Tuesday, December 27, 2011

Alhamdulillah, CUTI SEKOLAH saya 2011

Sebelum bermusafir, sempat bermesra dengan adik-adik kesayangan, bersama-sama menjayakan Program anjuran HIKMAH Sri Aman, Kursus INTI 1 pada 17-18 disember 2011.


Syabab (pemuda) harapan bangsa. Peneraju pimpinan masa hadapan

Solat di Surau.

Semasa Explore Race pada petang sabtu..

Peserta wanita yang khusyuk mendengar pengisian. Semoga berguna untuk dunia dan akhirat.


Menyepi sendiri.

Mengembara di bumi Ilahi.

Mencari cinta yang hakiki.

Semoga mampu menjadi sehebat Srikandi.


Termenung sendiri, entah mampukah diri menjadi srikandi di saat masyarakat dilanda virus duniawi. semoga perjalanan ini menjadi ibrah kepada diri agar terus mengerakkan panji dalam kehidupan.


Alhamdulillah.

Bermusafir cukup panjang.

Berjumpa sahabat handai insan tersayang.

Pertemuan dengan sahabat sehati sejiwa yang menumpangkan rumahnya buat saya.
Cik Sabarinah ^_^.

Orang-orang yang mewarnai kehidupan sebagai seorang Islam yang beriman.

Orang-orang yang sentiasa mengingatkan diri kepada kecintaan kepada Allah dan kerinduan kepada Rasulullah SAW.

Sempat bertandang ke Bayt Al-Rahmah bersama sabahat-sahabat, kak Dijah, Adiba, Suhaila dan Zaimah.


Ingin berbakti dengan IBU PERTIWI selagi mampu. Semoga perkongsian yang dikongsikan bersama memberi semangat untuk kami mengorak langkah walaupun bermacam ragam manusia yang dihadapi.

USRAH PERKEPISMA


Permandangan di luar Masjid Asyakirin KLCC tingkat atas cukup mendamaikan, dari kejauhan ada sekumpulan pemuda yang diketuai oleh ayahnya berusrah bersama mempelajari tentang Islam. Semoga menjadi contoh dalam mendidik anak-anak pada masa akan datang.

Sahabat PERKEPISMA yang sekian lama tidak bersua. Rindu melalui denai-denai yang "selesa" tapi penuh ragam manusia yang cukup mendidik jiwa betapa beruntungnya kita menjadi Islam dan mengamalkannya.

Usrah di masjid Assyakirin KLCC menjadi pertemuan dengan ikhwah dan akhawat dari Sarawak cukup mendidik diri agar terus berdiri walau patah kaki mahupun patah hati.

Ada manis yang bersemi dalam meniti perjuangan yang saban hari makin tercabar dek kerana globalisasi dan dunia moden yang mengenepikan nilai agama dalam kehidupan.

Usai usrah Perkepisma, ini antara akhwat yang hadir. Cinta dalam persahabatan yang tidak mampu dibayar dengan wang atau harta. Kerana pertemuan kami kerana Allah untuk sama-sama berjuang.

Ziarah ke Sahabat di Rawang

Insan yang saya kagumi kekuatannya dalam menempuh ujian kehidupan. Terus menongkah arus dunia, dan mendidik anak bangsa. Perkenalan hanya melalui blog dia, membawa kepada pertemuan dan ini ukhwah kami. Semoga dia dirahmati Allah sentiasa. Saya sayang kamu ^_^


Ini pertemuan dengan saudari Nur Khalillah Rasyidah. Di rumah tusyen beliau di Bandar Tasik puteri, rawang.

Cantik tempat tusyen ni di tambahkan lagi dengan kehadiran kucing2 yang comel termasuk yang gagah perkasa si JUNIOR. Nak bertanya lebih lanjut tentang tusyen tapi tidak berkesempatan. InsyaAllah, akan ada pertemuan seterusnya.

Encik JUNIOR ^_^

Ini perkongsian dari diri yang dhaif lagi berdosa.

Menjelajah bumi Ilahi untuk mengambil ibrah daripadanya.

Biar jauh manapun melangkah, jangan lupa kembali ke tempat asal kita dan kongsikan ilmu yang diperolehi. **peringatan untuk diri saya juga.

Kasih sayang Tuhan tidak bertepi.



Wednesday, December 7, 2011

Apakah cukup hanya dengan kata-kata MAAF?

Ini perkongsian dari Akhi Hilal Asyraf yang terkenal dengan blognya "LANGIT ILAHI"

Seorang penulis buku dan blog yang aktif.

Dia membincangkan tentang MAAF. Apa cukup kita hanya menyatakan MAAF tanpa bersungguh-sungguh meminta maaf. Dalam kupasan ini, perkataan maaf perlu diiringi dengan perbuatan yang baik. Si Isteri meminta maaf dan menjadi isteri yang baik buat suami. Bagaimana pula kita dengan sahabat kita, dengan ibu bapa kita, dengan sesiapa sahaja yang pernah kita sakiti

Hati manusia ini sangat-sangat "fragile"

Hati-hati dengannya.



Hari ini saya dapat satu cerita. Fasal 'maaf'. Terima kasih kepada yang berkongsikan cerita itu kepada saya. Panjang sikit benda ni. Nama pun 'cerita'. ^^

----------------------------------------------------------

Seorang lelaki, amat mencintai seorang perempuan. Lalu bergerak untuk menikahi perempuan yang dia cintai. Perempuan itu, merasakan dirinya terpaksa, dan di awal ketika lelaki itu melamar, perempuan itu bercerita itu dan ini kepada rakan-rakannya, sedangkan perempuan itu tidak mengenali lelaki itu dengan baik pun ketika itu.


Masa berjalan. Nyata sepanjang mereka menjalani proses ta'aruf semasa pertunangan, lelaki itu berbeza daripada apa yang disangka perempuan itu sebelum ini.

Tetapi telah terlepas cerita, perasaan tidak senangnya, kepada rakan-rakan yang mengenali. Cerita itu berpindah dari mulut ke mulut, ditokok tambah, disalah faham, dan akhirnya Lelaki itu ditohmah, dicerca, difitnah. Seperti penjenayah layaknya dia dalam hubungan itu.

Lelaki itu pernah berkata: "Wahai tunangku, bersihkanlah semula namaku. Tidakkah engkau sekarang bahagia?"

Perempuan itu menjawab: "Alah, perkara sudah berlalu. Janganlah dikau simpan di dalam hatimu. Kita kena memaafkan orang. Jadi pemaaf."

Mudah. Lelaki itu tersenyum kelat. Dan diam.

Masa berjalan, dan mereka selamat melangsungkan perkahwinan.

Sehari selepas itu, lelaki itu membawa isterinya ke satu padang.
"Pinjam phone awak, sayang."
"Nah. Nak call siapa? Kenapa tak pakai awak punya phone?" Isterinya bertanya.

Tanpa menjawab, lelaki itu terus melempar telefon isterinya ke hujung padang.
Si isteri terdiam.
Kemudian lelaki itu memandang kepada isterinya.
"Maafkan saya." Dia bersuara.

Si isteri masih tergamam. Lelaki itu pergi ke hujung padang, dan mengambil telefon bimbit itu semula. Casingnya telah retak.
"Nah, saya bagi semula. Maafkan saya." Lelaki itu meletakkan telefon isterinya pada tangan isterinya.
"Ke... kenapa...?" Isterinya terketar-ketar. Perasaan bercampur baur. Matanya bergenang.

Lelaki itu sekadar tersenyum.
"Awak. Lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali pertama itu, phone awak akan kembali, kalau saya tidak pergi ambil?"
Diam.

"Kemudian awak lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali kedua itu, phone awak yang dah retak ini, terus menjadi seperti sebelum saya baling?"
Diam. Air mata mula mengalir.
"Dan bayangkan kalau saya tidak ambil semula. Dan saya sekadar cakap pada awak: Maafkanlah saya. Kita kena memaafkan orang. Jadilah pemaaf. Apa awak rasa? Apakah phone awak akan automatik kembali kepada tangan awak dalam keadaan baik?"

Dan air mata itu mengalir deras.


"Sayang, maaf tidak boleh memutarkan waktu. Dengan kita bersungguh menebus kesalahan kita, cuba perbaiki keadaan yang telah kita kucar-kacirkan, pun tetap tidak boleh memutarkan waktu.

Yang terjadi telah terjadi. Tetapi sekurang-kurangnya, itu menunjukkan kesungguhan kita dalam meminta maaf, menenangkan sedikit, mengubat sedikit, hati orang yang telah kita lukakan."

"Hati saya lebih fragile daripada phone awak, awak tahu?" Dan lelaki itu menarik perempuan itu pada dakapannya. "Awak kena tebus salah awak, dengan menjadi isteri yang baik kepada saya."

Dan perempuan itu tidak mampu berkata-kata.
Pada kala itu, di dalam jiwanya hanya ada satu harapan:
"Kalaulah boleh diputarkan masa. Sungguh, dia selama ini telah melukakan orang yang amat mencintainya."

------------------------------------------------------------------
Saya 'spice up' sikit cerita ni. Haha. ^^
Tapi moral of the story, macam itulah. Kita ini, kadang-kadang bila buat salah pada orang, kita senang sahaja nak claim pada orang itu agar jadi pemaaf. Sedangkan, kita pula, meminta maaf sambil lewa sahaja.

Kita terlupa, bila kita ketuk paku pada dinding, kalau kita cabut balik semula pun, bekasnya tetap masih ada.

Maka sebaiknya kita berfikir 1000 kali sebelum sakitkan hati orang, fitnah orang, cerca orang, dan kalaulah 'ter'buat juga, usahalah bersungguh-sungguh menebus kesalahan kita. Jangan sekadar pandai mengucap 'maaf' sahaja.

Perkampungan Menara Gading Sarawak 2011 Anjuran PERKEPIS

Ini adalah gambar PMG yang 2011.

Diadakan di UNIMAS


Ini adalah mantan YDP Perkepis. Syed Abdul Hamid. Alhamdulillah sekarang tengah menuntut di Yaman. InsyaAllah, semoga menjadi seorang ulama di Sarawak ^_^ aminn..



Barisan Fasilitator dari IPTA/S yang berlainan akan berkongi pengalaman dengan anda semua.


Antara Peserta yang hadir.


Barisan fasilitator yang sporting. Yang berbaju hitam sekarang adalah salah seorang peserta rancangan SOLEHAH di Tv Al Hijrah. Boleh tonton di tv alhijrah hari jumaat jam 8.30 malam.
16 Disember 2011 adalah episod terakhirnya.


Ketua fasi yang berpengalaman luas. Peserta yang berkaca mata itu, alhamdulillah menjadi salah seorang fasi dan bersama-sama dalam persatuan kami. Dengan Motto~~BERJASA KEPADA MASYARAKAT~~

InsyaAllah akan sentiasa memberi khidmat kepada masyarakat.


Muka-muka ceria semasa program.


Perkampungan Menara Gading Sarawak 2012 Anjuran PERKEPIS

Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak, (PERKEPIS) akan menganjurkan Perkampungan Menara Gading Sarawak 2012 (PMGS '12) pada 27-29 JANUARI 2012 bertempat di UNIMAS, Kota Samarahan (CADANGAN). Penyertaan terbuka kepada semua lepasan SPM dan STPM 2011.

PMGS 2012 adalah program yang akan memberi pendedahan, mempersiapkan dan menyediakan para pelajar lepasan SPM dan STPM bagi merancang dan menghadapi kehidupan di menara gading atau Institusi Pengajian Tinggi.

Barisan fasilitator dan pengendali PMGS 2012 adalah dikalangan graduan dan mahasiswa-mahasiswi universiti/IPT dari pelbagai latar belakang pengkhususan.

Boleh layari kami di Facebook Perkampungan Menara Gading Sarawak


Boleh hubungi kami di akaun facebook Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS)


Berikut adalah maklumat mengenai Pekampungan Menara Gading Sarawak. Dan beberapa testimoni perserta yang pernah mengikuti program ini

Description
Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak, (PERKEPIS) akan menganjurkan Perkampungan Menara Gading Sarawak 2012 (PMGS '12) pada 27-29 JANUARI 2012 bertempat di UNIMAS, Kota Samarahan (CADANGAN). Penyertaan terbuka kepada semua lepasan SPM dan STPM 2011.

PMGS 2012 adalah program yang akan memberi pendedahan, mempersiapkan dan menyediakan para pelajar lepasan SPM dan STPM bagi merancang dan menghadapi kehidupan di menara gading atau Institusi Pengajian Tinggi.

Barisan fasilitator dan pengendali PMGS 2012 adalah dikalangan graduan dan mahasiswa-mahasiswi universiti/IPT dari pelbagai latar belakang pengkhususan.


YURAN : RM 15

Untuk mendaftar hubungi :

PMG SARAWAK @ KUCHING - [NADZMI 0109610964]


20 - 22 JANUARI 2012 - PMG MIRI - [ZAINAL 0178506023 / AIDA 0138252045]

23 - 25 JANUARI 2012 - PMG BINTULU - [ ZUL 0148852867 / BATRISYA - 0145958410]

15 - 16 JANUARI 2012 - PMG SIBU - [ZULARIF 0145888205 / NURUL 0148894437]

27 - 29 JANUARI 2012 - PMG BETONG - [NURAIDA 0198208996]


Berjasa Kepada Masyarakat!

www.perkepis.blogspot.com

NOTA: PMG JUGA AKAN DIADAKAN DI BETONG, BINTULU DAN MIRI. MAKLUMAT TERKINI AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA.


TESTIMONI BEKAS PESERTA

1. “PMGS 2010 sebuah program yang telah banyak membantu saya dalam memikirkan hala tuju penting kehidupan agar terlepas dari kitaran hidup normal seorang pelajar seterusnya mentakrifkan bagaimana perincian kehidupan para pelajar di universiti. Sesungguhnya slot-slot motivasi yang bertemakan ummah dan universiti itu menjadi tulang belakang adik-adik yang bakal menjejakkan kaki ke menara gading seterusnya ternyata membantu mereka dalam mengenali dunia universiti yang penuh dengan pelbagai peluang tidak kurang juga kelalaian. Semoga dengan berlangsungnya PMGS 2011 yang akan datang bakal mencipta generasi pelapis ummah seperti Salahuddin Al-Ayubi yang bakal memegang tampuk kepimpinan Islam yang akan datang”.

Muhammad Asyraf Bin Ruslan
Bekas pelajar SMKA Tun Ahmad Zaidi, Kuching
Kini; Mahasiswa Universiti Al-Azhar, Qaherah


2. “Program PMGS 2010 merupakan satu program yang banyak memberi pendedahan tentang realiti kehidupan sebagai seorang mahasiswa kepada para peserta. Sesungguhnya, modul dan input yang diterapkan bukan sahaja menarik dan bermanfaat, malah banyak membantu saya untuk berdepan dengan cabaran sebagai seorang mahasiswa selain mengeratkan lagi ukhuwwah sesama peserta mahupun fasilitator. Akhir kata, terima kasih PMGS 2010. Syabas dan tahniah PERKEPIS!”

Jasmin Binti Jaraee
Bekas pelajar Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching
Kini; Mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

3. “PMGS 2010 mendedahkan diri saya tentang kehidupan di kampus (universiti @ pra-universiti) serta memupuk sahsiah yang tinggi dengan memiliki matlamat yang jelas dan mampu untuk membangunkan diri supaya bermanfaat kepada semua. PMGS 2010 mempunyai cara penyampaiannya memang berbeza dari latihan dan program yang pernah saya ikuti. Intipati program mendedahkan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM & STPM tentang persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Modul PMGS 2010 turut disertakan dengan muhasabah, perkara ini dikemas dengan metode yang bagus yang dapat memantapkan pembangunan diri dari aspek rohani, jasmani, emosi dan intelektual. Moga PMGS terus dilaksanakan dan sentiasa berada di bawah naungan dan rahmat serta mendapat bantuan pertolongan Allah s.w.t.”

Razif Bin Mohamed
Bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA, Kuching
Kini; Mahasiswa Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

4. “PMGS 2010 merupakan satu program yang yang mantap dan merupakan satu medium yang terbaik bagi para pelajar lepasan SPM khususnya, yang akan melanjutkan pengajian ke menara gading. Melalui program ini para pelajar mampu mendapatkan serba sedikit gambaran tentang langkah-langkah pengurusan diri dari segi fizikal dan mental sebelum memasuki alam Universiti. Modul-modul yang disediakan dalam program ini, yang menggabungkan pembangunan dari segi fizikal dan mental pelajar, mampu menyerlahkan lagi keyakinan para pelajar untuk menempuh alam Universiti dengan cemerlang. Kejayaan PMGS 2010 mengumpulkan semua pelajar lepasan SPM dari kebanyakan sekolah menengah di bandaraya Kuching khususnya, mampu mengeratkan sayap ukhuwah pelajar di samping memberi satu ruang yang luas kepada para pelajar untuk berkenalan antara satu sama lain tanpa mengira sekolah mana sekalipun. Semoga dengan kedatangan PMGS kali ini, mampu memberi impak yang positif kepada para pelajar yang menghadiri program tersebut di samping memantapkan lagi bakal perintis kita pada masa hadapan dari sudut rohani dan jasmani”.

Afiqah Binti Zulkepli
Bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA, Kuching
Kini; Program Persediaan Pelajar melanjutkan pengajian ke Jepun

5. “PMGS 2010 membantu kami mempelajari lebih banyak perkara mengenai kehidupan di peringkat tertinggi. Selain itu, PMGS 2010 telah memberikan peluang kepada kami sebagai bekas pelajar mengenali antara satu sama lain tidak kira dari sekolah mana dari seluruh pelosok tanah air sebagai contoh diri saya sendiri yang belajar di semenanjung semenjak masuk ke Sekolah Alam Shah di Putrajaya. Buat diri saya sekarang yang berada di UITM Puncak Alam, PMGS 2010 telah memberi banyak detik-detik bermakna dalam menempuhi hidup sebagai seorang mahasiswa. Saya berharap PMGS kali ini membawa seribu erti kepada bekas pelajar SPM 2010 dalam menempuh hidup sebagai seorang mahasiswa di masa hadapan”.

Mohd. Hafizin Jamil Bin Rashidi
Bekas pelajar Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
Kini; Mahasiswa Universiti Teknologi MARA Puncak Alam

6. “PMGS 2010 telah menjadi satu wadah untuk membimbing para pelajar, terutamanya pelajar lepasan SPM dalam mempersiapkan diri untuk menempuh realiti alam universiti yang jauh bezanya dari alam persekolahan juga sebagai medium untuk merapatkan ukhuwwah pelajar Islam dari segenap pelusuk sarawak amnya dan kuching khususnya. Pengisian program ini juga menganjurkan para pelajar yang bakal menjadi mahasiswa dan mahasiswi supaya turut menyumbang bakti terhadap masyarakat sekeliling dan tidak bersifat individualistik semata-mata”.

Zakiah Binti Zainal
Bekas pelajar Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching
Kini; Mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)


BERJASA KEPADA MASYARAKAT

Monday, December 5, 2011

Alhamdulillah...done. i'm addicted...

Alhamdulillah. We are finished with DPI. Daurah Perkampungan Ilmu 2011.

Its start on 28th November until 4th December 2011.

I love it. And i want it.

Maaf ggambar senget. Ini antara qasidah yang selalu di dendangkan menjadi halwa telinga.

Ini adalah orang kuat madrasah Al Khairat. Ajk, fasi dan pelajar madrasah yang menjayakan program DPI ini.

Baju merah ini, sahabat saya Dayang Zainab. Alhamdulillah. masa ini dalam pukul 5.30 pm macam tu, lepak-lepak di luar madrasah.

Antara Qasidah yang sangat disukai. Ya Badrati.

InsyaAllah tahun depan ada lagi dan lebih baik dari ini. InsyaAllah.


Ini gambar beramai-ramai.

Saya tiada kerana mahu kembali ke bumi Sri Aman. Ada tugasan yang lebih aula.

InsyaAllah hati saya berada di sini.


Friday, December 2, 2011

Rasulullah SAW suri tauladan TERBAIK

Alhamdulillah.

Aku punya sahabat.

Yang mencintai Nabi junjungan Muhammad SAW.

Makin kerap Allah sampaikan ilmu tentang kekasih-Nya ini.

Alhamdulillah.

Aku punya sahabat.

Yang mencintai Nabi junjungan Muhammad SAW.

Makin banyak majlis ilmu yang aku ketahui untuk dihadiri dan mengenal perkerti dan akhlak Nabi Muhammad SAW.

Malam ini sahaja bertalu-talu kisah Rasulullah saw disajikan untuk santapan rohani.

InsyaAllah itu makanan jiwa yang sihat.

Meletakkan Islam dalam kehidupan dengan mencontohi Rasulullah saw.

Petang tadi bicara tv Al hijrah sekitar pukul 4 petang menceritakan kecintaan Allah kepada wangian dan wanginya peluh baginda saw sehinggakan sesiapa kanak-kanak yang pernah diusap Rasulullah saw kepalanya, keluarganya akan mengetahui kanak-kanak itu telah bertemu dengan Rasulullah saw kerana bau wangi yang melekat kepada kanak-kanak tersebut.

Malam ini bicara di Halaqah Maya disampaikan oleh Mas'ul Akhi Syihabudin mengenai Sifat Tawadhuk Rasulullah saw.

Dan di Tv Al hijrah: Rancangan Law Ka Na Bainana membicarakan mengenai sifat sabar Rasulullah saw.

Dan sekarang tayangan di Tv Halaqah Maya disini, menceritakan kisah Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda.

Pernah suatu ketika, seorang sahabat berbicara, Mengapa perlu menggunakan kata ganti "baginda"" untuk Rasulullah saw dan perkataan "wafat". Sedangkan baginda juga seorang manusia seperti kita. Lahir di dunia kemudian mati.

Mengapa perlu mempersoalkannya. Persoalan yang patut ditanyakan ialah, apa kita sudah mencontohi Rasulullah saw dalam setiap urusan harian kita?

Baginda memang manusia biasa. Jelas perlakuannya adalah semua yang mampu dilakukan oleh manusia biasa dan yang PASTI semua kita manusia biasa mampu dan dapat menjadikan baginda sebagai suri tauladan.

Mari sama-sama muhasabh diri,apa kita sudah mencontohi akhlak Rasulullah saw.

Selawat dan salam buat Rasulullah saw serta keluarga baginda.

Semoga beroleh syafaat dari Rasulullah saw di akhirat kelak kerana kecintaan dan kerinduan kita kepada baginda.