiBUk DenGan PropOsal..

Assalamualaikum wbt..

lama kan kita tak bersua...
hari ni cuma nak coretkan sedikit perjalanan hidup sebagai mahasiswa yang hampir menjengah tahun akhir...

semester depan adalah semester terakhir berada di UPSI sebelum pergi berpraktikum di sekolah...
jadi sem depan kena la buat tesis untuk tahun akhir...alhamdulillah tajuk tesis telah diterima dan draf tesis telah selamat di hantar kepada penyelia..

so selasa nanti kena pergi jumpa dia untuk "follow up" balik draf proposal tu...
jadinya sem depan kena la usaha lebih untuk siapkan tesis tahun akhir...

sekarang ini adalah minggu kritikal untuk menghantar tugasan...

jadinya terpaksa la biarkan blog ni berhabuk sikit...

apa pun penulisan akan diteruskan InsyaALLAH...
semoga apa yang disampaikan mendatangkan kebaikan kepada yang memberi dna yang menerimanya...

Monday, March 2, 2009

TakkAn Ada Entri yang Baru Buat Seketika..

Assalamualaikum wbt...

buat semua..pekerja blog minta cuti hehe...
saya nak pergi jauh ni...kalau saya tak ada korang baca apa yang saya dah create kat blog ni...

tak ada apa yang menarik atau best kat sini...tapi kalau korang rasa ada kebaikan dengan membacanya...
maka bacalah dengan nama Tuhan Yang menciptakanmu...

saya hanya insan yang hina..tiada kelebihan apa-apa malah acap kali berbuat maksiat kepada ALlah...

andai menulis blog ini melalaikan saya maka

saya tidak akan update blog ini dengan kerap...

dalam setiap post yang saya hantar pasti ada yang menyakitkan hati dan ada yang terasa dengan saya...

saya minta maaf banyak-banyak

tiada kata lain selain memohom kemaafan daripada kalian.

kalian adalah orang yang terbaik andai kalian adalah orang yang bertaqwa...

ok la sahabat-sahabat..pemilik hartanah ini perlu membaiki diri dia sendiri sebelum dia memperbaiki orang lain....

doakan diri pemilik hartanah blog ini diberikan cahaya hidayah dan sentiasa di rahmati oleh ALLAH

blog ini sebenarnya bukan milik hamba....

tapi milik ALLAH lah segala yang ada di langit mahupun di bumi...
itu hak DIA

sebagai khalifah yang telah di amanatkan untuk menjaga amanat ini, maka tunaikan lah amanah anda..

jaga hak ALLAH sebaik-baiknya...


itu sahaja dari hamba yang hina ini....


.Tiada Tuhan Disembah Selain ALLAH dan Muhammad pesuruh ALLAH

jazakallahukhairan

Sunday, March 1, 2009

baca jak mun kitakorg paham..tok lughah sarawak hehe


Assalamualaikum wbt...

ada sik urang sarawak datang kat blog tok....
tok miak semenanjung mun nak belajar lughah sarawak belajar dengan kamek...

mo?

rindu dengan lughah sarawak tok..sebab kamek dok kolej sik da glak miak sarwak bah...jadi sik dapat nak praktik bhsa tok glak...

ok la debah tok da sikit-sikit bahasa sarawak...

kamek= saya
kitak= awak
nangga=lihat
tauk=tahu
pusak= kucing
asuk= anjing
manok= ayam
balit=balik
jaik= buruk
lawa=sombong
kacak= cantik
sik= tidak
mun= kalau
kelaka= cakap
padah/madah= beritahu

ok la dulu kot..nak belajar lebih anta kena pg tusyien dengan saya adan bayarannya adalah FREE

insyaALLAH kita boleh belajar kalau ada masa

Buah Hati Pengarang Jantung Ibu...sayang korang


Assalamualaikum wbt...

lambatnya nak upload gambar-gambar ni..
aku masih kat umah member ni..baru je lepas discussion tadi so lepas habis discussion aku layan internet ni la...

nak post benda-benda baru...
seronok juga..tapi kawan aku kata orang-orang yang tension ni
biasanya ada blog
jadi dia suruh aku fikir balik la...
jawab sendiri sama ada aku ni dalam golongan tension ke tak...

jawapan aku kita ni dalam hidup memang akan tension..bila kita tension kita akan berasa tertekan..then bila kita rasa tertekan kita akan mencari medium untuk melepaskan tekanan itu...

akhirnya kita kita akan kembali kepada Allah untuk mengubat hati kita yang tertekan itu..betul tak kawan-kawan...

walau kuat mana pun kita...
walau pandai mana pun kita...
walau kaya mana pun kita....

di akhir perjalanan hidup kita ni, kita akan kembali kepada ALLAH kan...

jadi jika mempunyai blog ni di niatkan kerana Allah dan kita menyampaikan kebaikan melaluinya jadi ia dah dikira ibadah kan...

setiap orang yang mendapat kebaikan daripada apa yang kita tulis kat blog ini memberikan kita pahala...

apa salahnya kita mempunyai blog....
asalkan betul pada niatnya dan isi kandungannya berguna..
tak jadi masalah kan...

uwaaa...rindunye kat kucing-kucing ni..

Assalamualaikum wbt....

sebenarnya bukan nak tunjuk gambar kucing ni....

sebenarnya aku rindu nak balik kampung jumpa dak kucing ni...

jumpa mak n bapak aku...

sume orang-orang yang sayang kat aku kat kampung...

sat g depa sume dok tanya pasal aku kalau aku tak balik..maklumlah dah jadi orang kesayangankan..hehe hek eleh perasan tol...aku tambah-tambah je tu...

apa pun kita kena berkorban kan demi mencari ilmu....

barangsiapa yang mahukan dunia maka hendaklah dia menuntut ilmu dan barangsiapa hendakkan akhirat hendaklah dia menuntut ilmu...dan barangsiapa hendakkan kedua-duanya hendaklah dia menuntut ilmu...

ha jadi kita kena la rajin-rajin menuntut ilmu then satu lagi kena la rajin membaca...iqra iaitu wahyu pertama pun suruh kita membaca kan...

buat sahabat-sahabat walau berjaya mana pun kita nanti jangan lupa jasa ibubapa yang besarkan kita...

aku pun lama dah tak telefon mak kat kampung...
mak anakmu rindu nak balik...nak buat macam mane bapa aku tak kasi balik cuti sem ni...
kene simpan duit tok balik raya nanti...dia wajibkan aku balik raya sebab kat umah aku tinggal aku je pompuan yang belum kawen..kakak2 aku dah de famili diorg jdi payah la nak tolong layan tetamu masa raya...

alahai nasib aku..huhu apepun aku suka juga sebenarnya...
tok mak n bapa yang tersayang..aku sedia berkhidmat untuk anda huhu...

Esok NAk G KL SApe Nak ikUt meh la...

Assalamualaikum wbt....

esok saya dan kawan akan ke kuala lumpur, kitorang nak pergi jalan-jalan.
sambil-sambil tu boleh la cari ilmu sikit-sikit...

ilmu dunia ni kena selari dengan ilmu akhirat. jangan asyik nak kejar akademik je tau, ilmu atau makanan rohani kena ada juga ye...