Thursday, October 23, 2008

Pelajar yang kurang ajar (hormatilah guru)

Pelajar yang kurang ajar (hormatilah guru)

Kita difahamkan semua pelajar UPSI akan menjadi seorang pendidik. Mlm ni aku ad klas KPT, lecturer aku ni lecturer luar, Prof Dr. Naim bin Hj Ahmad. Ada satu kumpulan wat presentation. Tp bahasa2 yg digunakan bg aku agak kurang sopan dan dia telah menyebabkan pensyarah aku kecil hati. Aku tak tau cena nk gambarkan perasaan masa tu. Mungkin kecewa & sedih. Bagi sestengah org, benda ni nampak macam biasa je tapi bagi aku, aku x suka tgk benda2 macam ni. Aku hrp, bila aku jd cikgu nanti, aku xdapat student yg macam tu. Dlm Islam sendiri kita disuruh menghormati guru kita.

Dalam Islam kedudukan guru amat tinggi. Guru merupakan pembimbing & penasihat umat. Tanpa guru, manusia akan menjadi haiwan lantaran tidak ada pengajaran dan bimbingan. Oleh itu, Islam sangat mengambil berat tentang guru. Sesiapa yang memuliakan guru bererti ia memuliakan Rasul, sesiapa yang memuliakan Rasul bererti memuliakan Allah dan sesiapa memuliakan Allah syurgalah tempat kediamannya. Sebaliknya jika seseorang menderhakai guru bererti ia menderhakai Rasul. Barang siapa yang menderhakai Rasul bererti ia memurkai Allah. Sesiapa yang memurkai Allah maka nerakalah tempatnya. Oleh kerana itu seorang pelajar mestilah memelihara adab-adab bersama guru.

Adab-adabnya antara lain adalah seperti berikut:

1. Memberi salam dan sentiasa hormat kepada guru.
2. Duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang.
3. Jika ingin bertanya minta izin terlebih dahulu.
4. Cari masa yang sesuai untuk bertanya.
5. Sentiasa menampakkan sikap menerima pendapat guru.
6. Hindari daripada menyinggung perasaan guru.
7. Memberi bantuan kepada guru apa yang dapat dibantu.
8. Lakukanlah apa yang paling disenangi oleh guru.
9. Bercakap dengan baik dengan guru, dengan menggunakan bahasa yang baik.
10. Tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan guru.
Jadi, sama-sama lah kita menghormati orang yang telah menurunkan ilmu kepada kita tak kira siapa pun kerana mereka adalah pendidik.

No comments: