Tuesday, May 12, 2009

ok..ini post terakhir sebelum saya balik

Assalamualaikum wbt...

ini post terakhir kali ini...semester 6 saya berada di UPSI..
kembali ke sini dalam masa 2 minggu dari sekarang menjanjikan hari-hari yang sibuk untuk saya.
tapi dalam kesibukan itu, hadirkan rasa ingin sentiasa bersama ALLAH..

5 Jun 2009 saya akan kembali ke sini, tunggu kan berita dari Sarawak selepas saya pulang bercuti nanti.

7 Jun 2009 saya akan berangkat ke UPM untuk menjalani sesi latihan sebelum istiadat pentauliahan pegawai sebagai Inspektok SP (SP=sukarelawan polis)
jadi, selepas ini saya akan dikenali sebagai Inspektor NURUL (aiseh poyo je...)

anda masih boleh memanggil saya dengan panggilan ciknurul,
tetapi amat dialu-alukan memanggil saya insp nurul hehehe...

latihan ini akan diadakan selama 2 minggu, dari 8 Jun 2009-21 Jun 2009 bergantung kepada keadaan.

ini bermakna sepanjang tarikh terebut saya tidak berada di UPSI,
jadi blog akan berada dalam berhabuk kembali...

InsyaAllah kembalinya saya di UPSI pada 22 Jun 2009 akan ada berita dari UPM sana..

sama-sama nantikan...

sem depan adalah sem baru..
sem terakhir saya berada di UPSI sebelum menjejakkan ke sekolah pada sem 8 untuk berpraktikum.

p/s blog akan dikemaskini sekiranya saya mempunyai kelapangan untuk ke cybercafe atau di mana-mana saya boleh berada atas talian (on9)
sebarang pesanan atau pemberitahuan bolehlah dihantar ke emel, ym, blog or sms(bg yg berkaitan)

sekian sahaja dari saya...
jumpa lain hari...

sahabat-sahabat,

doakan Iman dan Islam sentiasa mengiringi setiap langkah pergerakan saya...

hidup ini adalah untuk beribadah kepada ALLAH

Pohon maaf andai tersalah kata atau terlanjur bicara...


"balik kampung...oooo...balik kampung....oooo...balik kampung...hati girang...."

****ngeh2 nyanyi sendiri ya....nk melalak pun boleh

Kegelisahan di sebalik agenda balik kampung

Assalamualaikum wbt....

yeye dah nak balik kampung...
balik ke asal dari mana aku datang...

namun disebalik kegembiraan pulang ke kampung...
hati kecil aku tertanya-tanya...

risau...

bingung...

MySpace

mampu kah aku???

aku risau dengan iman aku...

pulang ke kampung, tiada siapa akan menegur solat ku,
pakai ku,pergaulan ku....

Ya ALLAH ku pohon kekuatan dari MU...

kampung halaman aku adalah masa silam aku....
bayangan siapa aku dahulu...

solat entah ke mana...
auratnya terdedah sana sini...
puasanya...
iman...

sungguh perkara in ibagi aku hanya satu silibus di sekolah,
bukan dipraktikkan dalam kehidupan....

namun,

segalanya berubah....

ALLAH beri aku berhijrah...
merantau ke dunia lain jauh dari ceruk kampung aku...

ya...perantauan mencari apa erti iman? dan apa itu Islam...

itu yang selalu mngusarkan hati aku tatkala perkataan balik kampung meniti di bibir...
di luar jelas keriangan berjumpa kekasih tercinta...

namun hati ini kerap kali mengingatkan agar iman itu perlu dijaga...
dipupuk...
disemai kasih...
makanan iman ini jangan dilupakan...

Sahabat yang aky kasihi sekalian...
para pelayar blog yang setia...

aku mohon doa kalian,
yang akan menjadi sentaja,
agar aku ampuh,
terus berjuang,
dalam keimanan,

menegakan addin...

terlalu berat hati ini ingin meninggalkan kolej kediaman...

namun apakan daya,
hati kerap berbisik...

