Tuesday, October 6, 2009

MPP UPSI:Isu Penempatan Ke Sekolah 2010

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Pertama-tamanya saya mohon maaf untuk semua mahasiswa/i UPSI yang menunggu-nunggu hasil respon perbincangan saya dengan beberapa pihak. Besar sebenarnya isu yang kita hadapi. Bukan isu yang melibatkan seorang dua, tetapi melibatkan kita semua. Apabila berita daripada upsikini telah menyiarkan kenyataan TNCA sebenarnya pada pukul 8.45 pagi 5hb oktober 2009,pihak saya biro akademik dan kerjaya mpp 08/09 telah membuat temu janji dengan Prof Zakaria dalam mendapatkan respon beliau berkenaan dengan isu tersebut dan juga saya telah menghubungi bahagian pengurusan sumber di Kementerian Pelajaran Malaysia.

1) Respon dari TNCA

Sebenarnya, Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah kemungkinan besar akan mengalami kelewatan untuk dipostingkan dan bukannya mengalami pembekuan. Kelewatan tersebut tidak dapat dinyatakan jangkamasanya mungkin juga mengambil masa yang agak lama dari kebiasaanya dan mahasiswa/i diminta bersedia dengan kelewatan yang berlaku juga mungkin mengambil masa berbulan.
Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam ‘Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia’ anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa pada 3hb Oktober 2009.

Sebenarnya saya juga hadir dalam simposium tersebut namun tidak mengikuti ucapan perasmian tetapi hanya ketika perbentangan satu kertas kerja sahaja yang berjaya diikuti disebabkan saya punya midterm sebelumnya.

Mengulas lagi isu ini, Prof mengulas, keadaan ini berlaku disebabkan keadaan ekonomi negara yang kurang stabil dan kerajaan tidak dapat memberi jaminan untuk memastikan semua graduan lepasan pendidikan akan dipostingkan tepat pada masanya dan perkara ini tidak hanya berlaku di UPSI namun juga IPG-IPG, DPLI dan semua fakulti-fakulti pendidikan di seluruh IPTA dan IPTS.

Tambah beliau lagi, keadaan lewat posting ini perlu semua mahasiswa/i UPSI ketahui dan bersiap sedia biarpun ada dikalangan mahasiswa/i adalah penerima biasiswa dan juga sebahagiannya merupakan peminjam PTPTN. Beliau juga menasihatkan mahasiswa/i mengambil langkah berjimat cermat melalui sekarang kerana kemungkinan besar bajet universiti akan dikurangkan disetiap bahagian 10-20%.

Menyentuh inisiatif yang dilakukan di peringkat UPSI, universiti akan membuka kos yang bukan hanya melibatkan pendidikan bagi memberi peluang yang lebih luas kepada pelajar untuk bukan hanya mendapatkan pekerjaan bukan sahaja sebagai guru namun mampu untuk ditempatkan dalam prospek lain. Sebagai contoh kita dapat lihat, ijazah sarjana muda bahasa arab dengan pendidikan, ijazah sarjana muda pengajian malaysia. Mahasiswa/i juga dinasihatkan supaya merancang lebih awal dan bijak mencari peluang pekerjaan yang lain bagi menghadapi isu kelewatan posting ini.

2) Respon dari pegawai KPM, En Saufi Ketua Penolong Setiausaha Unit Perkhidmatan Guru (1), Bahagian Sumber Manusia

Saya mengambil inisiatif untuk berhubung terus dengan pegawai KPM yang terlibat dengan urusan posting ini.

Isu lewat posting sememangnya akan berlaku pada tahun hadapan. Kerajaan setakat ini akan mengambil guru mengikut unjuran-unjuran sebenar kekosongan guru di seluruh sekolah di malaysia. Berikutan dengan itu, mahasiswa/i dalam bidang pendidikan tidak akan dijamin dipostingkan dalam masa terdekat sebaik sahaja mereka graduat. Kelewatan untuk posting juga dikatakan berikutan perubahan sistem 2 kali penempatan ke sekolah berbanding 4 kali penempatan sebelumnya. Kemungkinan masa yang diambil untuk mahasiswa/i dipostingkan adalah lebih lama dari kebiasaan kesan daripada perubahan sistem ini.

Mengulas mengenai isu posting, mengenai interview yang dilakukan kepada lepasan UPSI yang baru sahaja bergraduat bulan lapan yang lepas, ramai dikalangan mereka gagal dalam ujian INSAK . Seramai lebih kurang 400 orang gagal ujian insak dan 20%-30% dari UPSI. Hal ini kemungkinan dilihat kurang bersedia apabila menghadapi interview samaada dari segi mental dan fizikalnya dan juga masih lagi kurang dalam kemahiran berkomunikasi terutamanya. Keadaan ini sememangnya serius dan perlu diambil kira oleh kita semua yang bakal bergraduat kelak.

Bagi pelajar DPLI, mereka tidak perlu lagi untuk interview apabila tamat pengajian kelak berikutan telah diinterview sebelum pengambilannya. Beliau juga bersedia untuk bertemu dengan mahasiswa/i tahun akhir terutamanya dalam memberi penerangan terus berkenaan dengan isu penempatan dan kretiria dalam interview.

Saya menyeru kepada mahasiswa/i UPSI supaya bertenang dan bersabar, kerana sememangnya isu ini bukannya isu kita tidak dapat posting cuma isu kita lambat posting. Apa-apapun saya akan maklumkan perkembangannya dari semasa ke semasa.

‘Transform with knowledge’

Mahasiswa Kebajikan

NUR AQILAH HANIS BT MOHD YUSOFF

Exco Akademik & Kerjaya MPP UPSI 08/09

Monday, October 5, 2009

buat peminat kek lapis kini anda boleh mendapatkan kek lapis jauh lebih murah dari dulu. sila klik tajuk ini

Assalamualaikum wbt..

Anda boleh ke blog http://keklapisandmore.blogspot.com/

saya tak dapat apa2 komisen dari promosi ini cuma nak pomosi kek lapis sarawak sahaja..lets enjoy the pictures. Kalau terliur tu, ha boleh la tempah bermula dari 12 Oktober 2009.

Sekian sahaja :D

tak sangka, aku dah 22 tahun 2 hari

Assalamualaikum wbt..

3 Oktober lepas adalah hari jadi saya yang ke 22.

5 Okt- Afis

8 Okt- Ayah saya

15 okt - kawan saya

17 okt- kawan saya

30 okt- anak sedara saya (wafiyuddin)

6 nov- anak sedara saya (syahida) dan en fakru

19 nov- mak saya

21 nov- 1) abg ipar saya 2) kawan saya 3) zamri

24 nov- kakak saya

30 nov - anak sedara saya (nurfaizah)

dan seterusnya....


Dah 22 tahun rupanya saya, tapi saya masih rasa saya anak mak yang perlukan mak sentiasa. Nak masak kena ada mak, kat rumah kena ada mak, sampai je rumah mak mesti ada kat rumah kalau tak da saya akan cari kat mana dia.

Tahun ni saya dapat hadiah yang special dari kedua-dua famili saya. Ini rahsia kerajaan tapi saya akan umumkan saat tiba masanya nanti.

InsyaAllah tahun depan dapat hadiah hari jadi yang lebih istimewa dari famili saya. Dan saya juga nak hadiahkan sesuatu untuk mereka. Jadi kita tunggu lah tahun depan ye.

15 maut akibat Taufan Parma

sumber dari KOSMO

15 maut akibat Taufan Parma


SEORANG anggota polis melihat sebatang pokok ditiup angin kencang akibat Taufan Parma di Cagayan, utara Manila kelmarin.


MANILA - Sebahagian besar utara Filipina dilanda banjir dan terputus bekalan elektrik semalam selepas Taufan Parma membunuh sekurang-kurangnya 15 orang di negara itu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa merasa lega kerana taufan itu tidak sekuat seperti yang dibimbangi mereka.

Genap seminggu selepas hujan paling lebat dalam tempoh lebih empat dekad mencetuskan kemusnahan di Manila selain membunuh hampir 300 orang, Taufan Parma mula melanda Pulau Luzon di utara Filipina kelmarin.

Banyak kawasan di pulau itu terpaksa bergelap tanpa sistem komunikasi semalam ketika Parma meninggalkan Filipina dan bergerak ke Laut China Selatan.

Taufan itu menyebabkan sejumlah jalan raya di negara itu ditenggelami air atau dihalang oleh pokok-pokok yang tumbang.

Namun, Biro Kaji Cuaca Filipina memberi amaran bahawa bencana masih belum berakhir kerana Taufan Melor yang berada kira-kira 2,000 kilometer ke timur Lautan Pasifik diramal akan menolak Parma kembali ke negara itu. - AFP

Sunday, October 4, 2009

CARE USM:Tsunami di Kepulauan Apia Negara Samoa

Tsunami di Kepulauan Apia Negara Samoa


Masih belum reda dengan bencana yang menimpa kepulauan Acheh pada 2004, kini kita dikejutkan dengan bencana alam yang sama namun tempatnya berbeza iaitu di Samoa. iaitu salah sebuah kawasan bekas tanah jajahan Amerika Syarikat Pertama kali mendengar nama negara ini rasanya agak pelik dan pertama kali mendengar. Mungkin kerana kurangnya pembacaan. Pada 1 oct yang lalu, kawasan berkenaan mengalami gegaran bawah tanah iaitu gempa bumi yang berukuran 8.0 skala richter disusuli dengan ombak besar (tsunami) yang berukuran 7.9 sm ketinggian. Lebih 150 angka korban kini dan dijangka akan bertambah dari semasa ke semasa. Banyak harta benda dan kemusnahan berlaku akibat ombak besar yang menghempas kawasan persisir. Landskapnya turut berubah sebagaimana yang pernah berlaku di kepulauan acheh pada suatu ketika dulu.




Apia mempunyai penduduk islam lebih daripada 4 juta penganutnya. Sungguh ramai. Peristiwa tsunami yang berlaku menyebabkan mereka berasa trauma. Masih terkejut dengan apa yang berlaku. Mereka kehilangan orang tersayang sekelip mata. Harta benda dan material yang dicari selama ini lesap dan musnah begitu saja. Ada pula segolongan manusia ini mengambil kesempatan atas bencana alam sebagai pendapatan sampingan. Kerja yang mampu menjana duit selepas bencana adalah mencuri dan mengambil hak-hak orang lain yang sedang ditimpa bala. Barang kemas, duit dan sebagainya yang tertimbus dicuri oleh golongan ini. Kawasan ini suatu ketika dahulu merupakan sebuah kawasan pelancongan dan dikategorikan sebagai syurga dunia kerana persisiran pantainya cukup indah. Bangunan-bangunan serta tempat-tempat rekreasi ranap.

Tsunami terjadi apabila berlakunya pertembungan antara plat-plat benua dibawah tanah (dalam laut). Apabila berlakunya pertembungan ini, maka ia akan menyebabkan satu gegaran dasar laut yang cukup kuat atau kita menggelarkan sebagai gempa bumi dasar laut. Hasil daripada gegaran daripada dasar laut menyebabkan tekanan naik ke atas dan tekanan jatuh ke permukaan. Tekanan itu akan menuju persisir pantai dengan kelajuan yang tinggi. Sampai di persisir, ombak akan bergulung akibat tekanan yang dibawa di bawah pusat gegaran tadi. Semakin kuat gegaran skala richter maka semakin besar gulungan ombak. Ia sama dengan konsep menggoyangkan gelas yang berisi air secara perlahan-lahan. Hasilnya sama seperti ombak tsunami cuma sekadar eksperimen yang berskala kecil sahaja.

Apa saja yang berlaku serahkanlah pada Allah. Redhalah dengan apa yang terjadi. Mungkin manusia kini semakin lalai, oleh itu allah menghantarkan ujiannya yang berbentuk bencana agar manusia itu sentiasa mentarbiyah diri masing-masing. Bukan itu saja, bencana alam berlaku dimana-mana sahaja, oleh itu sentiasalah muhasabah diri. Sama-samalah kita berdoa agar segala urusan di sana dipermudahkanNya, Insyaallah..Wallahualam......

cuti sekolah 2010

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Sesi persekolahan tahun depan akan bermula pada 3 Januari bagi Kedah, Kelantan serta Terengganu, dan negeri-negeri lain pula pada hari berikutnya iaitu 4 Jan, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata cuti penggal pertama pula akan bermula dari 12 hingga 20 Mac bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu, sementara bagi negeri lain pada 13 hingga 21 Mac.

"Sementara itu cuti pertengahan tahun pula bermula dari 4 hingga 19 Jun bagi ketiga-tiga negeri itu, dan negeri lain bermula pada 5 hingga 20 Jun," katanya dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini pada Selasa.

Beliau berkata cuti penggal kedua pula akan bermula dari 3 hingga 11 Sept, dan cuti akhir tahun dari 19 November hingga 1 Jan 2011 bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Sementara bagi negeri-negeri lain, cuti penggal penggal kedua akan bermula pada 4 hingga 12 Sept, dan cuti akhir tahun dari 20 Nov hingga 2 Jan 2011," katanya.

Alimuddin berkata jumlah hari persekolahan termasuk cuti am tahun depan ialah 210 hari, manakala jumlah cuti penggal 78 hari.

-- BERNAMA