Saturday, September 6, 2008

Diciptakan HAWA untuk ADAM

Diciptakan HAWA untuk menemani ADAM di syurga…diperindahkan ciptaan agar Adam selesa dengannya…
Diperlunakan suara agar adam tenang di sampingnya..

Maka dengan itu sedarlah wahai wanita diri mu menjadi perhatian si adam...

Yang rata-rata nya kalah dengan pujuk rayu wanita terutama di dunia yang sekular ini...mengasingkan agama dari kehidupan seharian...

Sedarilah wahai wanita andai engkau bisa menjatuhkan iman seorang adam tatkala engkau memperlihatkan kecantikan dan keindahan ciptaanmu..
Sedarlah bahawa. Tangan yang menghayun buaian ini bisa menjatuhkan sebuah kerajaan sekelip mata...

Sejarah sudah membuktikan...

Di mana jatuhnya sebuah tamadun disebabkan oleh wanita2 yang menjadi senjata sang iblis seperti mana di memperlakukan hawa untuk mengoda adam sehingga mereka di keluarkan dari syurga...

Terjadinya pembunuhan pertama dimuka bumi juga disebabkan oleh perebutan antara dua insan yang bernama adam untuk menawan hati seorang hawa...
Cukup jelas wahai wanita...

Dirimu menjadi buruan lelaki2 yang mahu melampiaskan hawa nafsu mereka..

Yang mula mengalihkan cinta yang sepatutnya menjadi hak mutlak SANG PENCIPTA kepada anugerah2 yang- DIA berikan aitu wanita,...
Andai hari ini seorang lelaki datang kepadamu..

Katakanlah...tiada ikatan antara kita melainkan NIKAH iaitu hubungan yang sah antara dua insan yang berlaina jantina...yang menghalalkan apa yang haram diantara kamu..

The only one way to get love from anjabi...NIKAH...

Malah telah disebut dalam surah AL-Isra ayat 32: “dan jangan lah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan jalan yang buruk”..

Terang nyata dan jelas pengharaman menghampiri zina...

Menghampirinya sudah dikatakan haram...
apatah lagi mahu melakukannya...

Nauzubillah...
jauhkan aku dari mungkar tersebut kerna aku tidak mampu menerima azab mu di akhirat kelak...

Warkah usang buat sang pejuang…

Warkah usang buat sang pejuang…

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang..

Assalamualaikum pemula biacara, agar kau sentiasa dalam keadaan sejahtera hendaknya dan dalam lembayung rahmat ALLAH....

Tentu kau hairan bukan mengapa tiba-tiba sahaja warkah usang ini dilayangkan kepada kau. Aku pun tidak tahu mengapa hati ini meronta-ronta untuk meneruskan tarian tintaku agar warkah ini dapat disiapkan. Mungkin di saat ini aku dapat rasakan ada satu persamaan antara kita iaitu ”perjuangan”. Tentu kau faham erti perjuangan itu bukan. Iaitu amar makruf nahi mungkar. Melaksanakan kebaikan dan menegah kemungkaran. Aku juga tahu kau salah seorang daripada pejuang yang ingin agama Islam itu dimartabatkan dan disanjungi di seantero dunia.

Kehadiran aku ini hanya sekadar pengemis jalanan atau gagak hitam berbekalkan secebis sisa iman dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran. Aku jua masih mencari dimana itu cahaya. Firman ALLAH swt dalam surah Al-’Asr ayat 1-3 yang bermaksud ”demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman danmengerjakan kebajikan serta menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.”

Berdasarkan firman tersebut ku kira ini adalah nasihat dari seorang sahabat kerna kita hanya manusia biasa yang acapkali lupa dan alpa dalam permainan dunia yang hnya menjanjikan kebahagiaan sementara. Apabila aku lupa kau mengingatkan aku, dan seandainya engkau alpa aku berada dibelakang kau untuk menjadi pembantu.

Kau membantah peletakan jawatanku tempoh hari dan Kau menyuruhku meneliti firman ALLAH dalam surah Al-Maidah ayat 57 yang bermaksud ’ Wahai orang-orang beriman! Janganlah menjadikan pemimpinmu orang-orang yag menbuat agamamu jadi bahan ejekan atau permainan....”. Ku punya alasan yang mereka-mereka itu tidak paham. Mengapa perlu melantik seekor gagak hitam sedangkan kewujudan merpati putih itu diketepikan. Kerna ku tahu ada seorang yang lebih layak dari ku untuk berada ditempat tersebut. Namun kau juga perlu tahu, walau aku tiada di situ, aku masih bersam-sama kamu kerana perjuangan ini akan diteruskan jua.

Aku hanya manusia biasa yang bisa tersungkur di medan perjuangan lantaran keasyikan duniawi yang amat mencabar kewibawaan dan iman kita.

Di sini aku mahu kita sama-sama renung beberapa firman ALLAH. Ku kira kau punya pendapat sendiri mengenainya. Cukupla kali ini kiranya aku hanya menyatakan firman tersebut sehingga satu masa kau akan lebih memahami apa yang aku maksudkan. Sekadar satu renungan dan pedoman buat kita.

Surah AL-Isra ayat 32 yang bermaksud ” dan jangan lah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk”

Surah Al-Baqarah ayat 42 yang bermaksud ” dan jangan lah kamu mencampuradukan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu sedangkan kamu mengetahui”

Surah Al-Baqarah ayat 44 yang bermaksud ”mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaikan sedang kamu melupakan diri (kewajiapan) mu sendiri, padahal kamu membaca Al-kitab (taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?

Ini hanya sebagai perkongsian. Ku harap tiada dengki atau amarah kerna tujuan ku ialah untuk kita sama2 menasihati dan mengingati satu sama lain kepada kebaikan. Dan aku tidak mahu kehilangan pejuang-pejuang sepertimu.

”Aku tidak pernah membenci sesiapa tapi aku benci pada mungkar itu lantas mereka2 itu menjadi kebenciaku kerna kemungkarannya.”


Kem Mahasiswa Cergas

tarikh: 5,6,7 Ramadan 1429H bersamaan 5,6,7 Spetember 2008

tempat: KAB & KZ

tema: Menjana Generasi Intelektual Beriman

slot 1: ceramah "Islam sebagai ADDIn" dari ustaz Anhar Opir

Friday, September 5, 2008

Bismillahirahmanirahim pembuka bicara

Di sini tarian jemari di keyboard usang bermula..
dengan harapan tarian ini mampu menyampaikan risalah kebenaran dari YANG ESA..
doaku moga perjalanan dalam perjuangan ini diteruskan walau badai melanda
walau jiwa harus ku korbankan...
jika ia kerana AGAMA ISLAM...
langkah itu tidak sesekali terhenti kecuali dengan kehendak ILAHI...

Moga segala ilmu yang ditimba dapt dikongsikan bersama..

p/s blog ini agak lewat untuk "update" lantaran idea hanya di minda..tidak mampu dikeluarkan dengan kata2...:)