Monday, September 28, 2009

Ala adik kkahwin dulu....tak aci..ak aci...potong line kakak dan abang dia

Assalamualaikum wbt

hehe....entri ni adalah sedikit kisah yang berlaku semasa raya ke 4.

Alhamdulillah, famili lelaki sudah berjumpa dengan famili perempuan.

Sudah ada persetujuan.

Majlisnya insyaAllah selepas raya korban nanti.

Tak ada majlis pun tak apa, sekadar buat yang wajib. Itu yang penting.

Adik saya, hmmm dia lelaki.

Besar tanggungjawab dia lepas ni.

nak jadi ketua keluarga.

Saya doakan dia bahagia.

Saya ada satu berita, dari kampung saya.
Pemerhatian saya 2 minggu bercuti dan semasa beraya.
Mula-mula saya perasan fesyen rambut "punk" mula mengambil tempat di hati anak-anak muda di kampung saya.
Saya juga dengar-dengar pil khayal mula berleluasa di kampung ini. Orang yang terlibat ialah mereka-mereka yang sudah tamat bersekolah atau tidak bersekolah dan tidak bekerja.
Perkara lain juga ialah kewujudan "mak nyah" yang semakin berani menonjolkan diri.
Malah saya rasa mereka ini ada satu "geng" yang agak ramai. Bercampur gaul dengan "mak nyah" dari kampung-kampung lain.
Perkara lain yang sempat saya dengar, si gadis yang mengandung tanpa berkahwin dan akan melansungkan perkahwinan dalam masa terdekat ini.

Banyak nya perkara yang berlaku di sekeliling saya.

Saya tak tahu apa saya nak buat lepas ini.
Tapi yang saya tahu saya perlu buat sesuatu.

Masyarakat saya perlukan saya.
Tapi saya lemah berseorangan.
saya perlukan teman untuk berkongsi suka dan duka.
Saya perlukan satu jemaah yang boleh bersama-sama saya.

Mungkin ini sedikit perkara yang saya kongsikan daripada hari raya ini.

nanti kita cerita lagi ye.

No comments: