Sunday, April 25, 2010

Innalillah...Hari ni saya betul terjatuh

Tengah hari tadi saya terjatuh dari motosikal.

Sakit. Ye memang sakit. Nasib baik masa tu motosikal dah slow sebab nak berhenti di lampu isyarat. Saya tak perasan ada pasir kat tepi tu.

Jadi mokosikal saya tergelincir.

....

...

Saya tak apa-apa.

Cuma calar sedkit sahaja.

....
....
Ada suatu masa saya terfikir.

Kenapa asyik aku kena buat kerja.

Akhirnya saya dapat jawapan.

Because i'm a salve of Allah.

Ye sebab kita hamba. kita yang kena lakukan kerja-kerja.

Sekian.

Dah maghrib.

Nak pergi balik dulu.

Friday, April 23, 2010

rindunya kat sarawak...Yang pasti lepas ni saya akan rindukan Semenanjung pula

Alhamdulillah. Tinggal sebulan sahaja lagi sebelum saya meninggalkan bumi sepang ni.

masa saya tak banyak, tetapi banyak perkara yang saya nak lakukan.

Kadang-kadang saya penat. Sejak hampir pitam semasa mndermakan darah buat kali ke 4, saya mudah sangat penat.

Stamina dah tak macam dulu. Kesihatan merosot walaupun saya tak ada penyakit kronik. Kadang-kadang naik tangga pun saya rasa nak pitam. pernah semasa di kelas, saya rasa nak jatuh semasa mengajar di hadapan. Tapi saya masih boleh kawal. Budak-budak tak perasan pun.

Kadang-kadang selepas aktiviti-aktiviti di sekolah, saya akan tertidur tanpa sedar. Saya nak bangun, dah buka mata tapi tertidur balik. Banyak kali saya fikir, macam mana nak elakkan tidur terlalu lama. Saya ada banyak kerja nak dilakukan.....

Ada satu hari tu, saya rasa nak telefon semua orang. Mula-mula saya call adik. dia nak interview untuk masuk upsi, jadi tolong bagi semnagat kat dia. lepas tu sempat borak sekejap dengan "mak"...

Thanks mak...semoga lepas ni saya boleh jaga mak.

Lepas tu saya call mak...eh banyaknya mak. hehe
Saya ada mak..sebabnya adalah....rahsia :)
borak-borak dengan mak, suara mak macam tak sabar je nak tunggu saya balik. Nanti boleh bawa dia pergi jalan-jalan.
Kat rumah ada mak dengan ayah je...

Then saya call kakak pula. Banyak gosip. hehe...tapi kakak ni banyak mengajar saya erti pengorbanan. Walaupun dia tak kaya harta tapi kakak kaya budi bahasa. Rindu sangat kat kakak.


okla nanti kita cerita lagi ye...nak masuk kelas dulu....

Sunday, April 4, 2010

tiada posting baru.

Assalamualaikum wbt...

Saya masih berada dalam mood praktikal di SMK Seri Sepang.

ini perkongsian yang di ambil dari blog farahzulaikha

Ilmu Allah Untukku

Diriku dilihat bagai manusia yang tiada tujuan
Mencari ke sana ke mari
Tapi, apakah yang dikehendaki tak kunjung tiba?
Di kala hening malam yang alpa,
Aku menyusun kata buat ingatan
Pada diriku dan semua.

Kiranya apa yang aku pelajari tak pernah menyentuh lubuk hati,
Alangkah sukarnya wahai Allah
Kau uji kemampuanku,
Dahulu segala isi pembelajaran senang dihafal
Kini, bagai angin lalu yang menjengah akal dan pergi tanpa kesan
Kemanakah perginya erti rajin, usaha gigih,
Wahai diri, muhasabah kembali.

Dahulu, tokoh Islam menguasai dunia,
Dari ilmu astronomi kepada hal agama,
Islam itu indah, dengan umat manusia sebagai pemegang takhtanya,
Akal membawa diri dengan waras,
Terbit rasa ingin tahu, ghairah dengan ilmu,
Meneroka khazanah yang terbentang luas di bumi,
Cambah rasa syukur pada Ilahi,
Setiap kejadian-Mu mengagumkan diri,

Terbukti ilmu bersumber dari Al-Quran dan sunnah,
Berkembang pada tulisan oleh cendekiawan tokoh Islam,
Bagaimana dikaitkan antara atom dengan tindakan spontan,
Antara langit dan bumi,
Antara manusia dan sistemnya,
Antara asid dan kimia,
Antara aljabar dengan kira-kira,
Antara bintang dengan matahari,
Antara nombor dengan ekonomi,
Dan antara tugas seorang manusia sebagai manusia sebagai hamba Alllah sebagai pencipta,

Maha Suci Allah Yang mencipta diriku dan umat manusia,
Ku susun kata berbunga,
Memujuk diri yang kehilangan punca,
Yang belajar tanpa tujuan yang sempurna,
Tapi kini, terungkap sudah rahsia yang dipinta,
Setiap ilmu, hanyalah untuk ke jalan-Nya.

oleh farahzulaikha

Wednesday, February 17, 2010

Hidup ini sebuah perjalanan

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum wbt.

coretan ini coretan tentang perjalanan.

Dalam kehidupan terpulang kepada kita bagaimana kita mewarnai lakaran yang bakal kita tempuhi setiap hari.
3 hari perjalanan:
1. hari sabtu: sepang-nilai-kl sentral-terminal putra-uia gombak.
2. Ahad: Uia gombak-terminal putra-masjid jamek-pasar seni-dataran merdeka-masjid jamek-masjid negara
3. Isnin: masjid negara-pasar seni-terminal putra-uia gombak-sg pisang-uia gombak-kota raya-pudu raya-tanjung malim

3 hari yang cukup memenatkan. Malam sabtu bermalam di teratak @Raufa sufrina di uia.
Malam ahad bermalam di masjid negara selepas "task force: jom cegah zina" di masjid jamek.
Malam isnin sampai di UPSI.

Satu perjalanan yang bermula pada 13 Februari 2010. Bermula cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina. Sahabat-sahabat serumah sudah mempunyai destinasi masing-masing naum aku masih berada di rumah. Tiada tempat mahu ditujui. Mesej dan panggilan kepada rakan-rakan tidak berbalas. Allah menguji agar aku berbaik sangka. Mereka masing-masing ada urusan yang perlu diselesaikan.

Sambil menunggu sahabat yang berpraktikum di sekolah berlainan tapi duduk di rumah yang sama, mereka masih bersekolah kerana hari ini merupakan hari sukan sekolah. Usai mengemas rumah dan barang-barang, aku membuat panggilan kepada adik junior yang berada di UPSI. Alhamdulillah, mereka sudi menerimaku untuk bermalam bersama mereka. Tidak lama selepas itu, satu mesej dari sahabat di UIA Gombak membalas panggilan yang tidak berjawab. Alhamdulillah. Di sana juga ada tempat untuk aku. AKhirnya aku menginap sementara di UIA Gombak kerana pada keesokannya hari ahad, aku perlu ke Masjid Jamek untuk program Task Force : Jom Cegah Zina bersama JAWI dan sukarelawan dari Karisma dan JIM serta LANDAS negeri Sembilan.

Pelbagai karenah yang dilalui sepanjang pengalaman.

Alhamdulillah.

Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan seharian adalah ketetapan Allah dan yang pasti setiap ketetapan itu membawa kebaikan kecuali kita yang menolaknya.

"Aku tak punya siapa,

Aku hanya pengembara,

Yang menumpang kasih,"

Terima kasih buat semua sahabat yang sudi membantu aku. Hanya Allah mampu membalas jasa-jasa kalian.

Friday, February 5, 2010

Transit ke alam baru: bermulanya sebuah perjuangan

Syukur Alhamdulillah.

Sudah seminggu saya bergelar GURU PELATIH. 2 minggu pertama kami hanya menjalankan ROS.

Alhamdulillah. Satu permulaan menukar rutin kehidupan. Jika dulu saya akan datang ke kelas untuk menadah ilmu dari guru dan pensyarah tapi hari ini posisi saya bukan duduk menadah ilmu tapi menjadi insan yang memberikan ilmu.

Kimia tingkatan 4 dan sains tingkatan 4 telah dipertanggungjawabkan kepada saya. Anak didik berbilang bangsa, melayu, cina dan india. Satu kehidupan yang telah diatur oleh Allah SWT.

Pelbagai halangan yang saya tempuhi pada peringkat pertama.

berhadapan dengan pelajar yang berbilang kaum cabarannya berbeza.

"kakak cikgu"

"budak form 5"

antara senario yang dialami cikgu-cikgu muda.

Dalam kesibukan menjadi pendidik, satu perkara yang harus dalam diri setiap mereka yang sayangkan Islam.

Ini medan JIHAD kita. Kita selalu bercakap mengenai jihad tapi kali ini kita berada dalam jihad yang tiada penghujungnya...

Setiap hari tika kaki melangkah menuju ke sekolah, Dengan Nama Allah, aku bertawakal. Ini jihad mendidik anak bangsa dan jihad menegakkan Islam dalam diri generasi muda.

Allah permudahkan setiap perjalanan hamba-hamba-Nya yang sentiasa mengharapkan pertolonganNya.Kita tidak perlu takut atau gusar dengan ancaman-ancaman luar kerana Allah jua lah tempat kita bergantungharap.

Setiap kesukaran dan kesusahan yang kita alami itu adalah satu tarbiyyah dan ujian daripada Allah kepada hamba-hamba yang Allah sayangi.

Sesungguhnya hati ini adala milik Allah. begitu juga hati pelajar-pelajar kita. Maka mohonlah kepada Allah agar hati merekadipermudahkan dan dilembutkan untuk menerima tunjuk ajar dan didikan kita.

Tika mana kita merasakan kesusahan yang dialami itu adalah ketentuan Allah yang tidak sia-sia, hati kita akan lebih tenang dan kita mempunyai kekuatan yang luar biasa dalam menjalankan tugasan sebagai seorang pendidik yang sememangnya memerlukan pengorbanan yang besar.

Ya Allah, Tuhan sekalian alam. kami memohon kekuatan agar kami kuat dalam mengharungi cabaran-cabaran yang semakin sukar dalam mendidik anak bangsa kami. Berikanlah kami kekuatan iman agar kami sentiasa berada dalam rahmat dan redha Mu dalam setiap perkara yang kami lakukan.

Wednesday, January 27, 2010

cikgu ohh cikgu

Alhamdulillah

Ini merupakan minggu ke2 ROS. Minggu depan 1 Feb akan bermula episod sebagai seorang guru pelatih.

InsyaAllah akan mengajar Kimia dan sains tingkatan 4. Kata salah seorang guru senior, "minggu depan peperangan akan bermula".

Haa...ni la masa berjihad kan...minggu depan aku akan berjihad. Semoga Allah permudahkan.

Yang ini kemas kini entri sebelum ini. Arwah Fadhiri telah meninggal dunia pada hari yang sama kemalangan pada jam kira-kira pukul 10 pagi macam tu.


Kat sekolah aku tak ada internet, sebab bilik komputer tengah disiapkan. Jadi aku merantau jauh untuk menggunakan internet free.

Teka la kat mana ye..hehe

Okla...buat semua sahabat yang akan berpraktikum. I wish you all the best.. Sama-sama berjuang.

"MERANCANG MASA DENGAN BERSERAH KEPADA ALLAH"

InsyaAllah kita tidak akan menyesal dengan setiap pilihan yang telah kita buat.