Friday, December 2, 2011

Rasulullah SAW suri tauladan TERBAIK

Alhamdulillah.

Aku punya sahabat.

Yang mencintai Nabi junjungan Muhammad SAW.

Makin kerap Allah sampaikan ilmu tentang kekasih-Nya ini.

Alhamdulillah.

Aku punya sahabat.

Yang mencintai Nabi junjungan Muhammad SAW.

Makin banyak majlis ilmu yang aku ketahui untuk dihadiri dan mengenal perkerti dan akhlak Nabi Muhammad SAW.

Malam ini sahaja bertalu-talu kisah Rasulullah saw disajikan untuk santapan rohani.

InsyaAllah itu makanan jiwa yang sihat.

Meletakkan Islam dalam kehidupan dengan mencontohi Rasulullah saw.

Petang tadi bicara tv Al hijrah sekitar pukul 4 petang menceritakan kecintaan Allah kepada wangian dan wanginya peluh baginda saw sehinggakan sesiapa kanak-kanak yang pernah diusap Rasulullah saw kepalanya, keluarganya akan mengetahui kanak-kanak itu telah bertemu dengan Rasulullah saw kerana bau wangi yang melekat kepada kanak-kanak tersebut.

Malam ini bicara di Halaqah Maya disampaikan oleh Mas'ul Akhi Syihabudin mengenai Sifat Tawadhuk Rasulullah saw.

Dan di Tv Al hijrah: Rancangan Law Ka Na Bainana membicarakan mengenai sifat sabar Rasulullah saw.

Dan sekarang tayangan di Tv Halaqah Maya disini, menceritakan kisah Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda.

Pernah suatu ketika, seorang sahabat berbicara, Mengapa perlu menggunakan kata ganti "baginda"" untuk Rasulullah saw dan perkataan "wafat". Sedangkan baginda juga seorang manusia seperti kita. Lahir di dunia kemudian mati.

Mengapa perlu mempersoalkannya. Persoalan yang patut ditanyakan ialah, apa kita sudah mencontohi Rasulullah saw dalam setiap urusan harian kita?

Baginda memang manusia biasa. Jelas perlakuannya adalah semua yang mampu dilakukan oleh manusia biasa dan yang PASTI semua kita manusia biasa mampu dan dapat menjadikan baginda sebagai suri tauladan.

Mari sama-sama muhasabh diri,apa kita sudah mencontohi akhlak Rasulullah saw.

Selawat dan salam buat Rasulullah saw serta keluarga baginda.

Semoga beroleh syafaat dari Rasulullah saw di akhirat kelak kerana kecintaan dan kerinduan kita kepada baginda.





No comments: