Tuesday, May 12, 2009

Akhirnya aku pulang...

Akhirnya aku pulang…

12 Mei 2009, aku dalam kelas TS4B, masih dalam kelas untuk menghabiskan baki pelajar yang belum membentang proposal mereka. Giliran aku adalah semalam iaitu pembentang ke 9. Alhamdulillah, semua berjalan baik walaupun pada mulanya aku agak gemuruh untuk membentang.

MySpace leganya….

Cuma aku perlu perbaiki lagi kesilapan dan ayat-ayat soal selidik aku untuk mengelakkan salah faham sampel yang akan aku gunakan. Ini bermaksud proposal aku diterima dan soal selidik akan dijalankan pada awal semester depan.

MySpace hehe hatiku senang…

Semalam aku “pengsan” sebab hari sebelumnya tidak tidur, memaksa mata bekerja sehingga jam 4 pagi. Aku bukan yang biasa tidur lewat. Tidur awal dan bangun awal tapi semalam jadual tidur terganggu menyebabkan aku “pengsan”.

Petang ini aku akan menjelajah ke kota yang ber”lumpur”. Mengambil kata-kata seorang sahabat maya, “lumpur” ini bukan lumpur yang daripada tanah itu, tetapi cas-cas lumpur disebabkan maksiat yang berleluasa di kota ini.

Okla, nampaknya blog ini tidak dapat di”update” selama 2 minggu sehingga aku kembali ke kolej yang tercinta. MySpace

tutup kes blog...ada berita lebih bahagia huhu

Yeyeye….

MySpace

aku balik kampung, walaupun pada mulanya aku tidak balik ke kampung namun, atas dasar kasih sayang dan tanggungjawab hehee, aku korbankan sedikit wang simpanan untuk pulang ke kampung untuk berjumpa dengan keluarga tercinta..

Seperkara lgi, sebab kasih dan sayang kepada anak-anak Sarawak yang memerlukan kehadiran aku untuk bersama mereka, terutama adik Amirah. Adik, tunggu akak balik ok…I will try to do the best for this program.

Petang ini aku akan berangkat ke KL, singgah di rumah sahabat aku sebentar, dari semester lepas lagi mahu ke rumah dia tetapi kekangan masa terpaksa ditundakan.

Dia adalah sahabat aku semasa aku mula-mula melangkah ke UPSI, rakan sebilik aku semasa sem satu...

aku rasa setakat itu dahulu amanat aku sebelum aku pulang ke kampung, pembaca sekalian, jumpa anda di lain hari andai diri ini masih ada rezeki dalam diberikan peluang untuk kembali melayari alam maya ini..

Kematian sentiasa bersama kita, beruntunglah mereka yang mengingati mati kerana mereka tidak akan mensia-siakan masa yang mereka ada.

Akhir kalam,

Maaf andai tersalah kata, terlanjur bicara, setiap yang terungkap pasti ada kesilapannya.


jumpa kamu di "sana"....


MySpace

No comments: