Tuesday, May 12, 2009

ok..ini post terakhir sebelum saya balik

Assalamualaikum wbt...

ini post terakhir kali ini...semester 6 saya berada di UPSI..
kembali ke sini dalam masa 2 minggu dari sekarang menjanjikan hari-hari yang sibuk untuk saya.
tapi dalam kesibukan itu, hadirkan rasa ingin sentiasa bersama ALLAH..

5 Jun 2009 saya akan kembali ke sini, tunggu kan berita dari Sarawak selepas saya pulang bercuti nanti.

7 Jun 2009 saya akan berangkat ke UPM untuk menjalani sesi latihan sebelum istiadat pentauliahan pegawai sebagai Inspektok SP (SP=sukarelawan polis)
jadi, selepas ini saya akan dikenali sebagai Inspektor NURUL (aiseh poyo je...)

anda masih boleh memanggil saya dengan panggilan ciknurul,
tetapi amat dialu-alukan memanggil saya insp nurul hehehe...

latihan ini akan diadakan selama 2 minggu, dari 8 Jun 2009-21 Jun 2009 bergantung kepada keadaan.

ini bermakna sepanjang tarikh terebut saya tidak berada di UPSI,
jadi blog akan berada dalam berhabuk kembali...

InsyaAllah kembalinya saya di UPSI pada 22 Jun 2009 akan ada berita dari UPM sana..

sama-sama nantikan...

sem depan adalah sem baru..
sem terakhir saya berada di UPSI sebelum menjejakkan ke sekolah pada sem 8 untuk berpraktikum.

p/s blog akan dikemaskini sekiranya saya mempunyai kelapangan untuk ke cybercafe atau di mana-mana saya boleh berada atas talian (on9)
sebarang pesanan atau pemberitahuan bolehlah dihantar ke emel, ym, blog or sms(bg yg berkaitan)

sekian sahaja dari saya...
jumpa lain hari...

sahabat-sahabat,

doakan Iman dan Islam sentiasa mengiringi setiap langkah pergerakan saya...

hidup ini adalah untuk beribadah kepada ALLAH

Pohon maaf andai tersalah kata atau terlanjur bicara...


"balik kampung...oooo...balik kampung....oooo...balik kampung...hati girang...."

****ngeh2 nyanyi sendiri ya....nk melalak pun boleh

2 comments:

Suluh Hati said...

Semoga menjadi Cik Inspektor nurul yang bertaqwa....

puterinurzahra said...

insyaAllah...doakan kmk la ho :)