Wednesday, May 16, 2012

Bina Hidup sendiri. Sempena Hari Guru 2012

Alhamdulillah.

Hari guru tahun ini saya hadiahkan diri saya sebuah kehidupan baru.

Bina hidup sendiri.

Have my own house.

Buy "something" for myself.

Selamat hari guru semua guru yang ada di luar sana.

^_^

Monday, May 14, 2012

Terima kasih. Alhamdulillah. Aturan Allah sangat cantik

Hari-hari untuk kami bercinta. Bengkel anti-virus akidah

Senyum lebar ^__^

Tok gambar PGK ^__^


Sik ada apa-apa nk di padah. Biar gambar bercerita

Tidak memandang dan tidak dipandang

Friday, May 11, 2012

PERKEPIS...have u ever heard about this

PERKEPIS

stand for Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak.

I love PERKEPIS very much since the first day i met them at UIA Nilai. I never know them before, just sms via hp and blog, we met at KL Sentral. My first usrah with them.

Today, there a lots of thing i do not know.
Seem like something worst happen.

Friday, May 4, 2012

Hikmah dan kasih sayang Allah.

Alhamdulillah.

Syukur.

Nikmat Allah dan Allah pujuk saya.

Terasa segan dan malu kerana Allah Maha Penyayang.

Buat saya ingin terus dekat pada-Nya dan berpegang terus pada tali-Nya.

Dulu pernah diduga sehingga ....ntah, sukar dicerita.
Tika itu, air mata peneman saya.
Meruntun hati.

Menguji jiwa yang lara.
Buat saya tertanya-tanya.

Solehah.

Iya mungkin itu yang dicita tapi usahanya jauh dari matlamat.

Solehah satu proses berterusan dan dalam mencapainya, berbagai mehnah dan ujian dilalui. Semua mahukannya. Dan Allah tunjukkan jalan ke arahnya kepada saya.

Seperkara lagi, mari menjadi hamba dan manusia yang bermanfaat dalam apa sahaja bidang yang kita usahakan.

Ayuh. Terus melangkah. Capai cita. Gapai cinta Ilahi.

Esok sama-sama kita ke Taman syurga di Masjid At Taqwa Kpg Gita, Matang.
Mahu ketemu sama teman-teman.
Allah berikan hadiah tidak ternilai harganya.
Diberi kekuatan untuk bangkit. Walau sudah jatuh berkali-kali.
Jangan putus asa.
Mahu cari redha.

Pegangan saya:

1. Jika dulu kita sanggup buat apa sahaja untuk puaskan nafsu kita, Jadi sekarang kita buat apa sahaja untuk gapai cinta Allah dan redha-Nya.

2. Jika syaitan tidak pernah putus asa membawa kita kepada neraka, Kenapa kita putus asa untuk ke syurga.

La Tahzan Innallaha wa maana. ^_^ saya nak senyum lagi.

Sunday, April 29, 2012

Mereka yang ku cintai.

Alhamdulillah.

Dalam kepedihan dan kesedihan.

Allah hidangkan sesuatu yang membahagiakan.

Benar, kita lebih akan lebih dekat dengan Allah bila diuji dengan kesusahan. Jika diuji dengan kesenangan belum tentu kita akan mendekati Allah. anda setuju?

Pasti ramai yang setuju, tapi dalam Sirah Islam, ramai pembesar-pembesar yang kaya, tapi hatinya pada agama jadi mereka membantu dari segi kewangan dan harta benda mereka untuk Islam.

Berikut program-program yang sempat dihadiri, terlalu banyak nikmat yang Allah berikan.

Biarlah gambar yang bercerita.. ^_^


Habib Ali Zainal Abidin Bin Abdul rahman Al Jufri


Indahnya senyuman Ahlul bait Rasulullah saw

Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid


Dato' Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al-Maliki (pengasas Yayasan Assofa)










Gambar di atas guru saya, Habib Syed Muhammad bin Alawi Al Attas. Cukup senang dengan peribadinya,  membahagiakan orang yang mengenalinya, setiap kata-kata yang keluar dari bicaranya adalah nasihat buat kami semua.     

Satu perjalanan dan pengembaraan yang membahagiakan.

Setiap gambar menceritakan banyak perkara...

Saya bahagia begini.

Saya bahagia kenal dengan insan-insan ini.

Susuk mereka cukup menunjukkan kecintaan mereka kepada Rasulullah saw.

Peribadi dan penampilan mereka membahagiakan.

Melihat wajah mereka membuatkan rasa rindu pada Rasulullah Saw. 

Ada banyak lagi yang membahagiakan, terutama Sahabat Hikayat Bunga yang bersama-sama dalam jaulah ini. Saya ketagihkan semua ini. rindu dengan tautan Mahabbah membuatkan saya ingin keluar dan mengejar majlis ilmu walau di mana ia diadakan.



Saratok berselawat... ^_^

Alhamdulillah. Masih punya hati.



Masih punya iman.

masih punya Islam.

Terbayang-bayang wajah Sheikh Nurruddin Al Banjari. Walau sudah bertahun berlalu, kira-kira 2008 atau 2009 saya hadir ke majlis ilmu beliau. Suaranya juga masih terngiang-ngiang.

Banyak yang berlaku kebelakangan ini.

Buat hati ini sentiasa menangis.

Syukur Allah sediakan sahabat yang cukup memahami.

Membawa hati kepada Cinta kepada Ilahi dan kekasih agung.

Muhammad Saw.

Siapa tidak kenal Baginda adalah orang paling rugi.

Mengenangkan dirinya sahaja buat kita bahagia.

Mengenangkan kisah akhlaknya buat kita berlembut hati.

Mengenangkan peribadinya buat kita rendah diri.

Tinggi akhlaknya santun pekertinya terlalu sempurna. Tidak mampu kita tandingi tetapi mampu kita ikuti dan jadikan contoh.

Saya masih mahu terbang dari sini. terbang mencari cahaya yang hakiki.

Berlari dan tidak akan berhenti.

Bercinta sampai mati untuk bertemu Ilahi.

Ya Allah, jangan Engkau tinggalkan kami sendirian dalam menguruskan kehidupan kami.

♥ Allahumma Sholli 'ala Sayyidina Muhammad ♥