Wednesday, September 30, 2009

ke mana hatimu

sumber: http://teratakpuisi.blogspot.com/2009/09/ke-mana-hatimu.html

...dan berbicaralah hati...

Ke mana hatimu


Ke mana hatimu

dulu menarikan hatiku

lenggok kita serupa

di mimbar cinta

dicorak-carik apalah

peta kasih kita lakar

bercorak jujur mekar

dan

ke mana hatimu

hatiku terkial intai

kelopak mawar suci

untuk kubawa dakap

cium segenap wanginya

adalah citra dambaan

kugubah diralit angan

dan

ke mana hatimu

yang kurobek khilaf

ingin kugilap kembali

dengan insafi hatiku

lemas berteman kesal

pada jalan ego nestapa

meluka-ngeri kebinasaan

dan

ke mana hatimu

hatiku terlukis rindu

beralas diam,kaku,lesu

pedih sang irama tangis

menidakrelakan ghaib sayang

di atas tangan nista lain

kalau kudus sekalipun

dan

ke mana hatimu

untuk buai kuntuman jiwa

dahaga disepi desir pawana

ke marilah oleh hatimu

bicara perkasa tentang kita

diperkebunan redha-Nya

memburu takdir bertiang usaha.

***********************************************************************************


Hati,

Kemana ia pergi,

Langkah longlai,

Mengharap bantuan MU Ya Tuhan.

Allahurabbi,

Aku ingin melangkah,

Ke satu daerah,

Di mana hati ku hanya ku serahkan padaMU

Ya Rabbana,

Aku tersasar, langkah tempang, merangkak di alam semesta,

Bagaimana aku mahu serahkan hatiku pada-Mu ya Tuhan,



Allahurabbi

Kekuatan iman aset remaja rancang masa depan

MENYUSURI sejarah perkembangan tamadun Islam, tokoh muda seperti Saidina Ali bin Abi Talib, Usmanah bin Zaid, Abdullah Ibn Umar, Ibn Abbas, Saidatina Aisyah dan beberapa nama besar lain, adalah pelopor muda daripada kalangan sahabat Rasulullah saw yang menempa nama dan memberi sumbangan besar ketika usia muda.

Jasa mereka sentiasa terpahat dalam sejarah tamadun Islam dengan sumbangan tidak ternilai.

Susur galur sejarah juga memaparkan tokoh berkenaan pada waktu usia muda, membuka 1001 lembaran baru sebagai teladan bagi remaja masa kini untuk memanfaatkan usia muda serta menyumbang sesuatu kepada agama, bangsa dan negara.

Inilah harapan, impian dan juga cabaran yang diletakkan kepada remaja masa kini untuk membuktikan kemampuan mereka sama ada menjadi generasi yang cemerlang atau sebaliknya.

Zaman remaja sering disalah anggap sebagai zaman untuk mencuba sesuatu yang baru sedangkan hakikatnya, zaman ini adalah zaman keemasan kerana ruang dan peluang yang ada jika digunakan untuk tujuan kebaikan, menghasilkan kebaikan.

Begitu juga sebaliknya, jika nafsu dan cita rasa ‘orang muda’ tidak dipelihara atau dipandu dengan landasan iman yang sebenarnya, sudah tentu hasilnya tiada. Tepuk dada tanya iman di jiwa.

Mempunyai anak remaja yang soleh, cemerlang dalam pelajaran, berakhlak mulia, taat, berbudi pekerti luhur adalah impian setiap ibu bapa kerana remaja yang baik tingkah laku akan disayangi serta disenangi.

Namun, satu cabaran yang pasti dihadapi dan perlu ditempuhi remaja ialah zaman kemuncak menentukan identiti diri sendiri.

Jika zaman itu dipupuk berasaskan iman, akan lahirlah kekuatan sebenar seorang insan.

Iman yang menghiasi diri seseorang akan menjadi benteng daripada melakukan sesuatu yang merosakkan atau mungkin menyebabkan seseorang itu terjerumus ke lembah kehinaan dan kehancuran.

Orang yang beriman dihiasi dengan rasa malu, disinari dengan rasa cinta yang suci kerana Allah dan dipereratkan dalam akidah yang satu.

Iman yang terpahat dalam diri seseorang akan sentiasa mendorong untuk mempertingkatkan keupayaan dan kualiti diri seterusnya mencapai nilai iman yang sebenarnya.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ada tiga perkara (syarat) untuk mendapatkan kelazatan iman iaitu mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada mencintai orang lain; mencintai seseorang semata-mata kerana Allah; dan benci kembali kepada kufur serupa dengan bencinya jika dia dicampakkan ke dalam api neraka yang menyala.” – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Mencintai Allah dan Rasul-Nya akan melahirkan rasa cinta antara seseorang dan dapat membentuk insan yang bertakwa kepada Allah sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sebaik-baik amalan ialah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.” – (Hadis riwayat Bukhari).

Iman sifatnya adalah penyelamat bagi seseorang yang terdorong untuk melakukan sesuatu kesalahan kerana iman yang mendiami diri seseorang akan mengawalnya daripada melakukan dosa.

Lukman Al-Hakim yang terkenal dengan kata-kata nasihatnya, suatu hari pernah ditanya anaknya: “Wahai bapaku! Apakah sebaik-baiknya perkara bagi manusia?”

Jawab Lukman: “Agama”.

Ditanya lagi: “Kalau perkara itu dua?”

Dijawabnya: “Agama dan harta.”

Anaknya terus bertanya lagi: “Jika tiga?”

Lantas dijawab: “Agama, harta dan malu.”

Ditanya lagi: “Jika empat?”

Dijawab Lukman: “Agama, harta, malu dan budi pekerti yang baik.”

Ditanya lagi oleh anaknya: “Jika lima?”

Seterusnya dijawab Lukman: “Agama, harta, malu, budi pekerti yang baik serta pemurah.”

Tanya anaknya: “Jika enam?”

Lukman dengan jawapan yang bijaksana menjawab: “Wahai anak kesayanganku, jika lima perkara sudah terkumpul dalam diri seseorang, maka dia adalah suci terpelihara (takwa), dilindungi Allah dan bebas daripada syaitan.”

Remaja hari ini dihiasi pelbagai identiti.

Ada antara mereka terbabit dengan gejala tidak sihat seperti ketagihan dadah, suka berpeleseran serta berpakaian mengikut budaya Barat. Kehidupan remaja sebegini menyebabkan mereka tidak terurus dan mencerminkan akhlak sangat rendah.

Nasib mereka untuk masa depan tidak dapat ditentukan kerana jatuh bangun sesuatu bangsa dilihat kepada generasi hari ini.

Dalam dunia globalisasi, pencarian identiti diri bagi seseorang remaja harus dibimbing oleh iman kerana kekuatan ruhaniah dan iman yang mantap adalah benteng kepada identiti sebenar dalam diri insan.

Kebanyakan remaja hari ini tidak mempunyai matlamat dalam hidup menyebabkan mereka terumbang ambing. Secara realitinya, ada yang beranggapan hidup untuk mencari keseronokan, mahu kesenangan, mahu dikasihi, menyayangi, mahu kebebasan dan segala kemahuan yang memenuhi gelora jiwa.

Konsep kebahagiaan yang ingin dinikmati telah disalahtafsirkan walaupun pada dasarnya tidak salah mereka mempunyai kemahuan begitu tetapi perlu dibimbing dengan iman serta takwa.

Adalah penting remaja didedahkan kepada pilihan yang terbaik supaya mereka dapat membuat keputusan terbaik.

Manusia tersesat dalam membuat pilihan akan porak peranda hidupnya. Kerana itu, kita lihat semakin manusia berusaha mencari bahagia, mereka semakin menderita kerana dalam pencarian itu mereka melanggar perintah Allah.

Usaha merencana hidup perlu dibuat dengan sebaiknya kerana sebagai harapan negara, remaja perlu mempunyai jatidiri, berketrampilan, mempunyai ketahanan mental, jiwa yang padu dan punyai kekuatan ilmu yang sempurna.

Sehubungan itu, usaha perlu dipertingkatkan bagi membina, memupuk generasi yang hendak dilahirkan yang mampu membuktikan keupayaan menggalas hasrat dan harapan berkenaan.

Perancangan masa depan harus dimulai dengan menetapkan matlamat, mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran, mendedahkan diri dengan dunia luar agar tidak teraba-teraba mengharungi cabaran seterusnya mencapai kejayaan.

Konsep dalam merancang masa depan perlu disusun dengan langkah untuk berjaya iaitu yang pertama, mengetahui konsep tasawwur Al-Falah iaitu konsep kejayaan di samping mengenali konsep kegagalan seperti yang digariskan Allah.

Langkah kedua ialah mengikuti landasan yang betul dengan berpandukan arah jalan yang hendak dituju dengan memberi fokus yang sewajarnya.

Langkah ketiga, ialah memahami kejayaan tidak akan datang tanpa usaha, tawakal selain berdoa mengharapkan pertolongan daripada Allah.

Harapan untuk melihat generasi muda sebagai generasi yang menjadi sandaran terbesar bagi membela agama, memartabatkan nasib bangsa dan mendaulatkan negara tercinta perlu kepada komitmen dan kerjasama semua pihak.

Kita amat mengharapkan generasi muda terpimpin dengan taufiq dan hidayah Allah dalam merencanakan kehidupan agar mereka menjadi lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Artikel ini datangnya dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com
http://www.ukhwah.com/

URL untuk Artikel ini:
http://www.ukhwah.com/article.php?sid=1216

Monday, September 28, 2009

Ala adik kkahwin dulu....tak aci..ak aci...potong line kakak dan abang dia

Assalamualaikum wbt

hehe....entri ni adalah sedikit kisah yang berlaku semasa raya ke 4.

Alhamdulillah, famili lelaki sudah berjumpa dengan famili perempuan.

Sudah ada persetujuan.

Majlisnya insyaAllah selepas raya korban nanti.

Tak ada majlis pun tak apa, sekadar buat yang wajib. Itu yang penting.

Adik saya, hmmm dia lelaki.

Besar tanggungjawab dia lepas ni.

nak jadi ketua keluarga.

Saya doakan dia bahagia.

Saya ada satu berita, dari kampung saya.
Pemerhatian saya 2 minggu bercuti dan semasa beraya.
Mula-mula saya perasan fesyen rambut "punk" mula mengambil tempat di hati anak-anak muda di kampung saya.
Saya juga dengar-dengar pil khayal mula berleluasa di kampung ini. Orang yang terlibat ialah mereka-mereka yang sudah tamat bersekolah atau tidak bersekolah dan tidak bekerja.
Perkara lain juga ialah kewujudan "mak nyah" yang semakin berani menonjolkan diri.
Malah saya rasa mereka ini ada satu "geng" yang agak ramai. Bercampur gaul dengan "mak nyah" dari kampung-kampung lain.
Perkara lain yang sempat saya dengar, si gadis yang mengandung tanpa berkahwin dan akan melansungkan perkahwinan dalam masa terdekat ini.

Banyak nya perkara yang berlaku di sekeliling saya.

Saya tak tahu apa saya nak buat lepas ini.
Tapi yang saya tahu saya perlu buat sesuatu.

Masyarakat saya perlukan saya.
Tapi saya lemah berseorangan.
saya perlukan teman untuk berkongsi suka dan duka.
Saya perlukan satu jemaah yang boleh bersama-sama saya.

Mungkin ini sedikit perkara yang saya kongsikan daripada hari raya ini.

nanti kita cerita lagi ye.

Friday, September 18, 2009

Salam ramadhan dan Salam Lebaran

Assalamualaikum wbt..

saya sudah di kampung halaman.

Ramadhan Kareem.

Bahagia sungguh. Hari pertama saya sampai, meminta izin abang saya yang menjemput saya untuk "drive". Alamatnya 40-60 km/jam...
Saya sepatutnya sampai ke rumah pada jam sekitar 5.00 ptg tetapi hanya sampai pada pukul 5.50 petang disebabkan sikap pemandunya yang sangat berhemah. hehe

Sampai di rumah, seperti biasa, anak saudra saya memng sudah setia menunggu di rumah.
Berita yang baru saya terima ialah, abnag says di kedah tidak jdi balik pada raya ini. Dia akan balik pada raya aidil adha nanti. InsyaAllah.

Alhamdulillah keluarga saya sihat semuanya.

Ada pertambahan ahli keluarga bagi kucing-kucing say. Sekarang sudah ada 9 ekor. seekor daripada mereka sakit. Kaki dia patah. Ketiga-tiga anak buntat hari tu sudah tiada. Yang ada ialah 5 ekor anak angkat dia. Mereka adalah anak-anak momoi. Momoi tidak ada di kampung. Dia tinggal dengan kakak saya di Kuching.

Buntat, 5 ekor anak angkat (memey,.....yng lain xtahu nama), belang (kucing jantan yang hensem, bulu dia cantik, buntat cukup garang dengan dia, mempunyai suara yang lembut hehe..), celoreng (masih gadis lagi, belum pernah mengandung), munyie (kucing jantan jugak, kawan lama buntat). ok dah cukup 9 ekor.


Gambar mereka tak ada, sebab saya tak ada kemera.

Sebelum terlambat saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada sahabat-sahabt yang mengenali.

Untuk sahabat blogger,

SELAMAT HARI RAYA. KALAU NAK KEK LAPIS SARAWAK BOLEH LA AMBIL GAMBAR KAT BLOG SAYA NI :)..

OK sekian sahaja. Semoga berjumpa di Ramadhan akan datang.

Wednesday, September 16, 2009

ramadhan ini terasa lain dari yang sebelumnya

Assalamualaikum wbt.


Ramadhan saya kali ini amat berlainan.

Penyakit hati.

Seolah-olah menebal.

Langkah saya kian lemah.

Makin saya cuba ke hadapan.

Semakin itu saya rasa saya ditarik ke belakang.

Semakin saya nak dekat pada Allah.

Semakin saya rasa saya jauh.

Semakin saya buru.

Semakin ia pergi meninggalkan saya.

Ya Allah,

Hamba ini lemah.

Andai hamba ini tersasar dari jalan.

Tunjukan hamba jalan yang lurus.

Ya Allah,

Engkau Maha Pengasih.

Engkau Maha Penyayang.

Bantulah hamba.

Mencari CINTA - Mu.

Ramadhan,

Sayu rasa tika kau semakin menghilang,

Air jernih mengalir menuruni pipi,

Menangis pemergianmu.

Ramadhan,

The month of forgiveness,

Month of Mercy,

Given by the Most Gracious,

Blessed words of Quran,

To remaind the believers.

And all the mankind.

Ramadhan..

*********************************************************************************

Sayu rasanya perjalanan pulang ke kampung saya pada kali ini.

Tidak seceria sebelum ini.

Kepulangan kali ini seolah-olah membawa pulang sesuatu yang saya sendiri tidak mengerti.

Saya tiada perasaan hendak menyambut Hari Raya.

Malah tiasa persiapan untuk diri saya.

Hanya membeli sedikit buah tangan buat keluarga tersayang.

***********************************************************************************

Allahurabbi,

Tiada Tuhan disembah melainkan Engkau, dan Nabi Muhammad pesuruh Allah.

Semoga Allah beri hidayah kepada saya.

Salam ramadhan kareem...semoga bertemu ramadhan yang akan datang


Assalamualaikum wbt...

Salam Ramadhan Kareem...

Esok saya akan kembali ke Sarawak berjumpa ibunda dan ayahanda tercinta. Saya amat rindukan keduanya walau saya tidak pernah meluahkannya. Sekali sekala saya akan cuba bergaduh kecil dengan mereka untuk ber”mesra” bukan untuk menyakiti hati mereka.


Bergaduh sekadar bertanya pendapat tentang anak-anak kucing. Kadang-kadang mereka tidak suka kucing masuk ke rumah, saya pula sengaja ajak kucing masuk dalam nak ajak main dan borak-borak. Hehe...ada-ada je...lagipun mereka (kucing) manja-manja dengan saya.


Bergaduh perkara-perkara lain yang tidak mencetuskan kemarahan. Dengan adik saya pun sama, entah, suka sangat bergaduh dengan adik saya. Pasal “mee sedap” pun kami gaduh kat dapur. Tapi bergaduh kami, adik saya menghantar sms untuk bertanya bagaimana nak buat dadih. Sebab saya selalu buat dadih di rumah dan mereka (adik saya, dan anak saudara saya) tukang perabis. Kadang-kadang saja ajak mereka “join” saya sekali memasak di dapur. Sekadar tukang kacau pun tak pa. Saya bahagia ada mereka.


Baru-baru ini adik saya telah menyatakan hasrat dia untuk berkahwin. Alhamdulillah. Keluarga tidak menghalang Cuma ada kekangan dari segi kewangan. Adik saya sudah bekerja. Malas hendak menyambung pelajaran katanya. Tapi tidak mengapa. Mengenai perkahwinan dia, tidak tahu lagi bila tapi cukup “respect” dengan dia, dalam usia yang muda dia sudah berfikir ke arah itu. Maksudnya dia tidak “berfoya-foya”. Saya sayang adik saya, saya akan pastikan yang terbaik untuk dia walaupun saya tak mampu nak jaga dia sepenuhnya. Saya doakan suatu hari nanti adik saya akan bersama-sama saya dalam perjuangan saya. Mungkin jarak jauh antara kami menyebabkan hubungan kami agak terbatas semasa saya balik bercuti sahaja. Dia satu-satunya adik yang saya ada. Buat kawan-kawan PERKEPIS saya, nanti saya ajak adik saya sertai kita semua, jadi beritahu la sekiranya ada prgram di sarawak. adik saya merupakan anak lelaki bongsu. Yang bongsu perempuan: saya.


Persiapan raya saya, hmmm saya tak ada baju raya. Dan saya dah tak ada istilah baju raya. Saya akan pakai baju yang sudah sedia ada. Biasanya kalau saya beli baju untuk raya pun, selepas beberapa hari raya baru baju itu siap. Jadi pendekatan yang saya guna, tahun ini saya akan beli baju raya untuk tahun akan datang. Jadi baju itu sudah puas di pakai pun sebelum raya.


Mengenai makanan untuk hari raya, saya membeli sekadar yang mampu. Selebihnya, mak dan kakak saya kan buat persiapan. Terus terang, saya tidak pernah memasak di pagi raya. Sepanjang 21 tahun ( xmasuk 22 lagi ye) saya beraya, tidak pernah saya masak makanan untuk pagi raya. Saya akan bagun untuk solat subuh dan bersiap untuk solat raya. Sebelum tu saya akan menjenguk ke dapur. Melihat hidangan. Semua nampak sedap. Tapi sayangnya, belum ada air tangan dari saya lagi. Kalau saya balik awal sikit, saya akan menyiapkan sedikit kek lapis sarawak untuk hidangan raya. Tak pun saya akan membantu kakak saya menyiapkan biskut raya.


Saya ada mak, dan 2 orang kakak yang cukup pandai memasak. Jadi sebagai adik perempuan yang bongsu, biasanya saya akan bertugas di terminal terakhir iaitu menjadi tukang cuci pinggan. Kalau malam raya, saya bertugas mengemas dan men”iron” baju-baju raya ayah dan abang-abang saya. Tahun ini, kami berenam ada di rumah. Abang saya yang ke6 baru sahaja bertugas di Melaka, jadi tahun ini pertama kali dia beraya di perantauan. Abang saya yang di Kedah balik bersama isteri dia (kak ina). Kak saya yang ketiga juga beraya di rumah kami pada tahun ini. Suami dia tidak bercuti semasa raya. Jadi ada 4 perempuan di rumah termasuk mak saya. Kakak kedua dan abang sulung saya memang bermastautin di kampung. Jadi setiap tahun mereka pasti akan beraya di rumah.


Raya pada tahun ini, tiket saya di taja sepenuhnya oleh pa & ma. Mak dan bapa saya. Mereka sungguh-sungguh nak saya balik. Bila orang suruh saya balik, sudah pasti saya akan balik.


Di mata saya, sudah terbayang wajah mak saya. Balik ini, saya berazam, saya sendiri akan menjadi imamah buat ibu, kakak serta anak saudara saya. Doakan saya diberikan kekuatan. Bagi sahabat sarawakian saya, mereka mesti paham apa yang saya sampaikan ini.


Semoga pada hari kemenangan ini (hari raya) kita masih mengamalkan qiamulai berterusan. Tahajud yang menjadi kekuatan umat Islam. Maraton Tadarus Al-Quran. Teruskan usaha memperbaiki diri.


