Wednesday, February 17, 2010

Hidup ini sebuah perjalanan

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum wbt.

coretan ini coretan tentang perjalanan.

Dalam kehidupan terpulang kepada kita bagaimana kita mewarnai lakaran yang bakal kita tempuhi setiap hari.
3 hari perjalanan:
1. hari sabtu: sepang-nilai-kl sentral-terminal putra-uia gombak.
2. Ahad: Uia gombak-terminal putra-masjid jamek-pasar seni-dataran merdeka-masjid jamek-masjid negara
3. Isnin: masjid negara-pasar seni-terminal putra-uia gombak-sg pisang-uia gombak-kota raya-pudu raya-tanjung malim

3 hari yang cukup memenatkan. Malam sabtu bermalam di teratak @Raufa sufrina di uia.
Malam ahad bermalam di masjid negara selepas "task force: jom cegah zina" di masjid jamek.
Malam isnin sampai di UPSI.

Satu perjalanan yang bermula pada 13 Februari 2010. Bermula cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina. Sahabat-sahabat serumah sudah mempunyai destinasi masing-masing naum aku masih berada di rumah. Tiada tempat mahu ditujui. Mesej dan panggilan kepada rakan-rakan tidak berbalas. Allah menguji agar aku berbaik sangka. Mereka masing-masing ada urusan yang perlu diselesaikan.

Sambil menunggu sahabat yang berpraktikum di sekolah berlainan tapi duduk di rumah yang sama, mereka masih bersekolah kerana hari ini merupakan hari sukan sekolah. Usai mengemas rumah dan barang-barang, aku membuat panggilan kepada adik junior yang berada di UPSI. Alhamdulillah, mereka sudi menerimaku untuk bermalam bersama mereka. Tidak lama selepas itu, satu mesej dari sahabat di UIA Gombak membalas panggilan yang tidak berjawab. Alhamdulillah. Di sana juga ada tempat untuk aku. AKhirnya aku menginap sementara di UIA Gombak kerana pada keesokannya hari ahad, aku perlu ke Masjid Jamek untuk program Task Force : Jom Cegah Zina bersama JAWI dan sukarelawan dari Karisma dan JIM serta LANDAS negeri Sembilan.

Pelbagai karenah yang dilalui sepanjang pengalaman.

Alhamdulillah.

Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan seharian adalah ketetapan Allah dan yang pasti setiap ketetapan itu membawa kebaikan kecuali kita yang menolaknya.

"Aku tak punya siapa,

Aku hanya pengembara,

Yang menumpang kasih,"

Terima kasih buat semua sahabat yang sudi membantu aku. Hanya Allah mampu membalas jasa-jasa kalian.

Friday, February 5, 2010

Transit ke alam baru: bermulanya sebuah perjuangan

Syukur Alhamdulillah.

Sudah seminggu saya bergelar GURU PELATIH. 2 minggu pertama kami hanya menjalankan ROS.

Alhamdulillah. Satu permulaan menukar rutin kehidupan. Jika dulu saya akan datang ke kelas untuk menadah ilmu dari guru dan pensyarah tapi hari ini posisi saya bukan duduk menadah ilmu tapi menjadi insan yang memberikan ilmu.

Kimia tingkatan 4 dan sains tingkatan 4 telah dipertanggungjawabkan kepada saya. Anak didik berbilang bangsa, melayu, cina dan india. Satu kehidupan yang telah diatur oleh Allah SWT.

Pelbagai halangan yang saya tempuhi pada peringkat pertama.

berhadapan dengan pelajar yang berbilang kaum cabarannya berbeza.

"kakak cikgu"

"budak form 5"

antara senario yang dialami cikgu-cikgu muda.

Dalam kesibukan menjadi pendidik, satu perkara yang harus dalam diri setiap mereka yang sayangkan Islam.

Ini medan JIHAD kita. Kita selalu bercakap mengenai jihad tapi kali ini kita berada dalam jihad yang tiada penghujungnya...

Setiap hari tika kaki melangkah menuju ke sekolah, Dengan Nama Allah, aku bertawakal. Ini jihad mendidik anak bangsa dan jihad menegakkan Islam dalam diri generasi muda.

Allah permudahkan setiap perjalanan hamba-hamba-Nya yang sentiasa mengharapkan pertolonganNya.Kita tidak perlu takut atau gusar dengan ancaman-ancaman luar kerana Allah jua lah tempat kita bergantungharap.

Setiap kesukaran dan kesusahan yang kita alami itu adalah satu tarbiyyah dan ujian daripada Allah kepada hamba-hamba yang Allah sayangi.

Sesungguhnya hati ini adala milik Allah. begitu juga hati pelajar-pelajar kita. Maka mohonlah kepada Allah agar hati merekadipermudahkan dan dilembutkan untuk menerima tunjuk ajar dan didikan kita.

Tika mana kita merasakan kesusahan yang dialami itu adalah ketentuan Allah yang tidak sia-sia, hati kita akan lebih tenang dan kita mempunyai kekuatan yang luar biasa dalam menjalankan tugasan sebagai seorang pendidik yang sememangnya memerlukan pengorbanan yang besar.

Ya Allah, Tuhan sekalian alam. kami memohon kekuatan agar kami kuat dalam mengharungi cabaran-cabaran yang semakin sukar dalam mendidik anak bangsa kami. Berikanlah kami kekuatan iman agar kami sentiasa berada dalam rahmat dan redha Mu dalam setiap perkara yang kami lakukan.