Friday, June 8, 2012

Semoga istiqamah dan selawat sentiasa dialunkan buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW

Photo

Bacaan Maulid Daibaie...

Dua minggu hadir ke Madrasah Al Khairat tanpa melihat Habib Muhammad ibn Alawi Al Attas.

Rindu rasanya mahu mendengar kata nasihat dan bicara daripada nya.

InsyaAllah minggu depan mahu bersua.

InsyaAllah amin.

Semoga perjalanan diredhai Allah.

Semuanya kerana Allah dan cinta Rasulullah SAW.

P/s rasa nak ziarah makan Rasulullah saw sebelum berkahwin...jumpa kekasih teragung dulu..

Thursday, June 7, 2012

Hakikat Kehidupan perlu dihadapi bukan LARI


Syukran atas ukhwah yang dihulurkan.

Syukran sudi menjadi sahabat hamba yang penuh dosa ini.
Tatkala kita dihimpit dengan dosa semalam, menangislah dan kemudian, bangkitlah dengan keringat dan kudrat yang ada untuk berbuat sebanyak-banyak kebaikan.
Allahurabbi

Terkedu dengan kekhilafan diri.

Apa bisa aku masih begini.

Sedang diri memerlukan bimbingan dan ilmu untuk terus menerusi hidup.

Tatkala perkhabaran yang menyentap hati.

Aku tiada apa-apa

Aku tidak punya siapa

hanya Allah tempat bergantung harap.

Cukuplah Allah bagiku.


Wednesday, May 23, 2012

S.A.K.I.T

TAK TERTANGGUNG RASANYA.


Mujahadah itu PAHIT
kerana syurga itu MANIS.



She is the one that i love very much

With my mum and dad during my convocation day....Alhamdulillah. Konvo Okt 2010 yang lalu.

Tuesday, May 22, 2012

Berbahagialah dengan nikmat yang Allah berikan



Nikmat kurniaan Allah. Dari kejauhan, dia setia menunggu tuannya sementaranya bersuka ria di tepi pantai.

Syukur alhamdulillah dikurniakan nikmat oleh Allah.
Punya dia bersama untuk berkejar-kejar mencari ilmu dan bekalan ke sana kelak.

Doa dia juga peneman ke taman-taman syurga dan istiqamah.

Hamba ini masih mencari dan dan terus mencari ilmu Allah yang sangat luas di bumi ini.

Hamba ini hanya orang hina dan tak punya apa-apa.

Hamba ini hanya menumpang disudut hati kalian untuk mencari taufik Allah agar istiqamah di jalan-Nya.

Hamba ini terlalu banyak silap dan dosa.

Hamba ini cuma mahukan Redha Allah selama-lama-Nya.

Hamba ini lebih suka kita bercinta di taman-taman syurga.

Hamba ini perlukan ubat untuk hatinya yang lara, punah kerana cinta dunia yang tiada penghujungnya.

Hamba ini perlukan teman ke majlis-majlis ilmu walau di mana sahaja ia diadakan.

Hamba ini penuh sisa kotor yang bisa mengelapkan hati, jadi hamba ini perlu terus mencari cahaya untuk menerangkannya.

Hamba ini hanya manusia biasa.

Tidak sehebat kalian semua.

Hamba ini punya Allah untuk segala-galanya.

Semoga ALlah bersama dalam setiap urusan kita dan setiap perkataan, perbuatan bahkan niat yang terlintas di hati kita adalah kerana Allah.

Mohon maaf atas salah dan silap.

Mohon halalkan segalanya.

Mohon kongsikan ilmu bersama.

Mohon doakan hati-hati kita sentiasa di jalan Allah.

Mohon sama-sama terus melangkah ke majlis ilmu dengan sedaya upaya kerana di situ taman-taman syurga.

saya sayang kalian semua kerana Allah. Jadi saya mahukan setiap niat, perkataan dan perlakuan kita diredhai Allah dan ANDAI RASULULLAH SAW bersama kita Baginda tersenyum melihat kita dan memberikan syafaat kepada kita.

Syukran ya akhi wa ukhti.


Semoga matahari itu terus bersinar dan menyebarkan cahaya ke serata alam ^_^




8888tidak8memandang8dan8tidak8dipandang88888

Wednesday, May 16, 2012

Bina Hidup sendiri. Sempena Hari Guru 2012

Alhamdulillah.

Hari guru tahun ini saya hadiahkan diri saya sebuah kehidupan baru.

Bina hidup sendiri.

Have my own house.

Buy "something" for myself.

Selamat hari guru semua guru yang ada di luar sana.

^_^