Tuesday, March 31, 2009

aku cari Dia!

aku cari Dia!

2009 March 30
by eslamicqueen

cerita I

ESQ mengajar diri, membentuk peribadi, dengan hidayahNya, aku mengenal..

1. rupanya, Dia yang aku cari!

Gelap itu sungguh pekat. Tersedu sedan, suara tangisan bertalu-talu. Takbir, tahmid, tasbih ditujukan pada yang berhak. Mereka lemas, dalam tangisan sendiri. Bagaikan tidak percaya, hati yang sering menafikan kekuasaan Pencipta, jasad yang sering berbuat dosa, saat itu kaku semuanya. Penat. Letih. Menghambur air mata yang tak sudah, bukan memaksa, itu lahirnya dari fitrah manusia. Suara hati yang berterusan memanggil nama Dia, Allah..Allah..Allah..

APA YANG KAU MAHU?

Tatkala soalan ini ditanya, kononnya dari Malaikat Maut, bunyi bising kuat bergempita sini sana, tiada apa yang kucari, melainkan Engkau..Allah..Allah..Allah.. makin kuat suara itu kedengaran. Sebelum dipasang muzik seperti itu, sebelum suasana itu dilakonkan sepenuhnya, sebelum aku ditekan dengan suasana itu, hati ini menjawab:

“aku ingin keyakinan..aku ingin semangat..aku ingin menjadi dia yang ini, yang itu..aku mahasiswi berjaya..aku ini..aku itu..” Tipu semuanya. Saat itu, jawapan-jawapan ini tiada lagi. Yang ada, hanya Dia..aku ingin dipeluk, dimanjakan, disayangi, dicintai, oleh Dia..cukup! Noktah! Aku milikMu, selama-lamanya!

Allah..Allah..Allah.. Suara itu tenggelam dalam tangisan sendiri. Selama ini, Engkau yang aku cari? Dalam diri penuh dosa, Engkau yang kucari? Dalam diri penuh cinta, Engkau yang kucari? Dalam diri penuh nafsu, Engkau yang kucari? Dalam diri penuh syaitan durjana, berhala-berhala, Engkau yang kucari? Dalam diri penuh semangat, cita-cita, Engkau yang kucari? Dalam diri,dalam hati, ada manusia, ada mereka, ada dia, Engkau yang kucari?

2. ISLAM, Dinul Haq! dia kembali kepadaNya..

Jam 7.15 petang, laungan takbir bergema. Dewan itu gamat dengan suara semangat. Dia kembali kepada Pencipta, kembali kepada Dinul Haq, setelah mungkin selama 19 tahun menidakkan kebenaran agama Allah. Hidayah Pencipta menemukan dia dengan jalanNya. Kalimah syahadah dilafazkan, dia kini muslimah. Moga-moga mukminah. Tahniah, sahabat! Air mata menitis, sungguh mengharukan!

3. Rasulullah model, dia yang harus dipuji!

Cintanya pada umat tiada terkata. Baginda hebat. Perjuangannya hebat. Belum cukup dalam cinta aku pada dia, kekasih Allah..

4. Solat itu watak diri. Watak diri itu solat.

Solat itu spiritual, praktikalnya senaman. Membentuk diri disiplin, tanggungjawab, amanah, kuat. Penghayatan dalam solat itu perlu untuk membentuk kekuatan dan stamina pada diri. Hayatilah solat, nescaya menemukan sesuatu yang baru!

5. istighfar dan wudhu’ membersihkan hati..membuang segala belenggu dalam diri!

Hati tenang, tiada resah di jiwa.

6. visi, misi, semuanya menuju ALLAH..

semuanya kerana Allah. jaga diri, menuntut ilmu, bekerja, semuanya kerana Allah. Ikhlas, kerana ada malaikat yang mencatat di kanan dan kiri.

7. kepimpinan melalui tauladan..perjuangan..cinta Hakiki, dunia..

8. mati itu SY0K (best)!

9. terlalu banyak…

“Ya Allah, letakkan CINTA umie walid, adik-adik, keluarga, sahabat-sahabat, suami, muslimin muslimat diTANGANku. Ajarlah aku untuk mencintaiMu, agar Engkau selamanya di HATIku.”

ESQ 165 best! ;)

sumber:http://eslamicqueen.wordpress.com/2009/03/30/aku-cari-dia/

Wanita Tudung Merah Tolak PPSMI


Usul tolak PPSMI diterima tanpa bahas
Jimadie Shah Othman, Malaysiakini, Mar 25, 09 1:38pm

Dua Wanita Umno bahagian mengesa kerajaan mengembalikan penggunaan bahasa ibunda dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPMSI) yang diamalkan di sekolah-sekolah.

Usul daripada Wanita Umno Ledang, Johor dan Kuala Langat, Selangor itu merupakan sebahagian usul pendidikan yang diterima tanpa bahas dalam perhimpunan Wanita Umno 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini.Wanita Umno Ledang membuat gesaan itu dalam kerana perlaksanaan PPSMI di sekolah kebangsaan didakwa "melemahkan minat murid, terutamanya daripada kawasan luar bandar".

Usul itu menyebut: "Menegaskan kerajaan menimbang semula kesan negatif pengajaran dan pembelajaran (Sains dan Matematik) dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah bagi mata pelajatan Sains dan Matematik."

Wanita Umno Kuala Langat pula menyifatkan bahasa Melayu perlu digunakan kembali berdasarkan ketetapan dan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaaan dan bahasa rasmi negara.

Monday, March 30, 2009

Aku rindu PadaMu Ya ALLAH....

Assalamualaikum wbt...

Ya ALLAH pedihnya hati ini
tatkala kerinduan itu dipaling kan kepada yg tidak berhak

kala ini,
aku merasakan diri begitu hina...

Ya ALLAH..
aku ingin kembali memiliki cinta Mu

Ya ALLAH ..
aku rindu pada sahabat-sahabat yang menemai ku mencari cintaMU...

Sunday, March 29, 2009

Satu Rasa Dua Hati: Mencipta Cinta Sepanjang Perkahwinan

=

Assalamualaikum wbt.......

ni tajuk buku yang aku beli baru2 ni...walaupun tengah kekeringan duit,,,
aku tetap akan korbankan duit untuk itu..

dan aku bahagia kalau dapat buku baru..

budak gila buku bah ...hehe
apapun aku dalam proses membaca buku ni...

setakat ni dah ada 3 buku karangan Ustaz Pahrol Mohd juoi..
chapter 1antara isi kandungan dalam chapter 3



ini sahaja buat masa ni...banyak lagi yang nak ceritakan tapi tak kesampaian sebab kemalasan saya hendak mengarang huhu..

buku ni untuk bacaan umum kepada sesiapa yang berhajat untuk menjadi ibu atau bapa...
ia sangat berguna dan membantu alam mengharungi masyarakat yang sudah mula hilang nilai kasih sayang dalam institusi kekeluargaan,,

p/s sape nka pinjam boleh berbuat demikian di rumah saya...


Thursday, March 26, 2009

Monday, March 23, 2009

sahabat...bantulah aku...aku perlu kamu


Assalamualaikum wbt.....

air itu tumpah kembali..........

tapi apakah tumpahnya ia menyelesaikan masalah....

Ya Allah..lemahnya hamba ini.....

aku jadi kelu, kaku......

hati aku sesak......

tiap pagi aku bangun dengan kerisauan...

bukan kerisauan pada ummat..tetapi lantaran dihimpit tugasan-tugasan duniawi...

kerisauan mengingati mati diganti dengan kerisauan kerja-kerja kampus yang menimbun...

ketakutan kepada murka Allah diganti dengan ketakutan gagal dalam peperiksaan dan menghantar tugasan

nauzubillah....

adakah begitu jauh aku terpesong......

hati aku masih kosong.....aku rasakan satu kehilangan....

dan aku rasakan kegelapan...walau sinar matahri memancar terang....

jiwa ini merasakan kegelisahan.....

jiwa kacau......

argh....apakah aku juga turut menjadi robot-robot yang di"setup"kan untuk mencari duniawi sahaja............

Ya ALLAH, ku pohon padaMu bantulah aku............

aku tak nampak hala tuju di hadapan aku.........

tiada peta yang memandu............

seolah berjalan di malam hari dengan lampu suluh yang malap....

sekadar mengelakkan aku dari jatuh tersungkur atau tumbang....

sampai bila lampu suluh akan terus malap......

kemungkinan untuk ia mati adalah dekat......

apakah aku akan biarkan diri aku berada dalam kegelapan

aku terus mencari hakikat hidup ini......


sahabat,
bantulah aku....

aku perlukan kamu


Saturday, March 21, 2009

Selamat pengantin baru...

Assalamualaikum wbt..

ha siangtd aku sempat pergi ke rumah jurulatih suksis aku...

majlis kenduri kahwin anak dia..
so far tak meriah sangat (sebab kat kpg aku lag meriah kot...)

jadi ini ada satu gambar dengan kak azah...
rindu kat kak azah..
lama tak jumpa dia tapi hari ni kami boleh makan sama2...

kak azah, selamat berpraktikum..tinggal leih kurang sebulan je lagi kan...

apapun, untuk anak en jaafar ( aku pun xtau nama dia..erk.....)

Friday, March 20, 2009

buku terbaru aku: Persoalan Berkenaan Asas-asas Agama Kristian


Assalamualaikum wbt...

ha ni buku baru aku...harga dia RM 20 je...
aku beli masa malam Bro Lim Jooi Soon datang kolej aku hari tu...
so far dah baca sikit..ada juga part2 yang aku tak faham...
nak pergi pinjam bible kawan aku...

korang jangan salah faham ek...

aku cuma nak belajar agama lain...

perkukuhkan bahawa Agama Islam adalah agama yang terbaik yang pernah aku jumpa..

dan aku akan tetap Islam inysaAllah...

Thursday, March 19, 2009

FORUM PPSMI

Assalamualaikum wbt...
Forum PPSMI : Antara Konfrontasi dan Inovasi Dalam Pendidikan(27 Mac 2009)

perhatian kepada semua pelajar UPSI satu forum yang akan membincangkan isu PPSMI akan di adakan di UPSI. maklumat adalah seperti berikut:

Tarikh: 27 Mac 2009

hari: Jumaat

Masa: 8.30 am- 12.00 pm

tempat: Bilik Pameran Bitara Siswa

Ahli panel :

1) Prof Emiritus Isahak Haron (UPSI)

2) Prof Emiritus Abdullah Hassan (UPSI)

3) Saudara Khairul Anwar (PKPIM)

Beramal Kerana ALLAH

Rakan Exco MPP Akademik & Kerjaya
MPP UPSI 08/09


gerak kerja menampal poster dan memo untuk PPSMI sekitar kawasan UPSI..
memang memenatkan

Monday, March 16, 2009

aku "homesick"...tadi aku call kakak, dia kata bestfriend aku nak kahwin 20 mac ni..

Assalamualaikum wbt....
sejak tertekan dengan kerja-kerja yang menuntut aku untuk melakukan kerja lebih masa...

tadi baru je call kakak...rindunya kat dia..
aku selalu pergi rumah kakak aku naik basikal je...
sangat seronok...
antara ramai-ramai orang kat kampung aku, aku je antara gadis yang menggunakan basikal..

huhu agak lasak juga la sebab aku pergi terbang bersama-sama basikal..
berlaku kemalangan di selekoh sebab dok kejar abang aku yang naik motosikal...
haha kenangan yang agak manis..
ditempat yang sama, kakak aku pernah kemalangan kereta..
adik aku kemalangan motosikal..
dan aku kemalangan basikal..
nasib baik tak ape2...
lasak sungguh anak perempuan bongsu mak aku ni..

pasal kakak aku ni...i think she is the best sister in the world...
aku sayang anak-anak dia macam anak-anak aku sendiri (erk..boleh macam tu..)
aku selalu pergi uamh dia..terus je masuk dapur...
buka peti sejuk...
amik pinggan terus dok kat meja makan...
ape lagi balun la apa yang ada..
hahaha..
tanpa dijemput dan disuruh..
dia tak pernah marah sebab dia tahu aku takkan buat jahanam..
lagipun dulu aku la tukang jaga anak-anak dia kalau aku balik kampung...
so dia boleh fokus dengan menjahit tanpa gangguan...

seperkara lagi aku perhatikan kakak aku ni..
walau sibuk mana pun dia..dia tetap akan kata "ya" kat mak dan bapa aku kalau diorang nak mintak tolong apa-apa...
jadi aku kena contohi yang itu...

apapun aku lebih seronok berbasikal daripada menggunakan kenderaan bermotor..

hmmm pasal kawan aku nak kahwin pulak..

umo dia baru 22 tahun..sebaya dengan aku..
tak silap aku bakal suami dia muda dari dia..
ha ni la hamilia @ emi..dah nak jadi isteri orang pun

ni pun kakak aku bgtau masa aku call tadi...
diorang tanya aku balik ke tak..
sorry my dear...sik dapat balit la..
nyalah kitak pa polah time kmk cuti sey..hehe

apapun emi..selamat pengantin baru..
lepas tok sik dapat la kita ngelayo sama-sama gik ooo

suami dia pun orang sarawak jugak..
so far ok la tu kan...
hari tu ada bapa aku ada bgtau..dia suruh aku cari orang sarawak jugak...
haha...
kalau sangkut orang kat UPSI ni macam mane..

insyaALLAH aku kan ikut kata bapa aku...selagi terdaya (cam pelik je ayat ni..)
redha ibu bapa penting kalau nak hidup bahagiakan..
jadi ikut la kata mereka..lagpun bapa aku bgtau dia nak aku juga jaga diorang nanti..
harapan tu...
insyaALLAh selagi aku diberi peluang untuk hidup..
aku akan jaga mereka seperti mak aku jaga nenek aku dulu...
nenek aku duduk rumah kami saat-saat akhir dalam hidup dia walaupun di berkeras nak dok umah dia sendiri..
mula-mulanya dia tak nak duduk rumah kami..
but then bila dah di pujuk jadi dia pun tinggal dengan kami..
masa dia tinggal uamh dia sendiri, hari-hari kami pergi umah dia..masa tu sekolah rendah lagi..
jadi masih ada kat kmpungla..
mak aku jaga nenek aku macam baby...
suma mak aku buat...
dari jaga makan sampai basuh berak dia...
nenek aku dah tak boleh bangun...
dia boleh duduk je...
aku tak pernah tolong mak aku basuh...
sebab aku kecik lagi..aku tolong bagi nenek aku makan...
sembang dengan dia...
duduk dengan dia...
kami ada minat yang sama iaitu...sukakan kucing...

dia sangat suka kucing...
rindunyer kat nenek aku..
dia tak sempat tengok aku dah besar ni...

tapi apa yang penting kat sini ialah pengorbanan "anak kepada ibu"
apa yang mak aku buat kat nenek aku cukup sebagai pengajaran untuk aku...
walaupun mak aku tak belajar tinggi sampai universiti..
tapi dia sanggup jaga nenek aku..
mak aku macam aku juga..anak perempuan paling bongsu..ade sorang adik lelaki je...

dia ada kakak-kakak tapi dia macam kakak walaupun dia sebenarnya adik..
paham tak...??
sekarang ni bila nenek aku dahtak ada...
mak aku jaga kakak sulung dia (mak we=mak long) aku macam dia jaga nenek aku dulu...
tapi kami tak duduk serumah...
mak we aku tu dah macam mak aku yang kedua..
kalau ade masalah kadang-kadang aku datang rumah mak we aku borak dengan dia..

termasuk masalah dengan lelaki..
kalau aku ada suka kat sapa-sapa aku cerita kat dia...
tapi dengan mak, bapa or kakak aku , aku tak bgtau pun hehe..
nanti kene bebel...malas nak dengar..
hehe..
jauhnya melalut..balik cerita kawan aku tadi..
emi..ha ni ada gambar kami bersama

ni aku dan emi...hehe lasak sikit kat kampung...ni kat tepi sungai...ada tiga buah basikal..satu sorang ler..kwn aku sorang lagi tgh amik gambar ni...hari la kami puas pusing kampung naik basikal...lepas ni tak de dah kan emi kan..tinggal aku dan farezah.

lepas ni tinggal farezah sorang pula..aku pun nak ikut jejak langkah emi...haha
tengok-tengok farezah dulu kahwin dari aku
tinggallah aku sorang-sorang....apapun...jika hari itu datang aku akan umumkan disini..
dan semua akan dijemput InsyaALLAH..


polis sesat kat rumah aku...aik main sembunyi-sembunyi pulak dah

hari tu aku bawak uniform aku balik...saje je memberatkan muatan dalam beg aku sebab nak amik gambar guna uniform kt rumah..
mengada je kan hehe

ni wajah baru rumah aku..
dulu rumah aku rumah kayu je...
then mak n bapa aku usahakan untuk ini..(dalam gambar di atas)

jadi ni la tempat aku lepak hari-hari kat umah..depan tv...
kat dalam almari tu ada buku..
sapa nak pinjam boleh datang rumah aku..

hmm ha ni pasal adik aku pulak...
asik kesayangan ni
eda sebagai juru kamera..gambar adik akku kat bawah ni dia yang ambil

ni la adik kesayangan aku..haha aku selalu cakap kat kakak aku..."oo kak, ne adik kesayangan tek ne?"

ni gambar masa kitorg nak pergi hantar di ke kem PLKN...
mesti dia tak sangka gambar dia dipromote kat blog aku hahaha...
nasib ko la..

penah hari tu kami gaduh kat dapur...
dia amik mee aku, then aku pun apa lagi pegi la buat serangan mulut kat dapur...
dia amik mee kat dapur tu terus masuk dalam singki...
aku pun marah.." ko ni ingat ko anak orang kaya ke bla..bla..."
aku pun pergi angkat balik mee tu..tak kotor pun..lain la kalau dalam singki korang banyak sampah dan pinggan yang tak basuh...

aku amik then aku masak kan semula..
mee tu sebenarnya = sebungkus mee sedap je...( itu pun nak gaduh ke..haiya..)
hahaha aku pun pelik...pasal mee sedap pun gaduh kan..
sehari tak bertego..
esoknya baru bertego..tu pun masih dok mengungkit pasal mee sedap tu..

hmm kalau kat rumah aku, adik aku ni rapat dengan 3 orang je..yang lain tu biasa2 je la..
dengan mak aku, kakak aku yang dalam gambar atas tu (aku ada 3 orang kakak) dan aku..
kalau mak n kakak aku tak de kat rumah, aku lah jadi mangsa tempat dia minta duit walaupun aku ni pun tak berduit..
dia tetap tengok muka aku cop duit..( erk..)
tapi aku tetap bagi walaupun mulut pot petpot pet..haha

okla itu je kot..banyak dah aku cerita ni...
ni baru tiga orang...
mak, kakak no2, dan adik aku..

aku ada 3 abang, dan 2 kakak lagi yang tak masuk dalam cerita aku ni..
rumah aku ni banyak ragam..

len kali kita cerita lagi ye...

PPSMI : Analogi Mudah Dariku


PPSMI : Analogi Mudah Dariku

Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), baru-baru ini telah menjadi suatu isu hangat yang menarik perhatian warga Malaysia yang cakna. Kemuncak kepada ke'cakna'an masyarakat akhirnya terserlah pada suatu demonstrasi besar-besaran pada 7 Mac 2009 yang lalu. Tahniah pada diriku dan semua pihak yang terlibat dalam usaha untuk menyampaikan kebenaran kepada pihak-pihak yang masih lena dalam jaga.

Namun, aku menulis coretan kali ini bukanlah bertujuan untuk menggambarkan suasana ketika demonstrasi itu, bukan juga ingin mengutuk para FRU yang sungguh "mesra rakyat" pada hari itu. Nota ringkas ini hanyalah sekadar usahaku untuk menyampaikan pencerahan kepada mereka yang masih tertanya-tanya, mengapakah ditentang dasar ini?


Bagi memudahkan pemahaman, aku mencuba analogi mudah, kereta dan jalan raya.


Bahasa itu KERETA.

Sains dan matematik itu JALAN RAYA.

Kereta itu alat untuk berjalan di jalan raya. Sebelum memandu di jalanan, seorang pemandu itu perlulah tahu bagaimana hendak memandu. Maknanya pemandu kena belajar memandu, ambil kelas memandu, buat lesen, dalam erti kata lain, kena ada skil untuk bawa kereta.

Jalan raya itu pula ada pelbagai, ada lebuh raya, ada jalan kampung, ada jalan lurus, jalan berliku, jalan jem, jalan luas, jalan sempit, dan macam-macam lagi lah.

Namun, tidak kira apa jenis jalan sekalipun, sekiranya ada skil untuk memandu, insya Allah semua jenis jalan boleh dilalui. Tetapi, lain pula ceritanya dengan golongan yang tidak reti langsung memandu. Jika dipaksa secara ganas sekalipun, mustahil bagi mereka untuk berjaya memandu, hatta diberi kereta paling canggih serta dihamparkan jalan yang luas dan lurus. Jika berjaya pun, itu hanyalah suatu nasib baik serta tiada jaminan bahawa setiap orang mampu melakukannya.

Erm....Faham tak sekarang?

Analogi yang lebih ringkas, seseorang yang tak reti berenang, dipaksa untuk terjun ke lautan yang dalam.




Kaitkan dengan PPSMI. Jika kita tak pandai menggunakan bahasa, bagaimanakah hendak mengaplikasikan bahasa itu untuk belajar sesuatu pengetahuan. Bahasa itu adalah alat untuk belajar, sedangkan sains dan matematik itu adalah pengetahuan yang memerlukan bahasa untuk difahami. Dasar PPSMI pula memaksa pelajar-pelajar untuk memahami sains dan matematik dalam bahasa yang tidak difahami.

Bagi aku, penentangan terhadap PPSMI bukanlah perjuangan untuk semua, tetapi khusus untuk bangsa Melayu. Namun, ianya telah mengembalikan suatu paradigma klasik untuk difikirkan bersama. Alat terbaik untuk belajar, adalah bahasa ibunda seseorang individu. Seharusnya setiap individu berhak untuk memilih medium mana yang ingin diguna.

Jika selesa berbahasa Inggeris, maka "speaking"lah.

Jika fasih berbahasa Melayu, bercakaplah.

Namun kurang bijak sekiranya memaksa semua menggunakan satu bahasa yang sama.
Lebih baik buat dasar Pembelajaran Ikut Bahasa yang Sesuai dengan Jiwa.
Lepas tu, buat translasi banyak-banyak.

Yang penting itu FAHAM,
bukan TAHU semata-mata.

Wallahu'alam.

Sunday, March 15, 2009

Nak Tegur Sahabat Yang BerBuaT MAksiAt TapI risau SebAb saya ni bukaN nYa BaiK sanGaT




Assalamualaikum wbt...
tajuk tu adalah perbincangan borak-borak kosong kami...

agak menarik kan...
dalam bincang-bincang ada juga la scene mengumpat...
ni la yang aku malas berborak dengan dak-dak pompuan ni...

terjebak sikit...mengucap nurul...
alhamdulillah surah al humazah yang selalu aku baca mengingatkan aku...
terjemahan ayat pertama surah al humazah: celakalah bagi pengumpat dan pencela...

nauzubillah...aku cuba mengalihkan topik kami kepada perkara lain...

tapi agak tidak berjaya jadi aku pun ambil keputusan mendiamkan diri dan memuhasabahkan diri...

indahnya kan bila kita mengingati ALLAH, namun aku selalu alpa...

aku teringat lagi firman Allah juga ada menyebut, "lihatlah pada penciptaan langit dan bumi, nescaya kamu tidak akan melihat sedikit pun kecacatannya"

aku tak ingat yang Ayat Alquran nya..tp aku ingat terjemahan...


" eda, cantik tak kalau kita ambik gambar kat citu"
dialog bersama sahabat aku...

gambar yang aku maksudkan ialah ambil gambar berdekatan dengan pokok tapi background nya adalah langit dan pokok...
dapat gambarkan tak...gambarnya tak ada sebab tadi xbawak hp...

berbalik pada tajuk kat atas tu...
diorang ni sebenarnya tengah mengumpat sahabat-sahabat mereka yang terlalu rapat dengan dengan lelaki dan lelaki yang berlagak seolah-olah alim...

curi-curi dengar la sikit...tengah berfikir untuk cari hujah sebenarnya...



rata-rata mereka kata menyampah dengan orang-orang macam tu...
tapi depa kata tak berani nak tegur sebab nanti depa buat juga, tak buat hari ni tapi pada hari yang akan datang....

teringat kata-kata ketua aku pada pagi tu (dia ni banyak analogi la, nanti saya senaraikan ye, insyaALLAH)....

dia kata "setiap teguran dan kritikan yang saya berikan itu adalah untuk diri saya sendiri, jika saya tegur anda bermaksud saya tegur diri saya sendiri, saya akan cuba mengelakkan diri saya daripada melakukan perkara yang saya kritik itu'

saya cuba ulang perkara yang sama pada rakan-rakan saya semasa perbincangan tak rasmi tu,
tapi macam tak berhasil je...
tapi tak pe lain kali usaha lagi...
nampaknya kata-kata ketua saya tu masih tak masuk dalam hati...
sampai ke telingan then otak apstu terus stop kat situ...

kadang-kadang kita takut menegur rakan2 kita yang melakukan mungkar kerna bimbang kita sendiri akan melakukan mungkar itu...

aku pun pelik la...
kalau kita tak suka orang buat perkara tu mesti orang lain juga tak suka kita melakukan perkara yang sama kan...
analogi yang mudah tapi gagal dicerap...sebab hati ni kotor dengan dosa-dosa (saya tak terkecuali)...

apa pun sahabat-sahabat sekalian...
perbaiki diri anda...
sebenarnya manusia ini memang sukakan kebaikan...
tapi mereka masih dibayangi kenikmatan-kenikmatan sementara dunia...
lantas kerana harta mereka sanggup bergadai maruah Islam...

nauzubillah...minta kita dijauhkan dari perkara tersebut...

Saturday, March 14, 2009

mereka-mereka Yang COMel Dan .....



Aku BerSyukur Aku AdE Dia...HaraP DiA pUn SyukuR AdE aKu.


aku??? nak jemput bidadara ke??? :)

Assalamualaikum wbt...

ha nampak tak tajuk atas tu...
tu la status Ym saya

"dia"
sape dia tu ye...
mesti ramai tertanya-tanyakan...
saje nak bagi kamu tertanya-tanya...
ada jugak yang
bf ke??

bf=buayafriend ikut definisi ustaz hasrizal...penulis buku aku terima nikahnya..

sebenarnya "dia" tu aku tujukan kepada sahabat-sahabat aku yang baik hati...
sepanjang sem memang akan bekerja dengan mereka dari gerak kerja tugasan kuliah, gerak kerja persatuan, gerak kerja kolej dan sehingga kepada gerak kerja mentarbiyyahkan hati...

menarik bukan...
mereka ni sangat sayangkan ukhwah antara kami...walaupun tengah sibuk-sibuk dnegan tugasan tetap akan berlari kalau mereka dengar ada majlis ilmu di sekitar kampus UPSI dan kolej...

dan sini nak promote ckit..esok 15 mac 2009 hari ahad jam 730malam akan diakan datu forum bersama bro Lim Jooi Soon bertmpat di kolej KUO...

mai la ramai-ramai.....

"dia" yang didefinisikan sebagai seorang arrijal (bukan arrijal sahabat maya saya ye)...
siapa "dia" tu???

aku pernah ajukan kepada seorang sahabat mengenai "dia"...
sahabat aku kata, selalu lah doakan dia adalah perancangan terbaik daripada Allah dalam menyambung zuriat-zuriat yang akan terus memartabatkan Islam sebagai cara hidup...
hari tu pergi kursus kahwin (dah cukup umur dah pun)..
penceramah tu kata, kalau masih tak ada calon tapi dah kata rindu atau sayang kat "dia" tu..
orang tu perlu lah dimasukkan ke hospital bahagia...hehe
dia kata la....

tak perlu la nak rindu-rindu
cukup sekadar kita selalu sedekahkan doa pada dia...
cinta pada dia tu (walaupun anda kenal dia) tapi tidak perlu diluahkan andai anda belum bersedia untuk ke gerbang perkahwinan dalam masa terdekat...
jika anda berbuat demikian anda hanya akan membuka satu pintu ke lembah yang hina iaitu ZINA...

sahabat-sahabat,
rakan-rakan,
kawann-kawan,
teman-teman,

beringatlah bahawa dunia in bukan semakin moden tapi hakikatnya dunia ini semakin tua...

ingat lagi tak cerita isra mikraj kalau tidak silap...

bumi diibaratkan sebagai seorang tua,
itu semasa isra mikraj...
sekarang kita dah terlalu jauh daripada peristiwa tersebut...
entah bagaimana si tua (bumi) itu sekarang...

mungkin tengah terlantar dipembaringan menunggu ajal datang menjemput...

sahabat-sahabat...

ini hanya sedikit bebelan dari saya...

andai ada yang tersilap tegurla dan perbetulkan saya....

Thursday, March 12, 2009

kenak kamek sik kelaka sarawak ctok...

Assalamualaikum wbt...
loghat sarawak kmk tenggelam...
kwn kmk padah giya...

sik da la tggelam cum sik di pake jak buat masa tok sbb ktkorg sik paham pa nak di klaka kamek kelak..

nak kah cam manok klaka dgn itit...
tp kmk phm la apa ktkorg padah unless ktkorg da bhs ibunda ktkorg selain Bm baku...

mo blaja gik ka??
boleh jak sik da masalah..kmk pun rindu nak klaka sarawak.
selauk dh lidah tok eh mba klaka malaya jak2..

mun ada miak sarawak dtg ctok respon2 la post tok ok...

tambah2 bahasa sarawak kita tok..
dan promote ckit kat cdak semenanjung dan sabah...

marek= semalam
lang= pintu
pisok= pisau
penjan= tingkap
pake=pakai
pande=pandai
miak= budak
sine= di mana
kenak= kenapa
sitok= sini
sia= sana
gerek= pakwe/makwe
kepak= penat
palak= kepala
balit= balik
kawu= kau
betapok= bersembunyi
belon= kapal terbang
ngelayo= merayau
bejarah= bersalam
kuang kuit= ulang alik

pe gik ooo...
mun ada gik ktk orang tambah dikpun la ho...

mun ada persoalan or nak nanyak pa2 yang nak d translare dalam bahasa sarawak
komen jak ctok ok...