Tuesday, September 1, 2009

Akhirnya...aku sampai di sana

Assalamualaikum wbt...

29 Ogos 2009..
Aku ada terst kimia kinetik.
Tak de perasaan nak belajar..
Malas (ish2...sebenarnya jiwa aku dah xde di UPSI)...
MySpace
Buku...
Nota...
Calculator...
Pen...
Pembaris...
Pensil...
Kertas graf...
dan lain-lain...
Mereka semua terdampar di atas lantai...
Tanpa dipedulikan oleh tuannya...
jam menunjukan pukul 11 malam...
Mereka masih menyendiri...

Akhirnya...MySpace
Pukul 11.30 malam mereka bersantai seketika bersama tuan mereka dan ditinggalkan bersendirian lagi pada pukul 12 malam...
Ada insan lebih memerlukan tuan mereka...
Katil dan tilam empuk memanggil...
Sudah tiba masa kata mereka...
Tuannya hanya tersenyum dan menerima pelawaan mereka..(hehe...)

Kamu rasa apa yang "tuan" mereka buat sebelum 1130 malam tu...

Sebenarnya aku sibuk nak kemaskan barang...
Nak p penang...Pantai Bersih huhu
Punya la semangat, nak study pun dah hilang mood.
Dalam kepala ingat nak pergi sana je..

2.15 pagi-terbangun. Ingatkan dah dekat nak sahur, rupanya roomate balik. dia buka lampu bilik. Jadi saya yang sensitif dengan cahaya terbangun bila bilik terang benderang. tengok jam, alamak awal lagi. Tidur la kejap.
4.30 pagi- Ok, time to wake up. Kemas apa yang patut. Urus diri. Sahur. Buat la apa yang patut sebelum masuk subuh. Lepas Solat kejap. Tengok2 nota dan buku yang berselerak. tunggu sampai subuh.

Lepas subuh, lepak2 kejap. Sempat lagi on9 hehe...nasib baik internet laju je kat bilik.
Pukul 7 pergi bilik member, nak tanya dia nak p kampus pukul berapa.
7-30 pagi-kami pergi tunggu bas. Bas lambat. Kena naik prebet sapu la ni. Dengan beg yang berat saya melangkah pergi.

alhamdulillah, test mula kol 8.15 tamat pukul 10 pagi...dari 1 jam 30 minit sampai kena extend lebih cikit sebab ramai xsiap lagi.
Aku...termenung tengok kertas. Hmmm, semalam aku pulun buat graf sampai lupa nak baca definis-definisi yang berkaitan. Mula la mereka-reka ayat. Dengan harapan, pensyarah aku tak bacakan jawapan unik aku dalam kelas.

Lepas test, lepak-lepak rumah member jap. kol 1030 nanti nak p pekan. Tiket tak beli lagi. Sampai pekan, huhu ada tiket kol 1130 pagi je tjg malim-ipoh. Xpe la.
Naik dalam bas, rupanya ada member satu kos, budak kimia jugak yang baru lepas test tadi nak balik rumah dia kat butterworth. Jadi kami pun duduk sama-sama. Da jugak teman aku kat ipoh nanti.
Sampai kat ipoh, terus cari kuanter bas. Ipoh-butterworth. Tapi aku rasa kami dah tersilap percaturan. Masa tengah cari tiket tu, aku pun xpasti, kawan aku kata "butterworth' or "penang" masa bayar tiket. Tapi kat kuanter bas memang tulis "butterworth"..
Tapi aku rasa aku dah bayar harga "penang" sebab kat tiket aku tulis "penang". Tapi bas memang pergi 'butterworth' rasanya. Patutla tiket aku mahal sangat. membazir je huhu...


Sampai kat Penang, member aku tu panik. dia pelik kenapa bas tu lalu kat jambatan. Tanya-tanya jugak dengan makcik india sebelah aku, dia kata memang bas pergi butterworth. Member tak puas hati hehe...tu la aku pun lupa nak nak tanya betul-betul masa beli kuanter. Main redah je nak sampai cepat. tapi pukul 6 jugak sampai butterworth. sebab pukul 5.30 masih berada di sg nibong. Nasib baik pernah sampai situ, jadi xdela "jakun" sangat.

Orang yang nak jemput aku dah mesej tanya aku sampai pukul berapa. Orang yang mesej aku mula-mula siap bagi no plat kereta dia suh aku cari kalau dah sampai di butterworth.
lepas tu disebabkan aku menziarahi stesen sg nibong, orang lain yang datang jemput aku.
akhirya aku berjaya menjejakkan diri di jalan pantai bersih pada pukul lebih kurang jam 6.15 petang hari yang sama. Alhamdulillah.

****************************************************************************************
MySpace
Okla tu kot cerita perjalanan aku pada hari tersebut. Sebenarnya, masa nak buat pilihan pergi Penang tu, aku masih tak yakin. Risau sebab aku tak kenal siapa-siapa pun yang akan join program tersebut. Tetiba aku jumpa orang yang salah.

Lepas tu depa bawak aku balik. Then jual aku. hahaha...
Ada jugak aku terfikir macam tu. Jadi aku pun plan, kalau aku sesat or tak jumpa mereka-mereka ni, aku akan terus ke Sg Petani. P umah abang aku, tak pun aku p USM jumpa Zakiya...
kalau depa, orang jahat aku siap-siap call abang aku suh ambik aku kat butterwrth kot. Cakap je aku sesat. abang aku mesti mai amik aku punya...hehe

Tapi, Alhamdulillah.
Aku jumpa orang yang betul.

Terima kasih buat semua.
Kak Fatin merangkap orang yang mangalu-alukan kedatangan.S/U API
Lillah merangkap orang yang mempromosikan atau menjemput ke program ini- tapi tak jumpa dia lagi sebab dia x p pun program ni..xpe, Perancangan Allah itu yang sebaiknya kan :)

Lain-lain...perserta yang saya kenali semasa ke program ini

Kak Farhana
Fairuz
Abel
Muna Izzah
Ikin,
Aqilah,
Atiq,
kak wani,
nurul farhana,
shafika,
norliza,
warga muslimah dari pattani,
kak Teh Faridah,
Sakinah,
kak wawa,
kak azmiza ( orang yang menumpangkan kereta nya untuk saya balik tjg malim, kita pernah duduk bersebelahan masa MUKTAMAR PKPIM aritu, akak je tak perasan saya)
kak Atriza, (akak, nanti kita jumpa lagi...InsyaAllah saya akan luangkan masa...jemput la saya kalau ada apa-apa program di KL)
kak Wahida,
sapa lagi ya...
ni senarai nama yang ada dalm buku saya..
Kalau ada yang terlupa beritahu melalui shoutbox or komen entri ini. Nanti saya update.
hmmm tak lupa juga pada orang-orang yang ikhlas menjemput saya di terminal bas walaupun bas yang saya naiki membawa saya menziarahi stesen bas Sg nibong.
Kepada Muslimin-muslimin yang tidak saya kenali tidak terkecuali Abang amir, pemilik unser biru, myvi kelabu. dan yang lain-lain..

Tak lupa pada kumpulan saya yang bersama-sama bermusafir di sepanjang malam nenelusuri Pantai Bersih.
Pada seorang sahabat-sahabat yang sudi meminjamkan bahu dan tangan mereka untuk menyegarkan mata saya dikala "tertidur" hehe....MySpace(dah jadi penyakit dah, sebab kesihatan tak jaga, saya mudah sangat mengantuk...salah satu nikmat dah di tarik huk2...tapi masih banyak lagi nikmat yang lain kan..kan...kan...)

**************************************************************************************

Akhirnya saya selamat sampai di Upsi sebelum pukul 12 tghhari. MySpaceKereta kak azmiza betul-betul hantar saya depan Kolej saya. Bahagianya...Rasa semangat nak berprogram lagi...
Akak terima kasih banyak-banyak...MySpace
terharu dengan bantuan mereka
Tok Kak atriza, saya segan nak minta tumpang sebab tak biasa susahkan orang...
Biasa merantau sorang-sorang...jadi berat sikit nak minta tolong dengan orang-orang yang baru say kenali.

Semoga saya diberi peluang dan ruang untuk bersama kalian semua pada masa akan datang.
Pengalaman di sana akan saya ceritakan pada entri akan datang. InsyaAllah

No comments: