Tuesday, April 28, 2009

ESQ MAHASISWA KL 7 (angkatan ke 7)

ESQ Mahasiswa

MAHASISWA KL 7


Date :
20-21 June 2009

Venue :
Maju Junction

Price :
RM550

Age :
19-25 Years Old

Trainer :
Firdaus Djamaris


Latest News & Training ! visit http://esq.com.my/v1/

Sunday, April 26, 2009

Pengembaraan Ke Pesta Buku...KLIBF 09..25 April 2009 (part 1-5)

Assalamualaikum wbt...

Koleksi Buku Ustaz hasrizal


Aku Terima Nikahnya 2..nanti kita buat bedah buku ye...




ini adalah mengenai kehidupan penulis semasa menjadi pelajar dulu...xsempat baca lagi pun...apepun doakan saya mampu menghabiskan nya ye..
yang special buku ni..siap ade cop dan tandatgn penulisnya sendiri...terima kasih ustaz sebab meluangkan masa di Booth Galeri Ilmu...dan kami datang tepat pada masanya :)

Koleksi Hilal Asyraf

Kisah Volleyball Team...dah habis baca pun :)


yang ini Laingit Ilahi...penulis yang sama iaitu Hilal Asyraf


Ini koleksi majalah SOLUSI..
keluaran 1,2 dan 4 aku borong masa kat KLIBF 09...potongan harga RM5 je satu..
bagi aku majalah macam ni tak "basi"
nak baca untuk 5 tahun akan datang pun masih releven sebab...
Islam memang sesuai Untuk Sepanjang zaman...tol x?
Islam Dulu, Kini dan Selamanya








solusi 6 adalah yang terbaru dan aku dah mention dnegan korang sebelum ni kan...tak ada dalam simpanan aku..kawan aku pinjam...aku ok je orang pinjam buku-buku aku, janji depan jangan buat macam harta sendiri..tak reti nakpulangkan...perlu ke aku kena minta dari depa macam orang nak minta hutang...sebab aku nak angkut buku-buku ini balik sarawak cuti ni...alahai berat la beg aku nanti...



Hadiah buat Si "dia"
dia sape ye?
aku pun tak tahu lagi...
semoga Allah permudahkan urusan kami..
"kami"?? aku dan keluarga aku la....
alkisahnya memang aku nak bagi kat dia...
Then aku usha isi2 dalam dia...
aku pun tgk cover belakang dia...korang baca sendiri la kat bawah ni ye...
tunggu aku kawen dulu baru aku bagi kot..
"awak" nanti saya bagi...haha
sindrom ape pulak aku ni...
"sindrom Gila Buku" bukan "sindrom Gila B**i" tau...




"Khas untukmu, Suami/Isteri tersayang"...erk aku tak tau nak bagi kat sape ni hehe..kire sape yang dapat adalah insan yang bertuah la kot...yeke???

p/s: sape nak buku ni...leh la beli di mana2 bookstore...beli sendiri la...nak harap aku bagi...duit dah bes..x dan (xsempat) nak beli buku tok bagi hadiah kat orang lain...








Buku "Catatan Hati Nik Nur Madihah"
Kawan aku dah berjaya menghabiskan buku ni dalam kereta kak lela yang comel bertolak dari KL sampai ke tol Tanjung Malim..
komen: buku ni best dan mengharukan...
aku: tak sempat lagi nak baca huhu..mula2 fikir banyak kali sebelum beli...dah pegang then letak balik, pegang lagi, letak balik, pastu aku amik terus tanya kat orang yang jaga booth tu,
aku: buku ni berapa ek? ad apotongan harga x?
penjual: awak nak berapa ?
aku: hmm saya nak berapa ek? (huhu aku tnya balik dia kang aku minta singgit kang dia marah kata aku n imerapu pulak...)
penjual: hmmm okla rm** je...
aku: (amik duit terus bayar then pergi cari kawan-kawan aku cepat2 takut kene tinggal, dah la hp xde bateri dah ni..sesat sorang2 aku ni kang)



"do U lofe Islam aku dapat masa aku lalu kat escalator, da sorang dak laki bagi..dia edarkan kepada semua orang yang turun dari escalator. masa kitorang turun tu, ada talk kat pentas utama, Ustaz Hasrizal,,yang sorang lagi aku tak perasan sebab aku tengah nak g cri ATM topup duit yang dah tak cukup hehe...yang tok guru 2 aku dapat masa lalu depan booth yang jaul buku2 dia...dalam 2 ade senarai buku2 yang ditulis oleh TGNA



Novel Spiritual Pembangun iman

Yang Ini "mukjizat Cinta"

Koleksi Buku Novel Taufiqurahman



siri kedua..



novel siri ketiga san terakhir Siri novel "makrifat cinta"

Saturday, April 25, 2009

Melancong K pWTC untuk KLIBF 2009...

hari ni saya nak beli buku baru untuk kamu...


Assalamualaikum wbt..

hai kawan2..hehe saje je nk gtau hari ni saya nak p jalan2 kat PWTC..
nk p beli buku banyak...

buku HIlal Asyraf, ustaz Hasrizal, dan sume penulis yang best2 dan tak dapat nak disenaraikan kat sini...

semoga perjalanan Diredhai ALLAH :)

Thursday, April 23, 2009

Satu Peringatan buat pemilik blog dan Forum maya- pesanan dari Ustaz Zaharuddin

1_556616977l

Termenung untuk muhasabah diri

Blog Isteri & Suatu Peringatan Buat

Pemilik Blog dan Forum Maya

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

blogger.jpg

Semenjak saya membuat keputusan agar isteri berhenti kerja pada tahun 2006, seribu satu macam perancangan saya fikirkan untuk beliau. Ada yang sudah tercapai dan ada yang masih dalam perjalanan. Manakala sebahagian lagi masih di dalam perancangan di minda saya. Menunggu pulang ke tanahair dan perlu melihat situasi semasa di ketika itu.

Antara perancangan yang dilihat mampu dibuat dalam kadar segera adalah menajamkan kemahiran penyampaian ilmunya melalui tulisan. Ia amat baik kerana setiap entry yang ingin dimasukkan, si penulis biasanya akan teruji untuk mengemaskinikan peta kandungan yang ingin disampaikan. Namun ia bergantung juga kepada jenis kandungan yang ingin dikongsikan. Ada banyak juga blog yang berkongsi ‘entah apa-apa' yang tidak perlukan perancangan peta kandungan di minda semasa menulis. "Bak kata seorang rakan saya :

"Main lanyak aja"

BLOG ISTERI

Tahniah dan segala puji ke hadrat Allah swt, hasrat saya untuk mengajak isteri tercinta terlibat dalam aktviti dakwah fardiah melalui blog tercapai jua. Semoga kami diberi kekuatan untuk terus menyumbang sesuatu yang bermanfaat buat ummah. Khususnya buat para muslimah, yang masih bujang atau sudah berumah tangga.

Blog isteri saya, inshaAllah akan berkongsi pengalaman hidup dan pengajaran. Kami akan cuba pastikan setiap entry punyai pengajaran, bukan bertujuan membazirkan waktu kosong dengan kisah-kisah diri ke sana dan kemari, ke situ dan ke sini, tanpa mesej pengajaran yang jelas.

Kami berdoa, agar ruang yang wujud ini akan menjadi penambah peluang untuk meraih rahmat Allah SWT dan tidak menjadi beban buat kami kelak di akhirat.

SILA KLIK DI GAMBAR DI BAWAH UNTUK MEMBUKA BLOG ISTERI SAYA

blogas1.jpg

Setiap pemilik blog sememangnya bebas untuk memuatkan apa jua coretan dan gambar yang mereka sukai, namun mereka juga WAJIB bertanggungjawab untuk meemastikan entrynya tidak menggalakan pembzairan waktu dan masa diri sendiri dan pembaca tanpa mesej jelas. Selain itu, WAJIB pula dijaga dari sebarang komen buruk dan negatif terhadap Islam.

JAGA-JAGALAH PEMILIK FORUM

Sama seperti forum-forum yang begitu pelbagai di internet hari ini. Terdapat forum politik, forum perbincangan agama, forum remaja, forum pelbagai dan lain-lain.

Namun agak malang juga apabila melihat sebahagian forum TIDAK TERKAWAL kandungannya. Benarlah, ia memberikan sebahagian manfaat tetapi ia turut membarahkan masalah sosial, akhlak dan agama apabila melepas bebaskan pemberi komen, penghantar artikel untuk menulis apa sahaja.

Pemberi komen di forum dan blog hari ini ada yang bertukar watak syaitan ketika memberi komen, berselidung di sebalik nama palsu dan umum. Sama seperti manusia di jalan raya di Malaysia (bukan di UK), watak sebenar seseorang individu kerap terzahir ketika memandu, ramai tidak disangka ia seganas itu, tetapi itulah dia.

Jika masih ingin memberikan kebebasan umum kepada pelawat, pemilik blog atau forum MESTI mempunyai tenaga pakar yang memantau dan menjawab dengan cepat serta pantas agar setiap idea yang ditulis oleh pelawat yang rencam latarbelakangnya ini dapat ditapis dan dijaga.

"Jika tidak dijaga, adakah pemilik forum berdosa ya ustaz?" itu pertanyaan seorang pelajar kepda saya semasa mengadakan satu kuliah Mawlidur Rasul di UK.

"Sudah tentu!.. biasanya forum bertema politik adalah yang paling meriah dengan dosa fitnah, mengumpat dan lainnya, forum lain juga banyak tapi saya tidak tahu sama ada ia wujud atau tidak "

Ingatlah, bukankah Nabi s.a.w menyebut di dalam hadis sohih Al-Bukhair dan Muslim :

كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته

"Setiap kamu adalah penjaga dan bertanggungjawab ke atas apa yang dijaganya.." jawab saya ringkas.

"Bagaimana adakalanya terdapat beberapa orang yang bukan khusus dalam bidang agama, tetapi mengulas pendapatnya, sedangkan pendapat itu mungkin bertentangan dengan Islam" Dia bertanya lagi.

Tidak salah seseorang mengutarakan pendapat, cuma bimbangnya agak semakin meluas hari ini terlalu ramai merasakan pendapatnya adalah paling tepat tanpa menghiraukan pandangan ulama Islam berasaskan al-Quran dan As-Sunnah. Semakin ramai juga tidak mengetahui kejahilan diri, tidak menyedari sempadan ilmu yang dimiliki. Ia tanda dunia semakin mengelirukan, kebenaran semakin berkabus, sukar dituju dan dilihat.

Memang benar, manusia yang paling sesat adalah manusia yang jahil dan tidak mengetahui berkenaan kejahilannya.

Malangnya, kumpulan ini semakin bertambah jumlahnya dan kalau dulu, tiada ramai terkena mudarat dari mereka, tidak ramai pula kenalan mereka. Namun hari ini di waktu kemunculan blog percuma, forum dan media internet, idea kejahilan pembawa racun mereka tersebar meluas, pantas beredar di dalam minda ramai yang juga jahil. Maka lahirlah kumpulan yang jahil lagi menyesatkan dan terus berkembang.

Ibn Umar berkata :

العلم ثلاثة، كتاب ناطق، وسُنّة قائمة، ولا أدري

Ertinya : "Ilmu itu punyai tiga cabang, al-kitab yang bertkata ( nas alquran), sunnah baginda nabi yang lalu, dan kata-kata "aku tida tahu" ( Uyun al-Akhbar, 5/130 ; Riwayat Al-Khatib secara Mawquf )

Jika keadaan itu berlaku di dalam sesuatu forum, pemilik forum perlu menentukan sikap dan kaedah pengendalian forumnya, sama ada untuk terus memadam atau meluluskan dengan jawapan dari panel mereka yang faham bab agama.

Nasihat saya buat pemilik forum, bertaqwalah kepada Allah. Jangan sampai forum yang dimiliki menjadi asbab ke neraka, jadikan ia kunci kepada rahmat ilahi untuk ke Syurga. Namun, jalan ke syurga adalah dengan duri dan payah, jalan ke neraka dengan syahwat dan seronok, demikian tegas baginda Nabi s.a.w.

Sahabat Nabi bernama Abdullah Ibn Mas'ud r.a berkata :-

لايزال الناس بخير ما أخذوا العلم عن أكابرهم، وعن أمنائهم وعلمائهم، فإذا أخذوه عن صغارهم وشرارهم هلكوا

Ertinya : Sentiasalah manusia berada dalam keadaan baik selagimana mereka mengambil ilmu dari orang berpengalaman (berusia), mereka yang amanah dan para ulama mereka, dan atatakala mereka mengambil ilmu dari mereka yang kurang pengalaman (muda remaja) dan yang jahat, nescaya mereka akan mula hancur" ( Jami' Bayan al-‘Ilm wa Fadhlih ; 1/616 )

Ulama berbeza pendapat mentafsir perkataan "as-Sighar atau muda dalam athar di atas. Ibn Qutaibah : ertinya individu usia muda tandanya umurnya masih kecil dan giginya masih kecil.

Umar Al-Khattab berkata :

قد علمت متى صلاح الناس ، ومنى فسادهم : إذا جاء الفقه من قبل الصغير ، استعصى عليه الكبير ، وإذا جاء الفقه من الكبير تابعه الصغير فاهتديا

Ertinya : "Telah aku tahu bilakah manusia menjadi baik dan menjadi buruk. Apabila datang kefahaman hukum Fiqh dari orang muda, nescaya mereka akan sentiasa bercanggah dengan orang tua, namun apabila kebijaksanaan fiqh itu datang dari orang tua, yang muda akan mengikutinya dan sama-sama mendapat hidayah." (Jami' Bayan al-‘Ilm wa Fadhlih ; Ibn Abi Al-Barr)

Terdapat juga ulama yang membawakan tafsiran muda boleh membawa erti fizikal umur dan juga secara maknawi iaitu umur tua tetapi ilmunya masih muda dan seperti kanak-kanak.

Kesimpulan dalam bab ini, ambillah ilmu dari mereka yang berpengalaman, sebaiknya yang berusia lagi alim. Namun sekiranya yang berusia sudah pupus yang alim dan tinggi ilmunya, sehingga ramai mula mengambil ilmu dari ilmuan muda. Itu antara tanda akhir zaman . Nabi bersabda :

إن من أشراط الساعة أن يلتمس العلم عند الأصاغر

Ertinya: Sesungguhnya salah satu dari tanda hampirnya kiamat adalah orang menuntut ilmu dari mereka yang muda (fizikal dan umur, atau boleh juga membawa maksud orang kurang ilmu dan pengalaman)" ( Riwayat al-Lalakie; hadis sohih, 1/102)

GAMBAR, BLOG DAN FREINDSTER

"ana rasa anta patut tulis satu artikel berkenaan etika berblog, khususnya blogger wanita muslimah" kata seorang ustaz popular kepada saya semasa menziarahi rumahnya.

Elok juga sebenarnya jika beliau sendiri yang menulis topik itu berbanding meminta saya untuk menulisnya.

Namun memang benar, ada diantara pemilik blog yang tiada menjaga auratnya, dipaparkan gambarnya di rumah yang adakalanya tidak sempurna tutupan auratnya, jika sempurna pun terlalu banyak gambar dirinya sehingga boleh membuat pembaca yang kurang beriman ditarik Syaitan untuk melihat dengan ‘pandangan tembus baju' di setiap gambar-gambarnya di blog, selain itu, banyak juga gambarnya yang sedang duduk dengan pelbagai gaya, malah berbaring.

Selain blog, ruangan facebook dan friendster juga menjadi tempat sumbatan ribuan gambar dengan pelbagai gaya. Padahal berita rasmi sudah memaklumkan bahawa setiap info dan gambar di facebook, adalah hak milik facebook dan tidak boleh dipadam buat selamanya oleh tuan punya gambar.

Justeru itu, berpadalah dan fahamilah, diri ini bukan milik kita, ia milik Allah swt dan tertakluk dengan batas-batasan yang ditentukan Allah swt. Bukan tidak boleh meletak gambar tetapi wajiblah menutup aurat penuh, dalam kedudukan yang sopan dan seterusnya tidaklah pula terlalu banyak sehingga boleh membuka ruang fitnah. Khususnya seorang wanita yang boleh saja seorang lelaki jahat memetik gambarnya lalu dibomohkan.

AKHIRNYA

Apapun pengisian bermanfaat dari blog kami dan anda kepada pembaca, ingatlah wahai pembaca, ilmu yang dipelajari semata-mata dari blog dan buku tidak mampu memberikan segalanya buat anda. Carilah ia dari guru dan dari mulut sang guru. Tanpa memperolehinya dari mulut sang guru, ia mungkin sahaja membawa kepada kefahaman yang lain dan maksud yang salah. Imam As-Syafie berkata :-

من تفقه من بطون الكتب ضيع الأحكام

Ertinya : Sesiapa yang mengaji dan mempelajari ilmu hanya dari perut-perut kitab, akan hilanglah hukum-hakam; ( Tazkirat as-Sami'; hlm 87 )

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

30 Mac 2009

Tuesday, April 21, 2009

Exam...Tido...Exam...Tido....pe ke he ni ha?

Aku terbaca entri seorang sahabat maya....

study 2 jam..tido 4 jam...mean dia akan tido 20 jam kalau study 10 jam...tol x?

aku pula....hmm xtau la..dari aku amik test PMR lagi aku macam ni...
nasib time UPSR aku xde masalah camni (kira masalah ke ni..)

biasa aku akan tertidur masa exam paper eng sebab aku kena fikir 2 kali ganda dari kebiasaan...nak paham satu hal..nak ingat fakta satu hal...
jadi kebiasaannya aku akan ter"mengantok" masa exam paper eng dari sekolah menengah lagi...
mase PMR aku tido lepas jawab paper Sejarah...haha nasib baik objektif sume..lepas jawab soalan aku pun letak kepala atas meja...slumber giler...
siap cikgu or pengawas yang jaga g kejutkan aku...
alhamdulillah...dpt gak skor sejarah sebab aku dah khatam beberapa kali buku soalan-soalan lepas...lebih kurang je soalan dia jadi tok aku...ilek ar...

semalam aku tidur agak awal..bajet leh ar bgn kol 2 ke..kol 3 ke sambung study balik..

si cantik tidur lena
Saya nak tidur.. tolong jangan ganggu

tetibe aku tersedar...tgk jam kat dinding...uit..baru kol 2...xpe2 awal lagi..tdo balik..pas2 aku paling kat jam semula...eh2...kol 5 dah ke..la aku ni..( moral of the story: cam2 la kalau tgk jam mase tgh mamai huhuhu...)


direct to the point:

5.00am: bgn tengok nota dan buku2 yang berselerak...rase cam nak tdo balk je..aku pun motivate diri sendiri...bangun2..pagi ni nak exam..
pastu khidmat diri..
sempat gak online before g exam tadi...Hampeh tol...aku dah "addicted" dgn internet ni..
8.00am: siap nak g exam...terjumpa dengan kawan aku, pastu same2 naik bas g kampus.
8.45am: tercegat depan dewan exam
8:50 am: masuk dalam keadaan terawang-awangan
9.02am: exam mula...
( untuk pemberitahuan: paper exam aku memang sume dalam eng..mean memang kena berfikir 2 kali ganda la kan...)
masa exam aku ni suka tengok2 soalan dulu...jawap yang perlu...
lepas dah puas hati survey soalan aku pun mula jawab...
9.30am: aduh berat nya kepala ni...nak tido jap boleh...motivate diri balik..jangan tido nurul..jawab pekse ni cepat...kol 10.00am...aku xleh tahan..nak tido la kejap (hampeh tol....)
gambar kucing yang sangat comel dan cute
tidur macam ni boleh ke...hehe

aku pun tido...aku ade ar cara nya...tidur dengan cara paling bergaya...hahaha hampeh tol...tp seyes li aku memang nagntok tahap gaban...xlarat lansung nak baca soklan...

tgk jam 1030am...adui esei xjawab la ni...aku pun mula mengarang...haha OMR pun xisi lagi ni..jap isi OMR pastu jawap esei...dalam kol 11.00 lebih ckit aku dah jawab sume soklan...haha soalan esei 1 jam aku jawab 30 minute je...aku usha2 tgk org len punya esei panjang2 je...aku punya adoii pendek je..sebab lecture aku kate leh buat point form..
atleast aku tolong dia untuk memudahkan dia menyemakkan...bukan nye nak merapu benda tak penting pun kan3x..

1120am..ade beberapa soklan Objektif aku xjawab lagi...cepat fikir....fikir....fikir...
11.30am..sume dah jawab..aku cek balik takut ade OMR yang silap tanda...
11.32 am...semua berhenti menulis dan ikat kertas soalan bersama kertas jawapan esei..
alhamdulillah..lepas satu paper...

sebenarnya aku ada janji dengan kawan aku...lepas exam nak g library study...
aku pun mesej dia...sempat tanya dia kat ne je...

pastu hp aku bis bateri...aiya...wat hal pulak hp ni..memang hp ni dh mengong..kejap j2 dah kong bateri...
nak mesej kwan aku xdapat...
xpe la...aku pun pergi atm maybank...nk bayar utang..huhu 2 3 hari ni poket aku memang cukup2 kering...xde duit lansung...harap dompet je cantik (murah je aku beli rm2 tunai...)
lepas beli makanan aku balik kolej la...
azam nk pergi lib lepas zohor...

lunch kejap...
on laptop...
azan zohor...
....
...
...
aku pun msj kawan aku

aku: salam...eda..tetibe rasa cam best je landing hehe..paham2 la ye...
eda: hampeh tol..hahahaha

pastu aku pun masuk ke alam lain...cis ...

koleksi gambar kucing

kucing yang sungguh comel...
Anak kucing tidur bertemankan anak ayam... Mungkin kot anak ayam ni teman rapat si kecik ni

xpe2 esok aku nak stay kat lib seharian..yeke...hahaha azam je pun...

tu la kisah aku...makin nak exam makin tu la sindrom tidur semakin tinggi...

orang len kalau banyak keje or masalah xde selera nak makan kn...

tapi aku...makin banyak keje or masalah makin banyak aku makan...sume mende aku nak makan...hahaha...

aiyoo...pelik2...

apapun aku enjoy idop aku ni...cume aku harap aku tak de sindrom xdapat bgn awal2 pagi..nanti nak ngajar kat sekolah asyik lewat je...

p/s teruja dengan anak-anak kucing yang comel...

Sunday, April 19, 2009

Penjelasan Lebih Lanjut..ALLAH itu Wujud

membuktikan kewujudan Tuhan dengan penampar??


Saya pernah cuba menimbulkan perbincangan di beberapa buah forum online tentang bukti kewujudan Tuhan.

Ramai di kalangan ahli-ahli forum tersebut yang mengemukakan kisah seorang ulama' yang 'membuktikan' kewujudan Tuhan dengan menampar orang yang bertanya.

Kisahnya lebih kurang begini....


Seorang lelaki datang bertemu dengan seorang ulama', lalu bertanya 3 soalan. salah satu soalan itu adalah.. "Kita tidak dapat melihat Tuhan, bagaimana kita tahu Tuhan itu wujud?"

Ulama' itu terus menampar muka lelaki itu. Kemudian ulama' itu bertanya, "Kamu rasa sakit tak?"

"Sakit," jawab lelaki itu.

"Kamu nampak tak sakit tu?"

"tak.."

"Begitu juga dengan Tuhan, kita tak nampak Tuhan, tapi Dia wujud..."



Begitulah lebih kurang ceritanya.

kisah ini kelihatan seperti logik. Namun, pd pandangan saya, ada beberapa kekurangannya...


1) Saya tidak pasti sejauh mana kesahihan kisah ini. Adakah ia benar-benar berlaku atau hanyalah suatu cerita rekaan semata-mata?

2) Memberikan jawapan dengan penampar bukanlah suatu hikmah dalam berdakwah. sekiranya kita melihat kisah ini dari perspektif non-muslim, mungkin kisah ini akan menimbulkan suatu bentuk persepsi negatif terhadap Islam. tambahan pula, kisah ini dikaitkan dengan suatu watak yang membawa title 'ulama''.

3) Sebahagian drp hujah ini benar, iaitu sesuatu yang tidak dapat dilihat tidak semestinya tidak wujud. Namun, ada kelemahan dari bahagian yang lain. Kelemahan inilah yang ingin saya sentuh..


Dalam kisah ini, lelaki itu ditanya, "kamu nampak tak sakit tu?"

Hujah ini kelihatan logik. tapi ramai orang terlepas pandang.. mata adalah deria penglihatan, bukan deria merasai kesakitan..

Hujah ini boleh dipatahkan dengan mudah.. lelaki itu hanya perlu menjawab..

"Saya tidak dapat melihat kesakitan, tapi kulit di muka saya dapat merasai kesakitan itu. tapi bolehkah Tuhan dirasai dengan deria sentuh pada kulit saya??"

Tidak! Deria sentuh pada kulit kita tidak dapat mengesan/merasai Tuhan...

Katakan kita pergi ke sebuah tempat. Di tempat itu kita terhidu bau bunga ros. Kita tidak dapat melihat bunga ros itu, tapi kita tahu bahawa di situ ada bunga ros. Ini kerana deria bau pada hidung kita dapat menghidu bau bunga ros.

Namun, bolehkah deria bau pada hidung kita mengesan/menghidu Tuhan?

Tidak!



Begitulah juga dengan deria2 kita yang lain..

Deria pendengaran pada telinga kita tidak dapat mendengar Tuhan...



Deria rasa pada lidah kita tidak dapat merasai Tuhan...




Ini kerana, kelima-lima deria kita tidak dapat mengesan/perceive Tuhan. Malah, kesemua bentuk deria atau sensor yang ada di alam semesta tidak dapat perceive Tuhan.

Dia tidak dapat dicapai oleh (segala bentuk) penglihatan, sedang Dia dapat melihat segala penglihatan itu dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui.”
[al-An’am 6:103]

Tapi, ini tidaklah bermakna Dia tidak wujud.

Katakan kita ambil ular sebagai contoh. Ular tidak mempunyai deria pendengaran. Mungkin bagi ular, 'bunyi' tidak mempunyai apa-apa makna dalam hidupnya. Tapi adakah ini bermakna bunyi tidak wujud?



Begitu juga dengan kelawar. Ia tidak mempunyai deria penglihatan. Mungkin perkataan 'warna' tidak membawa apa-apa erti baginya. Namun, adakah ini bermakna warna tidak wujud?




Walaupun deria tidak dapat mengesan sesuatu, ia tidaklah membuktikan bahawa sesuatu itu tidak wujud.

Ia hanyalah disebabkan oleh keterbatasan pada diri makhluk itu sendiri.

Dalam berinteraksi dengan isu kewujudan Tuhan ini, kita juga perlu mengelakkan daripada argumen yang biasa digunakan oleh orang-orang Kristian dan sebahagian orang-orang Islam..

"You can't prove that God doesn't exist. Therefore, God exists.."

Hujah ini mungkin diterima oleh sebahagian orang. Tapi bagi mereka yang berfikir secara saintifik, mereka menolak hujah ini.

Oleh itu, kewujudan Tuhan perlulah dibuktikan kepada mereka.

Saya telah pun menjelaskan tentang perkara ini dalam blog saya yang dahulu.

WaLLahu a'alam.


click here

Adakah ALLAH itu wujud??persoalan yang ditimbulkan pada pertemuan terakhir skuad kami..


Pengajaran dari satu penampar Mungkin ini boleh kiter jadikan satu pengajaran & sebagai renungan bersama........ Pengajaran dari satu penampar Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanah air dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.


Pemuda : Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?


Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!


Pemuda : Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.


Pak Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.


Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan 1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya? 2. Apakah yang dinamakan TAKDIR? 3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?


Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.


Pemuda : Kenapa pak imam marah kepada saya?


Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.


Pemuda : Saya amat tidak faham...??


Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?


Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!


Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?


Pemuda : Ya....!


Pak Imam : Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?


Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!


Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya. Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?


Pemuda : Tidak....!!?


Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?


Pemuda : Tidak....!!!?


Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!


Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?


Pemuda : Kulit dan daging...!!!


Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?


Pemuda : Kulit dan daging....!!!??


Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?


Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?


Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...!!


Pemuda : Allahuakbar! "ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG.. ITULAH JANJI ILAHI" 'Alangkah terasa hidup sia-sia.. Ruang fikiran hanya dengan ilmu dunia, Alangkah ruginya usia yang pergi.. Jika amalan bukan untuk alam abadi.'


pesanan: Wahai sahabat sekalian andai ada kesilapan dalam apa yang saya cuba sampaikan..mohon kalian perbetulkan


Aku Takut, Aku Risau, Aku bimbang, aku...hilang tanpa arah..hilang tanpa tujuan


Assalamualaikum wbt...


buat sahabat yang dikasihi Allah sekalian...
saat ini, detik ini, ketika ini, pemilik sementara blog ini tak keruan...
seolah hilang dalam kesibukan manusia mengejar kejayaan duniawi...
saat ini, dia tidak mampu bersuara...
tidak mampu bermunajat kepada Ilahi sebagai hamba yang abadi...

tika ini...diri ini berasa takut, bimbang dan risau...
andai nikmat yang paling berharga di cabut dari kehidupan hamba ini...

hamba ini kerap kali lupa..
kerap putus ada dengan nikmat ALLAH...

saat ini...
tiada kata ingin diungkap...
andai si pemilik sementara blog ini membisu...

dia mohon kalian doakan dia...

dia masih dalam pencarian cinta..iaitu CINTA Abadi untuk Pemilik Sekalian alam..
dia tidak betah dengan manusia-manusia yang seringkali memperlekehkannya..
berjanji dengan janji-janji cinta yang tidak ditunaikan...

jika kalian merasakan dia adalah sahabat kalian,
pantas bantu dia..doakan ALLAH merahmatinya...

dia amat bimbangkan cahaya IMAN dalam dirinya yang kian malap dek kehitaman dosa di sekelilingnya..
dek kerana maksiat yang berleluasa sehingga dia tidak ampuh untuk terus berdiri...
dia pernah di caci, dicerca..dimaki..
walaupun dia tahu Ketika Rasulullah saw ternyata lebih hebat cacian, lebih hebat makian..lebih hebat seksaannya...

tapi dia..dia tidak diseksa sebegitu rupa...
ternyata seksaan fizikal lebih mudah ditangani jika dibandingkan dengan seksaan batin...

hati dan nurani nya terseksa..rindukan hidayah dan cinta pada ALLAH..

hatinya ingin mencintai ALLAH tetapi seolah-olah terhijab..

sahabat..
setiap detik yang dilalui membuatkan dia berfikir...

mengapa kita harus hidup..

apa tujuan kita??

pernahkah kalian berada dalam keadaan itu...

berfikir mencari hakikat dan kebenaran dalam kehidupan...

berfikir mencari hakikat kepada siapa cinta kita harus diabadikan...

berfikir mencari hakikat keimanan kita kepada kita harus diberikan kepada siapa...


disini ku pohon maaf dari sahabat sekalian...andai selepas ini aku tidak bangun lagi untuk terus berdiri...
untuk meneruskan tarian jari...
untuk berjuang mencari cinta Ilahi...

aku juga ingin berpesan kepada kalian...
carilah CINTA hakiki itu...

cukup sampai di sini...
aku sudah tiada kata-kata lagi...

...
...
...
...

andai aku membisu...

usah dipersoalkan...cuma doakan aku...

...
...
...
...
...

~~~~~~~~~~~~pemburu CINTA hakiki~~~~~~~~~~~

Friday, April 17, 2009

alhamdulillah...aku balik sarawak...akhirnya

sik sangka aku balit cuti tok aie..(tak sangka aku balik cuti ni..) tiket pun beli last minit..tapi ko tan nak rindu glak nak balit ya..berkorban ckit tok bjumpa ibunda dan ayahanda terchenta di kampung halaman......

untuk pengetahuan tiket balik ke sarawak tak semahal balik sabah..jadi pilihlah untuk posting di sarawak ye hehe..

FLIGHT DETAILS
Depart
Kuala Lumpur LCCT (KUL) to Kuching (KCH)
Economy Promo


Thursday, ** May 2009 Flight AK 5****

Depart Kuala Lumpur International Airport(LCC Terminal) (KUL)
Arrive in Kuching International Airport (Main Terminal) (KCH)


Return
Kuching (KCH) to Kuala Lumpur LCCT (KUL)
Economy Promo


Wednesday, ** May 2009 Flight AK 5****

Depart Kuching International Airport (Main Terminal) (KCH)
Arrive in Kuala Lumpur International Airport(LCC Terminal) (KUL)

p/s ade nak pesan ape2 dari sarawak...kalau nak pesan duit kene bagi sekali yee

Buku-buku yang aku ade...sume xbis baca lagi...bila la nk khatam ni..


Salah satu ilmu yang perlu ada dalam pembentukan sebuah keluarga muslim or BM (baitul muslim) ... nak jadikan ABM pun boleh...alat bantu mengajar bagi bakal2 guru..
mengajar bagaimana memahami sebuah kehidupan...

ha....ni buku baru juga..aku beli post secara online sama dengan buku "bagaikan khadijah..." sampai 14/04/09..xsampai seminggu aku order dah sampai dah...boleh beli kat http://bookcafe.com.my/ kat sini la aku membelinya..

aku baru lepas study sains alam sekitar...then rehat jap...aku ni teruja sikit nak baca buku-buku baru ni..then layan kejap makrifat cinta...
memang layan abis beb...aku rasa tetiba pula hujan malam ni (nanges la tu...)
buku ni novel cintan tahap...5 bintang..ni rate aku la xtau korang..

sedikit perkongsian dari 40% buku novel tu...(psst aku ni memang terer bab scan masa baca, sebab tu aku cepat membaca...kalau nk suh cite balik boleh tapi aku wat rumusan je la..xdpt cte dgn detail..)
berbalik kepada perkongsian tadi..

apa yang mampu aku buat adalah: bagaimana hati seseorang itu bergetar apabila disebutkan Asma'ul Husna...
bagaimana kehebatan Hidayah yang Allah kurniakan mampu mengubah dari seorang yang buruk akhlaknya dan akhirnya menjadi seorang penrindu Cinta ALLAH yang hakiki..
bagaimana seorang yang angkuh dan sombong....tersungkur di tengah jalan dan akhirnya kembali mencari Allah kerana kehidupan yang dilihatnya tanpa hidayah Allah tidak memberi apa-apa erti..

dan apa yang penting ialah: Sejauh mana kita mengenali diri kita? jati diri kita? keislaman kita? adakah kita masih perlu bertangguh untuk bertaubat..sedangkan maut sentias mengintai kita setiap masa...

akhir kalam dari novel ini : ( aku tak bis baca lagi...:) nk tulis blog jap...)
insyaALLAh semoga dari pembacaan novel ini mampu menyedarkan kita hakikat penciptaan manusia tidak lain tidak bukan adalah untuk beribadah kepada Allah..


ha ini satu lagi buku saya...baru beli pagi tadi...tarikh: 16 April 2009, jam 10.00am, tempat: bitara siswa/upsi..

majalah ini dah sampai ke keluaran ke 6. tapi aku hanya ada keluaran ke3, 5 dan 6..
yang lain tak sempat nak beli...tapi akan diusahakan..
harga senaskhah: rm9 tunai..

walaupun aku tengah sengkek...poket dah nak sampai tahap pokai...makan pun macam tak makan...

tapi kalau hati kata nak beli buku...aku akan beli :)...
tak rugi kita melabur untuk membeli buku...ilmu dalam buku tu amat berharga...

mempunyai buku yang banyak adalah kebahagiaan saya..sape ade buku-buku yang best dan xmo dah..leh la bagi kat aku...:) free of charge boleh???

apepun...ingat balik wahyu pertama...Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan...

ingat itu sampai bila-bila...

kla...aku bak baca buku akademik pula...minggu depan nak final exam dah...

pesanan penaja: kalau ade sahabat yang ada maklumat tentang buku-buku yang diharamkan...yang boleh memesongkan akidah boleh memaklumkan kepada saya...:)