"mak rindukan nurul"

walau ia tidak diungkap dengan kata-kata lisan seorang ibu,

namun aku faham,

si ibu tidak akan menambah beban anaknya yang sedang berjuang untuk menuntut ilmu...

mak, nurul akan pulang...
nurul akan bersama mak,
walau pun untuk seketika,
sebab kasih mak,
tiada yang mampu menggantikannya.

tunggukan kepulangan aku, wahai insan-insan yang menyayangi aku...
ya..aku juga rindukan kalian...

Nukilan dari seorang sahabat..terima kasih banyak-banyak

Dambaan KasihNYA


Dambaan KasihNYA

Sinar nan kehidupan
Sekelumit rindu dirai
Menadah tangan kepada Maha Kuasa
Syukur masih ada lagi
Tika ihtizam terus terarah
Pencarian hidup bermakna
Tatkala terasa kesayuan

Terkadang menyusuri saat ini
Dambaan penuh pengharapan
Nun kehidupan dicari seertinya
Amat jauh dijangkau masa ke situ
Ada makna di sana
Di sini baru bermula
Segala mengadaptasi
Demi tujuan terbaik

Alkisahnya mengharap cinta sejati
Seiring penuh dambaan Ilahi
Sedalam hati mencintai
Lebih dari apa segala
Sesungguhnya menikmati
Jika tulus dan redha
Semua yang ada hanya milikNYA
Mampu berusaha menggapai
Andainya itu jalan terbaik

Penghujung destinasi
Tercapai apa diimpikan
Cinta dan kasih sayang seiring bersama
Memuja memohon keampunan
Segala perbuatan tersisih
Bertasbih dikala inginkan keredhaan
Maha Pengasih dan Penyayang
Demikian cintaNYA

by, Adaptasi kepada cikgu nurul

Akhirnya aku pulang...

Akhirnya aku pulang…

12 Mei 2009, aku dalam kelas TS4B, masih dalam kelas untuk menghabiskan baki pelajar yang belum membentang proposal mereka. Giliran aku adalah semalam iaitu pembentang ke 9. Alhamdulillah, semua berjalan baik walaupun pada mulanya aku agak gemuruh untuk membentang.

MySpace leganya….

Cuma aku perlu perbaiki lagi kesilapan dan ayat-ayat soal selidik aku untuk mengelakkan salah faham sampel yang akan aku gunakan. Ini bermaksud proposal aku diterima dan soal selidik akan dijalankan pada awal semester depan.

MySpace hehe hatiku senang…

Semalam aku “pengsan” sebab hari sebelumnya tidak tidur, memaksa mata bekerja sehingga jam 4 pagi. Aku bukan yang biasa tidur lewat. Tidur awal dan bangun awal tapi semalam jadual tidur terganggu menyebabkan aku “pengsan”.

Petang ini aku akan menjelajah ke kota yang ber”lumpur”. Mengambil kata-kata seorang sahabat maya, “lumpur” ini bukan lumpur yang daripada tanah itu, tetapi cas-cas lumpur disebabkan maksiat yang berleluasa di kota ini.

Okla, nampaknya blog ini tidak dapat di”update” selama 2 minggu sehingga aku kembali ke kolej yang tercinta. MySpace

tutup kes blog...ada berita lebih bahagia huhu

Yeyeye….

MySpace

aku balik kampung, walaupun pada mulanya aku tidak balik ke kampung namun, atas dasar kasih sayang dan tanggungjawab hehee, aku korbankan sedikit wang simpanan untuk pulang ke kampung untuk berjumpa dengan keluarga tercinta..

Seperkara lgi, sebab kasih dan sayang kepada anak-anak Sarawak yang memerlukan kehadiran aku untuk bersama mereka, terutama adik Amirah. Adik, tunggu akak balik ok…I will try to do the best for this program.

Petang ini aku akan berangkat ke KL, singgah di rumah sahabat aku sebentar, dari semester lepas lagi mahu ke rumah dia tetapi kekangan masa terpaksa ditundakan.

Dia adalah sahabat aku semasa aku mula-mula melangkah ke UPSI, rakan sebilik aku semasa sem satu...

aku rasa setakat itu dahulu amanat aku sebelum aku pulang ke kampung, pembaca sekalian, jumpa anda di lain hari andai diri ini masih ada rezeki dalam diberikan peluang untuk kembali melayari alam maya ini..

Kematian sentiasa bersama kita, beruntunglah mereka yang mengingati mati kerana mereka tidak akan mensia-siakan masa yang mereka ada.

Akhir kalam,

Maaf andai tersalah kata, terlanjur bicara, setiap yang terungkap pasti ada kesilapannya.


jumpa kamu di "sana"....


MySpace

Sunday, May 10, 2009

Rakaman dari Konvensyen "berakhirnya agenda Zionis"

Sila download dan sebarkan kepada rakan-rakan anda...

tidak rugi..
ada yg btnaya mana V0001.mp3.. maaf kami terlewat sedikit masuk sebab menunggu sahabat kamu yang lain untuk mendaftarkan diri..
jadi ini sahaja yang mampu...

semoga ia bermanfaat kepada semua
MySpace

V0002.mp3


V0003.mp3


V0004.mp3


V0005.mp3

Konvensyen "berakhirnya agenda Zionis"

urusetia...PEMBINA...khusyuk mendengar

Assalamualaikum wbt...

alhamdulillah....
aku dan sahabat-sahabat aku telah menghabiskan masa lapang kami 9 Mei 2009 di PWTC

sebelum itu ini adalah satu pengumuman: sekiranya anda ingin mendengar rakaman konvensyen tersebut boleh minta dari saya, saya akan cuba hantar kepada anda.

kami di antara wakil dari UPSI yang bertandang ke konvensyen ini..jumlah semua ada 6 orang sahaja. 4 Muslimat dan 2 muslimin sahaja.

kronologi perjalanan kami:

7.00 am: bergerak dari UPSI untuk ke PWTC. Kami naik kereta berempat.

8.15 am : sampai di PWTC. tak pergi daftar lagi, kena tunggu 2 orang lagi kumpulan kami untuk sama-sama mendaftar
8.45 am: masuk ke dewan Merdeka. pembentangan dah mula pun. kami berempat duduk kat atas..jadi akuleh usha penonton kat bawah. Nasib baik aku bawa cermin mata aku...kalau tak xnampak apa la yg ada kat skrin tu.

....aku tak ingat dah...
sebab aku tak tengok jam sepanjang masa..


wei tengok depan la...ape plak pandang2 kamera ni..kerusi depan menjadi pilihan agar tiada halangan untuk aku melihat penceramah..erk..kat dewan tu memang gelap..jadi aku pun bertambah gelap la..



takpela aku cerita secara ringkas sahaja.
masa rehat pagi tu, aku tak dok dengan kawan2 aku...mengasingkan diri kat kerusi hujung sebab tempat diorang xmuat.
aku pun duduk dnegan mak cik ni..dia dari Shah alam, dia datang sekeluarga. Anak dia adalah salah seorang Ajk yang menganjurkan prog ni. Kira ramah juga la aku ni kan..hehe

lepas tu sambung sesi kedua...dari semua ahli panel...aku paling suka Dr Azzam Tarmimi..bersemnagat betul dia bagi ucapan..
ada beberapa kenyataan yang dia huraikan menyentuh hati...aiseh dahla aku ni sensitif hehe...cepat je mata ni nak mengalirkan airmata...

sesi tengahari aku ter"mengantuk" sikit..tidur la kejap...aiseh ade la dalam 20 minit...lame gak tu..banyak aku dah terlepas huhu..dah la slot dr AzzaM Tarmimi.

aku pun tengok-tengok la penonton kt bawah..banyak juga kerusi dah kosong atau pun diorang tak masuk lagi lepas makan tengahari tadi. Tak kurang juga yang mengantuk. Angguk-angguk, geleng-geleng pun ada. macam-macam aksi. Tapi dalam ramai-ramai tu, sikit je yang mengantuk. Majoriti masih bersemangat mendengar. aku pun dah lepas zon mengantuk, biasalah lepas makan tengahari kan.

kami mengundurkan diri dalam jam 4.00 petang. Tamat sahaja sesi soal jawab dan sementara menunggu slot penutupan, kami dah blah...bukan apa, kami kena balik ke tanjung malim semula..huhu kesian kat pemandu....

antara perkara-perkara yang aku dapat cerap daripada beliau sepanjang pembentangan ialah (tapi tak semua la ye...ni yag aku ingat dan insyaALLAH aku akan sentiasa ingat)

1. mengenai soalan Salahuddin Al-Ayubi:

- lahirnya insan ini adalah bermula dengan didikan seorang guru, dan guru tersebut adalah anak murid salah seorang Iman..kalau aku tak silap dia kata Imam Al Ghazali (sapa yang pergi konvensyen tu tolong perbetulkan kalau salah ya). Maksudnya lahirnya insan bernama Salahuddin Al-Ayubi ini alalah dari didikan seorang guru atau pendidik..
dan aku adalah seorang bakal guru... Betapa besarnya kerja dan tangggujawab seorang guru.. dan apa yang aku dapat simpulan di sini...dan aku kongsi dengan sahabat-sahabat aku yang sama-sama pergi ialah

TEACHER - we can change the UMMAH..

wah lihat betapa besarnya tanggungjawab guru...
we will change the UMMAH...
maksudnya masa depan UMMAH juga diletakan di bahu kita dalam mendidik anak bangsa kita.

Ya ALLAH jadikan aku seorang guru yang mampu mendidik anak murid aku dengan baik dan mereka cemerlang di dunia dan akhirat.

2. mengenai Imam Mahdi
- Dr Azzam tarmimi kata tiada hadis sohih yang menceritakan kedatangan Imam Mahdi. Aku tertarik dengan kata-kata beliau

"Work.. You Have to work, You have to do your job, your responbility. Dont just wait for the Mahdi until you die and the Mahdi will never come.
You Have to do someting. We are going for JIHAD.
We have to support the Mujahideen. Dont just sitdown and wait for the Mahdi to come and rescue us. You are the Mahdi. All of us must be the Mahdi.
You Have to do your jobs and your responbility. You are the one who will change the world.
You still want to wait for the Mahdi? Go ahead. I will not going to wait for the Mahdi. I'm going for JIHAD until I die."

Aku akan cuba upload rakaman ini secepat mungkin...ya ini lah kata dia yang sempat aku catat dalam lembaran kertas kerja. Seperti satu suntikan baru yang membakar semangat aku. Kamu juga wahai sahabat-sahabat.

3. kita mnyokong idea yang dibawakan bukan persatuan, organisasi, parti itu tapi pada perjuangan yang mereka julang. Pada perjuangan yang mereka pegang....

- hari ini kita llihat fenomena dunia...bagi saya tidak perlu jauh...pergolakan politik di Perak tempat saya menuntut ilmu ini cukup menunjukan betapa buruknya apabila Perjuangan atas nama ALLAH itu di pandang enteng.
apa bila manusia mengagung-agungkan peraturan yang dicipta oleh manusia.

4. mengapa kita menyokong Pembebasan Palestin?

- " History of Palestine is the history of Iman, history of Jihad tok seek "redha ALLAH".
ye perjuangan di palestin adalah perjuangan mengenai iman, pejuangan mengenai Jihad.
pernah kamu selak lembaran sirah Palestin..
berdasarkan sejarah lampau...sesiapa yang menguasai palestin berpotensi dan akan menguasai dunia...
Benar, itu adalah sejarah dunia, yang tidak akan berubah.

** kira ini sahaja perkongsian buat kali ini...kepada sahabat-sahabat yang hadir dalam konvensyen ini, sekiranya ada sebarang pertambahan atau kesilapan dalam penulisan saya, tegur-tegurlah***

***aku hanya manusia biasa, walau aku seorang raja, aku tetap manusia biasa, walau aku seorang perdana menteri, aku juga manusia biasa, walau aku seorang presiden, aku tetap manusia biasa, tiba mana, tiba ketika, aku akan kembali kepada SANG PENCIPTA, ALLAH YANG MAHA ESA***

Saya Nak Kahwin!

Saya Nak Kahwin!

InsyaAllah, dengan berbesar hati, jantung, limpa, hempedu dan buah pinggangnya, saya ingin menjemput semua penceroboh blog ini ke majlis pernikahan saya yang bakal berlangsung tidak lama lagi dengan seorang insan yang begitu saya cintai (sudah tentulah seorang lelaki). Jadi, anda semua adalah digalakkan untuk meneruskan bacaan dibawah bagi mendapatkan gambaran perjalanan dan beberapa perkara penting berkenaan majlis itu nanti.

"Wah, dalam diam-diam dah nak kahwin ye nurul ni, hebat-hebat".
Tersenyum dengan hidung kembang kempis tak henti-henti.
"Cayalah akak, gua salute sama lu. Congrats!".
Meneruskan sesi mengembang dan mengempiskan lubang hidung.
"Eh, biar betul. Siapakah lelaki bertuah tu ukhti?".
Hanya mampu tersenyum kambing, "adalah, nanti enti bakal melihatnya", jawab ku.

Memang, aku sendiri pun semacam tidak pasti saja. Terlalu cepat masa berlalu, kalau dulu hidupku hanya huha huha seorang diri, tetapi kini hidupku bakal ditemani seorang insan bergelar suami. Segala gerak geriku, segala percakapanku, segala-gala perihal diriku tidak lagi sebebas dan sesukai hatiku boleh aku lakukan, kerana ada insan yang sedang memerhatikan dan mengikuti setiap perbuatanku sebagai seorangisteri dan juga makmum kepada dirinya. Nak tak nak, terpaksa juga aku jaga seteliti boleh setiap tingkah laku dan percakapanku didepannya. Kerana aku ingin menjadi seorang makmum yang baik, bukan seorang makmum yang dibenci imamnya dan buruk tingkah lakunya.

Tut..tut..

"Bangun la, dah pagi ni, solat subuh dulu!"

Wakaka.. Bermimpi rupanya aku ni. Tu la, kuat sangat berangan nak kahwin, sampai tidur pun boleh mimpi kahwin..hehe.. Terima kasih kerana sudi membaca repekan saya kali ini. Ini merupakan satu mainan kanak-kanak tak cukup umur yang gatal nak kahwin saja, tiada kena mengena dengan anak lipan serta kaum kerabatnya, samada yang masih hidup ataupun yang telah selamat meninggal dilanyak tayar kereta api..huhu

Aih, pendeknye, pengisian pun takde ni. Ok la tu dari aku biarkan berhabuk je kan..haha.. Musim-musim cuti sem ni kena slow sikit main benda alah ni, nak balik kampung dah.

* P E R M U D A H K A N *

keh2...aku copy paste gak ni dari blog pakcik aku....pakcik lisam yang nak kawen...bukan aku (doa tok kamu ni pakcik huhu)

aku edit sebab pakcik aku lelaki...jadi dia cr isteri..
aku pompuan jd alter la ape yg perlu...
keh2...adoi...macam2 perangai pakcik aku ni...diwarisi oleh anak-anak sedara dia jugak...
pakcik2xx...

perhatian: pakcik lisam adalah pakcik aku dalam dunia blogging je...dan realitinya...bukan pakcik aku....risau jugak kalau ada pakcik macam dia hehe

semoga pemilik blog Antara Cita dan Cinta cepat kawen ye...kawan2 doa tok saya jugak...

Saturday, May 9, 2009

ni ade lagi gambar dak kelas aku yang "mengOng"2xx cikit huhu..jangan marah korang...ahaks...proposal xsentuh lagi..

sebelum korang explore gambar2 kat bawah...
ni aku de cte sikit pasal game kami yang simple tu...

ha nak cte cikit...masa main game tu orang sebelah kiri aku kata
1. nama yang pelik
(kebanyakan tempat aku p memang orang kata nama aku pelik..nak tau nama aku ke...hermmm xyah la kot hehe )

2. **** ( aku ase cam tak layak je terima komen ni)

3. nampak cam sombong tapi sebenarnya ok je :)..
( aku sombong ke??? aku cam tu ke??? aaaa....)

4. banyak benda leh kongsi dengan dia
(kongsi ape tu ek...hehe nk kongsi makanan dengan aku..haha boleh je...meh la aku habiskan makanan ko..=)

5. penah wat assignment dengan dia, sangat rajin + komited orangnya
( erkkk...aku tak angkat bakul...dia yang tulis cam tu...so sape2 nak wat assignment dengan aku leh je...tapi kene tahan telinga dengar aku membebel erk...ade ke ida haha..yang komited tu aku tak pasti tapi part rajin aku cam pelik je...kadang-kadang aku ni malas tahap gaban... )

6.sentiasa bersemangat
( hmmm yang ni camne ek...aku bersemngat..kene laung trademark ke hehe...tau la banyak trademark nurul...mungkin sebab aku banyak cakap kot...banyak cakap ke aku ni..)

7. hmmm xde dah, sampai 6 je..no 7 ni aku tambah sendiri...

p/s tok dak kelas aku yang view..komen2 la ckit..nak tambah ke or nak kurangkan ke....tang sombong tu cam kontra je aku rasa erk...hehe kurang senyum kot bila aku xde mood...bis sume org kene tempias....hoho

aku datang dalam kol 6 lebey cam tu dengan ainin...@ enen
merentas satu upsi...penat sey...
berpeluh2 aku jalan...pastu sesat lak dah...kah2..

"aik apsal cam umah cina je ni enen.."
nasib baik ada adik yang baik hati tunjuk jalan kt kitorg..time kasih dik

aku pun tolong ape yang patut je la..
malam tu...jeng2xx
time bakar ayam...
tinggal 2 ketul lagi nak bakar...
dengan kuasa power rangers *pink* (aku xpakai baju pink pun malam tu) aku meneruskan usaha bakar dua ekor ni sampai masak...
sume dok ramai2 depan ayam tu tunggu dia masak haha...
2 hari tangan aku rasa lenguh2 sebab dok kipas ayam dengan bersemangat..

tu je kot...

ok lets enjoy our picture....

yang ni aku copy dari cik enen (teman menjelajah dan bermusafir untuk ke taman aggerik walaupun sesat pada mula nya aiyooo hahaha)



byk tol belon kat sliding door 2...huhu...tempat tumpuan kengkwn klas ak bgambo..huhu...ayam bbq 2 nmpk sedap! nyum2!!! hehe

sedo je ak nk candid gambo...hehe (***pasal pa termasuk sekali ni hehehe..xsempat nak wat aksi la enen...)

cerianya farah ye...hehe (xsilap aku, gmbor ni aku amik gn kamera enen)

time mengipas ayam2 yg kepanasan, ahahah!!!! bau asap ak...wakaka

sedang menanti bbq dimulakan...lapar dowh time neh...tapi muke ttp maintain...hehe

apalah yg farah ngan diana tengah wat 2...huhu

dari kiri: ain kecik...huhu...kak e...mimi...n last sekali aku ler...:P

hehe...ngah tepon sape 2 kema??? :p

tangkap gambo smpai kuma...wakaka

nak belon? boleh, kat kdai...haha

sesi mkn2...huhu...

cam best jer kalo ak dpt letupkn belon2 neh...hehe (gelak jaat kuase 8..)

cam sopan je ak tym neh...xleh blah tol!wakaka...gelak guling2...:p (***enen kim salam kat orang belakang tu ye..menyemak je kui2x...)


ha yang ni lak aku copy dari blog cik kema...aiseh asyik copy paste je...
yela aku xde kamera..sape nk spon aku beli la satu tok aku ni...

Tips memahami gambar:


Lihat dari bawah ke atas.. ^_^



Gambar 16: Masa utk bermain game..sume khusyuk..game yang simple tp sweet..idea asal dari Aqilah..^_^ di alter oleh warga Anggerik Desa + Nusa




Gambar 15: yaaaa....boleh makan akhirnya..rakus betol sume orang..


Gambar 14: Meriah..ramai yang datang..ni baru separuh..


Gambar 13: Wajah letih tp puas hati..tersadai di tangga..sape yang terpenyek??;p


Gambar 12: Mari berposing seketika..melepaskan penat..dari kiri: tukang masak ayam, diikuti 3 tukang masak nuget dan sosej serta tetamu lewat..


Gambar 11: Lebihan ayam digoreng memandangkan wajah para tetamu sudah masam mencuka mengalahkan burung hantu di hutan kelapa sawit belakang kuo..



Gambar 10: Ayam masih belum habis dibakar..sekarang da pukul 8.00 malam..majlis sepatutnya dah bermula..


Gambar 9: Aksi kejam dari Syud utk Farah (as a welcome to our new housemate, hahahahaa)


Gambar 8: Membakar ayam dengan penuh kemeriahan..


Gambar 7: weellll..(tergheliat lidah) i like this pics..(aura london datang seketika)


Gambar 6: Mari berposing dengan entrance our BBQ night!! (errkk aku antara orang yang datang awal sikit la kan....sbb x kol 8 mlm lg...kira awal la kn kema hehehe)



Gambar 6: ooo..belon dah siap digantung..weehhoo..


Gambar 5: Mencari tapak BBQ yang baru iaitu di hadapan pagar rumah & di atas jalan tar


Gambar 4: Gara2 terlalu taksub dengan keputerililinan kami maka inilah yang berlaku..simen tempat api arang kayu meletup 2, 3 das sehingga menyebabkan beberapa selipar berlubang sebesar syiling 50 sen..mujur tiada yang terkorban..


Gambar 3: Acara menghidupkan api arang kayu tanpa rasa was-was. Tapak BBQ dihidupkan di kawasan yang redup memandangkan kami semua puteri lilin.


Gambar 2: Rabi yang kelihatan agak gumbira mempromote periuk sup milik bilis dari Taman Nusa..besar ye periuk tu..sampai hampir separuh sup kaki dan leher ayam tak habis dihirup oleh kami semua (50 orang ye..)


Gambar 1: Separuh daripada belon2 yang da siap ditiup menggunakan pam beskal Anggerik Desa yang sangat canggih dan agak mahal harganya..perlu juga di state sbb tu bukan pam aku..



p/s sekian keje copy and paste aku dah siap....selamat menjamu selera hahaha
kawan-kawan terima kasih gamabr yang baik...



Friday, May 8, 2009

Gambar sekitar majlis berbeku kami.."Pelajar Kimia sesi ambilan 06/07"

Kamu memang best....

Ingat-ingatlah saya...
The one and the only ne Sarawakian in this community.
(ada lagi tp sarawakian lain dalam group lain)

tapi sedih jugak, ramai sahabat-sahabat saya tidak dapat hadir..

ini ada sedikit gambar dari majlis tersebut...

nak tau saya, kamu carila sendiri...gambar saya ambil dari blog sahabat sekelas...di sini

Wajah-wajah Ceria BBQ =)



Akma berusaha keras mencantikkan rumah, hehe

Akma berusaha keras mencantikkan rumah, hehe

Perbincangan isu global sesama kaum Adam :p

Perbincangan isu global sesama kaum Adam :p

Usaha keras membakar ayam dari Asar hingga ke Isyak

Usaha keras membakar ayam dari Asar hingga ke Isyak

Diyana Radzi, Najmi, pam & belon

Diyana Radzi, Najmi, pam & belon

Sebuah letupan di hadapan pintu masuk, hehehe...

Sebuah letupan di depan pintu utama, hehehe...

Nakal, namun itulah ana yang sebenar :p

Nakal, namun itulah SyuD yang sebenar :p

Wajah-wajah gembira di sebalik belon :)

Konfius sejenak, cikgu Kimia ke cikgu tadika? ;p

Posing ja lebih, hehe~

Posing ja lebih, hehe~

Mereka; serumah, sehati dan sejiwa

Mereka; serumah, sehati dan sejiwa

Watak-watak utama

Menanti waktu makan

Menanti waktu makan

Kredit kepada Akma; tuan rumah

Kredit kepada Akma; tuan rumah

Pekerja-pekerja tambahan untuk proses merentungkan ayam

Pekerja-pekerja tambahan untuk proses merentungkan ayam

Mewangikan baju masing-masing dengan bau asap :p

Mewangikan baju masing-masing dengan bau asap :p

Usaha menyelamatkan ayam yang hampir hangus

Usaha menyelamatkan ayam yang hampir hangus

Sharing is about caring n loving :)

Sharing is about caring n loving :)

Sesi permainan

Sesi permainan

Jamil berusaha keras membaca huraian tentang seseorang

Jamil berusaha keras membaca huraian tentang seseorang