Wednesday, September 16, 2009

Salam ramadhan kareem...semoga bertemu ramadhan yang akan datang


Assalamualaikum wbt...

Salam Ramadhan Kareem...

Esok saya akan kembali ke Sarawak berjumpa ibunda dan ayahanda tercinta. Saya amat rindukan keduanya walau saya tidak pernah meluahkannya. Sekali sekala saya akan cuba bergaduh kecil dengan mereka untuk ber”mesra” bukan untuk menyakiti hati mereka.


Bergaduh sekadar bertanya pendapat tentang anak-anak kucing. Kadang-kadang mereka tidak suka kucing masuk ke rumah, saya pula sengaja ajak kucing masuk dalam nak ajak main dan borak-borak. Hehe...ada-ada je...lagipun mereka (kucing) manja-manja dengan saya.


Bergaduh perkara-perkara lain yang tidak mencetuskan kemarahan. Dengan adik saya pun sama, entah, suka sangat bergaduh dengan adik saya. Pasal “mee sedap” pun kami gaduh kat dapur. Tapi bergaduh kami, adik saya menghantar sms untuk bertanya bagaimana nak buat dadih. Sebab saya selalu buat dadih di rumah dan mereka (adik saya, dan anak saudara saya) tukang perabis. Kadang-kadang saja ajak mereka “join” saya sekali memasak di dapur. Sekadar tukang kacau pun tak pa. Saya bahagia ada mereka.


Baru-baru ini adik saya telah menyatakan hasrat dia untuk berkahwin. Alhamdulillah. Keluarga tidak menghalang Cuma ada kekangan dari segi kewangan. Adik saya sudah bekerja. Malas hendak menyambung pelajaran katanya. Tapi tidak mengapa. Mengenai perkahwinan dia, tidak tahu lagi bila tapi cukup “respect” dengan dia, dalam usia yang muda dia sudah berfikir ke arah itu. Maksudnya dia tidak “berfoya-foya”. Saya sayang adik saya, saya akan pastikan yang terbaik untuk dia walaupun saya tak mampu nak jaga dia sepenuhnya. Saya doakan suatu hari nanti adik saya akan bersama-sama saya dalam perjuangan saya. Mungkin jarak jauh antara kami menyebabkan hubungan kami agak terbatas semasa saya balik bercuti sahaja. Dia satu-satunya adik yang saya ada. Buat kawan-kawan PERKEPIS saya, nanti saya ajak adik saya sertai kita semua, jadi beritahu la sekiranya ada prgram di sarawak. adik saya merupakan anak lelaki bongsu. Yang bongsu perempuan: saya.


Persiapan raya saya, hmmm saya tak ada baju raya. Dan saya dah tak ada istilah baju raya. Saya akan pakai baju yang sudah sedia ada. Biasanya kalau saya beli baju untuk raya pun, selepas beberapa hari raya baru baju itu siap. Jadi pendekatan yang saya guna, tahun ini saya akan beli baju raya untuk tahun akan datang. Jadi baju itu sudah puas di pakai pun sebelum raya.


Mengenai makanan untuk hari raya, saya membeli sekadar yang mampu. Selebihnya, mak dan kakak saya kan buat persiapan. Terus terang, saya tidak pernah memasak di pagi raya. Sepanjang 21 tahun ( xmasuk 22 lagi ye) saya beraya, tidak pernah saya masak makanan untuk pagi raya. Saya akan bagun untuk solat subuh dan bersiap untuk solat raya. Sebelum tu saya akan menjenguk ke dapur. Melihat hidangan. Semua nampak sedap. Tapi sayangnya, belum ada air tangan dari saya lagi. Kalau saya balik awal sikit, saya akan menyiapkan sedikit kek lapis sarawak untuk hidangan raya. Tak pun saya akan membantu kakak saya menyiapkan biskut raya.


Saya ada mak, dan 2 orang kakak yang cukup pandai memasak. Jadi sebagai adik perempuan yang bongsu, biasanya saya akan bertugas di terminal terakhir iaitu menjadi tukang cuci pinggan. Kalau malam raya, saya bertugas mengemas dan men”iron” baju-baju raya ayah dan abang-abang saya. Tahun ini, kami berenam ada di rumah. Abang saya yang ke6 baru sahaja bertugas di Melaka, jadi tahun ini pertama kali dia beraya di perantauan. Abang saya yang di Kedah balik bersama isteri dia (kak ina). Kak saya yang ketiga juga beraya di rumah kami pada tahun ini. Suami dia tidak bercuti semasa raya. Jadi ada 4 perempuan di rumah termasuk mak saya. Kakak kedua dan abang sulung saya memang bermastautin di kampung. Jadi setiap tahun mereka pasti akan beraya di rumah.


Raya pada tahun ini, tiket saya di taja sepenuhnya oleh pa & ma. Mak dan bapa saya. Mereka sungguh-sungguh nak saya balik. Bila orang suruh saya balik, sudah pasti saya akan balik.


Di mata saya, sudah terbayang wajah mak saya. Balik ini, saya berazam, saya sendiri akan menjadi imamah buat ibu, kakak serta anak saudara saya. Doakan saya diberikan kekuatan. Bagi sahabat sarawakian saya, mereka mesti paham apa yang saya sampaikan ini.


Semoga pada hari kemenangan ini (hari raya) kita masih mengamalkan qiamulai berterusan. Tahajud yang menjadi kekuatan umat Islam. Maraton Tadarus Al-Quran. Teruskan usaha memperbaiki diri.


Kad 2


Buat adik-adik Rakan Pengerak Addin saya,

Akak minta maaf banyak-banyak sekiranya akak abaikan kamu semua. Akak juga masih belajar untuk hidup. Akak masih merangkak mengenal dunia.

Akak masih belajar kenal Islam.

Pesan buat semua,

Andai suatu hari kamu rasakan hidayah dari Allah itu hadir, terus ambil dan genggam. Jangan biar terlepas.

Sekali hidayah itu pergi, entah bila ia akan kembali.

Buat rakan-rakan sepejuangan saya,

Mala, Aqilah, Cik B, Ain, Ayu, Asma, Melati, Yati, Ainin, Puan Sabiha, Ateh, Mas, Ana, Cik kema and the geng, semua pelajar kimia semester 7,

Kawan-kawan suksis saya,

Eda, Natrah, Farah, Nisa, Ayu, Sis, Akma, Ajit, Syad, Syikin, Ckin, Siti Sarah, Maisara, Ika, Ada, Ja, Mek na, nisa aris, syida, seha, kak mizah, zura, ita, myra, kak zu, ajil, quistina, aisyah azahar, aisyah ismail, muna, chuah, fizah, lia, kak nisa, zuliana, susilawati, kak dayah, kak neng, surin, platun lelaki supersenior, Rahim and the geng, Skuad senior, inter dan junior suksis serta jurulatih Suksis saya.

Rakan exco,

Kak lela, mala, asmah, ainun, ila, mohammad, amirul, zahar, afifah, anis, nazalia, husna, kazar, ak, dan semua yang mengenlai saya.

Adik-adik dan kawan-kawan sarawak saya di UPSI,

azwa, raihana, gyna, tina, rafidah, kak kent, syirah, izah, kak rin, linot, liyana, zaimi, zan juriana, nina, nisa,tiko, ejam, afis, azlan, awangku, sobri, shiqah, niza, noris dan semua yang mengenali diri saya.

Sahabat showian saya,

Pelajar 5 Hambali sesi 2004, hadza, fikri, sulaiman, andy, nashriq, iqmal, hisyam, nazrie, ujang, idah, ambi, ejan, ann, mijah, mamah, sya-sya, aina, diana, deqsu, yim, arip, afsyam, ejal.

P/s rindu mahu berjumpa kalian semua. tak da perancangan untuk reunion ke?

Pelajar 5 ibnu sina, 5 maliki, 5 syafie dan 5 hanafi.

Juliana, elfiza, azie, permasiah, yok, amoi, dijah, a'a, semua rakan-rakan yang saya.

Rakan-rakan sekampung,

Ezah (neng), puan hamilia, mahran, nooriha, norlida, adik-adik yang mengenali saya.

rakan-rakan Matrikulasi Labuan,

Tiqah, supiati, lina, zian, nurul atiqah, kasmah, suzuji, zakia, azie, amiy, farini,

Adik-adik rumah saya,

Farini, Ada, Zana, Along, Zizah.

Sahabat Perkepisma,

raufa, eda, aisyah, nuaim, hisyam, abg kerol, abg naim, abg azrul, zizan, azam, wani, zanna, kak baya, warga uia nilai, uia kuantan, uia PJ, uia gombak.

Amirah, khadijah, rahmah, hajemah, rizqi, arbi, ejan, rahmad, jojie, salam.

Pendek kata, semua sahabat yang mengenali diri saya.

Adik-adik dan kawan-kawan di UM: shimah and the geng.

Peserta Uzlah Tazkiyyah di Pantai bersiH: Fairuz, kak atriza, kak azmiza, kak fatin, kak wani, kak wahid, kak na, dan semua sekali


Andai saya tidak bernafas selepas ini, halalkan makan minum saya, saya risau saya meninggalkan dunia dalam keadaan su'ul khatimah.


Sebelum saya berangkat pulang, saya ingin memohon maaf dengan anda semua. Andai ada tersilap kata atau terkasar bahasa.

Saya juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI BUAT SEMUA SAHABAT yang mengenali diri saya.

Andai kita tidak berjumpa selepas ini, titipkan doa buat saya.

Semoga kita mati dalam keadaan husnul khatimah.

No comments: