Monday, August 15, 2011

JANA TAQWA KHAS EDISI RAMADHAN


Alhamdulillah...

Diberi peluang bersama sahabat-sahabat di bumi kenyalang sebelum sebahagian daripada mereka berangkat ke semenjang tanah air untuk melanjutkan pelajaran.

buat saudari Siti Raufa Sufrina, moga ukhwah kita berpanjangan selamanya. InsyaAllah.

Buat adik-adik, Adiba Zulkefli, Siti Aisyah, Izzah Hazwani, Izzah Munirah, Dyg Zainab, Dyg Asmah, NS Dahlia, Hartini Mardan, Asyiekin said, Izzati.

Semoga Allah memberkati ukhwah ini.

Semoga kita istiqamah dengan perjalanan hidup kita.

Rupanya perjalanan hidup kita sama cuma tidak serupa.

Setiap kesusahan ada pengajaran.

Setiap kemudahan ada cabarannya.

"Azam Ramadhan"

InsyaAllah, sama-sama kita perbaiki diri sementara masih ada masa.

"The man who decided to change on the 12th hours died on the 11th."

kata-kata dari CONTENGAN JALANAN buah tangan dari adinda aisyah.

Belajar Menerima.

Ya, saya perlu belajar menerima hakikat hidup. Hidup ini perlu ditempuhi dan diselesaikan.
Bukannya melarikan diri.

Sama-sama kita menerima kelebihan dan kekurangan.

InsyaAllah, mari sama-sama kita tanam semangat Iman Mahdi iaitu orang yang akan meneraju dunia dalam setiap sudut arena dunia yang kita ceburi.

InsyaAllah.

InsyaAllah.

Saya berharap akan datang kita akan berjana taqwa sambil melihat dunia.

Semoga hasrat ini terlaksana. Mungkin akan memerlukan kewangan yang agak besar tapi hakikatnya banyak perkara kita mampu pelajari dan dalam mencari cinta Allah itu adalah perlu.

Saya bercadang untuk membuat rombongan ke Acheh suatu masa nanti bersama-sama sahabat-sahabat.

Menziarah rumah kedua insan yang kita sanjungi Habib Muhammad Alawi AlAttas, pengasas Madrasah Alkhairat. InsyaAllah.


Semoga Allah memberkati kita, mengampunkan dosa-dosa kita, menjaga iman kita, memelihara kita dalam setiap keadaan.

Semoga Allah memakbulkan doa-doa kita. insyaAllah Aminn.

Hakikat mencari: kita perlu untuk keluar dari kelompok kita yang berada di zon selesa. Apa salahnya sekali sekali kita mengembara keluar untuk melihat dunia.

Friday, August 12, 2011

MENGORAK LANGKAH KE ARAH KEDEWASAAN

DEWASA....

saya sudah di usia dewasa.

Dewasa dari segi fizikal barangkali. Namun emosinya masih keanak-anakan. Tidak mampu menaakul permasalahan lantas menjunam ke arah kecelakaan.

"aku sudah besar la"

Ayat yang sering kali terlintas di minda bila ada orang menegur kesilapan kita.

"sukati aku la nak buat apa"

merasakan bahawa hidup ini dia yang punya sedangkan hakikatnya setiap perkara memberikan kesan kepada semua orang yang ada disekelilingnya.

Apabila sudah "dewasa" maka permasalahan dia juga permasalahan "dewasa"

Semakin hari semakin mencengkam jiwa sehingga merasakan diri ini tidak layak berada di dunia. Setiap masa merasakan bahawa dunianya tersepit dan tersekat. Tiada matlamat untuk dicapai..

Setiap hari berlaku "PEPERANGAN" dalam diri.

Antara IMAN

CINTA

NAFSU

HARTA

dan sebagainya.

lalu bagaimana kita menghadapi dunia yang dikatakan "DEWASA' ini..

~~~~mari mencari solusi~~~

Thursday, August 11, 2011

SAYA MAHU MENGAKTIFKAN DIRI SAYA KEMBALI...Assalamualaikum semua (^_^)

InsyaAllah...
Blog ini akan diaktifkan semula...

Mencari semangat meneroka alam...

InsyaAllah nanti kita bertemu kembali di "post" yang seterusnya...

SALAM RAMADHAN KAREEM....

Template aru saya, 4 ekor anak ayam yang comel hehe

Wednesday, April 6, 2011

Menjemput "si dia"

Alhamdulillah...Jumaat ni akan menjemput "si dia" untuk menemani saya ke sekolah...

InsyaAllah...saya akan berhijrah ke suatu tempat tidak lama lagi..doakan sahabat-sahabat......

Bumi anbiya menjadi angan-angan.....Allahu

Monday, April 4, 2011

ASSALAMUALAIKUM...lama saya menyepi

Bismillahirahmanirahim.

Lama saya menyepi.

Bukan sebab "busy".

Tapi bimbang kata-kata menyakiti hati.

Alhamdulillah. Sudah masuk bulan ke lima sebagai GURU. InsyaAllah, akan terus mengorak langkah mendidik anak bangsa.

Alhamdulillah. Allah masih sayang saya. Saya masih diberikan peluang untuk bertaubat.

Pintu taubat sentiasa terbuka. sehingga matahari terbit dari barat, roh menunggu masa untuk meninggalkan jasad.

Allahurabbi.

Sejak kebelakangan ini Allah selalu berikan peringatan kepada saya.

Masih cuba meraih cinta Allah.

Walau terpaksa mendaki, walau terpaksa merangkak sekalipun.

Saya mesti cuba.

Ya Allah, semoga pengakhiran kami adalah Husnul Khatimah. Kesudahan yang baik. Kesudahan yang menjanjikan syurga dari Mu Ya Allah.

Saya nak berhijrah. Hijrah ke bumi anbiya.

Hijrah untuk cari cinta Allah. Saya mesti berusaha untuk itu.

Allah melihat usaha kita untuk mendekatinya.

Saya selalu berfikir, bagaimana hendak mendidik anak-anak murid saya. Saya sayang mereka dan saya mahukan mereka ke syurga bersama saya.

Tapi saya kena pastikan Allah sediakan syurga buat saya. Saya kena tunjukan yang terbaik buat mereka.

Allah.

Allah.

Allah.

semoga kami istiqamah di jalan-Mu Ya Allah.

Saya doakan kita semua diberi kekuatan untuk mengharungi semua cabaran dalam kehidupan ini. Jangan didoakan diringankan ujian, kerana setiap ujian itu, ada hikmahnya tersendiri.

Saya punya hati. Saya punya perasaan.

Hati saya selalu menangis....

Berhujankan airmata....

Hujan rintis.

Hujan panas.

Hujan angin.

Hujan lebat.

Semua sudah berlalu.

Saya nak lalui dunia ni penuh dengan cinta kepada Allah.

Saya nak serahkan semua cinta saya kepada Allah.

Saya kena usahakan walau badai melanda.

Saya bersyukur sebab Allah datangkan pelbagai ujian, dan ujian-ujian ini membuatkan hati saya tidak terpaut kepada dunia.

Allah. Ya Rabb....

Saya tahu saya tidak sempurna di mata mereka. Cukuplah Allah menerima saya.

Saya tahu mereka bencikan saya, tapi saya tetap sayangkan mereka.

Saya terus berdoa, agar Allah kirimkan kepada saya sahabat-sahabat yang mendekatkan saya kepada Allah.

Saya mahukan jiwa yang sentiasa hidup dengan JIHAD FISABILILLAH.

Sekarang saya dah mula cuba untuk menyayangi anak-anak saya. walaupun mereka bukan seagama dengan saya. saya tetap sayang mereka. Mereka buah hati saya.

Semoga suatu hari kelak, terdetik di hati mereka memilih ISLAM sebagai cara hidup mereka.

Sungguh, berada di sekeliling mereka membuatkan saya merasakan bahawa betapa bertuahnya saya menjadi seorang Muslim.

Hidayah itu milik Allah. Kita sampaikan apa yang kita mampu. InsyaAllah. Allah bantu kita.

Monday, December 27, 2010

Teguran dari ALLAH bermakna Allah sayangkan kita

Allah sayangkan hamba-hambaNya lantaran itu Allah tegur di kala hambaNya melakukan kesilapan agar hambaNya terlepas dari seksaan neraka.


Allah sayangkan hamba-hambaNya oleh itu Allah ciptakan masalah agar hambaNya berusaha menyelesaikan dan berpuashati dengan hasilnya.


Allah sayangkan hamba-hambaNya jadi Allah ciptakan kesusahan dan kepayahan agar manusia kembali mengingatinya dan memohon pertolongan dari Allah.


Sungguh manusia ini hanya hamba.


Hidup ini adalah milik Allah semata dan dipinjamkan kepada kita.


Hidup ini adalah persediaan ke tempat transit seterusnya.


Mari kita "hidupkan" HIDUP kita untuk menyediakan bekal yang secukupnya ke alam seterusnya