Friday, October 28, 2011

My cute "MANOK" and "ITIT"


Location: In front of my sis house.

They are very cute.

Allah create they baby with a cute face so everyone will take care of them.

Allah create a cute "manok" and "itit", heeee i love them

Wednesday, October 26, 2011

Masih mencari...sentiasa mencari...Cinta Allah buat diri

TEKAD.

ITU YANG PERLU.

boleh membacanya di sini


MUKJIZAT CINTA 1

MUKJIZAT CINTA 3


“ Setiap yang bernama insan pasti akan berhadapan dengan ujian di dalam hidupnya. Kadang-kala ujian itu datang silih berganti dan mungkin menyebabkan kita sukar untuk bangkit kembali. Tapi nurul kena ingat, Ujian ini boleh membuatkan kita semakin kuat daripada sebelumnya dan Kadang-kala ujian ini juga boleh membuatkan kita rebah tersungkur. Kadang-kadang dengan satu ujian sahaja kita boleh hilang arah dan boleh membuat keputusan yang luar biasa..”



UJIAN BUAT SAYA.

UJIAN BUAT KITA.

Allahurabbi. Saya tahu ini tarbiyyah Allah...saya kena bangkit.

Jangan mengalah.

Teruskan berusaha.


Solehah Go...Go..GO..

"Ujian ini datangnya dari Allah.. maka ada kemungkinan besar bahawa Allah s.w.t menyimpan sesuatu yang lebih baik untuk kita yang tidak kita ketahui apa yang bakal berlaku selepas ini. Jadi, kepada siapakah lagi yang harus kita harapkan jika tidak dikembalikan kepadaNya kerana Dia adalah yang Maha Berkuasa dan Penyelesai kepada semua masalah serta ujian-ujian kehidupan."


jangan pernah ada dendam di dalam hati ini..jika ada orang yang buat zalim kepada kita, kita balaslah kezaliman itu dengan kebaikkan.cukuplah Allah yang membalas rasa sakit hati tu sebab kalau kita balas jugak, kita tak kan dapat apa-apa kecuali hanya sekadar memuaskan nafsu dan memberikan kesan yg sgt buruk..bersabarlah kerana itulah asas bermulanya sebuah kejayaan..”

Ya Allah.. jauhkanlah antara diriku dan dosa-dosaku sepertimana Engkau jauhkan antara timur dan barat. Ya Tuhanku…sucikanlah aku sepertimana Engkau sucikan pakaian putih dari segala kotoran.. Ya Allah Tuhanku..Bersihkanlah aku dari segala dosa-dosaku dengan air, salji, dan kesejukan

Thursday, October 20, 2011

Kem Remaja Wawasan 2011 dan Tentang Program Talaqqi Intensif 2012




Assalamu’alaykum, Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak [PERKEPIS] akan menganjurkan KEM REMAJA ISLAM WAWASAN 2011 (KREW ’11) pada 28-30 Oktober 2011 bertempat di Pusat Latihan Sarawak, Telaga Air, Kuching, Sarawak.

- Tiada yuran dikenakan.
- Terbuka kepada pelajar Islam TINGKATAN 3 ***SAHAJA (lelaki dan perempuan) dari beberapa sekolah terpilih di sekitar Bandaraya Kuching.
- Penyertaan telah dibuka dan dihantar melalui sekolah. Sila hubungi pihak sekolah anda sekiranya berminat.
* Namun, pelajar selain daripada sekolah-sekolah yang telah terpilih juga boleh mendaftarkan nama sekiranya ada kekosongan.
- Untuk mendaftar, sila hubungi:
- Sdra Adli Hafiz Bin Abdilah [010-9879197] atau Sdri Majidah [019-8287505]

- Sesiapa yang berminat sila hubungi nombor tertera secepat mungkin.

Terhad untuk 80 orang peserta sahaja!


PERKEPIS juga mengalu-alukan sumbangan kewangan daripada mana mana pihak, dan kepada yang ingin menyumbang, bolehlah berhubung dengan Saudara Adli Hafiz bin Abdilah di talian 010-987 9197 ataupun Saudari Majidah binti Bujang di talian 019-8287505.

Maklumat terkini akan di kemaskini dari semasa ke semasa.

.:Berjasa Kepada Masyarakat:.

MOHON SEBARKAN~ syukran





Program Talaqqi Intensif 2012 ialah sebuah majlis pengajian kitab secara talaqqi yang diadakan secara intensif selama 3 hari 2 malam. Sasaran pengajian adalah sehingga khatam dan memperoleh ijazah daripada Syaikh Muhammad Fuad Al-Maliki untuk kitab:

Aqidah Islam

Klik di sini untuk membaca ringkasan kitab ‘Aqidah Islam.

(Insya Allah, para peserta akan dibekalkan dengan kitab tersebut, yang sudah termasuk dalam yuran program.)

Program ini adalah terhad kepada 300 peserta pertama setelah pendaftaran dibuka, keutamaan kepada mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Australia-New Zealand yang balik bercuti dan mahasiswa-mahasiswi IPT di Malaysia.

Insya Allah, peserta yang berjaya mengikuti pengajian ini akan dianugerahkan ijazah dan sijil.

Sama-sama kita sentiasa mensucikan niat agar segala usaha kita ini dinilai sebagai jihad pada jalan Allah, memperjuangkan kemuliaan institusi ilmu dan ‘ulama Ahlus Sunnah Wal Jama’ah demi kebaikan umat Islam secara umumnya.

Program ini adalah dengan kerjasama erat daripada pihak mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Australia-New Zealand, Yayasan Sofa, APIS, I Luv Islam dan mahasiswa-mahasiswi UIAM serta beberapa IPT di Malaysia.

Monday, October 17, 2011

saya sokong HIMPUN ~ dari blog mantan YDP Perkepis

klik pautan asal di sini Khairul Anwar


Saya ingin hadir di HIMPUN. Bersama-sama yang lain dengan tekad "Selamatkan Akidah Umat". Namun, keinginan saya tersekat kerana kekangan yang timbul. Sekalipun jasad saya tiada di HIMPUN, sekurang-kurangnya dizahirkan azam saya di sini. Supaya semangat saya bersama yang lain di HIMPUN.

Saya masih ingat dengan jelas. Menyaksikan perhimpunan umat Islam di Masjid Wilayah Persekutuan dan Istana Kehakiman. Berhimpun menunjukkan kesatuan umat berdepan ancaman terhadap Islam. Siapa-siapa yang hadir di Stadium Shah Alam 22 Oktober nanti perlu sentiasa ingat. Bersama-sama dalam perjuangan ini, bukan setakat yang hadir di HIMPUN.

Perjuangan "Selamatkan Akidah Umat" ini bukan sekadar retorik dan metafora politik. Kedudukan Islam di Malaysia (baca Isu Semasa) bahkan di seluruh dunia (baca Isu Semasa & buku "Panting Islam As The New Enemy") benar-benar terancam. Baik secara nyata mahupun sembunyi-sembunyi. Nah, kita buat apa!?

HIMPUN bukan permulaan perjuangan ini. Sudah pasti bukan pengakhirannya. Jangan bersemangat musim-musiman. Perjuangan ini bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Setiap seorang daripada kita ada tanggungjawab. Kita perlu berfungsi dan berperanan atas kapasiti dan di lokaliti masing-masing.

Dalam perjuangan ini, jangan tunggu dijemput. Ikut, untung. Tak ikut, rugi. SELAMATKAN AKIDAH UMAT !

MENCARI TEMAN DALAM KEMBARA ILMU

Sebelum ini, saya bercakap mengenai KESEORANGAN.

Kali ini mahu berTEMAN.

Fitrah jangan sampai jadi Fitnah.

Teman untuk sama-sama mengembara mencari ilmu.

Seorang sahabat berkongsi pendapat supaya merindui masa akan datang.

Dan sungguh saya merinduinya.

Di saat berpimpin tangan dengan ibunda tersayang, melambai-lambai kaabah di bumi Allah.

Saat bermusafir bersama bonda tercinta untuk menziarah makan baginda Rasulullah saw.

Rindukan debu-debu jalanan yang menerpa sepanjang perjalanan kembara ilmu.

Rindukan tarbiyah bumi tempat berlakunya Isra Mikraj. Rindukan tarbiyah bumi tempat berkumpulnya para wali Allah.

Saya rindukannya.

Mahu saja kaki ini melangkah ke sana.

Mencari TEMAN di kembara ilmu membuatkan saya memilih untuk ber"teman".

Berteman dengan kegelapan malam yang disinari cahaya rembulan.

Bertemankan cahaya sang mentari yang menyinari.

Bertemankan subuh yang riuh dengan suara unggas.

Bertemankan rumput-rumput hijau yang melambai-lambai sepanjang perjalanan.

^_^

dan hakikat berteman...Allah sentiasa menemani kita di mana sahaja kita berada.



Thursday, October 13, 2011

KESEORANGAN



saya sangat sukakan gambar ini.

Di malam gelap, kita keseorangan, apa yang paling kita takutkan?

Media terus mempromosikan kepercayaan tahyul dan kurafatnya, namun kita perlu dan mesti yakin bahawa Allah jua tempat kita bergantung harap.

"mereka" di alam sana juga wujud. Tapi "ketakutan" perlu pada Allah sahaja.

Terus terang, saya lebih takutkan seorang "MANUSIA" daripada makhluk "di sana".


KESEORANGAN.

Buat sahabat saya, Hewi Perkepis tahu sangat apa saya maksudkan. Termasuk teman rumah sewa saya, haryati dan kak ada.

Mereka tahu kegelapan dan keseorangan apa yang saya maksudkan.

Di akhir kelak kita keseorangan.

Dan yang pasti bila tiada manusia mahukan kamu, kamu akhirnya akan kembali kepada Allah kerana Allah sentiasa ada buatmu.

Berkata memang mudah, apatah lagi sekadar bermadah di alam maya.

Namun pada hakikatnya, semuanya tidak akan terungkap jika tidak terlintas di dalam hati.



Jika aku ditakdirkan "sendiri" di dunia ini...aku perlukan 3S - Solat, Sabar dan yang pasti aku mesti SYUKUR.

Hanya dengan Syukur sahaja aku dapat menerima segala ketentuan hidup.

Tahu ia Sukar.

Tahu ia "keras" (terjemahan dari perkataan hard)

Namun hidup perlu diteruskan.


**mash cuba membunuh virus 3M dalam diri ~~~Mengeluh, Merungut, Menyesal~~


Saturday, October 8, 2011

Belukar kehidupan

Belukar kehidupan.

Semak samun.

Di dalamnya ada bermacam-macam.

Banyak kemungkinan boleh berlaku.

Dalam melalui liku kehidupan, hamba mengakui banyak yang silap.

Air mata mengalir tanpa disuruh.

Saya rindu.

Saya rindu.

Rindu saat berkejaran ke Masjid Assyakirin dan Masjid Negara.

Rindu mahu berulang alik ke KL Sentral.

Rindu mahu tiket KTM, LRT, Monorail, Bas, Kapal Terbang...

Tiket yang saban hari saya miliki.

Saya rindukan semuanya.

Itu peristiwa semalam yang amat saya rindukan.

Rindu pada Masjid Wilayah Persekutuan.

Saya rindukan semuanya.

Sahabat-sahabat saya berada di Janda Baik, Pahang. Kem Berambeh Sarawak 6.

Walaupun jauh, saya merasakan kebahagiaan di sana. Hanya yang terpilih akan menghadirinya.

Saya masih di sini, masih bertatih. masih meneroka ilmu yang ada di dunia ini.

"Never let yesterday use too much of today- Bob Proctor- JAngan biarkan semalam mengambil masa hari ini. JAngan suka merungut menyesal dan mengeluh atas peristiwa yang dah berlaku. Niat esuk untuk hidup penuh keimanan dan cari redha Allah dan betulkan kesilapan diri sendiri dan
berhenti mencari kesalahan orang melalui berita tv dan akhbar dan blog"



saya ambil kata-kata ini daripada facebook Prof Dr Muhaya.

Mengeluh.

Merungut.

Menyesal.

Hidup ini memang tidak seperti yang kita jangka, kadang-kadang perkara yang selalu kita beri peringatan pada diri sendiri, kadang-kadang itu yang Allah uji kita.

Sukar nak redha pada apa yang dah berlaku kepada kita.

Tapi jika kita melihat semuanya kerana Allah, kita akan redha dengan apa yang berlaku.

"Orang yang sebenar terpenjara ialah mereka yang terpenjara olehnnafsu dan berdada sempit disebabkan kurang keyakinan pada Allah. jika kita risau bererti kurang kebergantungan keoada Allah. Jom kuatkan keyakinan ada Allah dengan mencari ilmuOrang yang sebenar terpenjara ialah mereka yang terpenjara olehnnafsu dan berdada sempit disebabkan kurang keyakinan pada Allah. jika kita risau bererti kurang kebergantungan kepada Allah. Jom kuatkan keyakinan ada Allah dengan mencari ilmu"

ini juga saya petik dari laman facebook Prof Dr Muhaya.

Kita merasakan hidup kita sempit kerana kita tidak bergantung kepada Allah.

Kita tahu, kita sangat jauh dari Allah. Tapi mengapa kita masih melengah-lengahkan masa.

Maaf, saya hanya manusia biasa, masih mencari cinta dan redha Allah.

target kita ialah Allah. Serlahkan aura positif dalam diri kita.

Blog ini wujud kerana saya mahu berkongsi rasa. untuk peringatan di hari tua. Untuk meninggalkan kebaikan di dunia tika saya sudah bertamu di kuburan nanti.

Kita tahu kita memang belum jadi yang baik, tapi itu bukan alasan untuk mendiamkan diri.

Sahabat saya berpesan kepada saya, jangan riak melakukan kebaikan. maksudnya, jangan segan melakukan kebaikan dan teruskan melakukan kebaikan, jangan merasakan cukup melakukan kebaikan sehingga kita malu untuk berbuat baik.

berbuat baiklah, walaupun kamu merasakan kamu berlakon di dunia nyata, teruskan melakukan kebaikan. minta pada Allah ditetapkan dalam Iman kita. Inilah yang akan memelihara kita.

Minta maaf jika saya berlagak saya pandai, bajet bagus, tapi ini peringatan bersama.

pesan dari Ustaz pahrol, berbuat baik sehingga kamu penat untuk berbuat jahat.