Wednesday, January 27, 2010

cikgu ohh cikgu

Alhamdulillah

Ini merupakan minggu ke2 ROS. Minggu depan 1 Feb akan bermula episod sebagai seorang guru pelatih.

InsyaAllah akan mengajar Kimia dan sains tingkatan 4. Kata salah seorang guru senior, "minggu depan peperangan akan bermula".

Haa...ni la masa berjihad kan...minggu depan aku akan berjihad. Semoga Allah permudahkan.

Yang ini kemas kini entri sebelum ini. Arwah Fadhiri telah meninggal dunia pada hari yang sama kemalangan pada jam kira-kira pukul 10 pagi macam tu.


Kat sekolah aku tak ada internet, sebab bilik komputer tengah disiapkan. Jadi aku merantau jauh untuk menggunakan internet free.

Teka la kat mana ye..hehe

Okla...buat semua sahabat yang akan berpraktikum. I wish you all the best.. Sama-sama berjuang.

"MERANCANG MASA DENGAN BERSERAH KEPADA ALLAH"

InsyaAllah kita tidak akan menyesal dengan setiap pilihan yang telah kita buat.

Monday, January 11, 2010

saya kat upsi sekarang ni. 18 Jan akan melapor diri di SMK SERI SEPANG sebagai guru pelatih

Assalamualaikum wbt.

Seperti tajuk di atas. Saya berada di UPSI untuk 2 hari ini, menyelesaikan tugasan yang tertunggak sem lepas. Tugasannya...dirahsiakan :).

Berita yang saya terima daripada sahabat saya pagi ini:

AlFATIHAH buat arwah ustaz faizol (mantan JMK lat dan pembangunan sahsiah KUO) yang kembali ke rahmatullah pg ini (10 Jan 2010), terlibat dalam kemalangan di simpang 4 kuil berhampiran UPSI pg ini. Doakan ustaz fadhiri ynag cedera dan berada di wad sekarang.

Innalillah...semoga Allah merahmati keduanya.

18 Jan ini iaitu hari Isnin, saya akan kembali ke sekolah selepas 5 tahun saya meninggalkan alam persekolahan. Tapi kali ini saya kembali bukan sebagai pelajar, tetapi sebagai Guru pelatih. Perasaan? bercampur baur. Rasa hendak menghabiskan praktikum secepat yang mungkin dan selepas itu mahu di"posting" secepat mungkin dan kemudiannya menajdi wanita berkerjaya. Tapi sebelum mendapat semua tu, pengorbanan sangatlah perlu. Belum masuk sekolah dah terasa beban tugas sebagai guru.

Ya Allah, permudahkanlah urusan ku..

Friday, January 1, 2010

Happy new year to everyone

Assalamualaikum wbt...

Selamat tahun baru buat semua.

Azam baru anda?

Azam saya, to be a great teacher. Bulan Jun ni nk cari kerja sementara tunggu keputusan "posting".

Yang terdekat azam saya nak perbaharui IMAN. "Refresh" balit IMAN yang ada.

Hari ini ada satu perjalanan. Saya harap perjalanan ini membantu saya.

Hari ini ada satu berita yang menyedihkan saya. "I'm too sensitive, i guess".

Cerita sedihnya biar saya simpan dalam hati saya.

Semoga perjalanan hari ini mengubat hati yang luka ini. InsyaAllah.

Thursday, December 31, 2009

Datanglah Wahai cinta

Duhai cinta.

Hati ini rindu padamu.

Duhai cinta.

Aku dambakanmu.

Duhai cinta.

Pimpin tanganku bersamamu.

Duhai cinta.

Aku perlukanmu.

Duhai cinta.

Bawakan aku kepada Penciptamu.

Duhai cinta.

Kembalikan aku kepada Rabbmu.

Duhai cinta.

Kembalikan cintaku kepada Rabbmu.

Duhai cinta.

Aku rindu.

Rindu pada belaianmu.

Rindu pada kasih sayangmu.

Rindu pada CINTA ILAHI.

Hati ini kosong tanpa cinta.

Hati ini sunyi tanpa rindu.

Aku mahukan cinta daripadaMu Ya ALLAH.

Aku rindu padaMu Ya ALLAH.

Kembalikan Cinta hakiki itu ke dalam hatiku.

Aku mahukannya.

Aku Dambakan cinta dan kasih sayang daripadaMu Ya ALLAH.

nukilan penulis.31 dis 09.

Thursday, December 24, 2009

GADIS IDAMAN..


Gadis itu wajahnya berona NUR IMAN,

Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN,

Maruah diri dipagari dengan KESOPANAN,

Dialah puteri indah RUPAWAN…

Tika gadis lain sibuk menghias diri,

Dia hias NUR ILAHI pada WAJAHnya…

Tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA,

Dia selesa dengan bersama CintaNYA…

Tika gadis lain sibuk bermadah pujangga,

Dia TEKUN dengan BAIT kata TUHANnya…

Tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA,

Dia tangisi KEHINAAN DIRI sebagai hamba…

Gadis itu seperti MAWAR BERDURI,

Indah di pandangan namun sukar DIPEGANG,

Mulianya kerana KETAQWAAN,

Cantiknya kerana keperibadian AKHLAK MULIA…

Kerana itulah dikatakan dia…GADIS IDAMAN

Moga kitalah gadis yang dirindui SYURGA…

Sunday, November 22, 2009

Saya balik kampung dulu..Doakan Allah tetapkan Iman dan Islam dalam diri kita

Assalamualaikum wbt...

Balik kampung......alhamdulillah


Hooreeeeeeeeyyyyyyyyyyy

hepi sangat...hehe