Saturday, September 5, 2009

SYUKRAN JAZILAN

Assalamualaikum wbt..

Syukran.

Terima kasih.

Thank you.

Arigato.

dan semua yag sama waktu dengannya buat 2 orang sahabat saya. Saudara Hisyam (UIA Gombak) dan Saudara Nu'aim (UIA Nilai).

Siapa mereka dan mengapa mereka di UPSI?

Mereka adalah wakil dari PERKEPISMA. Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak Malaysia. Ini adalah cawangan bagi PERKEPIS yang berpusat di Kuching.

Alhamdulillah. seramai 15 orang adik-adik yang sudi meluangkan masa. Walaupun pada mulanya saya sendiri sudah tertidur. "missed call" yang telah menganggu ketenteraman saya. Adik-adik ni terpaksa missed call banyak kali. Jadi saya agak terlewat sedikit.

Alhamdulillah. Perjumpaan yang ringkas walaupun berpindah randah tempat.

Perjumpaan saya sendiri dengan mereka pada tengahari tadi dibatalkan kerana ramai yang menduduki ujian mid term. Tapi tidak mengapa, perancangan Allah lebih hebat. Mungkin ada hikmahnya, sebab saya pun tak sedap hati pada mulanya. Mungkin ada hikmah dari Allah yang saya sendiri tidak tahu.

InsyaAllah. Akan ada perjumpaan yang seterusnya.

Semoga urusan saya dipermudahkan.

No comments: