Wednesday, February 8, 2012

Aku Hanya Insan Biasa

Realitinya.
Bukan takut mencuba, tapi aku serba tiada.

Ada yang lebih layak, punya harta dan kerjaya,
hidup lebih terjamin, mampu buatmu bahagia.

Kau kata cukuplah yang beragama,
sayangnya agamaku juga di aras biasa.

Jika kau mahukan dengan kadar segera,
maaf, bukan aku orangnya.

Tak suka kau menunggu lama,
Bimbang akhirnya kau kecewa.

Bukan tidak usaha.
Cuma belum berjaya.

Tuesday, February 7, 2012

sunyi dalam keramaian

SUNYI

SEPI

SENYAP

Dalam satu keadaan, di sekeliling kita adalah sahabat.

Ramai.

Riuh rendah dengan gelak ketawa dan bercerita.

Kita juga ada di sana.

Namun kita merasa SUNYI.

Kesunyian yang teramat.

Jiwa seolah kerinduan tapi pada siapa.

Jiwa kekosongan entah mengapa.

Acap kali rintis-rintis membasahi jendela.

Turun ke pipi, akhirnya membasahi riba.

Berlegar di kepala, apa aku tidak layak di sini bersama kamu?

Kamu warga penghuni syurga, aku bagaimana? Tidak sanggup menghadapi neraka-Nya namun tidak layak ke syurga-Nya.

Ingin menapak sendirian, menumpang kasih Ilahi.

Namun masih tidak ketemu mana titik ikatan hati.

Kian waktu dicari, makin jauh ia pergi.

Mengundur diri buat seketika untuk memujuk hati.

bercinta dengan kekasih nan abadi.

Jua buat cinta ku yang hanya bersemadi di kotak putih.

Mahu menatap mereka semua kembali seperti dulu.

Rindu pada zaman "satu hari satu buku"

Mungkin kita akan bertemu lain kali.

Buat terakhir kali.

Maaf semua sekali.

Andai ada tersalah kata dan bicara.


Rutin hidup yang perlu sentiasa berubah

Tiap detik umur kita meningkat bermakna rutin harian juga peru berubah.

Rutin perlu sentiasa berubah mengikut keadaan.

Dengan sedikit rasa kelesuan, tahun 2012 saya dilalui dengan lesu.

Terasa badan semakin merangkak ke usia senja kerana lebih cepat kepenatan berbanding sebelumnya.

Kelesuan badan terasa bila jam 10.00 atau 11.00 malam baru menjengah rumah. kadang-kadang selewat 12.00

Ada perasan, rasa mahu tinggalkan rutin itu, tapi bila itu berlaku, jiwa rasa sengsara dan tercari-cari sesuatu.

Jika itu berlaku, malamnya otak ligat mencari apa yang mahu dilakukan esok, jika tidak hari berlalu begitu sahaja.

Saat ini merasakan beberapa kerja yang belum sempat diselesaikan.

Bertambah dengan tugasan baru yang tidak pernah selesai.

Ada beberapa kelas yang masih bertangguh.

.....graf kehidupan tengah dilakarkan....

~kembali kepada Allah, bermohon dengan sepenuh hati agar setiap urusan sentiasa dibawah naungan Allah~

Tuesday, January 31, 2012

Jaulah bersama sahabat~~biarlah gambar yang bercerita

Gambar-gambar dibawah perlu dilihat dari bawah ke atas...itu kronologi yang sepatutnya. Untuk mengubah ambil masa, jadi saya biarkan sahaja.

Ini Coretan dari seorang sahabat.

Alhamdulillah, berpeluang berguru dengan Sheikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al-Maliki


Ini kenangan bersama akhwat-akhwat merangkap pelajar Yayasan SOFA dan sebahagian mereka adalah sahabat saya sendiri yang sudah beberapa ketika tidak bersua muka. Alhamdulillah, dijodohkan berjumpa di sini, Ukhti Amirah Suhadat, Laila, Siti Rahmah dan Nani.

Di Sarawak sendiri, ada beberapa pertemuan yang Allah rencanakan buat kami secara kebetulan. Ukhti Laila selalu bertembung di klinik, MPH Spring. Dan ukhti Nani di Jalan India Street dan akhirnya semua berkumpul disini.

Ini Semasa berada di dalam DaQWaH. Darul Quran wa Hadith. Tausiyah rohani daripada Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaludin Al Maliki


Adik-adik cilik yang belajar di DaQWaH. Sejuk melihat mereka berpakaian serba putih dan berkopiah. malahan hari-hari mereka dihidangkan makanan rohani yang sihat. Hafalan Quran dan Hadith, semoga Zuriat kita adalah salah seorang daripada mereka.

Azam saya, anak lelaki saya pakai pakaian serba putih setiap hari kebesaran Islam. InsyaAllah


Big Apple Donut mengisi kekosongan fizikal semasa bersama ukhti uqu dan Adiba

Kuching, dihadapan Tun Jugah. Menyulam ukhwah ^_^

Ukhti Uqu dan Adiba khusyuk semasa memberi pengisian.

Ini sebahagian pelajar di Madrasah Al Khairat. Lokasi di Madrasah Al-Khairat Kuching Srawak, No 70 , Jalan Champaka, Kpg Pinang Jawa (Gita), 93050, Kuching

Madrasah ini diasaskan oleh Ustaz Syed Mohamad bin Alwi Al Attas (Habib Mohamad)

Usai pulang dari Pasar Malam satok bersama "schoolmate".

Bulatan gembira untuk menemani uhti Uqu bersama adik-adik

Inilah Ukhti Uqu. Sibuk memanjang dengan Hpnya, banyak urusan perlu dibereskan. InsyaAllah, Allah bersamamu.

Pertemuan buat kali pertama dengan ukhti Surianah. Juga di masjid Jamek dalam bulatan gembira.


Murah sahaja, hanya RM 0.50 sahaja. InsyaAllah, nanti sampai Sarawak boleh la naik.

Seminggu yang bermakna ^_^

Alhamdulillah.

Seminggu cuti Sekolah sempena CNY diisi dengan padat.

Bermula dengan bulatan gembira di malam jumaat "Usrah Umun PERKEPIS" diikuti jalinan silaturahim bersama mak Aisyah ^_^.

Keesokannya diteruskan dengan Jaulah bersama ukhti UQU.

Dari satu bulatan ke satu bulatan.

Dan saya gembira.

Terus Ziarah sahabat yang sudah 2 tahun tidak bersua.

Perjalanan diteruskan lagi dengan Kembara Remaja Wawasan dari Sukma Ria ke Pasir Pandak.

Esoknya ke teratak Habib Muhammad bin Alawi Al Attas bersama ukhti UQU dan ADIBA.

"recharge energy" seketika.

Majlis Ratib di rumah Habib Muhammad bin Alawi Al Attas.

Perjalanan diteruskan ke taman syurga bersama ukhti Siti Raufa Sufrina dan Nur Hartini.

Berakhir semalam dengan mesej daripada Kak Ros, (orang cari saya di sekolah :) )

Alhamdulillah.

Perjalanan bermakna.

Dan Semalam 30 Januari - 1 Februari 2012, buah hati saya gigih berusaha dan menabur jasa di Program Perkampungan Menara Gading Sarawak 2012 bertempat di UNIMAS, Samarahan.

Alhamdulillah.

Dalam nikmat ada ujian juga.

Seperti yang saya ajar kepada murid saya, Mikroorganisma pun ada yang baik dan jahat.

hidup kita ada nikmat dan ujian tapi kedua-duanya ada Hikmah tersendiri yang Allah telah tentukan untuk kita.

Diakhirnya, saya bahagia. Syukur kerana saya seorang ISLAM dan meletakkan keyakinan kepada kalimah TAUHID.

Tiada Tuhan disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah.

Mari sama-sama berselawat kepada nabi junjungan Nabi Muhammad saw.


Mari menyambut hari kelahiran Manusia teragung dengan berselawat dan maulid.

Duhai anak...

Duduk di tepi dinding.

Kepala ditundukkan.

Terasa ada cecair mengalir di pipi lembutnya.

Wahai anak, mengapa kau bersedih?

Duhai anak, mengapa sendirian?

Pandangan kosong.

Tiada gelak ketawa disekeliling.

Putaran ligat kipas didengari dengan jelas.

Badan direbahkan ke lantai.

Sejuk tidak berlapik.

Dia kesunyian.

Menagih kasih sayang daripada bonda yang sudah tiada.

Di kejauhan dia melihat rakan sebaya memakai seragam putih.

Dengan kopiah di kepala, beriringan bersama sahabat menuju ke rumah Allah.

Majlid Maulid akan dimulakan sebentar lagi.

Dia memandang pakaiannya yang lusuh.

Air mata berlinangan.

Jauh disudut hatinya mahu bersama "anak-anak berjubah putih" itu.

Di usia mudanya, dia tidak mendapat didikan yang sempurna namun dia akui, jiwanya tersentuh bila mendengar bacaaan Alquran yang merdu dialukan di masjid itu.

Hatinya sayu dan rindu mendengar qasidah memuji kekasih Allah, Rasulullah saw.

Ya Rasulullah, kami rindu padamu.

Wahai Kekasih Allah, kami mohon syafaatmu.

Suatu pagi yang hening, saat riuh gemersik sang burung memuji Allah, dia berdiri di luar masjid.

Memasang telinga mendengar alunan qasidah.

Air matanya menitis apabila dibacakan kisah hidup Rasulullah saw.

Rindunya kepada kekasih Allah. Tekad di hatinya, dia mahu menjadi hamba yang taat kepada Allah dan Kekasih Allah. Nabi Muhammad saw.