Sunday, October 31, 2010

kisah sorang cikgu 3

Alhamdulillah.



27 Oktober 2010 meletak jawatan sebagai guru KHB ERT dan PSK di SMK Asajaya No.2.


hanya 5 minit dari rumah saya dengan menaiki kereta.



bermula dari 13 September-27 Oktober 2010 merupakan sesi ketiga saya menjadi guru ganti selepas tamat menjalani latihan mengajar di selangor pada 14 Mei 2010.



Sesi pertama adalah di Sk St. Mary Kuching iaitu selama 3 hari (26-28 Mei 2010)-yang ni lebih kurang 1 jam lebih dari rumah saya) kerana saya membawa diri ke SK Tambay, Asajaya, samarahan. (lebih kurang 10 mnit dari rumah saya dgn menaiki kereta).


di SK St Mary saya mengajar BI year 1 (dua kelas), Year 4 dan Sains Year 5.

very challenging la huhu...budak perempuan semua..dan sangatttttttttttt ramai...40 orang satu kelas dan ada sampai 42 orang...



di SK Tambay (29 Mei-20 Julai 2010)

mengajar Matematik Y5 dan Y6, BM dan PJK year4, PSV year6.

kelas year 4 saya ada 13 murid sahaja :)



Alhamdulillah.


Semua pengalaman ni adalah satu perkara berharga buat saya sebelum "posting" di tempat yang "tiada hari terakhir menjadi cikgu sehingga pencen" hehe..



Masa jadi guru ganti ni menunggu-nunggu hari terakhir.

Lepas ni dah tak ada dah.

Habis sesi tahun ni, tahun depan ada lagi huhu.



So, work smart la teacher nurul @ cikgu nurul @ ustazah Nurul(kata-kata tu kan doa...myb 1 day i become ustazah :) )


all the best for teacher


Tuesday, October 26, 2010

kisah seorang cikgu 1 dan 2

Assalamualaikum,

ini kisah tentang cikgu,

:)


Alhamdulillah, dapat mengajar sains dan kimia masa praktikal d smk **** ******, sep***, selangor.

Dalam masa yang sama kena jadi jaga kelas-kelas yang tak da cikgu.

Semua kisah baik-baik belaka.


cuma yang SATU ni.

Mengamuk.

Cikgu mengamuk.

Alkisah- masa tu kena jaga kelas pelajar tingkatan 3. budak kelas hujung. Sekolah ni ada trend sendiri, cikgu ada ke x, diorang suka "merayap" tak tentu pasal.


Hari tu, cikgu ni kena jaga kelas tu, kebetulan masa terakhir, budak-budak ni asyik merayap je. Cikgu ni pun amik tindakan, ambil beg-beg pelajar yang merayap tu.


Then da dekat nak balik, depa ni pandai pulak balik ke kelas. So depa ni nak beg depa balik. Cikgu tak nak bagi, sebab xbunyi loceng lagi. Depa ni mula-mula cool je, then mula pegang beg,

Mula-mula sorang je yang pegang, dan ada cubaan menarik beg tersebut.

lepas tu kawan-kawan dia 2 orang mula membantu. Ada la adegan tarik-menarik.

Cikgu ni mula-mula tu cool je, pegang beg macam biasa.

Then diorang tarik beg makin kuat.

Dalam hati cikgu " ni tak boleh jadi ni"

jeng...jeng...

nak tau apa cikgu tu buat...jom ikuti kisah selanjutnya




cikgu ni tak boleh tahan da...

Budak-budak boleh pulak nak rampas-rampas barang dari tangan dia.

Cikgu pun bangun dari kerusi...

Campak beg2 budak2 tu.

tolak meja, tolak kerusi...marah-marah.

Ha kan cikgu da mengamuk tu...


adeh, aku pun tak sangka, aku mengamuk sakan masa tu. Sampai kawan aku ngajar sebelah dengar aku mengamuk.

Berguguran jugak la air mata.

hahaha...tu dulu. masa praktikal

Kalau masa ni, dah tak ada hujan-hujan masa mengajar.

Tak dengar cakap cikgu memang akan kena.

Siap.

Jangan cabar saya.

That my fav statement :).


Jangan cabar saya, saya buat apa yang saya cakap.




kisah seorang cikgu 2

Budak-budak zaman sekarang.


sekarang ni jadi cikgu ganti KBH ERT.

Of course la budak-budak perempuan.

saya ni jenis "SAY NO TO GEDIK PEOPLE"

So i ignore those student that show their "kegedikan"

Sorry sebab saya memang tak suka.


note "kisah seorang cikgu 1" tu kisah anak-anak sekarang (*** anak-anak murid)


respect dengan cikgu agak kurang. Some of them, dah slow talk dengan saya.

I ask them, what they should do and dont.


Kat sekolah baru ni, saya mengajar PSK tingkatan 1.

Budak-budak lagi diorang ni. memang bising

Yang perempuan tetap dengan kegedikan dan lelaki dengan kebisingan dan tak reti dok diam.


Satu perkara yang saya memang tak suka.

They keep saying "perkataan sumpah seranah" even i'm in front of them.

If u are here, what will u do?


So saya sebagai guru yang membenci perkataan tak senonoh itu, tak kira lelaki or perempuan.

marker kat tangan jadi senjata.

memang mulut kena penampar dengan marker.

saya tak rasa itu ganas or salah. Sebab saya tanya dulu apa kesalahan mereka dan patut atau tidak saya mendenda mereka sebegitu.


Rakan saya lain ceritanya, pelajar lelaki ini menyebut sesuatu yangtidak elok d dengar. So action yang diambil, semua pelajar perempuan dipersilakan untuk mencubit mulut pelajar berkenaan.


alahai.

Orang kata kerja cikgu ni mudah.

Bagi saya tak.


Mereka bukan sekadar mengajar subjek masing-masing.

Kena fokus juga kepada mendidik.


Ada sebahagian pelajar lelaki tingkatan 1 dan 2 menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan saya.

Then, i will told them that "awak dah bujang, xboleh salam dengan saya".


Hopefully they understand.


So kawan-kawan kat luar, yang ada anak-anak, adik-adik, Jom sama-sama didik mereka.


:)


P/S SEBARANG KOMEN DAN PENDAPAT AMAT DIALU-ALUKAN


Wednesday, October 20, 2010

Di Sebalik Hari Graduasi

Di sebalik “Graduation day”

Tahniah.

Tahniah.

Congratulation!

Weldone!

Ini ada cerita

Cerita tentang dia

Dia seorang pengembara

Menggembara mencari erti kata cinta

(psssstttt asyik-asyik cinta hehehe)

Selamat bergraduasi.

Alhamdulillah.

Sudah mendapat pengiktirafan dari universiti tempat menimba “cinta” (ilmu)

Disebalik kejayaan ini, banyak suka dan duka yang dah dilalui.

Suka yang memberikan semangat untuk terus berjuang dan belajar

Duka yang mengingatkan diri supaya sentiasa menetapkan hati dan terus berusaha.

Walaupun kadang kala diri merasakan kejayaan ini seolah-olah menjadi asbab diri diuji sedemikian rupa, namun nikmat yang Allah berikan tidak harus dilupakan.

Ada kalanya, keluh kesah dan menyesal kerana mengambil jalan ini.

Namun, akal masih menguasai.

Jalan terus dilalui.

Denai terus diredahi.

Ketika kaki kanan melangkah masuk ke dewan kovokesyen, satu perasaan yang sukar digambarkan.

Terharu, terkilan, gembira, suka, sedih, sehingga hampir mengalirkan air mata di hadapan pintu masuk.

Langkah seolah-olah mahu berhenti.

Hati sudah terpatri.

Indahnya menjadi penimba ilmu untuk cinta hakiki.

Di sini,

Aku diajar berdikari,

Agar mampu berdiri sendiri,

Walau tiada teman disisi,

Yang pasti,

Aku tidak pernah bersendiri,

Allahurabbi,

Sentiasa dekat malah lebih dekat dari urat nadi,

Langkah harus terus diteruskan,

Hidup perlu pengorbanan,

Korbankan keinginan untuk terus berada di sini agar boleh terus berbakti,

Anak-anak didik mengharapkan dipimpin ke daerah suci,

Ayuh bangun,

Melangkah,

Biar jatuh rebah,

Asal jangan mengalah.

p/s tengah berdebar menunggu tempat untuk mengajar. Doakan ia adalah terbaik buat hamba.

Friday, October 15, 2010

Tahniah

Tahniah kerana diuji

Tahniah kerana diberi ujian hidup

Tahniah

Tahniah

dan Tahniah

semoga kita sama-sama ditingkatkan martabat

Semoga Allah jaga kita

Semoga Allah semakin dekat dengan kita


mode: resah gelisah jiwa dahagakan ilmu, hati rindukan tarbiyah.

biah solehah terus dikejar, kerna hawa nafsu terus menerjah..

pendekatan berhikmah demi kepentingan ummah.

never give up

never give up or else kita tergolong dalam golongan futur...

nak jadi hebat kena lalui perkara yang hebat.

nak jadi hebat perlu lalui cabaran dan dugaan

bukan sebarang orang yang diuji

bukan orang biasa-biasa diuji

.....

jiwa yang merasakan adanya tanggungjawab

beratnya tugas yang perlu diselesaikan

adalah orang yang melaksanakan amanahnya

orang yang berusaha menyelesaikan amanahnya

adalah orang yang merasakan dirinya hamba

yakni perlu bekerja.


Tuesday, October 12, 2010

jika dibicarakan tentang Cinta

Jika dibicarakan tentang cinta

Lidah kelu tiada bicara

Jika ditanyakan tentang cinta

Hati berbunga

Jiwa tergoda

Jika diceritakan tentang cinta

senyum dibibir sentiasa

bahagia terasa

*******************************************************************************

Kata-kata cinta buat saya bahagia

Kata-kata cinta buat juga buat saya sengsara

kedua-duanya harus diterima seandainya saya mahukan cinta.

*******************************************************************************

Terbang tinggi si merpati sejoli

Singgah di istana menanti

Sudah lama ku disini

menunggu cinta dari Ilahi

********************************************************************************

Thursday, October 7, 2010

Kenapa pakai tudung besar-besar ya? tak rimas?

Mohon Allah tetapkan iman saya. Mohon Allah kuatkan iman saya. Mohon Allah terus berikan cahaya kebenaran kepada saya. Mohon Allah sayang dan ingat saya setiap masa dan setiap ketika. Amiinnn

jom hayati kisah di bawah
************************************************************************************

Padai suatu petang....berhampiran surau Fakulti Perakaunan, UUM.

Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur.

" Awak, boleh saya tanya?"

"Hmm, iya..boleh" Jawab saya sambil tersenyum.

"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke?" Dia bertanya.

Saya terdiam. Tak menyangka, itu soalannya.

"Tapi kenapa ya?"

"Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je" Dia menjawab. Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.

Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.

" Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu,boleh?"

Dia mengangguk

"Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya? " Saya bertanya dia kembali tanpa menjawab dulu persoalannya.

"erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan.

" Sebab nak selamat la. kalau apa-apa berlaku, atleast kecederaan tu tak la teruk" dia menjawab ringkas.

"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangan kan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt ? Saya bertanya lagi untuk menduga.

"Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu like Michael Schumache, kenalah pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa..kan? Satu lagi, kadang kemalangan tu bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati akhirnya kita yang menjaga ni pun menjadi mangsa, kan?" Dia bertanya kembali.

"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan selt-belt pulak" Saya terus bertanya.

" Yelah, nak menunjukkan bahawa selt belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar"

"Tak rimas ke? kadang orang-orang tak selesa pakai seat-belt, katanya rimas"

"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan..soal keselamatan, kena jaga"

Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.

"Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."

Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut.

"Ok, lets me explain ya. Persoalan kenapa saya pakai tudung yang besar-besar sama sahaja dengan jawapan awak tadi tentang kenapa kita pakai seatbelt bila memandu. Tujuannya sama. iaitu keselamatan" Saya menjawab mengikut jawapannya pada persoalan tadi. dan dia semakin merenung saya sambil berfikir.

"Tapi kalau tak pakai seat-belt, tak apa-apa kan? Tak berdosa, kan? Asalkan kita yakin kita mampu memandu dengan baik.Tapi yakin ke kita bila kita memandu tanpa memakai seat-belt walaupun memandu dengan baik dan berhemah, kita akan selamat?"

Dia menggeleng kepala tanpa suara.

" Hmm, thats why saya cuba menjaga keselamatan hidup saya dengan tudung yang besar. Sebab saya tak tahu apa bencana yang sedang menanti. Semuanya untuk tujuan keselamatan ditambah pula dengan galakan agama yang suruh kita menjaga pemakaian yang lebih selamat'. Iya, tudung kecil atau tudung biasa tak mengapa, asalkan mampu menjaga diri sebab dunia sekarang, tau-tau je la kan, banyak godaanya. Kadangkala hanya kita yang berhemah di jalan, tetiba sedar-sedar kita kena langgar, nasib baik pakai seat-belt...hehehe".Saya tergelak kecil. Berharap agar mengundang bibit mesra dengannya.

" Dan satu lagi, kereta sekarang macam-macam gaya dan jenama, kan? Orang ramai tergilakan kereta-kereta canggih sehingga lupa nak menjaga keselamatan. Ramai je yang berkereta canggih tapi akhirnya tercampak keluar dari keretanya sendiri apabila berlaku kemalangan yang tidak diigini. Macam tu jugak tudung, sekarang ni macam-macam fesyen, tapi masih lagi tak ikut syariat. Ketat sana, singkat sini. Bukankah itu membahayakan hidup? " Saya tersenyum. Sedaya upaya membuatkan dia terus berfikir.

"Tudung besar yang saya pakai ini bukan untuk mintak penghormatan daripada sesiapa pun. Tapi tak lari dari tujuan keselamatan. Selamat untuk diri sendiri, selamat untuk orang lain dan juga yang penting, saya nak cuba penuhi galakkan agama supaya menjaga diri melalui pemakaian."

"So, persoalan rimas atau tak, dah terjawab tadi..kan?" Saya bertanya kembali. Dia memandang bebola mata saya mencari pengertian.

"Tak rimas ke pakai tudung besar-besar?. Hmm, hanya yang pakai sahaja yang tahu. Kadang tu rimas jugak la, lebih-lebih lagi musim panas. Tapi tahan sikitla, sebab prinsip kita untuk jaga keselamatan. Sebab itu, pemandu yang paling berhemah adalah pemandu yang sentiasa menjaga keselamatannya..betul tak? Saya terus bertanya. Dan dia mengangguk.

"So, faham tak kaitan antara tudung besar dengan seat-belt?" Saya bertanya dengan lembut, memancing kefahamannya..

Dia mengangguk...

"Maaf, saya pergi dulu ya..kelas saya dah nak start" Saya bangun dari kerusi dan mohon mengundur diri.

" Iya" Jawabnya ringkas, masih lagi seolah-olah memikirkan sesuatu.

Saya berjalan meninggalkan dia menuju ke kelas sambil brmonolog sendirian.

'Hmm, ada kaitan jugak ya seat-belt dengan tudung besar ni..sebelum ni tak pernah terfikir' Tersenyum saya..moga hari ini sedikit ilmu itu mampu meluaskan selautan kebaikan...dan membukakan jalan buat mereka yang mencari jalan.. ameen.

dan saya..terus berjalan, sambil membetulkan 'seat-belt' saya yang asyik terasa longgar sahaja pin'nya...kena pakai betul-betul nanti tak selamat...hehe...


~Aini
~nuriz_min@yahoo.com
~http://ainatulsholehah.blogspot.com/
~pembina.com.my