Sunday, November 22, 2009

Saya balik kampung dulu..Doakan Allah tetapkan Iman dan Islam dalam diri kita

Assalamualaikum wbt...

Balik kampung......alhamdulillah


Hooreeeeeeeeyyyyyyyyyyy

hepi sangat...hehe

Saturday, November 21, 2009

Copy Paste blog orang: Antara Study dan usrah

Pesanan dari pemilik blog ini: kisah ini berkaitan dengan apa yang saya lalui...hayati dan perbaiki diri

Perbaiki Dirimu




"Class cancel! Alhamdulillah. Leh la balek awal sikit hari ni." Im berkata kepada dirinya sendiri.

Selalunya kuliah hari Isnin amat padat. Dari seawal jam 8 pagi hingga 2 petang tanpa sela. Kebiasaannya Im akan solat dhuha sebelum kuliah. Tetapi hari itu dia agak terlambat bersiap. Dalam kelam-kabut berpakaian, dia terlupa untuk memperuntukkan masa untuk solat dhuha. Sepanjang kelas tadi dia berasa agak kesal kerana tidak berpeluang untuk menunaikan ibadah sunat yang hampir tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah itu. Diriwayatkan, ketika sedang bermusafir pun Rasulullah masih menyempatkan diri menunaikan solat sunat Dhuha. Di samping itu, banyak berkah yang dijanjikan dengan solat Dhuha.

"Hah, sukalah kau yek. Leh balik tidur!" Sergah Jepa dari belakang. Teman sekuliahnya itu memang suka mengenakan orang.

"Mana ada nak tidur, nak study la. Haha.."

"Ye la tu. Aku baru tahu hari ni ade perkataan study dalam kamus hidup kau. Hahaha." Rahmat menyakat.

"Heh..Rahmat nih...menyibuk je. Tapi melampau sangat kut tu..Haha.." Im cuba tersenyum. Gurauan dari Rahmat itu kelihatan seperti ada maksud tersiratnya.

"Aku gurau je la. Weh, balik naik ape nih? Jalan kaki jauh. Ada yang bawak kereta?"

"Aku bawak. Jom tumpang aku!" Tiba-tiba Vicknish menjerit dari belakang. Menawarkan kereta Proton Wajanya untuk ditumpangi.

"Nice one la Vicky...ko memang sahabat yang baik. Kalau duit scholar dah masuk nanti aku belanja kau makan. Tapi macam biasa, RM3 je." Jepa menanam tebu di tepi bibir.



Adat manusia, orang dah buat baik barulah dijadikan kawan. Teman tertawa mudah dicari, tetapi teman menangis sukar ditemui. Sebuah ungkapan yang pahit tapi benar.

"Dahla kau. Cakap lebat je. Nanti scholar masuk aku tuntut baru tau. Dahla, jom balik. Nak tumpang baik cepat. Aku ada hal lepas nih."


Mereka berempat pun melangkah menuju ke kereta dengan kadar segera.

*****

"Ok Vicky. Thanks a lot. Pergi dulu ye." Im mengucapkan terima kasih.

"No prob."

"Mat, ko nak balik bilik terus ke?"

"Aah, kenapa?"

"Kau dah buat tutorial Process Instrumentation? Petang ni ada tutorial kan? Aku tak siap lagi la. Leh pinjam?"

"Dah. Nak pinjam boleh je. Kenapa kau tak siapkan malam tadi je. Semalam kan kita free je."

"Owh, semalam aku ade kerja sikit. Balik lambat. Ingat nak buat lepas tu, tapi tertidur."

"Kerja apa? Usrah?"




"Em.." Im hanya mengiyakan. Hatinya mula berdetik, 'Mamat ni nak ungkit pasal study aku lagi ke ni..'

"Kita bila masuk universiti ni, yang paling penting study. Belajar tu kena sungguh-sungguh. Kan tanggungjawab tu. Amanah. Mana boleh buat main-main. Jangan sampai kita mengabaikan study." Rahmat mula memberi nasihat.

Im sememangnya sudah agak lama merasakan yang Rahmat selalu mengungkit masalah belajar. Ini bukan pertama kali dia dinasihati dengan ayat-ayat sinis seperti itu. Dalam benaknya, seakan-akan Sazali ini anti dengan mereka yang menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti keislaman seperti usrah, halaqoh dan lain-lain. Rahmat sendiri merupakan antara pelajar cemerlang dalam jurusan yang diambilnya. Kebetulan pula, pencapaian akademik Im agak merosot baru-baru ini. Ramai yang mengatakan penyebabnya adalah kesibukannya dengan aktiviti dakwahnya.

'Bukan dakwah yang menyebabkan result aku jatuh. Aku sendiri yang tak urus masa aku dengan baik. Aku banyak buang masa semester lepas. Padahal masa aku tak macam orang-orang lain. Waktu untuk aku belajar tak macam orang lain. Tapi orang lain memang akan anggap semua ni salah dakwah. Tu yang susah tu. Orang yang teruk sebab asyik main game takde pulak diorang nak sound-sound macam ni.' Im bermonolog.

"Mat, terima kasih atas nasihat kau. Aku rasa aku faham apa yang kau cuba sampaikan selama ni. Macam ni la. Sebenarnya kat IPT ni kita boleh kategorikan pelajar-pelajar yang ada ni kepada 4 jenis. Yang pertama, orang-orang yang mantap akademiknya. Kedua, orang yang mantap dari sudut keagamaannya. Yang ketiga yang mantap dari segi kedua-duanya. Dan yang keempat ni pulak, kedua-duanya hampeh. Yang keempat ni kita tolak tepi dulu. Yang ketiga ni pulak dah bagus, dan ini yang kita cuba jadi. Kita fokus pada yang pertama dan kedua ni."

Sazali hanya terdiam mendengar.

"Golongan yang pertama ni, aku rasa diorang tahu yang diorang sebenarnya dalam mencapai kejayaan akademik, perlu juga memantapkan sudut keislaman diorang ni. Tapi mungkin sebab diorang rasa diorang ni belum mampu lagi nak jadi lebih baik, dalam erti kata, ada benda-benda yang diorang masih susah nak buat, macam solat berjemaah, melazimkan bacaan Al-Quran dan lain-lain. Kalau yang perempuan, menutup aurat dengan sempurna dan sebagainya. Tapi aku yakin yang diorang ni sebenarnya nak jadi lebih baik. Tapi bila diorang tengok golongan-golongan kedua ni pulak, diorang selalu menyalahkan mereka. Nak jadi baik tapi tinggalkan dunia. Tapi bagi aku, golongan kedua ni, bukan diorang taknak memperbaiki cara belajar diorang, tapi mungkin belum jumpa caranya. Sebab kalau seseorang tu betul-betul berislam dengan baik, dia amat menyakini yang dalam hidup ni kita kena cemerlang dalam kedua-duanya, dunia dan akhirat. Sebab itu yang Allah firmankan :

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.
[Al-Qasas 28:77]



Jadi kita sebagai orang yang mungkin tergolong sama-ada dalam golongan pertama dan kedua ni, boleh tak kalau kita ubah mind set? Bila tengok golongan pertama ni, jangan pulak kita anggap diorang ni tahu nak score pelajaran je, taknak cuba baiki diri pun. Tapi cuba fikir macam mana nak bantu diorang ni supaya dapat dekat dengan Islam. Dan kalau kita tengok golongan yang kedua ni, jangan pulak kita anggap diorang ni tahu nak ibadah je, dunia tinggalkan. Tapi cuba kita bantu diorang ni, macam mana nak efektifkan masa belajar, bantu diorang dalam pelajaran diorang. Bagi nasihat pada diorang baik-baik. Baru masyarakat kita maju. Bukan asyik salah-menyalahkan antara satu sama lain. Dan kita kena ingat jugak, nabi pesan, dunia ini ladang akhirat. Maksudnya, apa yang kita capai kat dunia ni, hanyalah untuk akhirat kita. Macam manapun, core businness kita tetap akhirat." ulas Im panjang lebar.

Im kelihatan melepaskan apa yang terpendam dalam dirinya selama ini. Bukan memarahi, tetapi mengharap supaya difahami. Namun mungkin terselit sebersit kegeraman terhadap mereka yang selama ini memandang serong terhadap para aktivis dakwah.

Rahmat hanya terdiam. Mereka terus berjalan, melewati surau dan parkir basikal. Sesekali terdengar kicauan burung di waktu pagi. Sinar mentari waktu dhuha mendamaikan mereka yang ingin mencari ketenangan daripada Rabbnya. Tiba di bawah blok kediaman mereka, Rahmat mula berbicara,

"Sebenarnya aku cakap selama ni bukan aku tuju kat kau Im. Aku tau kau memang nak baiki diri. Tapi mungkin kau malas-malas sikit kut." Katanya sambil tersenyum tawar.

'Aik, bukan selama ni aku ke yang kau fire-fire. Ape maksud kau ni?' Im hanya terdiam. Membiarkan Rahmat meneruskan ayatnya yang kelihatan tergantung.

"Aku tak kisah orang nak buat kerja-kerja agama ni. Tapi janganla ikut usrah, tapi perangai teruk lagi daripada orang tak ikut usrah. Malam-malam pergi usrah, siang tak pergi kelas. Assignment tau nak salin orang je. Lepas tu main game, baca komik, tengok movie, sampai tak study. Aku jadi tension la. Nanti dah dekat due date, mesti jumpa aku : Mat, dah siap assignment? Aku salin ye."

"Siapa yang kau maksudkan ni Mat?"

"Meh datang bilik aku. Nanti kau faham. Lagipun kau nak pinjam tutorial kan?"

Mereka berdua melangkah ke bilik Mat. Apabila pintu dibuka, kelihatan roomate Mat sedang tidur. Tidak ke kelas. Nak bersangka baik, payah sekali.


'Dia ni ke yang Rahmat maksudkan? Aku kenal dia ni baik. Tapi mungkin iman dia tengah down kut, sebab tu dia banyak wat benda-benda mengarut ni. Aku yakin, naqib usrah dia kalau tahu benda ni mesti dia akan tegur.' Itulah sebaik-baik persangkaan yang boleh diberinya kepada roomate Rahmat.

"Sekarang kau faham kan? Aku tak tau macam mana nak tegur. Roomate aku kut. Tiap-tiap hari jumpa, nak sound-sound kang tak aman duduk sebilik."

"Sabar...Sabar..nanti kita tolong dia. Mungkin dia tengah ade problem kut. Aku rasa bukan tiap-tiap masa dia macam ni kan?"

"Entahlah Im. Tapi aku rasa, orang yang ikut usrah patutnya lagi baik dari ni."

"Jangan salahkan usrah. Orang yang ikut usrah tu je yang belum mengamalkan dengan sempurna apa yang dipelajarinya. Kena ingat gak, syaitan-syaitan yang datang menggoda orang-orang yang cuba mendekatkan diri dengan Islam ni mesti lagi power daripada yang datang pada orang-orang yang biasa-biasa. Tu yang kalau kita tak kuat, kadang-kadang kecundang. Takpelah. Nanti aku cuba apa yang patut."

"Em. Nah, ni jawapan tutorial aku. Nanti bagi masa kat kelas ye. Kalau tak paham, tanye la."

"Ok, thanks. Aku balik bilik dulu ye."

Ibrahim meninggalkan bilik itu dengan pelbagai perasaan. Serba salah, kecewa dan keazaman berbaur dalam hatinya. Dia serba salah kerana telah bersangka buruk dengan Rahmat selama ini, menganggap Rahmat anti kepada aktivis-aktivis dakwah. Kecewa dengan pelbagai sikap para da'i yang wujud di kampus tempat dia mencurahkan baktinya. Dan keazaman, untuk memperbaiki dirinya agar dakwah akan dipandang mulia semula.

Memang itulah cabaran seorang yang ingin membawa Islam. Mereka pasti akan dituju dengan kata-kata yang tidak menyenangkan hati, hanya atas kesilapan-kesilapan yang dilakukannya. Yang menjadi masalahnya, nama Islam diburukkan sekali.




"Macam ni ke nak jadi Da'i!? Tak reti sopan santun langsung!" Jerit seorang yang ditegur, mungkin secara tak berhikmah.

"Nak bawak Islam, tapi belajar malas. Baik tak payah berdakwah kalau macam ni." Rungut seorang lagi.

Teringat pesan seorang Ikhwah :

"Akh, nak berdakwah ni kita kena pastikan kita berusaha menjadi yang terbaik di antara mad'u-mad'u kita. Selalulah ingat siapa diri kita. Kita ni Da'i. Mereka yang mengajak kepada Allah. Menyeru umat untuk memperbaiki diri mereka, untuk mencari redha Allah. Dan kita perlu menunjukkan contoh yang baik kepada mad'u kita. Siapa yang akan dengar kata orang yang cakap tak serupa bikin? Seru orang tinggal maksiat, perjuangkan Islam, pelihara hak-hak Allah, tapi akhlaqnya hancur? Prestasi keduniaannya hampeh? Lebih teruk lagi kalau dia sendiri bermaksiat. Sebagai da'i kita tak boleh seperti kawan-kawan kita yang lain. Ingat, masyarakat akan menjadikan kita kayu ukur. Segala yang kita lakukan akan menjadi hujah mereka. Kalau da'i bercouple, orang umum boleh menganggap berzina tu benda biasa. Kalau Da'i tengok movie, diorang tengok benda-benda yang jauh lebih mengarut. Dan mereka pula akan sentiasa mencari titik salah kita. 10 kebaikan yang kita lakukan akan sirna hanya dengan 1 kesilapan yang mungkin kita anggap kecil. Dan sentiasa ingat, kesilapan kecil yang kita lakukan akan dipandang besar oleh orang lain. Memang susah, tetapi inilah tugas Da'i yang ingin menyeru orang lain ke jalan Allah. Kita perlu terus berusaha dan bersabar. Dan ingat, kita takkan mampu ubah orang lain selagi kita tidak mengubah diri kita sendiri."

'Ya-Allah, bantulah aku untuk memperbaiki diriku. Ampuni aku jika selama ini aku menjadi fitnah kepada dakwah dan menyebabkan orang lain semakin jauh dariMu Ya-Allah. Sesungguhnya aku berharap agar mereka semua kembali kepadaMu. Aku cuba mengimani pesan RasulMu bahawa aku ini masih belum beriman sekiranya masih belum mencintai saudara seislamku sepertimana aku menyintai diriku sendiri. Aku sendiri ingin menyelamatkan diri daripda azabMu, begitu juga aku harapkan bagi mereka. Berikan mereka kefahaman tentang agama Ya-Allah. Bantulah aku dalam membimbing mereka...'

Im terus berdoa di dalam hatinya...




Ampunkan aku Ya Allah, Maafkan aku wahai teman

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah. esok 22 november 2009 saya akan berangkat balik ke kampung halaman, Sarawak ibu pertiwiku.

Alhamdulillah, esok hari terakhir saya berada di UPSI.

Alhamdulillah, esok saya akan berjumpa dengan keluarga saya.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Sebelum balik, 17 November 2009 saya sempat menjenguk sekolah tempat saya berpraktikum nanti. Mengenal erti GURU bukan sekadar berkuliah di UPSI tetapi menjadi guru pelatih di sekolah. Itulah realiti sebenar hidup seorang guru.

Terima kasih buat sahabat, Ainin Nadzrah, Zunaizah, kak Hani dan Kak iz sama mengharungi perjalanan hampir separuh hari menaiki kenderaan awam, SMK Seri Sepang bukan dekat, hampir 3 jam perjalanan baru sampai. 4 dariapda kami ada lesen kereta tapi smeua tak berani nak drive lagipun xberapa tahu sangat jalan.

*************************************************
Ya Allah, bantu hambaMu.
*************************************************
Maaf buat teman-teman saya sepanjang saya di UPSI andai saya terkasar bahasa atau tersilap bicara.

Maaf sebab kadang-kadang saya merajuk atau marah. Saya akui saya kuat merajuk. Tapi saya diamkan sahaja. Andai ada yang terasa, sebab saya akan berdiam diri apabila dalam keadaan ini. Tapi xmengapa, dia akan sejuk sendiri.

Maaf kepada sesiapa yang saya tak terbayar hutangnya. Dan kepada sesiapa yang berhutang dengan saya InsyaAllah saya halalkan ( tapi kena beringat lain kali, sedih juga bila orang buat tak tahu je dengan hutang-hutang mereka, sebab saya pun bukan anak orang kaya. Ada juga la terasa). Saya bukan jenis suka mendesak dan saya tak akan menuntut bayaran hutang kecuali si penghutang yang beringat sendiri. Cuma peringatan di sini, jika berhutang, cepat-cepat la bayar.

Maaf andai layanan saya pada sahabat-sahabat. Saya bukan seorang yang pandai sangat melayan orang. Sebab sejak dari sekolah menengah saya biasa berseorangan. Sudah terbiasa berdikari.

*************************************************
Saya akan pergi tinggalkan bumi tanjungmalim ini. Mungkin sementara waktu atau selama-lamanya. Datang sebagai alumnni semasa pesta konvokesyen nanti. Selepas itu, mungkin saya tidak akan hadir ke UPSI lagi kecuali ada hal tertentu.


Sunday, November 15, 2009

Manusia memang tidak akan puas hati

Alllah.

Allah.

Allah.

Saat ini, hamba hilang arah tuju.

Tika ini, hamba hilang cahaya.

Detik ini hamba perlukan kekuatan dari Mu ya Allah.

Hamba perlukan cinta dariMu Ya Allah.

Berat hati hamba untuk terus menongkah arus dunia tanpa cintaMu ya Allah.

Berat langkah hamba melayan karenah manusia yang tidak mencintai Mu Ya Allah.

Allah.

Allah.

Allah.

Jangan Kau bolak balikkan hati ini, setelah kau berikan hidayah.

Ya Allah, Ya Tuhanku.

Hati ini merayu padaMu. Berikan cintaMu Ya Allah.

Kurniakan hidayahMu pada hatiku Ya Allah.

Semakin dekat hari, Semakin aku rasa aku tidak layak untuk itu

Allahu rabbi,

Allah Tuhanku,

Wanita baik itu dijanjikan lelaki yang baik.

Itu janji Allah.

Sejauh mana aku menjadi wanita yang "baik"

Baik sebagai seorang hamba Allah.

Baik sebagai seorang anak.

Baik sebagai seorang adik.

Baik sebagai seorang kakak.

Baik sebagai seorang pelajar.

Baik sebagai seorang bakal guru.

Baik sebagai seorang ibu saudara.

Baik sebagai seorang cucu.

Baik sebagai seorang wanita.

Ya baik sebagai seorang wanita.

Sejauh mana aku melaksanakan tanggung jawab yang sedia ada.

Tanggungjawab baru yang bakal aku pikul,

Baik sebagai seorang isteri.

Baik sebagai seorang ibu.

Baik sebagai seorang menantu.

Bagaimana aku hendak menguruskan setiap perkara agar wanita "baik" itu.

Ya, hari itu bakal tiba.

Saat bunga disunting sang kumbang.

Saat di teruna menjemput si dara.

Ia bukan mengenai nafsu atau kehendak hidup semata-mata.

Ia penuh dengan tanggungjawab.

1. sebagai isteri-layanan kepada suami adalah yang paling utama, manakala suami layanan kepada ibu kandungnya adalah yang pertama.

2. sebagai seorang ibu/bapa- tanggungjawab ini bukan mudah. Bukan sekadar melahirkan zuriat tapi lebih penting mendidik zuriat tersebut. Itu lebih utama.

3...

4...

5...

dan banyak lagi tanggungjawab selepas itu.

Maaf.

Aku bukan wanita baik itu.

Aku masih merangkak.

Ya Allah, bantu aku memperbaiki diri ku. Aku juga inginkan seorang pendamping yang soleh. Insan yang sentiasa mendambakan cintaMU. cintanya akan mendekatkan Cintaku padaMu.

Friday, November 13, 2009

Pernah Kau berasa begini?

Assalamualaikum wbt...

Pernah anda berasa begini?

Bosan tanpa kerja.

Bosan tanpa teman.

Bosan.

Bosan.

Bosan.

Dan itu ayat yang selalu popular saya dengar.

Seorang sahabat saya menghantar SMS kepada saya.

"Jika Allah mendatangkan kebosanan kepada mu daripada makhluknya, Maka ketahuilah bahawa Dia hendak membukakan kepadamu pintu kesenangan dengan-Nya"

Maksud ayat ini: bila mana kita merasa bosan dengan apa yang ada di sekeliling kita, Allah nak suruh kita kembali kepadaNya.

Mendekatikanya.

Ini nasihat daripada sahabat saya.

Hari ini, ketika ini, saat ini.

Saya merasakan perkara sedemikian. Terus-terang, saya seorang yang mudah bosan.

Bosan dengan buku-buku lama saya, nak beli buku baru la tu.

Bosan dengan susunan dalam bilik saya.

Bosan belajar perkara yang sama dalam kuliah.

Bosan.

Bosan.

Dan bosan.

Tapi mudahan saya tidak bosan dengan KEISLAMAN saya.

Saya tidak bosan dengan keluarga saya.

Saya tidak bosan dengan kerjaya sebagai seorang pendidik, daie, murabbi, muallim

Saya juga tidak bosan menjadi anak yang solehah.

Saya juga tidak bosan menjadi isteri yang solehah buat suami.

Saya juga tidak bosan tidak bosan dengan suami saya.

Saya juga tidak bosan berdakwah kepada masyarakat.
*********************************************

Sebenarnya, tiada perkara yang perlu kita bosan. Tapi kita akan mula merasakan kebosanan apabila kita jauh dari Allah.

Jika kita tahu tujuan hidup kita, kita tidak akan sempat bosan.

Terasa begitu banyak perkara yang pelru kita lakukan.

Di manakah Al-Quran dalam kehidupan kita seharian?

Berbalik kepada fokus yang hendak saya sampaikan tadi iaitu membaca al-quran dan kebetulan pula semalam, saya sempat menghadiri satu sesi tazkirah dan memang kebetulan juga tajuk tazkirah yang disampaikan oleh seorang ustaz itu berkisarkan kehidupan manusia dengan al-quran.

Kupasan tajuk yang ringan namun menginsafkan. "Bersama-sama dengan al-quran", antara ungkapan yang diucapkan olehnya (pentazkirah). Bila dikoreksi kembali, sejauh manakah kebersamaan hidup kita ini dengan al-quran.

Skop membaca ini masih kecil jika dibandingkan dengan mengamalkannya. Secara logiknya, kalau membaca pun kita tidak dapat buat, apatah lagi untuk mengamalkannya?

Saya sering memuhasabah, dan apa yang saya dapat lihat ialah hari ini dalam tidak sedar kita sering silap dalam meletakkan prioriti sesuatu perkara. Kalau ditanya, boleh atau tidak kita membaca majalah, sudah tentu jawapannya boleh. Bagaimana pula dengan membaca al-quran? apatah lagi!

Tetapi, kita lebih berminat untuk membaca majalah. Hari ini, kita seharusnya koreksi kembali, bahawa salah satu punca kemaksiatan dan kemungkaran bermaharajalela di muka bumi adalah disebabkan tiadanya jiwa atau roh islam itu sendiri.

Jiwa kita kosong bahkan ianya diisi dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Contohnya, membaca majalah-majalah hiburan, menghabiskan masa ke program-program maksiat seperti konsert-kensert artis yang terang-terang telah melanggar batas-batas syara’, realiti yang tidak dapat disangkal lagi.

Perkara ini jelas menginsafkan saya. Apa tidaknya, kalau kita sanggup berkorban masa untuk perkara-perkara yang sia-sia atau lebih teruk lagi kepada perkara-perkara maksiat yang sudah tentu mendapat kemurkaan Allah s.w.t mengapa tidak kita berkorban saja masa kita untuk membaca al-quran. Ianya adalah satu sumber untuk kita mendapatkan kekuatan dari aspek kerohanian. Iya! kekuatan rohani.

Mungkin kemampuan kita tak dapat menandingi orang-orang terdahulu seperti imam As-Syafei yang mampu mengkhatamkan al-quran sebanyak dua kali sehari. Lebih mengkagumkan ialah beliau menghabiskannya di dalam solat pada bulan puasa. Subhanallah!

Hari ini kita nak baca satu ayat pun kadang-kadang susah bahkan tidak terdetik lansung dalam hati ini ada niat untuk membacanya, Nauzubillah min zalik. Kalau kita menunaikan tanggungjawab kefardhuan solat lima waktu masih lagi bernasib baik, tapi bagaimana kalau solat fardhu pun kita tidak tunaikannya. Satu ayat bahkan satu huruf pun kita tidak menyebutnya.

Inilah salah satu amalan atau cara hidup muslim yang sebenar disamping menunaikan tanggungjawab yang lain. Mungkinlah jika hendak dibandingkan dengan aktiviti-aktiviti yang lain, tak dapat untuk dibandingkan sekiranya kita mengharapkan habuan material semata-mata.

Maka, di sinilah tahap keimanan dan kepercayaan kita terhadap janji-janji Allah diuji. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak pernah mungkir janji. Bila disebut soal ganjaran atau kelebihan maka orang yang selayaknya untuk menerima ganjaran itu sudah tentu orang yang berbuat kebaikan.

Dan kelebihan orang yang bersama-sama dengan al-quran telah disebutkan oleh Rasulullah s.a.w bahawa baginda menyeru kepada kita semua supaya membaca al-quran kerana dengannya ia akan memberikan syafaat kepada kita di hari akhirat nanti.

Selain itu, Rasulullah s.a.w juga memberitahu bahwa sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-quran akan diganjari dengan satu kebaikan dan setiap kebaikan itu diganda dengan sepuluh kebaikan. Begitulah kasihnya Allah swt terhadap hambanya.

Namun, oleh sebab hati kita sudah diikat dengan habuan dunia, maka kita lupa bahkan seolah tidak mempercayai janji-janji Allah itu, hasilnya, hidup kita jauh dengan al-quran.

Persoalannya : adakah ianya ada dalam pemikiran kita tika ini? Astaghfirullah!!! Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi maha penyayang.

Sebenarnya tiada alasan untuk kita umat Islam lari daripada menunaikan tanggungjawab kita terhadap al-quran, kalau membaca itu sudah kita anggap berat apatah lagi untuk mengamalkannya. Alasan tidak pandai membaca bagi saya sudah tidak relevan lagi pada hari ini. Kalau nak seribu daya, kalau taknak beribu alasannya.

Inilah masalah yang sering kita hadapi bahkan ianya sudah menjadi satu penyakit yang sinonim dikalangan umat Islam. Mahu tapi ego, atau mahu tapi malu? Kalau marah orang memanggil kita bodoh, tapi mengapa kita tidak marah bodohnya diri kita kerana tidak mahu menjadi pandai? Fikirkan sejenak.

Tanggungjawab kita pada Al-Quran


Seterusnya, dalam sesi tazkirah tersebut, ada juga menyebut tentang kewajipan yang patut kita tunaikan dalam hidup bersama al-quran iaitu menjadikan bacaan al-quran itu sebagai wirid harian kita. Sekurang-kurangnya ada ayat al-quran yang kita baca setiap hari. Ini lebih baik jika dibandingkan tidak ada lansung ataupun daripada lidah kita dibasahkan dengan lirik-lirik lagu yang tidak bermanfaat.

Jika mampu sekurang-kurangnya dalam masa tiga puluh hari itu kita dapat mengkhatamkan al-quran sebanyak sekali khatam. Jika kita mampu lebih dari itu lagi sekurang-kurangnya, setiap tiga hari kita khatam seperti mana yang diceritakan agaimana Rasulullah s.a.w menjawab pertanyaan Ibnu Umar tentang tempoh mengkhatamkan membaca al-quran.

Kemudian dijelaskan pula bahawa kewajiban yang perlu kita tunaikan ialah mempelajari bacaan al-quran dengan betul. Inilah tanggungjawab kita dalam memperbaiki dan mempercantikkan bacaan kita.

Walaubagaimanapun, kita tidak diberatkan sehingga sesuatu perkara itu menjadi penghalang untuk kita membacanya.

Contohnya bagi orang yang lidahnya susah untuk menyebut atau membaca al-quran makanya Rasulullah s.a.w ada menyebutkan perihal orang yang sebegini dan baginda menyeru supaya untuk diteruskan membaca al-quran kerana bagi mereka ada ganjarannya juga.

Seterusnya, kita juga hendaklah terkesan dengan bacaan kita atau dengan kata yang lain ialah memerhati dan menyelami maksud-maksud setiap ayat yang kita baca. Kita boleh jadikan kisah bagaimana Saidina Umar sebagai contoh ikutan di mana beliau pernah tidak sedarkan diri selama sebulan kerana membaca syat yang berkaitan dengan azab Allah s.wt.

Hari ini, kita nak menangis pun belum tentu. Dan tanggungjawab kita yang seterusnya ialah kita hendaklah menjaga hafalan serta mengulang ayat-ayat al-quran yang telah dan pernah kita hafal.

Untuk akhirnya yang paling penting sekali ialah mengamalkan isi-isinya. Ketahuilah sesungguhnya al-quran itu boleh menjadi hujah bagi kita, tidak kurang juga al-quran juga boleh menjadi musuh kita di akhirat nanti. Nauzubillah min zalik.

Oleh sebab itulah, al-quran itu bukan sahaja untuk di baca semata-mata. Akan tetapi ianya perlu disertai dengan penghayatan serta perlaksanaan dan inilah yang menjadi kewajiban bagi kita semua.

Begitulah sedikit panduan serta peringatan yang boleh dikongsi bersama supaya kita ini tidak tergolong dikalangan orang-orang akan menyesal suatu hari nanti.

Remeh yang menginsafkan.

Begitulah realiti yang kita sedang lalui pada hari ini. Dalam tak sedar kita telah mengabaikan tanggungjawab yang asas sebagai umat Islam. Budaya hidup bersama al-quran. Mudah-mudahan kita membudayakan hidup kita dengannya, bukan kita membudayakan al-quran dengan hidup dan kehendak kita.

Islam itu yang seharusnya memerintah, bukan kita yang memerintah Islam sepertimana yang kita dapat lihat pada hari ini.

Wallahu ta’ala a’lam.

http://muhammadkamal.wordpress.com


sumber: http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2049

Saturday, November 7, 2009

Masihkah ada esok untuk kita

Assalamualaikum wbt.

Saya masih dalam *mood* peperiksaan akhir tahun.

Tinggal satu subjek sahaja lagi, kemudian saya perlu menyiapkan tesis tahun akhir saya. Selepas itu saya akan menghadiri taklimat praktikum.

Alhamdulillah.

Saya sampai ke saat akhir sebelum menamatkan pengajian di kampus dan kemudian menjalankan praktikum selama 4 bulan di SMK Seri Sepang, Sepang.

Itu kehidupan akademik saya di UPSI.

Namun yang lebih penting ialah, kehidupan saya sebagai seorang Islam di mana sahaja saya berada.

Ya Allahurabbi,
Dengarlah tangisan dalam hati ku
Hambamu yang hina ini
Terima lah taubatku

Hambamu yg byk mbuat salah ini.
Ampunilah dosa2 ku
Engkaulah yg Maha Pengasih
Maha Penyayang
Maha Pengampun

Ya Allah
Terimalah taubat
Deritaku kerana dosa ku
Dengarlah pengaduanku
Terimalah jangan kecewakan pemintaan

Deritaku dengan dosa dan noda
Di atas perbuatan ku yg telah tlanjur
Aku memohon dgn rahmatMu Tuhan
Ampunkan dosa2 ku

Aku memgadu pada Mu Tuhan
Engkau adalah tmpat mengadu
tiada siapa dapat mengampun
kecuali Engkau wahai Tuhan

Ya Allah
Aku telah menyesal di atas perbuatan ku
Terimalah taubatku pimpinlah aku
Ku telah derita aku telah terseksa


Aku memgadu pada Mu Tuhan
Engkau adalah tmpat mengadu
tiada siapa dapat mengampun
kecuali Engkau wahai Tuhan

**************************************************************************

Tiada kata terucap.

Tiada bicara terungkap.

Coretan luahan hati.

Dan pengaduan kepada Tuhan, Allahurabbi.

Daripada Nya kita datang kepada Nya kita kembali.

Ya Allah, kurniakan rahmat kepada ku, kurniakan hidayah kepadakku.

Aku manusia lemah, aku mohon bantuanMu dalam setiap perkara yang aku lakukan.

Tanpa Allah tiada lah kita

Tiada Allah tiada lah kita

Tiada Allah tiada bumi yang indah ini

Tanpa Allah kita tak berdiri di sini

Hanya dgn izin Nya tanganku bisa mencoretkan kata-kata

Hanya dgn izin Nya mataku bisa melihat alquran

Hanya dgn izin Nya melihat ciptaanmu tiada tandingan

Hanya dgn izin Nya telingaku bisa mendgr ayat-ayat cinta

Hanya dgn izin Nya bibirku mengatakan yg benar

semua yang ku lakukan mendapat nikmat

Kaulah tempatku luahkan segala rasa.

rasa pedih
rasa luka,
rasa bahagia

Walau banyak karenah hambamu ini,

Engkau tetap melayan hamba

Yang taubat sesaat

Kemudian mengulangi semula

Engkau Maha Pengasih Maha Penyayang

Namun, Engkau masih menberi peluang mengabdikan diri padaku


Ya Allah betapa besarnya nikmat mu

Walau aku lalai mengingati mu

kau tetap memberi peluang pada ku

kasihnya Engkau kepada ku

tiada cinta hebat lain sehebat cintaMu

amin ya rabbalalamin

Hati ini terus mencari

Assalamualaikum wbt.

Entah mengapa...

Hati hilang hala tuju...

Cuba untuk koreksi diri...

Mana silap, mana khilaf nya...

Syaitan terus membisikan...

"Kau tak berguna"...

"Dosa-dosa kau tidak akan diampunkan"...

"Kau seorang Pendosa"...

Jiwa raga kuserahkan pada Yang Esa...

Ampunkan hamba...

Terima taubat hamba...

Tunjukan jalan yang lurus buat hamba...