Friday, September 3, 2010

Tetapkan azam dan terus memacu kegemilangan

Semangat baru.

Cita-cita baru.

Tetapkan azam.

Semoga Islam terus gemilang.

Jika Rasulullah SAW bersama kita

Saksikan Di You tube

http://www.youtube.com/watch?v=qvxTdXO8_0I


Wahai Rasulullah,

Tika ini, jika engkau hadir bertamu,

Mungkin mengalir deras airmatamu,

Dek kesayuan mengenang umatmu,

Terlalu jauh dari Allah dan risalahmu,

Wahai Rasulullah,

Nafsu kini menjadi tuhan,

Harta dan pangkat menjadi sembahan,

Melalaikan segala arahan & janji ketuhanan,

Ibadah dirasa berat tidak tertahan,

Al Quran bukan lagi panduan kehidupan.

Wahai Rasulullah,

Kedamaian rumahtangga semakin hancur,

Sikap curang semakin subur,

Peranan ibubapa kian gugur,

Ketaatan anak-anak turut melebur,

‘Barah' di dalam keluarga menjadi parah,

Akibat solat yang tiada berarah,

Amat jauhlah keikhlasan ibadah

Wahai Rasulullah,

Kami tidak mahu lupai jasa & kesukaranmu,

Namun ramai mendustakan ajaranmu,

Harta kini lebih dicintai dari cintamu,

Cinta Allah & Rasul menjadi lafaz kaku,

Seperti khayalan yang nyata palsu,

Wahai Rasulullah,

Dosa kami ibarat lautan tidak berpenghujung,

Namun dirasa umpama lalat di hujung hidung,

Hinggapnya hanya sebentar,

Bila ditepis ia tidak lagi berkunjung...

Taubat kami kurang kekesalan,

Tiada penghayatan, tiada keinsafan

Hati kian berkarat, dipenuhi dosa tanpa Nur Tuhan,

Anehnya, kami masih merasa layak ke syurga idaman,

Wahai Rasulullah,

Aurat wanita tercemar kian,

Berbangga ditayang & dihias berlebihan,

Ditagih penghargaan dan kalam pujian,

Tidak dipeduli murka Tuhan,

Bapa & suami dayus suatu kebiasaan,

Cuaikan amanah ketua keluarga lantikan tuhan,

Wahai Rasulullah,

Bersamamu, kami merindui kehidupan,

Namun adakah diri ini punyai kelayakan,

Dibanding sahabat, tabien & solihin yang beriman,

Dimanakah tempat kami di sisi insan kesayangan Tuhan,

Dipohon syafaatmu duhai kekasih pilihan,

Wahai Rasulullah,

Belas Allah kami harapkan,

Moga , tatkala menjelang kematian,

Jiwa yang sejahtera dapat kami hamparkan.

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Leicester, UK

31 Ogos 2010

If you are looking for someone perfect...For sure, you are not looking for me...

Bismillahirahmanirahim...

I'm not perfect.

Yes, i admit it.

Tapi sampai bila...

sampai rumah kata pergi kubur kata mari...

We have to change...

Create something new...

We cannot just sit down and wait for other people to change us.

You.

Yes, you.

You are the only one, who can change yourself.

whether you will become better or worst.

The choice is in your hand.

******************************************************

Tak semestinya perlu pergi menyembah berhala di kuil atau tokong baru dikira menduakan Allah, cukuplah kalau setakat solat lalai sebab teringatkan buah hati.. Cukuplah kalau setakat rajin baca Quran sebab nak menambat hati manusia.. Cukuplah kalau setakat membuat kebaikan hanya untuk manusia... Itu semua menduakan ALLAH!


Kata-kata ini saya quote dari blog sahabat Coretan Fisabilillah

YA. sila fikir-fikirkan. Sejauh mana kita beribadah kerana Cinta kerana Allah.

Terkadang, saya terfikir. Apa nasib saya, di mana hala tuju saya, masih terawang-awang di dunia.

Petanya sudah terbentang, tapi kompas dan penunjuk jalan masih dalam bayangan.

Maaf buat sahabat-sahabat.

Saya masih banyak kekurangan.

Saya perlukan semua yang ada disekeliling saya untuk 1 tujuan.

1 Tujuan hidup semua yang bergelar makhluk.

Dan dengan tujuan itu, InsyaAllah, kita akan mampu berjaya dunia dan akhirat.

Walau manusia pandang hina dengan kejayaan kita, tapi sekiranya ia untuk agama, kamulah yang paling berjasa, Maka bergembiralah dengan kejayaan itu.

1 tujuan yang harus kita tekadkan dalam hati ialah "lillahi Taala"...

Buat segala-galanya kerana Allah.

Ya, kerana Allah.

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. ( surah adzariyat: 56)

Hidup kita ini hanya untuk satu tujuan.

Itulah tujuan kita dicipta.

Jom kita raikan saat-saat akhir ramadhan ini dengan pesta ibadah. Bukan berpesta di pasaraya untuk persiapan Hari raya.

Sebelum itu, maaf atas kesilapan atau terkasar bahasa.

Saya insan biasa, yang sentiasa mahukan satu perubahan ke arah kebaikan. Jika anda punya cara, kongsikan dengan saya.

Saya akan terus mengorak langkah. Jika perlu berkorban untuk raih cinta Allah, saya akan berkorban.

Sahabat-sahabat saya, saya perlukan andan semua.

Semoga hubungan sesama manusia meningkatkan kecintaan dan hubungan kita dengan Allah.

Wednesday, September 1, 2010

Akaun FaceBook saya "deactivated"

Assalamualaikum...

Akaun Facebook saya akan "deactivated" buat sementara waktu.

Pada mulanya ia akan dipadamkan tapi atas beberapa masalah teknikal ia hanya akan "deactivated" sahaja.


Tuesday, August 31, 2010

Kamek Sayang Kitak (Saya sayang Awak)

Alhamdulillah.

Syukur ke hadrat Ilahi, sempat bersama-sama sahabat-sahabat di Program "Kamek Sayang Kitak" sempena sambutan Nuzul Quran.

Syukran Jazilan buat semua sahabat yang menjemput saya untuk bersama-sama.

Semoga terus diberi peluang dan ruang untuk terus bersama-sama memacu kecemerlangan generasi muda di Sarawak.

"Iboh jerak berprogram untuk anak muda sarawak"
Barisan pengerak
Peserta program dan fasi bersama tetamu YB Sh. Hasidah Sayeed

banner Program

Thursday, July 22, 2010

Sampai kapan aku terus begini??


Astagfirullahalazim....

Aku memohon keampunan Mu Ya Allah.

Aku berlindung dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.


Gadis itu,

Sampai bila dia harus di situ,

termenung sendirian,

dibuai ombak dunia.

Gadis itu,

Kesepian,

Hati nya sudah dicuri,

Dan tidak dikembalikan,

Pada mu Ya Rabbi,

Gadis itu memohon dalam doanya,

Ya Allah, Tuhan sekalian alam. Engkau lah pemilik hati-hati kami, Jagalah hati kami agar kami terus cintakan Mu Ya Allah.

Tenggelam dalam lautan sendirian.

Ya, gadis itu masih mahu berseorangan.

Berkhalwat dengan kekasihnya Allahurabbi.

Cinta hatinya.

Malangnya pada suatu ketika, cintanya mula diragut oleh insan yang juga makhluk pada Penciptanya.

Allah....

Allah....

Hati merintih.

Ya Allah, aku rindukan cintaMu ya Allah.

Ya Allah, aku tahu cinta itu fitrah insani, tapi aku mahukan yang suci.

Aku mahukan yang benar-benar Engkau redhai.

Allah...

Allah...

Suara hati si gadis terus bergema.

Si gadis terus mengembara, mencari cinta Ilahi.

Allah Ya Rabb...

Aku tidak mampu bertatih di dunia ini tanpa cinta Mu.

Aku juga tidak akan lahir di dunia ini tanpa cinta Mu.

Setiap cintaku ku titipkan buatMu Ya Allah.

Jangan tinggalkan aku dengan cinta dunia Ya Allah.

Gadis itu,

Hatinya sudah terusik,

Setiap detik dia memohon pada Penciptanya,

Kuatkan imannya,

Setiap perkara,

Gadis itu cuba untuk kembali pada Allah.

Gadis itu,

Umpama air terjun yang sentiasa mengalirkan airnya,

Begitulah keadaan si gadis,

Bukan dia mengeluh,

Tapi dia cuba letakkan cinta Allahnya di atas sekali,

Kadang kala dia leka di buai dunia,

Diambilnya surat cinta buat pengubat luka.

Dia rindukan kekasihnya.

Dimulakan dengan lafaz Bismillah....

Ayat-ayat cinta dibaca.

Sungguh malu pada diri,

Gadis tidak mampu mencintai Kekasihnya sebagaimana Kekasihnya mencintainya.

Di saat itu teringat Pada seorang insan agung Muhammad SAW.

Insan termulia.

Baginda malunya lebih malu daripada seorang gadis di malam pertamanya.

Akhlaknya mulia.

Ya Rasulullah,

Rindu mahu bersua tapi apakah Baginda akan kata apabila berjumpa dengan kita.

PEMILIK CINTA SELEPAS ALLAH DAN RASUL....

Sebuah buku berharga buat si gadis.

Cinta itu anugerah.

Cinta itu fitrah.

Gadis itu terus menongkah arus,

Dalam dunia yang melihat sebagai Islam sebagai dagang,

"Berilah kekuatan kepadaku Ya Allah"

seorang sahabat menasihati si gadis
"kekuatan itu tetap milik Allah..
kita diberi peluang hanya sebentar cuma untuk menikmatinya..
Allah mahu menguji sejauh mana kekuatan itu digunakan pada jalanNYA..
namun tatkala Allah menarik balik segala nikmat kekuatan itu.
usah kau gentar ya ukhtie..kerana ALLAH mahu engkau mendidik hatimu agar sabar dan ikhlas untuk kau melewati kelemahan2mu..
walhal..bila2 sahaja Allah boleh memberi balik kekuatan itu padamu..
ya ukhtie..la tahzan...innallahuma'ana..."

" Allah ingin berbicara denganmu"
"perhatikanlah surat cinta-Nya"


Adaptasi dari sebuah kisah benar: HAKIKAT HIDUP MENCARI CINTA DAN REDHA ALLAH dan penambahan puisi hadiah nukilan seorang insan : Gadis itu

kolaborasi antara puisi dan monolog dalaman

To be continue.........