Wednesday, April 6, 2011

Menjemput "si dia"

Alhamdulillah...Jumaat ni akan menjemput "si dia" untuk menemani saya ke sekolah...

InsyaAllah...saya akan berhijrah ke suatu tempat tidak lama lagi..doakan sahabat-sahabat......

Bumi anbiya menjadi angan-angan.....Allahu

Monday, April 4, 2011

ASSALAMUALAIKUM...lama saya menyepi

Bismillahirahmanirahim.

Lama saya menyepi.

Bukan sebab "busy".

Tapi bimbang kata-kata menyakiti hati.

Alhamdulillah. Sudah masuk bulan ke lima sebagai GURU. InsyaAllah, akan terus mengorak langkah mendidik anak bangsa.

Alhamdulillah. Allah masih sayang saya. Saya masih diberikan peluang untuk bertaubat.

Pintu taubat sentiasa terbuka. sehingga matahari terbit dari barat, roh menunggu masa untuk meninggalkan jasad.

Allahurabbi.

Sejak kebelakangan ini Allah selalu berikan peringatan kepada saya.

Masih cuba meraih cinta Allah.

Walau terpaksa mendaki, walau terpaksa merangkak sekalipun.

Saya mesti cuba.

Ya Allah, semoga pengakhiran kami adalah Husnul Khatimah. Kesudahan yang baik. Kesudahan yang menjanjikan syurga dari Mu Ya Allah.

Saya nak berhijrah. Hijrah ke bumi anbiya.

Hijrah untuk cari cinta Allah. Saya mesti berusaha untuk itu.

Allah melihat usaha kita untuk mendekatinya.

Saya selalu berfikir, bagaimana hendak mendidik anak-anak murid saya. Saya sayang mereka dan saya mahukan mereka ke syurga bersama saya.

Tapi saya kena pastikan Allah sediakan syurga buat saya. Saya kena tunjukan yang terbaik buat mereka.

Allah.

Allah.

Allah.

semoga kami istiqamah di jalan-Mu Ya Allah.

Saya doakan kita semua diberi kekuatan untuk mengharungi semua cabaran dalam kehidupan ini. Jangan didoakan diringankan ujian, kerana setiap ujian itu, ada hikmahnya tersendiri.

Saya punya hati. Saya punya perasaan.

Hati saya selalu menangis....

Berhujankan airmata....

Hujan rintis.

Hujan panas.

Hujan angin.

Hujan lebat.

Semua sudah berlalu.

Saya nak lalui dunia ni penuh dengan cinta kepada Allah.

Saya nak serahkan semua cinta saya kepada Allah.

Saya kena usahakan walau badai melanda.

Saya bersyukur sebab Allah datangkan pelbagai ujian, dan ujian-ujian ini membuatkan hati saya tidak terpaut kepada dunia.

Allah. Ya Rabb....

Saya tahu saya tidak sempurna di mata mereka. Cukuplah Allah menerima saya.

Saya tahu mereka bencikan saya, tapi saya tetap sayangkan mereka.

Saya terus berdoa, agar Allah kirimkan kepada saya sahabat-sahabat yang mendekatkan saya kepada Allah.

Saya mahukan jiwa yang sentiasa hidup dengan JIHAD FISABILILLAH.

Sekarang saya dah mula cuba untuk menyayangi anak-anak saya. walaupun mereka bukan seagama dengan saya. saya tetap sayang mereka. Mereka buah hati saya.

Semoga suatu hari kelak, terdetik di hati mereka memilih ISLAM sebagai cara hidup mereka.

Sungguh, berada di sekeliling mereka membuatkan saya merasakan bahawa betapa bertuahnya saya menjadi seorang Muslim.

Hidayah itu milik Allah. Kita sampaikan apa yang kita mampu. InsyaAllah. Allah bantu kita.