Monday, April 6, 2009

Tinta buat bakal suamiku...sekadar renungan untuk diri kamu....







Assalamualaikum wbt

sebelum tu nk gtau..ni bukan aku yang tulis..copy right dari blog orang...aku x ingat link dia..


Tinta buat bakal suamiku...sekadar renungan untuk diri kamu....

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah ku kenali. Aku
sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diri ku kepada
sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya ku khususkan buat mu
sebelum tiba masanya.


Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama
ini semata-mata buat mu, itulah hati & cinta ku, membuatkan aku
tersedar dari lenaku yang panjang. Aku telah dididik ibu sejak kecil
agar menjaga maruah dan mahkota diri ku kerana Allah telah
menetapkannya untuk mu suatu hari nanti. Kata ibu, "Tanggungjawab ibu
bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga
seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari kami.", jadi kau
telah wujud di dalam diri ku sejak dulu lagi.

Sepanjang umur ku ini, aku menutup pintu hati ku daripada mana-mana
lelaki kerana aku tidak mahu membelakangi mu. Aku menghalang diri ku
daripada mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali
lelaki lain selain mu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku
sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulan ku dengan bukan mahram ku. Aku lebih bersifat ‘perumahan’ kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang wanita.

Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah
aku bersangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga
kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dgn
mereka, akan ku palingkan wajah ku daripada lelaki yang asyik merenung
ku atau cuba menegur ku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandangan ku
daripada ajnabi kerana pesan Saidatina Aisyah r.a. " Sebaik-baik wanita
itu ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang."

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik
di mata mu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku
hanya boleh menjadi milik mu seorang. Aku tidak berasa bangga menjadi
rebutan lelaki bahkan, berasa terhina diperlakukan sebegitu,
seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.


Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang
dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat ku
berikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak, andai disoal.
Adakah itu sumbangan ku kepada manusia selama hidup ini di muka bumi?


Kalau aku tidak ingin kau memandang wanita lain, aku dululah yang perlu
menundukkan pandangan ku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadi ku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suami ku, aku juga perlu menjadi wanita yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan wanita yang baik untuk lelaki yang
baik?


Tidak ku nafikan sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi
dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali
itulah aku mengingatkan diri ku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu
kerana ia semata-mata untuk mu. Allah telah memuliakan seseorang lelaki
yang bakal menjadi suami ku untuk menerima hati dan perasaan ku yang
suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki yang lain. Lelaki itu
berhak mendapat kasih sayang yang tulen, bukan yang telah
dibahagi-bahagikan.

Diri ku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki
secara tidak sengaja mahu berkenalan dengan ku. Aku secara keras
menolak, berbagai-bagai dalil ku kemukakan, tetapi dia tidak mahu
mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ, dia sentiasa
menghubungi dan menganggu ku. Aku berasa amat tidak tenteram,
seolah-olah seluruh kehidupan ku yang ceria selama ini dirampas dari
ku.

Aku tertanya-tanya, adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku
beristighfar memohon keampunanNya. Aku juga berdoa’, agar Dia
melindungi ku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku sentiasa memikirkan mu. Kau ku rasakan seolah-olah wujud bersama ku. Di mana sahaja ku berada, akal sedar ku membuat perhitungan dengan mu.

Ku tahu, lelaki yang melamar ku bukan diri mu. Malah aku yakin pada
gerak hati, ‘woman intuition’ ku yang mengatakan lelaki itu bukan
dirimu. Aku bukanlah gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup.
Siapalah diri ku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir
pasir yang wujud di mana-mana.


Namun, aku juga punyai keinginan seperti gadis lain dilamar lelaki yang
bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpin ku ke arah tuju yang satu.
Tidak perlu kau mempunyai wajah seindah Nabi Yusuf a.s. yang mampu
mendebarkan jutaan gadis untuk membuat ku terpikat. Andainya kaulah
jodoh ku yang telah tertulis di luh mahfuz, Allah pasti mencampakkan
rasa kasih di dalam hati ku, jua hati mu kali pertama, kita
berpandangan. Itulah janji Allah.

Akan tetapi selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu
janganlah kau zahirkan perasaan itu kepada ku, kerana kau masih belum
berhak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah
ditetapkan syara’.


Aku takut perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam
kehidupan kita kelak. Permintaan ku tidak banyak, cukuplah diri mu yang
diinfaqkan seluruhnya pada mencari keredhaan Illahi. Aku akan berasa
amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri atau sandaran perjuangan
mu.


Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi, kiranya akulah yang ditakdirkan
meniup semangat juang mu, menghulurkan tangan ku untuk mu berpaut
sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan
kemenangan atau syahid itu.


Akan ku kesat darah dari luka mu dengan tangan ku sendiri. Itu impian
ku. Aku pasti berendam air mata darah andainya engkau menyerahkan
seluruh cinta mu kepada ku. Bukan itu yang ku impikan. Cukuplah kau
mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah,
kau akan mencintai ku keranaNya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta
insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali
di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan
kesenangan yang telah diberikan ibu bapa ku dulu. Apa guna menimbun
harta untuk kemudahan ku sekiranya harta itu akan membuat kau dan aku
lupa tanggungjawab mu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihat mu
begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih
bermakna bagi ku.

Wallahua'lam...

apa pun berdoalah yang terbaik untuk diri kita

2 comments:

Hamba Ilahi said...

salam.
sekali terpaut dengan pandangan nafsu buat kita terasa bahawa dunia nilah surga yang dicari. segalanya kabur dek kerana kita tidak diterangi nur hidayah.
wlaupun aku bukan leleki semulia nabi a.s atau para sahabat r.a namun aku ingin ditemani gadis seperti aisyah, fatimah dan sesiapa yang melabuhkan cintanya untuk ILAHI.
kenapa? aku ingin dia mencairkan hatiku yang selalu terpukau dengan keindahan hiasan dunia yang aku tahu akan lesap di alam fana. mengajar dan sentiasa menasihatiku kalau aku terlanjur melakukan kesalahan. memarahiku apabila melakukan kesilapan yang sama.
memimpinku untuk selalu bersmanya mencari cinta ILAHI.
aku lemah untuk memimpin diri sendiri kerana imanku yang kian pupus di telan arus globalisasi.
bila baca entri kali ini aku betul menginsafi akan harapan yang tinggi namun aku kekel di takuk yang sama malah aku merasakan diri makin jauh dari IILAHI. air mata ini lama sudah tidak kutitiskan untuk meluahkan ketakutanku dan kasih hatiku untuk ILAHI.
doalah moga aku dapat jadi suami yang baik dan mendapat isteri yang lebih baik dariku....
terima kasih bab menyedarkan aku untuk melakukan sesuatu yang baik dalam kerangka untuk menjadi suami orang.heheheheheh

Nurul S Othman said...

salam din...
syukran sebab sudi mai sini...

comment yg mantap...

sama2 la perbaiki diri