Wednesday, May 6, 2009

Anda Letih, penat, tak larat...jangan putus asa,perjuangan kita baru bermula...

Assalamualaikum...

anda penat...

letih...

kehabisan tenaga....

tak larat...

mengantuk...

Go to fullsize image
letih sampai tidur tergolek...

Letih tak berkesudahan

“Akhi..Ana letih la..” beritahu sahabat ana..
“Letih apa?” Jawab ku..
“Letih la hidup sebagai student…” jawabnya
Saya senyum..
-------------------------
Saya rasa saya memahami perkataan letih itu.. Walaupun mungkin bukan cukup faham.. tapi barangkali agak faham.. Saya juga pelajar.. Tapi cara hidup saya lebih dari seorang pelajar.. Hari minggu yang diinfaqkan untuk kepentingan lain.. Malamnya untuk tarbiah.. membuatkan 24 jam saya tidak mencukupi sehari.. Menghadiri sebarang jemputan tarbiah remaja.. Namun bila melihat cara hidup susuk yang menjadi Idola saya… (tersenyum saya kerana mempunyai kenangan peribadi dengannya).. Siapalah saya untuk letih.. Ya.. Siapalah saya.. Dalam saya rasa saya sibuk.. Bila di hisab.. Masih banyak jam dalam hidup saya yang dibazirkan dan terbiar kosong.. Maka saya sebenarnya tidak letih untuk hidup ini, tetapi saya sedang memprogramkan hidup saya menjadi letih.

Go to fullsize image
letih sampai tidur beralaskan kasut


LETIH BUAT JAHAT

Seorang pencuri juga akan terasa letih. Kena survey dulu, rumah mana nak dirompak.. Terpaksa menunggu seharian bahkan berminggu, untuk mengkaji jadual hidup, jadual keluar masuk rumah yang hendak dirompaknya. Letih dia menunggu. Bila dah merompak. Kena cepat-cepat, tak boleh buat kerja lambat-lambat, nanti orang sedar. Pencuri itu pula akan termengah-mengah.. Letih la tu.. Lepas merompak pun terpaksa berpindah dari satu tempat ke satu tempat.. Dikejar polis, polis nak tangkap.. Letih lagi.. Kalau nasib tak baik. Kena tangkap. Masuk penjara, kena buat itu ini, nak tunggu kena bebas lagi, letih juga.. Oh.. Letihnya kalau buat jahat.

Bagaimana buat dosa.. Letih juga jawapannya.. Orang yang berzina.. Tak tahu berzina?? Berzina laki pompuan.. Letih, sapa kata tak letih.. letih.. (tanya yang dah kahwin-Cuma dia halal la).. Kena pula hukum dunia, naik turun mahkamah, bayar denda, silap harubalan masuk penjara. Letih juga. Hukuman Allah pula di padang Mahsyar, kena berdiri, kena humban dalam neraka, menahan azab siksa, menahan malu semua manusia tengok.. Letih.. Premis pertama ialah.. BUAT JAHAT MEMANG LETIH…


take a nap..... by ini aku dita....
letih membaca buku...

LETIH BUAT BAIK

“Eh? Kesian mak cik tua tu.. Bawa beras kampit 10 kg..Kena tolong ni..” getus si Muhaimin
“Mak Cik, saya tolong mak cik ya, kesian makcik” Pinta Muhaimin
“Syukran nak” jawab mak cik (wah belajar Arab lagi ni)

Maka memikullah si Muhaimin, bawa beras 10 kg untuk berjalan 5 km.. amacam? Niat nak menolong, ikhlas, tapi letih juga… Mujur dapat pahala, tak masuk lagi kalau tolong tak ikhlas.. sebab ada awek muslimah kat sebelah, maka nak menunjuk… apa pun tak dapat. Yang dapat satu saja.. apadia?? letih. Bila qiam pula, kena bangun awal. qiam + subuh + Matsurat + Kuliah subuh = Letih.. Siangnya mesti tidor 5 atau 6 jam.. sebab apa tidor.. tentulah kerana letih.. Almaklumlah, tak biasa bermujahadah..Namun jika ikhlas.. Balasannya Syurga Allah..

Maka premis saya yang kedua, BUAT BAIK PUN LETIH YOP…
----------------

Begitu juga kehidupan seharian, berkerja, memasak, basuh baju, bersih rumah, basuh kereta dan sebagainya, semuanya membuatkan kita rasa letih.. Maka, kita sebagai mukmin, harus sedar, bahawa hidup ini memang meletihkan..ya.. HIDUP INI LETIH..

Cuma, letih yang bagaimana yang kita nak pilih.. Biarlah kita letih dalam memperhambakan diri kepada Allah swt, Biarlah letih beribadat kepada Allah, Biar letih menjadi manusia yang rajin, Biar letih menjadi anak yang soleh.. Jika kita sanggup.. Kita tidak akan letih di SANA, ya.. Kita tidak akan letih di SANA
-----------------
- Sekitar isu yang didiskusikan oleh Diskusi Ilmu IPTA Samarahan yang dipimpin oleh saya…

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 4 Mei 2009

Cinta agung..Ku pohon CINTA Mu Ya Allah...CINTA, RINDU dan KASIH MU

Cinta agung



Cinta Hakiki
Artist: Raihan

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki

Kerna sekian lamanya
Manusia dibuai cinta nafsu
Kita sering menyangka
Cinta manusia itu yang sejati

Namun lupakah kita
Cinta nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah tidak menentu
Seperti pantai dipukul ombak

Cintakan Allah cinta sebenarnya
Itulah cinta yang sejati
Kasihlah sesama manusia
Kerna cinta yang hakiki
Hanya untuk Tuhan Yang Esa

Cintakan Allah tiada kecewa
Engkaukan tenang di waktu susah
Kembalilah kepada Tuhan
Dia kan tetap menanti

Kehadiran hambaNya
Yang sebenar pasrah
Cinta kasih sayangNya tidak bertepi


Setiap yang hidup pasti punya rasa cinta. Cinta itu amat luas maknanya. Ada yang mabuk cinta kepada kekasih. Ada pula yang tenggelam dengan cintanya kepada harta. Namun, ada juga yang masih mencari cinta yang sejati lagi hakiki.

Ayuh sejenak jauhkan berfikir... Betapa tingginya cinta kepada manusia, manusia tetap akan mati. Cintakan bunga, bunga akan tetap layu. Cintakan harta, harta pasti akan kehabisan. Namun, kepada siapakah cinta pasti akan kekal dan abadi? Siapakah sepatutnya yang layak dicintai?

Mengapa timbul rasa cinta? Manusia jatuh cinta sesama mereka kerana cinta mendatangkan rasa bahagia. Ada juga yang mengatakan cinta itulah pengubat duka. Cinta kepada harta muncul kerana ia menjanjikan kesenangan. Cinta kepada bunga pula timbul kerana terpesona akan indahnya rupa.

Namun andai suatu hari kelak sesuatu yang dicintai itu hilang, apakah rasa bahagia itu akan kekal? Apakah rasa kesenangan akan kekal? Apakah rasa cinta yang didambakan kepada yang dicintai itu akan kekal? Andai kekasih yang dicintai itu mati , menangis air mata darah sekalipun si kekasih tidak akan hidup kembali. Andai harta yang dikumpul beribu- ribu tahun dirompak penyamun dan nyawa sang pencinta turut terancam kerananya, akan hilanglah rasa cinta kepada harta kerana hilangnya janji kesenangan daripada harta yang dipuja.

Oh, rendahnya martabat cinta terhadap makhluk. Setiap yang dicintai pasti akan pudar. . Setiap yang bernafas, pasti akan mati. Setiap yang berharga pasti akan hilang nilainya. Andai cinta kepada makhluk itu dikatakan cinta yang abadi, maka tidak layaklah ia dicintai. Namun, cinta kepada siapakah yang layak diberi?

Ayuh. Kita berfikir lagi. Renungilah terhadap ciptaan diri. Kita telah dikurniakan berjuta- juta nikmat yang tidak mampu kita cipta sendiri. Mata untuk melihat, tangan untuk memegang, udara untuk dihirup, air untuk diminum dan seribu macam lagi nikmat yang menimbulkan rasa kesenangan. Andai kesenangan dan kemudahan itu dapat menerbitkan rasa cinta, maka layaklah si Pemberi ini dincintai.

Andai rasa cinta itu muncul kerana adanya rasa kekaguman. Maka ayuh lihatlah khazanah alam. Lihatlah bagaimana pokok yang kuat, tegak berdiri sedangkan asalnya dari benih yang kecil. Lihat pula bukit yang tinggi. Bagaimana bukit yang besar boleh terbina daripada tanah yang halus dengan sifatnya yang bercerai- berai. Kemudian lihat pula keupayaan manusia. Sebutir tanah pun tidak mampu kita cipta sendiri. Bandingkan dengan ciptaan alam semesta. Bukankah ia akan mendatangkan kekaguman terhadap yang Maha Pencipta?

Andai rasa cinta itu timbul kerana yang dicintai itulah tempat mengadu, maka sememangnya Allah lah yang layak dicintai. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar. Dialah yang Maha Pengampun dan Dialah juga yang Maha Penyayang. Andai rasa kecewa menyelubungi hati, berhubunglah dengan Dia yang Maha Pengasih. Nescaya rasa duka akan hilang.

Andai cinta yang dicari tu adalah cinta yang hakiki dan abadi. Maka layaklah Dia yang tidak dihidupkan dan tidak akan mati dicintai dengan sepenuh hati. Bukankah ini sifat ABADI? Cinta kepada sesuatu yang tidak akan mati bahkan abadi tidak akan pudar rasanya. Hati yang diberikan kepada makhluk akan retak juga suatu hari nanti tetapi apabila hati diserahkan kepada Allah nescaya ia akan sentiasa bertaut kembali.

Ayuh kita dambakan cinta yang sebenar. Jika Qois sanggup mati demi cinta butanya kepada Laila, maka ayuh kita syahid demi cinta kita kepada Dia yang Esa.


Dari Anas ra, dari Nabi SAW, beliau bersabda; “Ada tiga perkara dimana orang yang memilikinya akan merasakan manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan rasulNya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan enggan untuk menjadi kafir setelah diselamatkan Allah daripadanya sebagaimana enggannya kalau dilempar ke dalam api”.
HR. Bukhari dan Muslim

artikel dari sini

Pensil...oh...pensil

sumber dari sini

Go to fullsize image




Pensil...oh...pensil

Go to fullsize image

“Dash!!!!!” bunyi kejatuhan barang-barangan di tengah dewan.

“KRAKKKK!!!!”


bingit dan ngeri bunyinya, seolah-olah sudah tidak mampu dibendung rasa seram itu.

“Tash!!!!”
Satu penyepak menghenyak tubuhnya.
“PrakKKK!!!”
berderaian tubuhnya.
Hancur luluh tanpa satupun tercantum, semuanya terurai.

“CELAKA!!!! AMBIK KAU!”
dengan sumpah sarahan itu ditambah lagi dengan satu lagi penyepak menyusul ke tubuhnya tanpa belas kasihan.

Seolah-olah tiada sudah rasa cinta rasa kemanusiaan pada dirinya. Hancur berkecai seluruh tubuhnya. Hancur! Hancur! Hancur! Tak dapat lagi diselamatkan.

Kasihan! Kasihan!....Kasihan!!!...si pensil itu.

Apa sebenarnya berlaku? Kenapa boleh jadi begini? Apahal ni? Ahhh!!! Aku serabut!!! (tetiba sahaja pensil, apa kes ni?)



Begini sebenarnya ceritanya,


Satu hari, seorang anak muda membeli sebatang pensil di kedai dalam Universitinya. Pensil itu agak cantik dan murah.

Kerana itulah anak muda ini membelinya.Membeli untuk apa? Untuk kegunaan "final exam" yang akan berlangsung sebentar lagi.

Namun, ketika menjawab soalan "final exam" itu, si pemuda tadi tidak mampu menjawabnya, kerana tidak belajar dan mengulangkaji dengan baik.

Malah selalu ponteng kuliah, kerana itulah, si pensil menjadi mangsa. Dirinya dihumban ke tanah, lalu hancur berkecai dirinya. Dan selepas itu, ia terus dibuang ke dalam tong sampah. Betapa sedihnya hidup si pensil itu, sekejap sahaja dizalimi, tanpa diletak satu misi yang lengkap. Sedangkan sahabat-sahabat pensil yang lain, telah menjadi pelengkap misi anak-anak muda yang lain.

"Setitik dakwat mampu mencetus revolusi"


Go to fullsize image


Kenapa seharusnya perkara ini terjadi kepada si pensil tadi?


1- Apabila niat untuk menggunakan pensil tadi tidak diniatkan kerana ALLAH


2- Bila akal tidak diasah, pasti binasa sesuatu benda.


3- Bila jiwa tak disemaikan cinta Ilahi, pasti cinta yang lain adalah cinta yang palsu dan bisu.


Namun, entry kali ini, bukanlah berkisarkan tentang pensil. Tapi adalah berkisarkan prinsip tubuh badan kita.
Sebagai mana yang dibentangkan oleh kawan sekampus saya mengenai "philosophy of MATRIX".

Hidup dipinjamkan oleh ALLAH bertujuan untuk menguji samada kita mampu menjadi hambaNYA yang bertaqwa atau menjadi hamba Toghut?

Go to fullsize image

Apa sebenarnya kegunaan tubuh badan kita ini? Mahukah kita menjadikan tubuh badan kita dibinasa oleh kemampuan akal, nafsu kita? Sebenarnya ada beberapa perkara yang perlu diteliti satu persatu dalam mempergunakan tubuh badan kita secara optima.

Seperti penggunaan pensil tadi, jikalaulah Tuan empunya pensil tadi mempunyai akal yang bernas, jiwa yang bersih, kemampuan berfikir melebihi yang sebelumnya, insyaALLAH, pensil tadi tetap ada untuk berjasa kepada tuannya.

Belum tentu sudah berada di tong sampah. Baru-baru ini, saya menjelajah ke Kuala LUMPUR (kuala yang bukan dipenuhi "LUMPUR" tapi "cas-cas Lumpur" yang menongkat ke hati manusia, yang bisa mengundah binasa. Sana sini mengajak ke arah kebinasaan tubuh badan. Na'uzubillah.

Semasa menaiki tangga menuju rumah sahabat, kelihatan mundar mandir penagih NAJIS dadah, dengan muka tidak malunya. Bermain "BENDA" itu tanpa rasa malu dan rasa takdim. MasyaALLAH. Lihat betapa mereka suka membinasa tubuh badan yang dipinjamkan tadi.


Boleh jadi ini merosakkan tubuh badan mereka, lalu tercemar juga masyarakat di sekeliling mereka. Dan satu lagi kisah tragis di Kuala Lumpur ini perlu dikongsikan, adalah mengenai seorang gadis.

Ketika saya menunggu bus untuk balik ke Kampus, tiba-tiba di depan saya.

Ada seorang gadis menangis sambil memegang kakinya. Terdetik di hati merasa kasihan. Saya bertanya "kenapa ni?". "jawapnya kakinya sakit" Dan tetiba menangis.

Dan dia meminjam telefon, saya pun memberi. Dia menelefon dan menangis. Rupa-rupanya, gadis tadi sebenarnya ditipu seorang lelaki.

Saya ringkaskan cerita. Gadis ini mengikut lelaki yang baru dikenalnya 2 hari. Dan lelaki ini hanya meninggalkan dia sehelai sepinggang tanpa duit tanpa ic di puduraya dengan menyatakan janjinya untuk membeli tiket balik.

Tapi dalam 2 jam berlalu, tak kelihatan. Nampak sangat tertipu. Saya boleh simpulkan di sini adalah kerana apabila berpandukan akal fikiran. PASTI dan tetap PASTINYA! Kita akan tertipu dengan keadaan sekitar kita.

Sedang telah diajarkan minda kita untuk mematuhi seruan ALLAH dalam ayat pertama lagi surah Al Baqarah. "Alifff...lam....min.... , Sesungguhnya Al Kitab(Al QUran) diturunkan untuk panduan orang Mukmin".

Go to fullsize image

Kenapa harus mengikut lelaki bukan muhrim? Tidak disusurkan minda kita pada hadis? Sebaik-baik wanita keluarnya dengan lelaki yang muhrimnya. Kalau tidak inilah jadinya. Boleh jadi si gadis ini tidak mengetahui perkara ini. Kenapa? Atas didikan mak bapak? Faktor sekitar atau sebagainya? Wallahualam.

Namun, kepada si lelaki tadi. Boleh jadi hari ini, dirasanya sedap dan enak. Esok lusa, belum tentu. Boleh jadi dibalas oleh ALLAH yang lebih setimpalnya.

Dengan "ANAK atau Isteri sendiri yang menjadi mangsa orang lain? Atau di akhirat? ALLAH ITU MAHA PEMBALAS!



Secara analisanya, boleh dinyatakan di sini. Hendak tidak hendak, kita sebagai yang memahami Islam, harus lebih tegar ke kelompok masyarakat. Meneliti satu persatu masalah untuk merungkai segala tersimpul. Untuk mempermudahkan masyarakat ke arah memahami ISLAM secara Kaffah.
Antara masalah-masalahnya:

1- Dadah

2- Keseronokan(Hedonisme) Zina dan Khalwat -tercetusnya dari rumahlah pertamanya.

3- Sifat "TAK APA" yang tak kisah pada sekeliling.

dan sebagainya ..banyak masalah di dunia ini. Belum tentu tersenarai satu persatu jika ruang disediakan.



Mahu tak mahu, kita kena kembali pada asas. MEMAHAMI TUJUAN HIDUP KITA. Sebagaimana tujuan PENSIL tadi. Jika tidak TUJUAN ITU diletak pada MATLAMAT yang sewajarnya. BINASALAH! Jika MATLAMAT Tadi tidak dipandukan iLMU yang padu dan jitu belum tentu tercapai. ILMU yang padu dan jitu. Teraskan dengan AL QURAN dan AS SUnnah. InsyaALLAH berjaya.

Segala-galanya bermula dari asas. Begitu juga dengan Structuring Building. Structuring Website. Structuring System atau sebagainya, semuanya adalah bermula dari asas yang kukuh. Kalau dah asas pun tunggang langgang. Jangan taknya cerita bab yang TINGGI-TINGGI! Jangan terkejar lah die YOP!!!!!!

MISI dan VISI diperbahaskan, namun asasnya tidak dilihat. Jangankan nak sampai ke New York, nak sampai ke depan mata pun tak keruan jadinya. Kenapa? ASAS prinsip segala-galanya. Sebab itu ISLAM bermula dari Rukun Iman 6 perkara dan 5 rukun ISLAM. Kerana ASAS itu adalah segala-galanya.

DAN yang paling asas adalah Syahadah Tain. Tak kenal erti syahadah tain, tak lepaslah segala-galanya. Syarah Syahadah Tain oleh Imam Abu Ala' Al Madudi pun begitu ada juga kira-kira 16 muka surat. Tapi tetap ialah semudah-mudahnya.

Go to fullsize image

Kembali saya menongkah masa dan pengalaman yang dilalui, terasa sedikit sembilu di jiwa. Tak keruan juga rasanya. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Berat hati terasa, berat jiwa menusuk rasa. Dunia semakin lara, manusia semakin lupa. Namun alam tetap berbicara, "SEMAKIN SENJA KITA DI SINI, jangan dibuang masa!"

"Pensil digunakan oleh seorang yang cacat, tapi karyanya yang terserlah mampu mencetus revolusi."

Tuesday, May 5, 2009

**Mahu Jadi Biasa atau Luar Biasa**


**Mahu Jadi Biasa atau Luar Biasa**

Impian saya semasa kecil dahulu ialah menjadi seorang yang luar biasa. Saya mahu menjadi seorang yang mempunyai kuasa istimewa. Mungkin bukan seperti ‘Superhero’ yang terbang di angkasa, tetapi seorang yang mempunyai kuasa istimewanya yang tersendiri. Saya mungkin banyak terpengaruh dengan buku-buku yang mengisahkan watak-watak dengan kuasa istimewa. Paling terkesan ialah cerita Mathilda oleh Roald Dahl. Yang saya impikan ketika itu adalah mempunyai kuasa ‘psychic’ sepertinya. Pernah juga dulu rakan-rakan menggelarkan diri saya ini “GK”, dengan pelbagai maksud yang berbeza dek kerana saya gilakan kuasa yang pelik-pelik.

Bila menginjak usia remaja, saya telah memilih untuk menjadi orang yang ‘biasa-biasa’ saja. Bukan biasa dengan erti kata tiada kuasa istimewa, tetapi biasa seperti mana rata-rata orang Islam lainnya, atau lebih tepat lagi, biasa dalam erti kata ‘Islamnya’.


Kenapa? Kerana ketika itu bagi saya, orang yang membawa imej Islam nampak berbeza dari segi fizikalnya. Mereka seolah-olah manusia pelik.

Kebanyakan mereka bertudung labuh lebih daripada biasa, senyap dan sangat bersopan. Bukan bermaksud saya tidak boleh menerima kewujudan mereka, tapi lebih kepada diri saya sendiri. Saya dapat rasakan bahawa diri ini akan menjadi pelik sekiranya saya menjadi seperti mereka. Ditambah lagi dengan tanggapan bahawa orang seperti mereka ni agak kolot, berfikiran tertutup dan asyik bersama dengan kelompok mereka sahaja. Saya kadang-kadang pelik dengan mereka. Bagaimana mereka nanti akan dapat menempuh dunia yang semakin mencabar dengan keadaan mereka yang sebegitu? Bagaimana mereka mahu bergaul dengan masyarakat dalam keadaan tidak boleh menerima pendapat semasa? Dan pelbagai lagi persoalan lain yang didasari tanggapan bebas diri sendiri.

Oleh kerana itu saya telah memilih untuk menjadi manusia yang biasa saja. Tidaklah baik sangat dan tidaklah teruk sangat (kononnya!). Pada hemat saya, cukuplah saya solat, belajar agama, menghormati Islam dan menjaga batas-batas (walaupun pada ketika itu apa yang saya ketahui sebenarnya sangatlah terbatas). Saya beranggapan bahawa dengan menjadi antara orang-orang yang di tengah inilah yang paling bagus kerana saya boleh menerima dan diterima sesiapa saja. Orang yang ‘biasa-biasa’ dengan moto hidupnya, “Enjoy-enjoy juga, solat jangan lupa!”. (Enjoy=maratahon DVD, main game, hang-out dengan kawan-kawan, berlibur dan berhibur)

Tanpa saya sedari, rupanya sayalah manusia yang telah memilih ‘Jalan Kelabu’; Manusia yang memisahkan antara agama dan kehidupannya yang lain atau erti kata lainnya manusia yang SEKULAR.

Dan tanpa saya sedari juga, saya telah memilih jalan yang salah! ‘Jalan Kelabu’ itu tidak wujud sama sekali.


Hidup ini hanya ada dua pilihan.


Putih atau Hitam.


Haq atau Batil.


Benar atau Salah.


Baik atau Jahat.


Syurga atau Neraka.


Jalan Kelabu yang saya pilih itu hanyalah satu ilusi.

Ilusi untuk membawa saya terjerumus ke Jalan Hitam.

Bahkan bukan saya saja, tetapi juga orang-orang Islam yang melihat Islam dan kehidupannya seperti ada pemisah.

Ah, lihat saja.

Islam di sini kelihatan gah dengan masjidnya.

Islam di sini kelihatan bila orang ingin membina masjid mereka.

Islam di sini kelihatan dengan ritual ibadahnya saja.

Bagaimana pula dengan lainnya? Dan saya bakal ketawa geli hati bila mana orang memanggil ini negara Islam sedangkan seumur hidup saya tidak melihat islamnya.

Pergilah ke mana-mana kompleks membeli-belah terkemuka. Saya kadang-kadang terasa pelik. Seolah-olah saya berasa di bumi yang sungguh asing. Iklan yang terpampang langsung tidak menunjukkan pendirian negara ini; Oh, ya negara islam contoh.

Sedang kebanyakan manusia yang menjadi isinya memilih untuk menjadi manusia yang biasa-biasa sahaja. Biasa dan sederhana dalam pengertian mereka sebagai seorang Islam. Oh, kalau dulu mungkin dilihat manusia yang biasa ialah mereka yang mematuhi semua rukun islam dan tidak nampak extreme dengan pakaian mereka.

Tapi itu definisi biasa pada manusia yang biasa pada masa zaman saya. Definisi yang dicipta oleh manusia akan berubah mengikut selera mereka. Kini, orang Islam dalam kategori biasa mungkin seperti ini pula:

-Solat. Tapi tidak cukup 5 waktu pun tak mengapa, janji solat.

-Berpacaran. Berpegangan adalah biasa, jika tidak itu alim.

-Bertudung. Dengan erti kata rambut atau sebahagian rambut itu tertutup. Tapi ya, hanya rambut, bahagian lain tidak termasuk syarat utama.

- dan senarai ini berterusan mengikut kehendak sendiri….

Kalau inilah definisi manusia yang ‘biasa-biasa sahaja’ pada masa sekarang, bagaimana pula nanti akan datang? Apa lagi ‘biasa-biasa sahaja’ yang akan mereka terjemahkan lagi? Akan makin kurang syaratnya?

Saya bukan mahu tujukan ini kepada sesiapa. Bukan juga mahu bersikap pesimis. Juga bukanlah kerana saya ingin berkata yang saya ini lebih bagus dan mereka tidak.

Adalah penting untuk kita jelaskan bahawa tidak wujud sama sekali definisi Islam dengan cara kita sendiri: Islam yang sekerat-sekerat dengan mengambil apa yang disukai sahaja. Masih ramai orang Islam hari ini yang mengambil cara mudah dengan memilih untuk berada di jalan tengah yang sememangnya tidak wujud sama sekali. Betapa ramainya lagi orang Islam dalam masyarakat kita yang masih kabur dengan memilih untuk menjadi orang Islam yang biasa-biasa ini? Mereka ingin menjadi orang biasa yang ingin mengambil Islam secara sederhana. Orang-orang yang mungkin juga berubah-ubah definisi mereka terhadap definisi ’sederhana’ itu sendiri. Apakah maksudnya sederhana itu dengan memakai tudung sekerat cuma? Atau sememangnya definisi sederhana itu kepada mereka ialah dengan tidak mencampur adukkan urusan agama dengan kehidupan lainnya?

Sesiapa pun boleh memilih untuk menjadi orang biasa yang sibuk memikirkan persepsi orang lain terhadap mereka. Mungkin dengan memilih untuk menjadi orang yang biasa-biasa itu akan kelihatan lebih mesra dan mudah didekati oleh semua golongan. Boleh jadi juga manusia yang biasa-biasa ini ialah diri ini yang mungkin masih terlekat lagi jahiliyahnya kerana tidak mahu dilihat aneh oleh orang biasa-biasa yang lainnya.

Jika begitu, perlu saya mengingatkan diri ini bahawa Islam itu datang untuk mengeluarkan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan total kepada Allah semata-mata. Andai kita masih melihat diri dari kaca mata manusia sahaja, apakah sudah lengkap Islam itu pada diri kita? Apakah kita masih ragu-ragu untuk melakukan sesuatu yang mungkin kelihatan aneh dan janggal dalam masyarakat sedangkan itulah hakikat Islam yang sebenar?

Sekarang, saya tidak mahu menjadi orang yang biasa-biasa lagi. Saya mahu jadi luar biasa! Luar biasa ke arah jalan yang Benar, jalan yang Haq, Jalan yang Putih, Jalan yang ke Syurga pastinya. Saya mahu berada di jalan Al-Haq, bukan lagi al-Hawa’. Saya tidak mahu lagi pilih jalan kelabu yang keliru itu. Saya harap kamu juga tidak begitu. Jadi kita boleh sama-sama mengikut jalan yang luar biasa tetapi benar ini. Saya harap untuk jumpa kamu di syurga, mahukah kamu?

Oh ya, jangan lupa juga bawa mereka yang berada di sekeliling kamu..saya pasti mereka juga mahu ke sana. Cuma, mereka mungkin keliru dalam memilih jalannya.

Saya teringin untuk mendengar Tuhan memanggil kita semua kelak apabila sampai di sana…

“Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai. Maka masuklah dalam golongan hamba-hambaKu. dan masuklah dalam SYURGAKU”

(89: 27-30)

Dipetik Dari: Dakwah.info






Monday, May 4, 2009

Perhatian: Aku dah tamat peperiksaan semester 2 tahun 3. Sem depan buka lembaran baru sesi 09/10

Assalamualaikum

alhamdulillah..
dah bis 6 sem aku di UPSI..ada lagi 1 sem di kampus dan 1 sem akan keluar untuk berpraktikum di sekolah..

tapi waktu ni aku tak merdeka lagi. 11 mei adalah hari pembentang proposal aku untuk tesis tahun akhir, doakan proposal aku diterima, MySpace


MySpace lepas bentang proposal aku balik sarawak...wah best nyer....

MySpace

Sunday, May 3, 2009

Kerjaya seorang guru: ANUGERAH HIDAYAH

sumber: http://ummuhusna99.blogspot.com/

ANUGERAH HIDAYAH


Saya memanggil nama mereka satu persatu. Seorang demi seorang tampil ke depan mengambil markah pada lembaran kertas peperiksaan. Ada yang menerima dengan wajah biasa. Ada yang menerima dengan riak gembira, dan tidak kurang juga yang menerima dengan rupa kecewa. Namun, semua rasa dipendam tanpa sepatah kata.


Bersusun warna biru pada helaian markah pelajar dengan di selang seli satu dua nombor bertinta merah di sebelah nama mereka. Hati saya tidak ceria. Melihat markah yang mendominasi kebanyakannya hanya cukup-cukup makan sahaja, apatah lagi menatap pemilik nama yang memperoleh warna merah. Bimbang, gusar dan amat tidak menenangkan. Suara bising pelajar yang berbual sesama mereka saya biarkan tanpa endah. Saya bagaikan tidak mahu bersuara apa pun saat itu. Hanya melayan kecamuk jiwa yang sedang menebal di dalam dada.



MULIA YANG PERLU DIPUPUK


“ Astaghfirullah, “ saya tersedar dari lamunan perasaan. Alangkah ruginya masa yang ada berlalu percuma. Sesuatu mesti diberitahu. Cepat-cepat saya bangun. Melihat itu, pelajar yang tadi berbual kosong kembali membetulkan duduk. Saya menoleh memandang wajah-wajah muda di hadapan saya, pelajar tingkatan 2 dari dua kelas yang dicantumkan untuk matapelajaran agama. Raut wajah mereka masih molek, belum bernoda dengan sebarang alat solek.


“ Berapa umur kamu sekarang ?” saya menyoal sambil memandang dari depan ke belakang.
“ 14 tahun Ustazah, “ balas mereka serentak.


“ Antara saya dan kamu semua, siapakah yang lebih mulia?” saya menyoal lagi ingin menguji.


“ Tentulah ustazah, sebab ustazah mengajar kami perkara-perkara baik, “ Amal, yang selalu duduk di depan sekali menjawab. Kawan-kawannya menggangguk mengiakan.


“ Kalau saya kata kamu sebenarnya lebih mulia berbanding saya, bagaimana ?” saya melanjutkan pertanyaan. Anak murid di hadapan saya saling berpandangan.


“ Takkan kami lebih mulia berbanding ustazah, “ kata Amira pula dengan wajah jelas tertanya-tanya. Saya tersenyum sebelum melanjutkan bicara. Kelihatannya mereka teruja dengan pertanyaan saya. Ini peluang baik, hati saya berbisik.


Saya kembali duduk bertimpuh di hadapan mereka. Waktu-waktu begini suasana di dalam surau memang sunyi dan damai. Hanya bunyi putaran kipas angin yang sampai ke gegendang telinga.


“ Ustazah, ceritalah kenapa ustazah kata kami lebih mulia, “ desak dua tiga pelajar yang duduk sebelah menyebelah. Nampak tidak sabar mereka mendengar penjelasan selanjutnya.


“ Umur kamu dan saya sangat berbeza. Saya sekarang berumur 31 tahun sedangkan kamu baru berusia 14 tahun. Kamu masih muda sedang saya semakin berusia. Jika dihitung dosa tentulah kamu lebih mulia dari saya, kerana dosa kamu masih sedikit berbanding saya yang telah hidup lebih dulu,” saya menjelaskan penuh keinsafan. Pelajar yang mendengar menekur memandang lantai.

“ Jadi, saya amat berharap agar kemuliaan ini kamu kekalkan. Hari ini, esok dan seterusnya untuk masa-masa akan datang,“ saya menambah bual kata.


“ Apa yang boleh kami buat Ustazah ? “ Asyikin mencelah.


“ Banyak. Antaranya ialah dengan berbuat baik sesama kawan dan guru-guru, juga tidak lupa perintah Allah dan jauhi laranganNya. Kita mulia kerana Iman dan Islam, bukan dengan pangkat, kecantikan dan harta kekayaan, “ panjang lebar saya menghuraikan.

Cikgu

Gambar hiasan


ALLAH LEBIH MENGETAHUI


Saya bergerak ke papan putih, mengambil pen dan melukis satu bulatan kecil. Pelajar di belakang kedengaran berbisik antara mereka.


“ Baik, siapa boleh beritahu saya, benda apakah yang saya lukis ini ?” saya bertanya seraya menunjuk kepada bulatan di atas papan putih.


“ Bola Ustazah, “ satu suara dari belakang menjawab dengan nada berjenaka. Semua ketawa mendengarnya. Saya menggeleng kepala tanda jawapan yang diberi tidak mengena.


“ Bulan..bulan..,” jawab pelajar di tepi kanan saya pula. Sekali lagi saya menggelengkan kepala.
“ Bukan juga. Kalau begitu saya fikir matahari sedang gerhana, “ Amal pula menjawab disambut gelak besar kawan-kawannya. Saya yang mendengar turut tercuit hati.


“ Baik. Semua jawapan tadi salah. Apa yang saya lukis ini ialah sebiji kuih pau.” Kali ini giliran saya pula diketawakan oleh mereka. Mungkin gelihati dengan jawapan yang tidak mereka sangka.


“ La...kuih pau rupanya. Ustazah ni buat lawak je la, “ ujar Amira, sempat lagi mengenakan saya. Saya tersenyum, terhibur dengan keriuhan anak murid di depan mata.


“ Lawak Ustazah bukan sebarang lawak. Ustazah sebenarnya membuat satu analogi mudah, bahawa sesuatu yang dilukis, walau ada pelbagai tafsiran orang yang melihat, tapi jawapan yang tepat tetap ada pada si pelukis. Dia lebih tahu kerana dia yang melukisnya,“ Saya kembali serius menyambung penjelasan.


Gambar hiasan

“ Demikianlah Allah SWT. Tuhan yang Maha Berkuasa atas segala-galanya. DIA menjadikan kita dari tiada kepada ada, tentulah Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita jalani sepanjang hidup di dunia ini.” Saya memanjangkan huraian. Kelihatannya mereka semakin berminat mendengar.


“ Lalu Allah menurunkan wahyuNya berupa perintah dan larangan melalui Rasulullah SAW agar kita mampu menjadi mulia sebagaimana yang dikehendaki oleh agama. Allah perintahkan kita solat, puasa, mengeluarkan zakat, mengerjakan Haji, menutup aurat, menuntut ilmu, berbuat baik sesama manusia dan banyak lagi. Juga Allah melarang minum arak, berjudi, berkata keji, malas belajar dan lain-lain lagi. Semua ini merupakan peraturan-peraturan yang wajib kita patuhi sebagai orang Islam yang beriman kepadaNya. Segalanya telah tertulis di dalam al Quran dan Sunnah RasulNya,” saya menambah lagi dan lagi.



KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT


“ Saya tahu ramai di kalangan kamu yang memperoleh markah cemerlang dalam subjek-subjek ; Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan lain-lain. Tahniah saya ucapkan. Cuma apa yang agak mendukacitakan saya, mengapa pencapaian kamu dalam subjek agama tidak secemerlang seperti yang lain-lainnya ?”


“ Bayangkan jika markah yang kamu perolehi ini, seumpama peratusan iman untuk kamu persembahkan di hadapan Allah kelak, apa agaknya pengakhiran yang bakal kamu terima. Syurga atau neraka ?” bertalu-talu saya menyoal supaya mereka berfikir dan terus mencari jawapan.


bakal pewaris kepimpinan akan datang

Hilang sudah gelak tawa. Kini, masa untuk bermuhasabah pula. Saya sayang mereka sebagaimana saya menyayangi diri saya sendiri. Mereka masih punya banyak masa untuk berubah dan memperbaiki diri.


Suasana sunyi. Saya hanya memerhati dan membiarkan mereka berfikir sendiri. Depan, belakang, kiri dan kanan. Semuanya bagaikan sedang bermonolog di dalam diri.

“ Saya yakin pelajar-pelajar di hadapan saya sekarang ini bakal bergelar doktor, pegawai tinggi, peguam, arkitek, guru, ahli perniagaan dan mungkin juga pemimpin negara di masa depan. Saya amat berbesar hati mengingatkan itu. Akan tetapi, saya akan lebih berbangga jika yang muncul kelak adalah doktor, peguam, arkitek, guru, ahli perniagaan dan pemimpin negara yang menjadikan Islam sebagai panduan hidupnya. Ringkasnya kamu cemerlang untuk kehidupan dunia, juga gemilang untuk kehidupan di akhirat sana,“ saya berhenti seketika. Memandang mereka sekilas sebelum menyambung semula bicara.
is tu..







Gambar hiasan


“ Saya percaya kamu semua mampu melakukannya. Lihat markah kamu hari ini dan berjanjilah pada diri sendiri untuk memperbaiki keputusan bagi peperiksaan akan datang. Bukan sekadar untuk peperiksaan di dunia, tetapi juga untuk persediaan menghadapi alam sebelah sana. Alam akhirat yang tiada lagi hayat dunia. Apa yang perlu adalah usaha, dan tidak kenal malu untuk bertanya. Jika tidak mampu menyoal di dalam kelas, saya berharap kamu berjumpa saya di luar pengajian. InsyaAllah saya akan cuba membantu,” saya menutup kata dengan menarik nafas sedalam-dalamnya. Bagaikan ada sinar harapan pada wajah-wajah di hadapan saya.


Go to fullsize image

ANUGERAH HIDAYAH


Wajah-wajah bersih itu kini tidak lagi berada di hadapan saya. Semuanya tinggal sebagai pengalaman yang sempat saya kutip sewaktu berada di alam pendidik. Pengalaman yang turut mengajar saya menghargai mereka yang bergelar anak murid.
Go to fullsize image

Saya hanya menyampaikan, selebihnya doa saya panjatkan ke hadrat yang Esa agar hidayahNya mengiringi kehidupan mereka untuk semalam, hari ini dan akan datang. Melihat sebahagian mereka sudah mula mengenakan pakaian menutup aurat, menjadikan saya orang yang paling bersyukur atas nikmat dan anugerah hidayah dariNya. Mereka saya titipkan di bawah pentarbiyahan ustazah lain yang masih terus berjuang di samping mereka.


Terima kasih anak muridku. Kalian kekal sebagai sebahagian dari orang-orang yang pernah hadir di dalam kehidupan saya di dunia. Kita pernah bersama seketika, dan moga ada jodoh untuk kita berjumpa pula di ‘sana’. Firman Nya yang bermaksud :


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Yang Menguasai hari Pembalasan (hari akhirat). Hanya kepada Engkau (Ya Allah) kami beribadah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. Bimbinglah kami ke jalan yang lurus. Iaitu jalan orang yang Engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang dimurkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat.
( al Fatihah : ayat 1 – 7 )

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.


Jumpa lagi, InsyaAllah.


6 Jamadil Awwal 1430


1 Mei 2009