Wednesday, October 20, 2010

Di Sebalik Hari Graduasi

Di sebalik “Graduation day”

Tahniah.

Tahniah.

Congratulation!

Weldone!

Ini ada cerita

Cerita tentang dia

Dia seorang pengembara

Menggembara mencari erti kata cinta

(psssstttt asyik-asyik cinta hehehe)

Selamat bergraduasi.

Alhamdulillah.

Sudah mendapat pengiktirafan dari universiti tempat menimba “cinta” (ilmu)

Disebalik kejayaan ini, banyak suka dan duka yang dah dilalui.

Suka yang memberikan semangat untuk terus berjuang dan belajar

Duka yang mengingatkan diri supaya sentiasa menetapkan hati dan terus berusaha.

Walaupun kadang kala diri merasakan kejayaan ini seolah-olah menjadi asbab diri diuji sedemikian rupa, namun nikmat yang Allah berikan tidak harus dilupakan.

Ada kalanya, keluh kesah dan menyesal kerana mengambil jalan ini.

Namun, akal masih menguasai.

Jalan terus dilalui.

Denai terus diredahi.

Ketika kaki kanan melangkah masuk ke dewan kovokesyen, satu perasaan yang sukar digambarkan.

Terharu, terkilan, gembira, suka, sedih, sehingga hampir mengalirkan air mata di hadapan pintu masuk.

Langkah seolah-olah mahu berhenti.

Hati sudah terpatri.

Indahnya menjadi penimba ilmu untuk cinta hakiki.

Di sini,

Aku diajar berdikari,

Agar mampu berdiri sendiri,

Walau tiada teman disisi,

Yang pasti,

Aku tidak pernah bersendiri,

Allahurabbi,

Sentiasa dekat malah lebih dekat dari urat nadi,

Langkah harus terus diteruskan,

Hidup perlu pengorbanan,

Korbankan keinginan untuk terus berada di sini agar boleh terus berbakti,

Anak-anak didik mengharapkan dipimpin ke daerah suci,

Ayuh bangun,

Melangkah,

Biar jatuh rebah,

Asal jangan mengalah.

p/s tengah berdebar menunggu tempat untuk mengajar. Doakan ia adalah terbaik buat hamba.

No comments: