Friday, November 25, 2011

Anjing yang Comel.

Anjing yang comel.

Anjing bukan kucing ye. Hari-hari saya ditemani binatang berkaki empat ini.

Alhamdulillah. Banyak saya pelajari. Anjing ni hormat orang. Dan paling penting, SANGAT SETIA.

Contoh: Anjing kat kawasan rumah sewa saya, di jaga kawasan perumahan kami, dan setiap kali ada orang asing masuk, ia akan menyalak sekuat-kuat macam saya mula-mula pindah dulu. Ia menyalak kepada saya. Alhamdulillah, sekrang sudah kenal, dia tunggu je di hujung sana. Kalau saya bagi signal lampu tinggi, ia akan pergi.

Dan ada seekor lagi, anjing yang saya jumpa setiap kali ke surau al amin. Setia di depan rumahnya. Tiap-tiap petang. InsyaAllah, ia saksi saya d akhirat kelak.




Anjing ni, binatang yang setia.

Teringat sebuah cerita kisah seekor anjing yang setiap hari menunggu tuannya pulang dari bekerja di depan stesen kereta api sehingga sampai saat tuan dia meninggal dunia, dia masih datang seperti biasa menyebabkan penjual hotdog di hadapan stesen simpati kepadanya.

Kemudian, isteri tuannya membawanya berpindah ke tempat lain, namun setelah beberapa ketika dia sendiri kembali ke depan stesen. Masih berharap tuannya akan pulang dari bekerja.

Allahrurabbi. Hebatkan ciptaan Allah.

Hidup Ini sebuah perjalanan.

Ini Coretan lama saya. 17 Februari 2010.

Coretan ini coretan tentang perjalanan. Bacaan penuh di sini.

Dalam kehidupan terpulang kepada kita bagaimana kita mewarnai lakaran yang bakal kita tempuhi setiap hari.
3 hari perjalanan:
1. hari sabtu: sepang-nilai-kl sentral-terminal putra-uia gombak.
2. Ahad: Uia gombak-terminal putra-masjid jamek-pasar seni-dataran merdeka-masjid jamek-masjid negara
3. Isnin: masjid negara-pasar seni-terminal putra-uia gombak-sg pisang-uia gombak-kota raya-pudu raya-tanjung malim

3 hari yang cukup memenatkan. Malam sabtu bermalam di teratak @Raufa sufrina di uia.
Malam ahad bermalam di masjid negara selepas "task force: jom cegah zina" di masjid jamek.
Malam isnin sampai di UPSI.

Hari ini 28 zulhijjah 1432H.
Alhamdulillah.
Meneruskan perjalanan. Ini perjalanan saya di Sarawak.

Bergerak dari Sri Aman-Uitm Samarahan - UNIMAS Samarahan- Stesen Petronas (depan UNIMAS)- Semariang (Kuching)- Kampung Gita (Rumah Habib Muhammad bin Alawi Al-Attas) (Kuching) - Semariang (Kuching)- UNIMAS - Uitm - UNIMAS.

Alhamdulillah.
Bermusafir.

Perubahan perlu bermula dari diri sendiri barulah aura itu dirasai oleh orang disekeliling kita. Dan setiap perubahan itu diniatkan supaya istiqamah.

Syukran ya ukhti, Siti Aisyah, Nur Kartika, Syamiza, Yunizar, Dyg Zainab, Nur Asyiekin.

Syukran atas ukhwah yang dihulurkan. Syukran sudi menjadi sahabat hamba yang penuh dosa ini. Tatkala kita dihimpit dengan dosa semalam, menangislah dan kemudian, bangkitlah dengan keringat dan kudrat yang ada untuk berbuat sebanyak-banyak kebaikan. Allahurabbi.

Syukran kepada sahabat, atas pengisian hidup ini sebagai perjalanan.

Syukran buat co-pilot yang tidak jemu menjadi pembantu setia tatkala saya memerlukan bantuan mereka.

Alhamdulillah. USRAH MOBIL berjalan dengan baik. Terima kasih atas pengisian semua.

Syamiza - Nak berubah, Ilmu itu perlu dituntut, dan pastikan kita menuntut ilmu yang benar sumbernya.

Kartika - Konsert Maher Zain, Irfan Makki, Mesut Kurtis, sekitar konsert tempoh hari. Satu Stadium berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Aisyah - (ini perkongsian semasa hantar aisyah) Ia berkaitan dengan redha. Bagaimana bila kita redha sepenuh hati dengan ketentuan Allah, dan kemudian Allah berikan gambaran serta merta dan lebih baik berbanding orang lain dapat. Allahurabbi. Mari sama-sama muhasabah diri.

Kak Yun - Mengenai pengurusan masa. (semoga maju jaya). dan pengisian dalam perjalanan menghantar kak yun, sekitar tentang jodoh. Sembang "orang tua" sebab yang lain semua adik-adik. Jodoh tu Allah akan tentukan. Kita usahakan, paling senang usahakan untuk menjadi terbaik dan terus memperbaiki diri.

"Kak Yun, kamek harap dapat orang yang mencintai majlis ilmu, dan berkejar-kejar untuk dapatkan ilmu dan sanggup berkorban apa sahaja untuk ilmu"

Kak Yun: "Aok, benar ya. Sebab ya kita perlu cari yang sekufu"

"Kelak kamek mesti rindu maok berjalan macam tok dengan kitakorang agik. Rindu maok jaulah. Rindu dengan majlis ilmu."

Dyg Zainab - AKHLAK. Syukran ya ukhti. kerana memberikan peringatan dan sahabat yang baik ialah sahabat yang berpesan-pesan kepada kebaikan. Dalam perkongsiannya, zainab menekankan bagaimana akhlak kita dengan sahabat-sahabat terdekat. Jika kita bersopan santun di hadapan guru-guru dan ajnabi, mengapa tidak berlaku sedemikian dengan sahabat-sahabat rapat kita. Dan dikongsikan lagi, Rasulullah saw, bercakap dengan nada yang perlahan dan lembut apabila bercakap dengan orang dihadapannya sehingga orang lain tidak mendengar perbualan mereka. "lembut dan perlahan". dan sekiranya orang itu tidak memahami, Baginda akan mengulangnya sebanyak tiga kali.

Asyikin - Tidak sempat berkongsi, terima kasih kerana kesudian bersama kami. (saya pernah bermalam di rumahnya 2 kali hehe)

Saya - Alhamdulillah. Berkenaan hijrah. Hijrah dari menjadi seorang pelajar kepada pengajar (bekerja) kerana di antara kami, saya sahaja yang sudah bekerjaya. yang lain masih berjihad menuntut ilmu. Perkongsiannya, bagaimana mahu istqamah dalam apa yang diperjuangkan. Semasa belajar kita mudah untuk menyertai majlis ilmu, usrah dan berprogram dan mengapa apabila bekerja menjadikan kerjaya sebagai penghalang untuk meneruskannya sedangkan sepatutnya ia lebih banyak membantu dari segi kewangan, kenderaan dan sebagainya.

Tunggukan sambungannya...




Monday, November 14, 2011

Kenapa masih mahu ke lembah dosa, sedangkan Allah buka jalan pahala.


Alhamdulillah.

Hari pertama SPM.

Saya tidak menduduki SPM tapi menjaga anak-anak murid yang menduduki SPM.

Ini sudah masuk hari kedua, saya tak ambil gambar hari ini.

Muda remaja.

Pemimpin masa depan negara.

Itu yang saya lihat pada mereka.

Saya juga berada di bangku meja seperti mereka 7 tahun yang lepas.

Kini saya menjaga mereka seperti guru-guru saya menjaga saya dahulu.

Ini zaman "cinta monyet", andai tersilap langkah buruk padahnya.

Ada satu "post dari blog sahabat saya, Nur Khalillah yang disiarkan di Blog Halaqah Maya,


Melepaskan atau dilepaskan.


Ya jika hati sudah suka, sukar mahu berpaling.

Tapi yakinlah, Allah pemilik sekalian alam.

Percayalah, Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia.


Allah juga tempat bergantung harap.

Kenapa masih mendambakan dia yang menghanyutkan kita ke lembah kehinaan.

dia yang menabur benih dosa pada kita.

dia yang melemparkan kita ke api neraka.

Lupakan dia.

Allah kan ada.

Dan Allah sentiasa ada.

malah Allah sangat dekat dengan kita.

Tanpa ada internet, tanpa ada bicara, segala yang kita doakan dan pinta sampai kepada Allah.

Allah.

Terlalu banyak kurniaan Allah.

mari sama-sama kita meraih redha Allah.

Jangan rasa "terlalu alim" untuk berbicara tentang agama, tapi itu yang sepatutnya kerana kita MESTI, Wajib mengingatkan diri tentang Allah SETIAP MASA.

Setiap masa bercakap hanya tentang Allah dan Rasulullah. Tentang Iman dan Islam. Segala-galanya tentang Allah.

Friday, November 11, 2011

Daurah Perkampungan Ilmu 2011 di Madrasah Al Khairat

InsyaAllah, Madrasah Al-Khairat akan mengadakan Daurah Perkampungan Ilmu 2011.

Pada 2010 saya sempat mengikuti Daurah ini, Alhamdulillah banyak ilmu baru.

Mari sama-sama memeriahkan "Pesta Ilmu" dimusim cuti sekolah ini.

Maklumat di bawah saya copy and paste dari blog akhi Azrul Jaini, di sini. ^_^


Madrasah al-Khairat Kuching Sarawak mengajak adik-adik dan sahabat-sahabat terutama yang berumur 11 sehingga penuntut universiti untuk menyertaiDaurah Perkampungan Ilmu 2011 (DPI '11) yang akan diadakan bersempena dengan cuti akhir tahun persekolahan pada:

Tarikh: 28 Nov - 4 Dis 2011 (7 hari 6 malam)
Tempat: Madrasah al-Khairat, No. 70, Jalan Cempaka, Kampung Pinang Jawa, Kuching.
Yuran:RM 130.00 sahaja

Objektif program ini adalah:
1. Mengenal penyakit hati dan penawar bagi merawat penyakit hati melalui pendekatan menarik Halaqah Akhlak lil Banin.

2. Mempelajari & mengenal adab sebagai penuntut ilmu melalui kitab Imam Abdullah Al-Haddad iaitu Kitab Adab Suluk Al-Murid agar boleh menuju ke arah keberkatan ilmu yang diredhai dan dirahmati Allah.

3. Memperbaiki kaedah solat menurut Mazhab Syafie agar boleh menuju ke arah kesempurnaan solat.

4. Mengimbangi budaya hedonisme dengan berhibur dengan qosidah, di samping mengenal kisah agung para nabi, ulama-ulama, para sahabat & para awlia'.

5. Mewujudkan rasa cinta pada Rasulullah s.a.w melalui mengenal paras rupanya dan sifatnya agar boleh dijadikan ikutan.


Pelbagai aktivi menarik menanti anda. Semoga bermanfaat besar program ini membantu anda memantapkan diri sebagai seorang Muslim, insya-Allah. Sila klik'Aktiviti Menarik' di bawah untuk membaca lanjut:



Berikut adalah tentatif rutin program yang akan dilangsungkan:


Sedikit pengenalan ringkas tentang Madrasah al-Khairat Kuching, Sarawak. Madrasah ini merupakan institusi yang menyediakan asas Bahasa Arab dan agama kepada pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang agama, dan merupakan antara institusi yang menawarkan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di negeri Sarawak. Sejak dijalankan lebih kurang dua dekad yang lampau, Madrasah ini telah menjadi pintu kepada ramai pelajarnya berjaya melanjutkan pelajaran ke insitusi pengajian tinggi seperti di Mesir, Indonesia danYaman. Pada tahun 2011, seramai 3 orang pelajar Madrasah telah melanjutkan pelajaran ke Hadhramaut, Yaman.

Untuk makluman lanjut, sila hubungi:

Fazrul : 010 - 963 4716
Mimi : 014 - 590 7282

Penyertaan adalah terhad kepada 50 orang sahaja. Disarankan untuk mendaftar awal sebelum kuota penuh. Anda boleh memuat turun pamplet DPI '11 melalui pautan 4shared.com. Sila klik di sini.

Terima kasih atas sokongan padu anda!

Wassalam ;)

Thursday, November 10, 2011

Halaqah Maya Dan Kelas Mengaji saya

Assalamualaikum wbt.

Apa itu Halaqah Maya?


Alhamdulillah, atas usaha Akhi Syihabudin Ahmad untuk mewujudkan Halaqah Maya sebagai alternatif untuk menyebarkan dakwah Islamiah. Dan sebagai wadah menyebarkan Ilmu dan perkongsian isu semasa.

Antara tenaga-tenaga yang turut menyumbang:





Ukhti Fairuz Liyana

Ukhti Nur Fadhlin

dan ahli-ahli Halaqah Maya yang lain, sila ke facebook Halaqah Maya di sini.

Remaja dan media massa.

Masyarakat dan internet.

Ummah dan perkembangan ilmu dan isu semasa.

Dan untuk perkembangan semasa, kami di pihak muslimat menjemput mana-mana individu yang ingin menyumbang dan berkongsi ilmu dengan kami untuk sama-sama membangunkan diri.

Dan, buat masa ini kami menjemput mana-mana individu yang dapat meluangkan masa untuk berkongsi ilmu tajwid dan tafsir.

Boleh lihat maklumat disini. "MISI MENCARI USTAZAH"

InsyaAllah kita akan berhubung melalui SKYPE. bgai yang belum ada,boleh memuat turun perisian skype di sini. DOWNLOAD SKYPE.

Ini pengajian Al Quran saya secara berguru. Alhamdulillah

Ini gambar mengaji kami. Malam ini hanya 4 Muslimin yang hadir ditambah dengan ustaz dan seorang ajk pusat ini, jadi 6 Muslimin, dan 8 Muslimat. Ini kelas mengaji secara berkala yang saya hadiri setiap malam Isnin dan selasa dari pukul 830 - 930 malam, Kadang-kadang sehingga pukul 1000 malam mengikut keadaan.



Ada beberapa siri lagi kelas Alquran ini.

Setiap hari: Isnin-Khamis ada kelas Alquran di Masjid bahagian Sri Aman antara pukul 2.30-4.30 petang

Pada hari Isnin-Rabu: kelas di Surau Al-Amin pada pukul 5.30-630 petang, solat Maghrib dan kemudian anak-anak ini akan dijemput oleh ibu bapa masing-masing.

kedua-dua kelas ini memfokuskan kepada pelajar-pelajar sekolah.

Pada pukul 730-830 malam , setiap Isnin-Rabu juga kelas untuk pelajar-pelajar yang diadakan di Pejabat HIKMAH Sri Aman.

Dan kelas untuk dewasa adalah pada pukul 830-930 malam yang diadakan di Pejabat HIKMAH Sri Aman seperti gambar yang saya kepilkan.

Sebenarnya ada lagi slot-slot pengajian yang lain. InsyaAllah akan saya maklumkan kemudian.

Alhamdulillah, Sahabat-sahabat dirumah saya, Kak Ada, Kak Wan dan Yati (ini blog dia); semua mengikuti kelas ini dan kami akan bersama-sama untuk turun ke kelas kecuali Lily Yong sebab dia seorang sahaja chinese di rumah kami.

saya boleh katakan " Kami juga ke KULIAH" seperti pelajar universiti ^_^ kerana ini juga menuntut ilmu untuk universiti Akhirat. InsyaAllah.

Ok untuk maklumat lain, akan saya kemaskini nant insyaAllah.

Berikut ada beberapa gambaran kelas kami. sesiapa yang berminat boleh hubungi Pejabat Hikmah Sri Aman di talian 083- 325 060 atau berhubung di blog saya ini ^_^.



Ustaz menyemak bacaan.













Perbincangan para muslimah.














Perbincangan di dapur usai Majlis Ramah Tamah Aidil Adha.

Alhamdulillah, punya sahabat-sahabat yang sama-sama mencari redha Allah.

Mengabadikan Alquran, Kalam Allah supaya lancar pembacaannya dan mudah menghafalnya serta memahaminya.





Ini anak-anak murid di kelas Surau Al Amin semasa solat Maghrib, mendidik anak-anak supaya bersolat di awal usia. Alhamdulillah, satu persediaan yang Allah ajarkan kepada saya untuk menjadi ibu suatu hari nanti InsyaAllah.

Tuesday, November 8, 2011

"Nurul bila lagi?"

Biasa dengar soalan di atas?

Persoalan yang kerap diajukan kepada si teruna dan dara pada usia saya.

Ummi: Nurul bila lagi ni?

Nurul: InsyaAllah, mohon doanya ummi.

Kerja sudah ada.

Kereta pun sudah.

Rumah bakal ada hujung tahun ini.

Apa lagi ya?

Terus, apa itu penilaiannya jika mahu berumahtangga.

Mengapa tidak ditanya, cukup solat 5 waktunya?

Cukup puasa Ramadhannya?

Ada bangun qiamulai nya?

Ini yang patut dan harus ditanya.

Bagaimana agamanya?

Teman berkelana Cik Comel juga ditanya oleh ayahandanya.

"Apa sudah punya calon?"

Mengapa menyibukkan diri memikirkan si "dia" yang belum tahu siapa.

Mengapa tidak meningkatkan ilmu Alquran.

Sebolehnya menghafal Juzuk Ammar iaitu juzuk 30. InsyaAllah.

Mencukupkan solat 5 waktu sehari semalam.

Menambah amalam zikir dan solat sunat di subuh hari.

Mendidik diri agar bisa jadi ibu mithali dan solehah di mata suami.

terus memikirkan agenda untuk menangkis program-program dan pemikiran yang merosakkan anak bangsa.

Mari sama-sama kita kenalkan anak-anak generasi kita tentang Islam, tentang Iman, tentang Alquran, tentang Rasulullah saw.


Bukan mahu melawan fitrah lantas tidak mahu menikah, tapi aku serahkan semuanya kepada Allah, tiada perlunya bergantung kepada manusia.


~~~~Andai tiada cinta darinya, cukuplah aku punya CINTA dari ALLAH YANG MAHA ESA, Cinta yang tiada bertepi, cinta yang bisa bawa aku ke syurga~~~~


Allahurabbi, kurniakan cinta-Mu kepada kami.

Allahurabbi, Kurniakan rahmat-Mu kepada kami.

Genggam hati kami dalam cinta-Mu agar kami istiqamah di jalan dakwah ini.

Rindu pada teman maya saya, perkenalan melalui blog dan membawa pertemuan yang singkat, namun rindunya hingga sekarang.

Nur Khalillah Rasyidah, ya ukhti, semoga Allah merahmatimu dan sakit yang dialamimu mengampunkan dosa-dosa mu. Semoga Allah memeliharamu sahabat.



~Alhamdulillah, masih dipelihara iman dan islam oleh Allah~

Syukur Ya Allah. Nikmat mana yang kamu dustakan (Al-rahman)

Monday, November 7, 2011

Bawa hatiku kepada Allah..Sahabat Anugerah dari Allah


Alhamdulillah.

Sempat menziarahi Habib Muhammad di kediaman beliau di Jalan Champaka, kpg Gita.

Rindu dengan untaian mutiara kata dari beliau.

Rindu mahu mendengar kuliah subuh yang dihujani kata-kata azimat.

Rindu pada kitab-kitab yang saban pagi ditatap untuk jiwa yang perlukan makanan rohani.


Alhamdulillah, 10 Zulhijjah sempat bertandang ke sana bersama-sama sahabat-sahabat, Yati, kak Ada dan cik Comel hehe..

Kemudian menziarahi adinda Aisyah yang menjadi teman sepe"dating"an saban masa.

Rindu dengan perkongsian cinta dan rasa.

Rindu pada jiwa-jiwa yang sentiasa cintakan Rasulullah SAW dan sentiasa mengingatkan diri kepada Allah yang Maha Esa dan kekasih-Nya Muhammad SAW.

Sempat meneliti lengok tari lagu dari Haddad Alwi - Rindu Muhammadku.

Sempat merakam sedikit kenangan bersama Aisyah dan Raufa.

Sungguh rindu dengan angkatan "perang" kami di barisan HEWI Perkepis.

Sungguh rindu ini buat aku Cinta pada Rasulullah saw.

Rindu pada persahabatan yang dijalinkan kerana Allah.

Pertemuan kami yang pertama adalah pertemuan antara jiwa-jiwa yang mencari cinta Allah.

Dipertemukan dalam Usrah.

Rindu dan cinta kami disemi dengan rasa cinta dan rindu kepada Allah dan Nabi Muhammad SAW.

Ya, kami bercinta sampai ke syurga.

Ya, kami ingin mendidik jiwa-jiwa ini agar menjadi ibu yang mampu melahirkan generasi ulul albab.

Generasi yang cintakan Alquran.

Generasi yang dibibirnya sentiasa mengalunkan Alquran dan menyelami isi kandungannya dengan jiwa.

Esok Jana Tawqa HEWI, "Sepetang bersama Kak Comel".

Sungguh hati saya juga hadir di sana buat kalian semua.

Jika Cinta ini membuatkan aku dekat pada Allah, akan ku genggam hingga sampai bila-bila dengan izin Allah

Jika cinta ini membuatkan aku rindu kepada Rasulullah saw, akan kupatri di jiwa buat bekalan kehidupan mendatang.


Yang pasti dan Yakin bahawa, semua nya adalah daripada Allah.

Yakin, semuanya dianugerahkan oleh Allah dan Allah berhak menarik semulanya dengan Dzat-Nya.

Yakin, Allah sentiasa memberikan terbaik buat kita.


Percayalah, Jika dia mencintai dan menyayangi kita, dia akan jaga kita dari api neraka.

Dia akan bantu kita untuk raih cinta Allah.

Dia akan hulurkan tangan untu menyelamatkan kita dari azab neraka.

Dia akan sentiasa dihati kita untuk mengingatkan tentang Tuhan.

Dia akan sentiasa menyatakan Allah dalam setiap bicaranya.

Dia akan sentiasa meletakkan Allah dalam setiap perkara yang dilakukannya.


Dalam perjalanan pulang, sempat berteka-teki dengan kak ada...

"antara suami-isteri siapa yang menyayangi, suami atau isteri?"

"Jawapan yang paling tepat ialah orang yang paling menyayangi ialah orang yang meletakkan Allah adalah Dzat yang paling disayangi"


Sahabat-sahabat mari kita kembali kepada Allah.

Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah.

Pegang Syahadah seperti Bilal bin Rabah melafazkan kalimah "Ahad" walaupun diseksa oleh tuannya.

Kerana di hatinya adalah CINTA kepada Allah.

Subhanallah.

Mari kita sorotkan sunnah-sunnah Rasulullah dalam kehidupan kita.

Sentiasa mendahulukan yang kanan dan menyayangi kanak-kanak.

InsyaAllah.

~~~Terus mencari dan terus mencari cinta abadi, biar hidup diberkati Ilahi~~~


Friday, November 4, 2011

Sirah: Keperibadian Rasulullah SAW terhadap pengemis yahudi yang buta

Kisah Rasulullah SAW bersama pengemis Yahudi yang buta

** Klik tajuk untuk ke blog yang asal

Di salah satu sudut pasar Madinah, terdapat seorang pengemis Yahudi buta yang tua. Setiap hari apabila ada orang yang mendekatinya, maka ia akan berkata, "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".

Setiap pagi Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w. menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad.Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang baginda wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abu Bakar berkunjung ke rumah anaknya Aisyah. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?". Aisyah menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja." Apakah itu?" tanya Abu Bakar. "Setiap pagi
Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana." kata Aisyah.

Lantas keesokan harinya Abu Bakar pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar mulai menyuapnya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu?" Abu Bakar menjawab, "Aku orang yang biasa."

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. "Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya. Setelah itu barulah ia berikan padaku dengan mulutnya sendiri." pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya. Orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah
Muhammad Rasulullah s.a.w.

Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar ia pun menangis dan kemudian berkata, "Benarkah demikian?selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya. Tetapi dia tidak pernah memarahiku sedikitpun. Dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia...." Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar.

Antara Solehah dan Anugerah S***n 2011

Setiap hari kita ada pilihan raya...

Memilih untuk Iman atau Nafsu

Memilih Syurga atau Neraka

Memilih Pahala atau Dosa

Memilih TV* atau TV Al Hijrah.

Memilih "SOLEHAH" atau "Anugerah S***n"

Maaf.

Saya perlu katakan ini.

Ini hakikat antara memilih untuk hadir ke rancangan SOLEHAH yang "free"

atau anugerah s***n yang berlansung pada hari yang sama.

Andai jiwa anda terdidik dengan didikan yang mendekatkan diri kepada Allah anda akan faham apa yang saya cuba sampaikan.

Jadi tanya iman...

Apa pilihannya...

tagline: Solehah, Go..go..go..

Tuesday, November 1, 2011

Mahu Terbang ke BUMI ANNBIYA

Mahu ke bumi anbiya.

Padang pasir yang meluas.

Angin yang meniup debu-debu berterbangan.

Moga dosa pun berterbangan seperti itu.

Wallahualam.