Kad 2


Buat adik-adik Rakan Pengerak Addin saya,

Akak minta maaf banyak-banyak sekiranya akak abaikan kamu semua. Akak juga masih belajar untuk hidup. Akak masih merangkak mengenal dunia.

Akak masih belajar kenal Islam.

Pesan buat semua,

Andai suatu hari kamu rasakan hidayah dari Allah itu hadir, terus ambil dan genggam. Jangan biar terlepas.

Sekali hidayah itu pergi, entah bila ia akan kembali.

Buat rakan-rakan sepejuangan saya,

Mala, Aqilah, Cik B, Ain, Ayu, Asma, Melati, Yati, Ainin, Puan Sabiha, Ateh, Mas, Ana, Cik kema and the geng, semua pelajar kimia semester 7,

Kawan-kawan suksis saya,

Eda, Natrah, Farah, Nisa, Ayu, Sis, Akma, Ajit, Syad, Syikin, Ckin, Siti Sarah, Maisara, Ika, Ada, Ja, Mek na, nisa aris, syida, seha, kak mizah, zura, ita, myra, kak zu, ajil, quistina, aisyah azahar, aisyah ismail, muna, chuah, fizah, lia, kak nisa, zuliana, susilawati, kak dayah, kak neng, surin, platun lelaki supersenior, Rahim and the geng, Skuad senior, inter dan junior suksis serta jurulatih Suksis saya.

Rakan exco,

Kak lela, mala, asmah, ainun, ila, mohammad, amirul, zahar, afifah, anis, nazalia, husna, kazar, ak, dan semua yang mengenlai saya.

Adik-adik dan kawan-kawan sarawak saya di UPSI,

azwa, raihana, gyna, tina, rafidah, kak kent, syirah, izah, kak rin, linot, liyana, zaimi, zan juriana, nina, nisa,tiko, ejam, afis, azlan, awangku, sobri, shiqah, niza, noris dan semua yang mengenali diri saya.

Sahabat showian saya,

Pelajar 5 Hambali sesi 2004, hadza, fikri, sulaiman, andy, nashriq, iqmal, hisyam, nazrie, ujang, idah, ambi, ejan, ann, mijah, mamah, sya-sya, aina, diana, deqsu, yim, arip, afsyam, ejal.

P/s rindu mahu berjumpa kalian semua. tak da perancangan untuk reunion ke?

Pelajar 5 ibnu sina, 5 maliki, 5 syafie dan 5 hanafi.

Juliana, elfiza, azie, permasiah, yok, amoi, dijah, a'a, semua rakan-rakan yang saya.

Rakan-rakan sekampung,

Ezah (neng), puan hamilia, mahran, nooriha, norlida, adik-adik yang mengenali saya.

rakan-rakan Matrikulasi Labuan,

Tiqah, supiati, lina, zian, nurul atiqah, kasmah, suzuji, zakia, azie, amiy, farini,

Adik-adik rumah saya,

Farini, Ada, Zana, Along, Zizah.

Sahabat Perkepisma,

raufa, eda, aisyah, nuaim, hisyam, abg kerol, abg naim, abg azrul, zizan, azam, wani, zanna, kak baya, warga uia nilai, uia kuantan, uia PJ, uia gombak.

Amirah, khadijah, rahmah, hajemah, rizqi, arbi, ejan, rahmad, jojie, salam.

Pendek kata, semua sahabat yang mengenali diri saya.

Adik-adik dan kawan-kawan di UM: shimah and the geng.

Peserta Uzlah Tazkiyyah di Pantai bersiH: Fairuz, kak atriza, kak azmiza, kak fatin, kak wani, kak wahid, kak na, dan semua sekali


Andai saya tidak bernafas selepas ini, halalkan makan minum saya, saya risau saya meninggalkan dunia dalam keadaan su'ul khatimah.


Sebelum saya berangkat pulang, saya ingin memohon maaf dengan anda semua. Andai ada tersilap kata atau terkasar bahasa.

Saya juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI BUAT SEMUA SAHABAT yang mengenali diri saya.

Andai kita tidak berjumpa selepas ini, titipkan doa buat saya.

Semoga kita mati dalam keadaan husnul khatimah.

Tuesday, September 15, 2009

aku tak mampu

Assalamualaikum wbt...

Saya menulis banyak artikel..tapi saya tak mampu nak "publish"

Blog saya akan berehat seketika untuk saya merawat hati saya.

Thursday, September 10, 2009

Aku dan mereka

Assalamualaikum wbt..

Semalam usai post mortem mengenai Program Mengajar Sekolah Agama Rakyat (SAR), saya singgah rumah sahabat-sahabat SUKSIS saya sebentar sementara menunggu azan magrib.

Rindu pada mereka.

Jam sudah pukul 6.15 petang, dan selepas magrib saya ada janji dengan sahabat kelas saya untuk berbuka puasa bersama.

Bagi mereka yang mengenali saya, sudah faham dengan cara saya.

Sempat singgah 3 buah rumah, huhu banyak tu. Kami tak ada topik-topik hangat hendak diperkatakan. Cukup sekadar borak-borak biasa bertanya khabar.

Kalau dulu kami akan berjumpa setiap minggu untuk sesi latihan. Selama 3 tahun saya bersama mereka.

Sesi lawatan saya simple sahaja. Anda tak perlu hidangkan air (sebab bulan puasa). Kalau hari biasa, saya pandai-pandai minta air hehe..tak pun saya mengada-ngada nak suruh diorang buatkan air---> ini untuk sahabat saya...eda (^-^)
Kalau dengan orang lain saya tak buat begitu.

Kalau saya sampai agak riuh. Entah....
Kawan saya kata saya ni banyak cakap...
Ada juga yang kata peramah...
Satu kelemahan saya, saya tak borak dengan semua orang sebab saya tak suka sesetengah orang yang asyik mengetengahkan isu seperti "mengumpat", pasal "buaya friend or geli friend", gosip-gosip artis, cerita-cerita terbaru, pergi jejalan/ melancong atau isu-isu yang tidak bersesuaian. Ini adalah sebab mengapa saya tak pandai berborak dengan mereka. Tapi kalau hendak berkongsi pendapat atau bertanya soalan, saya rasa itu yang lebih dekat dengan diri saya.

Untuk sahabat SUKSIS saya yang menziarahi blog saya,
Ye saya akui, saya rindu kamu semua walau kita jarang bersua dan berbicara.
Saya senang dengan kamu semua walau kebiasaannya saya kurang mesra dengan kamu.

Untuk kawan-kawan saya yang lain,
Saya tetap insan biasa...
Saya datang untuk ziarah mereka....
Yang paling penting "lillahi Taala"

Semoga ukhwah kita berpanjangan...

Tapi saya tetap begini "aku punya ramai teman namun aku jarang berteman"

Yang pasti "aku tidak pernah berseorangan"

Bukan kah Allah sentiasa bersama kita setiap masa.

You Never alone
Sebab Allah sentiasa Ada

Wednesday, September 9, 2009

Jom bukak puase! ^_^

copy paste from blog cik kema

Entry ni khas utk sesape yang dah bayar duet utk join bukak puasa kat rakyat tomyam belakang khar, kuo n bahtera terrace..^_^

click on the pics to enlarge..hee

pic1

pic2

sape yg pegi??

norain hazizan
kak e
mus
liyana
jamil
yunus
amar
syafaat
gie
huda
najmi
rabi
ijah
melati
diana salmie
balqis bilis
athirah
'alia
shila
akma
farah
zue
ainin
ateh anggerik
mimi
bob
faizal
nuar
pojan
anip
yati
mala
ain mat hussin
aqilah
nabilah
nurul
diyana
syud
syafa
masni
nik nurul ain
sabindo
mas
sabiha
ateh jmk
lina
ana
anita
ijah pojan
eda
zilah
ayu

p/s: yang di'bold' tu adalah org yang ade blog, promote2..;p

Muhasabah cinta



Muhasabah Cinta
Album :
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Tuesday, September 8, 2009

AKU PUNYA RAMAI TEMAN

Jarang aku berteman walaupun "aku punya ramai teman"

aku tak tahu..kenapa aku rasa down sangat...

Assalamualaikum wbt...kepada pengunjung sekalian...

doakan aku...

rasa cam....

kosong je....

mencari....

dan terus mencari.....

saya cuba....selitkan "mengingati Allah' tiap kali berbicara....


tapi...kadang-kadang rasa tidak layak nak berkata sedemikian...

bila fikir balik, kalau umat Islam sendiri tidak berbicara tentang kebergantungan kepada Allah, berbicara tentang kebesaran Allah...

siapa lagi??????????

Sunday, September 6, 2009

Sirah: Dia contoh untuk manusia berdosa…

Sumber dari LANGIT ILAHI

dari penentang menjadi pembela... semuanya apabila hati diberi peluang untuk merasa...

dari penentang menjadi pembela... semuanya apabila hati diberi peluang untuk merasa...

Awalnya, dia adalah seorang yang amat memusuhi Rasulullah SAW. Tiadalah manusia yang lebih dia benci, melainkan seorang manusia yang bernama Muhammad bin Abdullah, yang mengakui membawa risalah dari langit.

Dia tidak teragak-agak untuk menyeksa sesiapa sahaja yang dia ketahui menganut agama suci itu. Padanya, tiada yang benar melainkan latta, uzza dan 360 berhala yang terdapat di Kaabah.

Satu hari, kerana tidak tertahan dengan perkembangan Islam, dan kerana keberaniaannya amat tinggi, dia bergerak untuk memenggal sendiri kepala Rasulullah SAW. Di tengah perjalanan, dia ditahan, dan diberitahu bahawa adiknya dan iparnya sendiri telah beriman.

Bergerak dia menyergah. Adik perempuan lemah ditampar. Ketika melihat darah tersembur dari mulut adik perempuannya, Allah melembutkan hatinya. Segera dia merasionalkan diri, lantas hendak memeriksa terlebih dahulu lembaran-lembaran yang adiknya bacakan sebelum kedatangannya tadi.

“Toha, Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepada kau untuk menanggung kesusahan. Tetapi untuk mereka yang takut melanggar perintah Allah…” Surah Toha, ayat 1-3.

Dan hatinya terbuka, disentuh cahaya.

Dari segelap jahiliyyah kepada seterangan cahaya hidayah, Umar Al-Khattab, berubah setiap darjah dalam 360 darjah.

Ya. Siapa yang tidak kenal dengan Umar Al-Khattab RA. Khalifah Ar-Rasyidin yang ke-2 dalam sejarah Islam. Terkenal sebagai antara yang terapat dengan Rasulullah SAW, bersama Abu Bakr RA. Dia amat popular dengan ketegasan dan keadilannya. Dia juga adalah yang berjaya menyebarkan Islam paling luas, dan rakyat di zamannya adalah paling soleh dalam sejarah.

Berbeza dengan Abu Bakr RA yang memang sedari zaman jahiliyyah tidak menyembah berhala dan meminum arak, Umar Al-Khattab RA adalah penyembah berhala tegar, peminum arak kuat, dan sering sahaja mengikuti pesta-pesta di pasar Ukkaz(tempat pesta orang quraisy).

Dia adalah seorang yang amat bijak, cerdik dan bijaksana. Namun kita dapat melihat betapa kebijaksanaannya terutup dengan jahiliyyah yang merantai jiwa.

Pernah satu ketika, selepas keislamannya, dia sekali menangis keseorangan, kemudian dia ketawa.

Orang bertanya: “Kenapa kau begitu wahai amirul mu’minin?”

Umar Al-Khattab menjawab: “Aku menangis, kerana aku teringat bahawa, ketika zaman jahiliyyah, aku menanam anak perempuanku hidup-hidup. Yang membuatkan aku hiba, adalah ketika kuletakkan anak perempuanku ke dalam lubang untuk ditanam, dia menyapu janggutku yang terkena debu pasir. Tetapi aku sedikit pun tidak terasa ketika itu, lantas terus menerus menanamnya hingga habis”

Begitu sekali kekerasan hatinya. Sehingga menutup akalnya yang bijaksana, bahawa anak itu satu nikmat yang berharga. Maka apakah yang membuatkan kau ketawa wahai Umar?

“Aku teringat dahulu, ketika hendak berniaga ke syam, aku akan membawa berhala yang dibuat dari tamar, agar mudah disembah di tengah perjalanan. Tetapi, apabila lapar, aku akan mengopek berhala itu, dan memakannya. Itu membuatkan aku ketawa”

Ketawa kerana dia melihat, betapa bodohnya dia ketika itu. Taksubnya kepada berhala, sehingga dia tidak perasan bahawa berhala itu tidak mampu melakukan kepadanya apa-apa, malah dia boleh memakan ‘tuhannya’ itu. Namun kerna kejahilannya, dia tidak nampak hal itu di zaman jahiliyyahnya.

Begitulah pekatnya jahiliyyah Umar RA.

Tetapi sepekat dan segelap mana pun Umar Al-Khattab, dengan beberapa ayat Al-Quran, hatinya tersentuh dan terbuka. Kenapa?

Kerana dia berjaya mengajak dirinya, duduk dan bermuhasabah. Ketika dia menampar adik perempuannya, melihat adik perempuannya tersungkur bersama darah tersembur, dia telah berjaya menjemput rasional dalam dirinya, membuka sedikit pintu hatinya, dengan berkata secara tidak langsung kepada jiwanya: “Apa salahnya aku tengok dahulu apa yang Muhammad bawa ini?”

Dan dengan sedikit yang terbuka tadi, sinar hidayah Allah menerobos masuk, membuka hati Umar RA seluas-luasnya.

Siapakah antara kita yang membuka hati kita kepada Islam?

Rata-rata kita bila diajak melakukan kebaikan, kita akan berkata awal-awal: “Susah lah, payah la, ish, tak terkongkong ke? Pakai tudung tu panas la, solat lima hari sekali tu leceh la” Dan pelagai alasan lagi, menutup serapat-rapatnya jiwa kita dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah. Sebab itu, walaupun kita tidak seteruk Umar di zaman jahiliyyah, kita tetap tidak berjaya mendakap kebaikan Islam.

Islamnya Umar, dia berubah 360 darjah. Setiap juzu’ hidupnya berubah. Jika jahiliyyahnya dia merupakan seorang yang amat berani dalam menentang Islam, maka ketika Islamnya, dia adalah yang paling berani menyebarkan agama Allah itu.

Dialah yang berkata kepada Rasulullah SAW:

“Ya Rasulullah, bukankah kita ini adalah yang benar?”

Rasulullah SAW menjawab: “Ya”

“Maka marilah kita keluar, beribadah secara terang-terangan”

Semenjak hari itulah ummat Islam berani melakukan solat secara terang-terangan di Masjidil Haram. Umar memimpin satu bari, manakala Hamzah memimpin satu baris. Membuatkan semua orang quraisy ketika itu amat menggeruni orang Islam dan tidak berani memperapa-apakan mereka secara berlebihan seperti sebelumnya.

Umarlah yang paling yakin dengan Allah SWT, ketika berhijrah, dia tidak bersembunyian. Dia mengumumkan penghijrahannya dan berkata:

“Kepada sesiapa yang ingin isterinya menjadi janda, anaknya menjadi yatim, ibunya kehilangan anak, maka berjumpalah aku di lembah berdekatan ini, sesungguhnya aku hendak berhijrah”

Dan tiada sesiapa yang berani menghalang Umar.

Umar RA bersungguh-sungguh dalam mempertingkatkan dirinya. Dia sentiasa berusaha membersihkan jiwanya. Satu hari dia pernah berkata kepada Rasulullah SAW:

“Ya Rasulullah, kau adalah manusia yang paling aku cinta, selepas diri aku”

Memang, logiknya, kita akan mengasihi diri kita, lebih sikit dari manusia yang paling kita cinta bukan? Umar juga manusia biasa ketika itu.

Tetapi Rasulullah SAW menjawab: “Tidak sempurna iman seseorang itu, melainkan diriku, lebih dicintainya, dari anak-anak dan dirinya”

Maka kita dapat melihat kecintaan Umar RA kepada Rasulullah SAW melebihi kecintaannya pada dirinya, dalam beberapa peristiwa:

Pertama: Ketika beliau berziarah ke rumah Rasulullah SAW, dan melihat rumah baginda tiada apa-apa, melainkan satu alas tidur dibuat dari pelepah tamar, yang ketika Umar datang, Rasulullah baru bangkit darinya lalu kelihatan birat-birat alas itu di belakang tubuh baginda. Dan selain alas itu, hanya ada satu pengisar gandum.

Umar menangis. Lantas berkata: “Ya Rasulullah, raja-raja rom dan parsi, mempunyai katil dan istana yang luas. Engkau ya Rasulullah, lebih berhak ke atas semua itu”

Kita? Terasa kah kita dengan perjuangan Rasulullah SAW menyampaikan keimanan kepada kita?

Kedua: Ketika Rasulullah SAW wafat, Umar tidak mampu menerimanya kerna kecintaan yang sangat mendalam dalam jiwanya. Terasa, seakan-akan dirinya yang ditarik pergi. Menyebabkan dia akhirnya ‘terjatuh’ sedikit dari kewarasannya, kerna cintanya yang amat mendalam, lantas mengembarkan pedang sepanjang jalan dan menerit:

“Sesiapa yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW telah wafat, maka pedang ini akan menjadi habuan lehernya!”

Begitu juga sebelumnya, Umar lah yang mempertahankan Rasulullah apabila ada seorang badwi menyentap rida’ Rasulullah, hingga leher baginda menjadi merah. Umar hendak memenggal kepala arab badwi itu, dan Rasulullah SAW menghalang.

Begitulah juga ketika Abdullah ibn Ubay ibn Salul menjadi amat melampau dalam kemunafikannya, Umar menawarkan diri untuk menebas kepala Ketua Munafik itu, namun Rasulullah juga menghalangnya. Umar, adalah manusia terpantas dalam mempertahankan Rasulullah SAW.

Ketiga: Semasa Umar RA menjadi khalifah, dia pernah bertanya kepada anaknya Hafsah, yang menjadi isteri Rasulullah SAW.

“Wahai Hafsah, apakah makanan paling sedap yang Rasulullah SAW pernah makan di rumah? Maka makananku yang paling sedap di rumahku, adalah itu”

Rasulullah SAW, dengan rumah yang ada satu pengisar gandum sahaja, yang rumah baginda kadangkala berhari-hari dapurnya tidak mengeluarkan asap, agaknya apakah yang makanan tersedap yang baginda makan?

Umar, dia menetapkan dirinya sedemikian, kerna cintanya yang mendalam.

Pernah sekali, ketika dia menjadi amirul mu’minin, tubuhnya kurus kering. Hingga orang di sekelilingnya menyatakan kepadanya agar dia tidak memaksa diri. Dia berkata:

“Dua sahabatku telah pergi, dan aku sedang berada di atas jalan yang pernah mereka lalui”

Dua sahabat itu adalah Rasulullah SAW dan Abu Bakr RA.

Umar RA benar-benar bersungguh dalam mengikuti jejak Rasulullah SAW, mencontohi baginda dalam segenap kehidupan.

Itulah dia Umar Al-Khattab. Yang saya tulis ini, secebis sahaja. Bukan hendak menceritakan kisahnya seluruhnya. Tetapi sekadar hendak menarik perhatian pembaca, bahawa Umar Al-Khattab ini asalnya seorang pendosa, penyembah berhala, peminum arak.

Tetapi dia berjaya menjadi yang terbaik di dalam Islam. Antara 10 yang diberitakan syurga semasa masih hidup. Menjadi Khalifah kepada seluruh ummat Islam. Hebatnya dia, hingga Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Sekiranya Umar melalui satu lorong, maka syaitan akan memilih lorong lain dari bertembung dengannya”

“Sekiranya ada lagi nabi selepas aku, maka dialah Umar”

Asalnya, dia adalah orang yang hendak membunuh Rasulullah SAW dengan tangannya sendiri!

Macam mana kita?

Sekeras dan segelap Umar, dia memberikan sedikit ruang untuk melihat apa yang Rasulullah SAW bawa, dan dari sedikit ruang itu, Allah membukakan kepadanya hidayah-Nya.

Bagaimana kita? Pernahkah kita membuka ruang pada diri kita, untuk mendalami Islam?

Umar Al-Khattab, ternyata contoh untuk para pendosa, agar kembali kepada-Nya.

Dia berjaya membuktikan bahawa, tiada yang rugi apabila manusia kembali kepada-Nya.