Aku takut menyentuh tubuhmu
Kau adalah bakal kepada anak-anak Islam
Kau adalah insan yang bakal mendidik pewaris Islam
Kerana Kau Seorang Muslimah,
Aku menghormati mu
Aku tidak sanggup melihat kau ditindas,diperguna
Kerana nilai seorang Muslimah tinggi di sisi Tuhan
Kerana Kau Seorang Muslimah,
Aku takut berhadapan denganmu
Kesucianmu menjadi kewajiban
Untuk aku pertahankan
Kaulah bakal menyusukan anakku
Kaulah bakal mendidik anakku
Kaulah bakal menyerikan Baitul Muslimku
Kaulah bakal membahagiakan
Apa gunanya aku melayan nafsu
Sedangkan ia hanya sementara
Aku sanggup menundukkan pandanganku
kerana
Kau Seorang Muslimah.
p/s kepada sahabat yang sentiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar...
terima kasih tak terhingga buat kalian...
jazakallahukhairan kasiran
:)
No comments:
Post a Comment