Saturday, February 28, 2009

post jawi.... بهاس جاوي

السلام عليكم..

صحابة هاري اين ساي نق هانتر ارتيكل بارو مڠڬوناكن توليسن جاوي...

كامو راس اوق تق ني؟

تادي بارو سهاج تمت اوجين ساتو فيزيك...
الحمدلله داڤت جواب دڠن باءيق...

چوما لڤس اين كنا لا برتوكل....
دان جاڠن لوڤا دعا كن كجايأن ساي ياي

Friday, February 27, 2009

Internet Low connection...

assalamualaikum wbt...

internet kat umah tak ok la...huhu
jadi tak dapat nak post entri baru selalu,,
ni pun dok kat library..

sahabat sekalian...esok saya ade test fizik..jadi doakan yang terbaik buat saya ok...

syukran jazilan....

semoga ALLAH merahmati kalian..

wasalam

BUAT SAHABAT USRAH KOLEJ...apin, dalilah, ain n khairiah

Assalamualaikum wbt...

buat sahabat DG yg sentiasa best hehe...
semoga baju Dg kite cepat2 di tempah then boleh pakai..tapi duit kene la bayar cepat2..

kepada pengarah program baju..apin bile nak kutip duit ni...xsabor nak pakai baju baru la...

tok apin..dah baca dh entri baru blog enti..alhamdulillah nanti enti rajin-rajin la bagi nasihat kat ana ye...

kalau tak masa nak jumpa tinggal kan pesan kat blog ni pun ok jugak...huhu
ape pun sayang korang sume...

malam ni Dg turun awal tau..jangan lewat-lewat

p/s internet kat umah low...dan hampir tiada..ni merempat kat library yang sudah mempunyai banyak komputer huhu..jadi gunakan kemudahan yang ada...malas nak bawak laptop..berat la...

2 je untuk hari ni..jumpa lagi nanti ye

Wednesday, February 25, 2009

Khas Buat Mashitah..syukran ya ukhti

Assalamualaikum wbt...

ctah...wah hepi sangat...
rasa macam dihargai huhu...

tak sangka ukthi jadi follower...
nanti bagi la komen ke, teguran ke,
mana yang silap tu bgtau la ye...

kalau ukhti nak tau ana banyak baca blog hilal asyraf...
langitillahi.blogspot.com

pg la sana kalau ada masa...

walaupun kita dah tak duduk sebumbung di KUO...
hati kita tetap bersama kan..kan...

buat ukhti mashitah, teruskan perjuangan di bumi bertuah ini
universiti pentarbiyahan Syuhada islam...

or UPSI

Tuesday, February 24, 2009

AkU JAtuH Cinta LAgi...



Assalamualaikum wbt...

AkU JAtuH Cinta LAgi...
lebih kurang macam tu la...

yup, aku ade suka kat sorang tu..sebab dia baik
dari segi penampilan, imej, pergaulan...

sume nampak baik la..
ade juga yang tak baik...hmm manusia kan mesti ada yang baik dan buruk sebab kita ni bukan nya sempurna kan..

apapun aku hanya boleh berdoa yang terbaik untuk dia, walaupun dia tak tau aku suka dia sebab aku tak pernah gtau...

cukuplah ALLAH tahu...

suka tak semestinya cinta tau...

aku harap aku boleh jadi sahabat yang terbaik untuk dia...

sahabat...uhibukifillah

Monday, February 23, 2009

KERANA Kau Seorang MuslImah

Aku takut menyentuh tubuhmu
Kau adalah bakal kepada anak-anak Islam
Kau adalah insan yang bakal mendidik pewaris Islam

Kerana Kau Seorang Muslimah,
Aku menghormati mu
Aku tidak sanggup melihat kau ditindas,diperguna
Kerana nilai seorang Muslimah tinggi di sisi Tuhan

Kerana Kau Seorang Muslimah,
Aku takut berhadapan denganmu
Kesucianmu menjadi kewajiban
Untuk aku pertahankan

Kaulah bakal menyusukan anakku
Kaulah bakal mendidik anakku
Kaulah bakal menyerikan Baitul Muslimku
Kaulah bakal membahagiakan

Apa gunanya aku melayan nafsu
Sedangkan ia hanya sementara
Aku sanggup menundukkan pandanganku
kerana
Kau Seorang Muslimah.



p/s kepada sahabat yang sentiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar...

terima kasih tak terhingga buat kalian...

jazakallahukhairan kasiran


:)

PernAh jAtuH CinTa...aku???...rase-rase??

Assalamualaikum wbt..
Actually aku banyak keje sebenarnya...but then still have time to update my blog...
aku ni suke tol la wat keje last minute...geram jugak aku...
apsal la ko ni nurul..g la wat keje hehe :)

apapun sebelum meneruskan kerja, saya ade keje kat blog ni...

CINTA Vs cinta or blog sahabat online aku AntaraCitaDaNCinta...blog cik lisam kite...

aku pernah jatuh cinta...yes i admit it...aku penah jatuh hati kat "someOne"...
tapi aku tak pernah jumpa dia,
tengok dia pun tak pernah,
apatah lagi nak borak-borak dengan dia...
dia tak de kasi no hp, emel pun xde...
aku lansung xde hubungi dia via emel or hp...



























tapi aku tak rasa sedih lansung sebab cinta aku pada dia mendekatkan aku kepada ALLAH

dialah manusia terulung....

aku telah jatuh cinta kepada Kekasih ALLAH....

xlama lagi "besday" dia...i mean Malidur Rasul...

aku tak sediakan hadiah lagi tok dia....

insyaALLAH aku akan war-warkan "besday" dia nanti...

Ya Rasulullah, andai kau hadir kala ini, kami gusar, kami bimbang andai kau bersedih melihat keadaan ummah pada hari ini....

doakan kami Ya Rasulullah moga hati kami ini kekal dalam keimanan...

gambar-gambar lain...gambar MARSIS...dan gambar di kampus

lokasi: Sg Congkak, selangor

mujahidah ketika menyusuri arus yang deras...boleh tersungkur kalau xde sokongan sahabat yang lain..macam tu juga dakwah...tol x?

sesi taaruf...


senaman pagi....


xsempat nak berkenalan lebih rapat dengan akak ni walaupun sebilik...i respect you my sister...


tukang kempen Prk..xde kene mengena pun..amik parttime :)
ini pintu masuk timur UPSI...

p/s gambar-gambar ni xsusun ikut kronologi..sekadar tatapan sahaja..

sekilas Program Semasa Cuti pertengahan semester


wajah-wajah ceria dalam hutan...tengah tunggu kumpulan yang tertinggal kat belakang amik gambar jap :)

perjalanan yang memenatkan....sahabat-sahabat yang cekal dan kuat semangat


ini yang best..sahabat pinjam gambar sebab gambar saya xde..flying fox...

ni dah nak balik dah pun...saje amik gambar kenangan



diskusi ilmu sementara tunggu bas amik kami..nak balik dah time ni



this is my team..ada 2 muslimin je sebab memang tak ramai muslimin ikut program ni

Kasut-kasut para pengembara :) tak macam kasut dah kan...

KeluarGa UsrAh aku...ini hanya sebahagian...

Assalamualaikum....
ini gambar yang pertaman berkaitan dengan saya dalam blog ini..

tak tau mana satu saya???
ALhamdulillah..saya adalah salah seorang dari mereka..
cukup ada 2 mata, 1 hidung, 1 mulut dan sewaktu dengannya

Sunday, February 22, 2009

Suke X AktiviTi LasaK...Aku SukA bangAT

Assalamaulaikum wbt..

suka aktiviti lasak??
hui ini kesukaan saya bah...

contohnya jungle trekking, main bola jaring, bola tampar, merentas halangan, explorace...
dan banyak lagi..

saya suka aktiviti yang mencabar ketahanan fizikal saya..
senam robik pun saya suka tau..
boleh bantu membakar lemak-lemak yang tidak diperlukan dalam badan dan mengelakkan badan dari terkena penyakit..

ini adalah baik untuk penjagaan badan anda..

semalam iaitu, 21 februari 2009 kitorang ada wat perlawanan persahabatan.
main futsal, bola jaring, bola tampar n takraw...

saya hanya main bola tampar je. 2 pun xsempat nak sentuh bola masa main...

member dah hemtam lawan dgn servis je..
apa pun ia adalah satu pengalaman yang menyeronokan sebab xsangka saya main bola tampar balik..huhu

kalau dulu bola tak lepas net pun..tp sekarang dah boleh dah...

ada orang nak cabar dah ke??? hehe

xpe la kita lawan lain kali ek...
apa pun majulsh sukan untuk negara...

tok dak suksis yang main bola tampar..korang memang best la...

yang lain tak tahu sebab xsempat nak tengok korang beraksi..
apa pun korang mesti dah lakukan yang terbaik kan..tahniah buat semua

AkU nI pEliK ke???

Assalamualaikum..

aku pelik??

xde makne pun..tu tajuk je...aku nak cakap pasal hubungan lelaki danperempuan je..

tapi xde la panjang benor macam dalam blog hilal asyraf tu..
cuma kat sini kadang-kadang kita terlepas pandang
dalam berorganisasi ni kita kadang-kadang tetiba rapat dengan "seseorang"
tak mustahil kan..

bila dah rapat tu, bergurau-gurau plak dah...
kadang-kadang kita lupa perkara tersebut boleh mengundang fitnah..

hmmm walaubagaimanapun bukan la nak melarang anda berorganisasi..

tapi harus ada batas-batasnya..

semua orang faham kan..

so betulkan niat anda dalam berorganisasi tu ye

wasalam :)

BerKorban Apa sajA

Assalamualaikum

ha topik hari ni berkorban..
memang dalam kehidupan seharian kita ni kita kena berkorban tp
harus ingat ada perkara-perkara yang tak boleh dikorban kan..

setakat wang ringgat tak jadi masalah sebab duit boleh di cari..

tapi kalau bab prinsip..
maaf la kawan-kawan

tak mungkin....
saya akan pertahankan nya..

:)

tok pengetahuan aku ni kadang-kadang keras jugak..
maksud aku tegas la...

Wednesday, February 18, 2009

Hubungan lelaki perempuan? Cinta sebelum kahwin?

Assalamualaikum wbt...

korang boleh bace kat blog Hilal Asyraf
selamat membaca ok



Hubungan lelaki perempuan? Cinta sebelum kahwin?

Kematian mereka memberi satu peringatan bagi aku

Assalamualaikum wbt...

kematian....
ye kematian..
ia sangat dekat dengan kita tapi alangkah ruginya kita andai kita lalai mengenai nya..

dalam masa tedekat ini sahaja aku telah menerima 5 berita kematian..

alangkah beruntungnya mereka yang sentiasa mengingati mati..

bermuhasabah lah kamu wahai manusia..

hidup ini sekejap sahaja seperti jarak masa antara azam dan solat...

ketika kamu lahir kamu diazankan dan apabila kamu mati kamu disembahyangkan

p/s peringatan bagi diri yang lalai

keseDiHAN Yang Tak TerTanggunG


Assalamualaikum wbt...

KeSedihan yAng Tak TertaNggunG..

Entah dari semalam lagi air mata ini mengalir kerana teringatkan dosa0dosa yang telah aku lakukan...

ilmu ku sangat sedikit...malah aku seperti tiada usaha untuk menambahnya walau aku sedar perkara itu...

tiap detik nadi yang ALLAH bagi ini tidak dibalas dengan rasa bersyukur dengan nikmat-nikmat ALLAH yang melimpah ruah..

aku takut andai aku bersukaria pada saat ini...
ramai saudar-saudara ku berada dalam kesusahan dan kepayahan..

Aku dalam di lema...dengan kerja dan tugasan universiti yang menuntut aku mengorbankan masa dan tenaga...

dengan gerak kerja yang harus aku teruskan untuk terus menjadi menjadi penyokong dan pendokong kepada agama yang tercinta...

kadang-kala aku pasrah..

petikan dari blog lillah yang sempat aku baca dalam memotivasikan diri yang dalam kesedihan ini..syukran ya ukhti

kita tidak pernah bersendirian...

ALLAH sentiasa bersam kita...
ingatlah selalu ALLAH sentiasa melihat, mendengar kerana DIA sangat dekat dengan kita...


Ya ALLAH, Ya Rahman, Ya Rahim...

bantulah hambaMu ini dalam mencari sinar kehidupan yang dilimpahi dengan rahmat dan taufik MU..

berikanlah kami petunjuk ke jalan yang benar dan jangan Engkau palingkan hati kami kepada kesesatan setelah Kau berikan kami cahaya..

Ya Malik ,
sesungguhnya Kau Maha Berkuasa, maka bantulah kami dengan kekuasaanMu itu agar kami kuat dalam menentang dakyah-dakyah yang cuba menghancurkan agamaMu ini...

Ya Baari, Kau yang Maha Merancang...

berikan lah perancangan ynag terbaik untuk kami...
andai kami tersilap langkah, Kau perbetulkanlah kami...

sesungguhnya setiap ibadahku, solatku adalah untuk Mu semata-mata


Ya Rabb,
Kau berikan kami kekuatan, sehingga menimbulkan rasa gerun kepada kami..
Kau berikan lah kekuatan iman yang mampu mengawal kami daripada melakukan perkara yang mengundang murka-Mu


selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, kaum keluarga dan sahabat..

amin...

p/s mohon para sahabat mendoakan pemilik blog ini agar dia sentiasa kuat dalam manghadapi hidup yang penuh dengan cabaran ini...

Tuesday, February 17, 2009

GaDIs CaNtIk..sapE dia EK? Boleh berkenalan X?




Jika dia memandang...
Dunia seakan tergetar kerana
ketulusannya..
Jika dia berkata...
Dunia seakan terlena kerana
kelembutannya...
Jika dia tersenyum...
Duniapun ikut tersenyum kerana
keikhlasannya...

....Dialah Muslimah
Sholehah...




Sebilangan besar wanita sekarang berlagak bagaikan pengantin baru bila
keluar dari rumah. Mereka berpakaian indah mengikut fesyen. Ada pula kain
bajunya terlalu nipis hingga terbayang bentuk ukuran badan.

Dengan perbuatan ini, seolah-olah mereka berkata-kata di dalam hati: “Siapakah tidak terpesona bila melihat keindahan fesyen pakaian yang membalut tubuhku? Siapakah tidak tertarik pada bentuk badan dan langkahku dan siapa….?”

Sedarkah mereka bahawa perbuatan tersebut tak ubah langkahnya seperti
penjual manik-kuran di jalan-jalan atau di kaki lima. Setiap yang lalu pasti
memerhatikan. Jika tidak melihat, penjual sendiri datang menawarkan diri. Tapi
sayang ……!

Ramai pemerhati dari pembeli.
Andainya golongan ini berfikir sejenak, nescaya timbul perasaan malu.
Natijahnya, sudah pasti mereka akan menutup ‘aurat dan keindahan rupa paras
mereka.

Allah s.w.t ada berfirman yang bermaksud: “Hai Nabi ‘Alaihissalam,
katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuan dan isteri-isteri orang
mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab. Yang demikian itu supaya
mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah adalah Maha
Pengampun lagi Maha Penyanyang” (al-Ahzab: 59).


Sekitar ayat tadi, dapatlah difahamkan bahwa Allah s.w.t telah menjelaskan
kedudukan wanita-wanita yang baik. Sebagai model untuk Muslimat semua,
Rasulullah s.a.w menyuruh isteri-isteri dan anak-anak perempuan supaya mereka
memakai jilbab (purdah).




inilah kita (wanita) 30 atau 40 tahun akan datang andai kita masih hidup..
kecantikan itu akan pudar kecuali iman dan ilmu




Wahai wanita-wanita yang beriman! Hendaklah kamu semua berpakaian
menutup ‘aurat. Setiap pergaulan dan percakapan mestilah berpandukan Islam.
Dari aspek-aspek inilah dapat diukur sejauh manakah keimanan kamu dalam
melaksanakan suruhan Allah dan RasulNya.

Tanggungjawab yang anda semua lahirkan itu merupakan satu kaedah
yang boleh menjadi tauladan kepada wanita-wanita yang lain. Di samping itu
pula, dapat dibezakan di antara golongan yang beriman lagi beramal dengan
golongan yang tidak beriman.
Golongan beriman sudah tentu dihormati dan disegani oleh setiap golongan dan lapisan masyarakat.

Duhai belia-beliawanis Islam! Andainya pakaian dan tingkah laku anda
tidak ada bezanya dengan penari-penari di kelab malam, atau pakaian kamu sama
sahaja dengan pakaian wanita-wanita yang tidak beriman, di manakah letaknya
bukti dan di manakah letaknya keperibadian sebagai wanita Islam?

Iman terletak di hati sudah tentu tidak dapat dilihat. TETAPI penzahiran keimanan dapat dilihat dari amalan dan pakaian serta tingkah laku.
Bertudung kepala dan berpakaian menutup ‘aurat adalah di antara lambang
wanita Islam.

Perkara tersebut menjadi bukti di sisi wanita Islam dan
melambangkan kemuliaan dan ketinggian moral serta budi pekerti mereka.
Awasilah diri kamu wanita-wanita Islam. Tutuplah ‘aurat kamu seperti
yang disuruh oleh Allah dan RasulNya.

Dengan tudung dan pakaian demikian
kamu tak mungkin mengalami pandangan-pandangan liar, sindiran-sindiran yang
tajam dan teguran-teguran sinis dari jejaka di kaki lima. Setiap jiwa dan anggota
yang bersih, sudah pasti tidak rela dinodai. Berbeza dengan kaum wanita yang
tidak beriman, jiwa raga mereka ini semua sudah jelas tidak bersih, sebab itulah
kata-kata menyindir dan renungan yang tajam tidak terasa menghina.

Jika kata-kata kesat seperti ini sudah terasa menyentuh perasaan mereka, tergoda sanubari, tentulah mereka sanggup menghabiskan wang ringgit yang banyak untuk
membeli alat-alat solek, pakaian-pakaian yang mendedahkan ‘aurat mereka.
Bukankah perbuatan ini semua untuk dijadikan ‘Free Show’, tontonan bebas, siapa
saja boleh melihat dan menatap dengan sepuas hati tanpa bayaran tertentu.

Allah s.w.t telah menciptakan manusia dengan seindah-indah kejadian.
Kaum wanita diciptakan sesuai dengan sifat keperempuanan dari segi jasmaniah
dan naluri. Oleh itu kenapakah kaum wanita rela menukarkan dari rupa paras
yang normal kepada wajah yang berlainan dari yang asal. Apakah mereka belum
berpuas hati dengan kejadian naluri yang ada pada mereka….?

Seorang sasterawana Perancis yang terkenal berkata: “Secantik-cantik
seorang gadis ialah yang tidak menyedari kerupawanannya”. Si cantik manis lagi
rupawan tidak akan berhajat kepada segala alat-alat solek kerana ia sudah berpuas
hati dengan apa yang ada padanya.

Tetapi kenapakah masih ada yang berpurapura
menampakkan kejelitaannya andainya ia tidak memiliki kecantikan seindah
orang lain. Muka yang berkerut dan berbintil-bintil ditempel bedak. Bibir yang
pucat digincu.

Rambut yang pendek bagai wanita Habsyi ditambah dengan
ciptaan palsu.
Yang panjang dipendekkan hingga sukar dikenali jantinanya.
Buah dada yang kempes disarungkan dengan coli yang besar lagi tajam.

Apakah dari tindakan yang kamu ada-adakan ini semua boleh menguntungkan?
Sebenarnya pemuda yang siuman lebih mengerti manakah gadis yang asli
dan manakah pula gadis celupan.

Walaupun ditampal dengan seribu jenis alat solek, namun rugi di dunia dan di akhirat. Di dunia, kamu ditertawakan atau dipermain-mainkan orang, sedangkan di akhirat pula, kamu pasti menerima siksaan!

CountDown for 12 Rabiul Awwal..

Assalamualaikum wbt...

bersua kita kembali di perjumpaan alam maya ini..
Walau saya tidak hadir, namun anda masih boleh melayari dan menelaah blog saya ini :)..
Yang penting tiada bayaran akan dikenakan untuk masuk ke sini..
Hanya pastikan anda mempunyai bekalan elektrik yang mencukupi dan internet untuk meng"online"kan diri :)

Sekarang dah masuk 22 Safar 1430 H..
xlama lagi nak Rabiul Awwal kan....

tinggal berapa hari lagi ye Maulud Nabi ataupun dikenali sebagai Malidur Rasul..

untuk mengetahu lebih lanjut anda boleh ke laman web ini :
http://www.scribd.com/doc/2355922/Sejarah-Sambutan-Maulidur-Rasul

CATATAN SEMALAM:
sahabat saya kemalangan semalam, minta anda doakan kesihatan dia..
semoga cepat sembuh...

Saturday, February 14, 2009

Assalamualaikum wbt..
ha macam tu la gaya nya..dah lepas test analisis tapi minggu depan ada lagi ujian...subjek TKP pula...
TKP tu amende???

strategi pengajaran kimia la...

i have another test on 28th February 2009..physics test...
tak sabar la nak habis kan ujian-ujian ni..lepas tu nak kena hantar tugasan-tugasan yang banyak terbengkalai...to all my friend cik b, cik ain, cik aqi, cik sab yang banyak sama kumpulan...teruskan perjuangan menyiapkan tugasan-tugasan kita ye..

tak lupa juga buat ka anis...tugasan kimia industri tu agak mencabar la juga tambahan kita hanya bertiga,orang lain sampai ada 5 orang satu kumpulan...

apa pun... Ape yang penting kerjasama ...wonderpet..:)
ini catatan untuk hari ni pula..

6.20 am- keluar dari rumah untuk berkumpul sebelum bertolak ke kampus.

6.40am- naik bas danke kampus

7.00am- nyanyi lagu Negaraku, sang saka biru
- senaman ringan untuk panaskan badan lepas tu pegi lari pusing separuh kampus (sebab ada jalan kene tutup untuk pembinaan. lepas lari wat sedikit regangan then nyanyi lagu polis sedia berkhidmat dan ibu kandung suluh budiman.

8.00am- muka macam tak sabar nak kuar dari bas..otak dah fikir nak cepat-cepat keluar baris..sat g kol 9.00 am ade ujian kimia analisis beralat

8.15am- terus pergi ambil beg dan bergegas ke auditorium untuk ujian..

9.00am- ujian bermula

10.20am- bergerak untuk menyerahkan kertas ujian kepada pensyarah
lepas tu rehat sekejap...

1.30 pm- solat zohor 2.00 pm- pergi kelas gati fizik sampai kol 5.00pm

5.00pm- tengok kawan-kawan main bola tampar..saya pun ikut diorang main...main sampai kol 5.30pm...tangan pun dah lebam-lebam dah..

5.40 pm- tunggu bas sebab nak balik kolej..bas tak sampai2...lepas tu nampak je bas kitorang serbu ramai-ramai hehe

6.00pm- sampai umah terus pergi rehat jap then wat apa yang patut..
sampai tu je kot..

memang hari yang memenatkan....
sebenarnya ingat nak main bola jaring hari ni tapi ada orang guna padang pula..takpe2 nanti ada masa kita main pula ye


ada sedikit catatan saya nak buat kat sini...jumaat malam sabtu lepas ade majlis solat hajat dan tahlil untuk Almarhum Sjn Affendi bin zaini...merangkap jurulatih saya...agak rapat juga dengan dia, selalu gurau dan dia selalu belanja makan...apapun saya tetap akan belanaja encik dengan doa-doa saya dan kawan-kawan..
sedekahkan ALFatihah kepada AllahyarhamAlFatihah..

Friday, February 13, 2009

eceng gondok vs keladi bunting??? ape tu??


Assalamualaikum...


apa khabar? huhu..

rasanya semua sihat kot...

Alhamdulillah...


Iman pula macam mana?

semoga sihat juga la ye...


berbalik dengan yang di atas..

eceng gondok tu dalam bahas indonesia sebenarnya..

maksud dia keladi bunting...cuba anda search kat yahoo image atau google image

korang akan dapat image eceng gondok tu...

selamat mencari la ye..:)

kami belajar dalam kelas sains alam sekitar..

pensyarah kami berasal dari Indonesia jadi belajar la sikit-sikit bahasa dia..

sebabnya saya kadang-kadang tak paham...


huhu maaf la Dr. kalau saya banyak tanya...

tapi tak apa la..

two ways comunication


ok la nak tanya korang apa maksud ayat di bawah...

"pergi solat di langgar"

mest korang ingat dilanggar kan...

yang kat atas tu adalah dalam bahasa indonesia..

maksud dia "pergi solat di surau"

langgar=surau


ha itu la bahasa indonesia, boleh la belajar sikit ye..

nak belajar lebih anda boleh surf kat internet


okla...dah nak masuk maghrib..

saya keluar dulu..

lain masa kita kongsi ilmu yang baru lagi ye...

Study Vs Tidur...


keadaan aku buat masa ni....



Assalamualikum wbt..


Hari yang penuh dengan aktiviti kejar-mengejar...erk???

kira macam tu la kot...

petang jumaat aku ni dengan adegan mengejar masa...


sebabnya....

aku kena dapatkan pengecualian aktiviti hujung minggu ini sebab aku ada ujian analisis dan kelas ganti fizik...


penat jugak...xpenah aku berlari guna baju kurung kat kampus...

nasib baik aku guna seluar tadi...


pentadbiran ni memamg leceh..


dahla kena dapatkan pengesahan pensyarah dulu...

maksudnya aku kena la pusing kampus ini beberapa pusingan...

(tak sampai satu pusingan pun...)

Alhamdulillah di hari penuh berkat ini ALLAH permudahkan perjalanan kejar mengejar aku tadi..

nasib baik berdua, kalau tak ponat den nak pergi cari dua pensyarah yang memang ternyata agak sukar untuk dijumpai...


habis selesai je semua urusan aku dengan pensyarah kena pergi pusat kokurikulum pulak..
masa tu dah pukul 5.00 petang..
kuanter pusat kokurikulum pun dah tutup..jadi kami berdua dok la kat luar..
tetiba ada orang buka pintu..lepas tu dia tanya pasal nak apa...
kami pun bagi la borang pelepasan kami tu...
Alhamdulillah selesai urusan kami...bermula jam 3.00-5.00 petang..
jadi malam ini tak boleh buat kerja macam kat atas tu..
kena belajar betul-betul...
kena jadi pelajar yang cemerlang kononnye hehe..
apapun tak apa la kita ada semangat dan matlamat macam tu kan...
okla tu je kot untuk setakat ini..jumpa di "post" yang seterusnya

Wednesday, February 11, 2009

MinGGu-MinggU KriTIkal...







Assalamualaikum wbt...

hermmm ni minggu-minggu kritikal
minggu-minggu ujian la..midterm...
kene hadam nota-nota yang bertimbun kat bilik.
kat dewan kuliah tak faham sangat sebab ....

tak boleh salahkan orang juga kan..
walau siapa pun dia, dia tetap cikgu kita kan...
hormat cikgu baru ilmu berkat..

nanti dah jadi cikgu, pelajar kita pun akan hormat kat kita...

APA YANG KAMU BAGI ITU YANG KAMU AKAN DAPAT...betul tak???


mesti korang setuju kan...

jadi berusahalah untuk berjaya...

ok nak pergi belajo...nak hadam kimia analisis beralat pulak dah...
kalau tak jumpa nota atau tak faham boleh la cari kat internet ni...

anyway, sahabat sekalian doakan saya ye...

Ya ALLAH, lapangkan lah hati sahabat ku ini agar dia mudah memahami perkara yang dia pelajari dan berikanlah kekuatan kepadanya agar dia sentiasa bersemangat menuntut ilmu...

ok nurul...JIHAD FISABILILLAH...menuntut ilmu pun berjihadkan...

jadi sapa nak ikut saya berjihad jom kita belajar sama-sama :)




Tuesday, February 10, 2009

kecurangan AKADEMIK....APE 2???


Assalamualaikum wbt...

mesti pelik kan kenapa keluar tajuk ni..
sebenarnya tadi baru je kuiz dan sekaligus dengan ujian satu bagi subjek kimia industri..

setakat ini alhamdulillah tak dapat telur ayam pun..maksudnya masih ada markah la..

apa kaitan ye dengan tajuk ini...

kat sini saya cuma nak bagi pendapat je..kita kan negara demokrasi jadi luahkan je la...
betul ke demokrasi...nampak macam banyak pencabulan dalam demokrasi je..
ok la berbalik pada topik kita...

InsyaALLAH lepas habis belajar kt UPSI ni saya akan bekerja.
hasil kerja saya akan jadi dibelanjakan untuk keluarga saya mak, bapa, abang, kakak, adik, suami, anak-anak (PERHATIAN: suami dan anak belum ada lagi..InsyaALLAH akan ada....???)

kalau macam tu saya kena pastikan sumber pekerjaan saya ini adalah dari sumber yang halal.
mesti anda masih tertanya-tanya apa perkaitannya dengan kecurangan akademik..
okla dipendekkan cerita, sekiranya anda melakukan kecurangan akademik bermakna anda telah menipu, pertama kepada diri anda sendiri, kedua kepada pensyarah, ketiga rakan-rakan, keempat ibu bapa...dan yang paling penting anda telah menipu ALLAH swt..

adakah perbuatan menipu ini mendapat redha atau murka ALLAH??
adakah anda mahu ijazah yang akan anda gunakan untuk mendapatkan kerja nanti adalah dari hasil titik peluh "menipu"..
ye "menipu"...ramai yang tahu tapi tidak mahu. Masih ramai yang meniru hanya untuk mendapatkan markah tinggi kemudian mendapat anugerah dekan serta mendapat pujian dari rakan-rakan...

adakah itu yang anda mahu...
kebahagiaan dan kejayaan yang anda rasai tidak akan berkekalan..
diulang "tidak akan berkekalan!!!!!!!!!!!!!!!!"
jadi kesimpulannya..belajar rajin-rajin..
study elok-elok..
lepas tu dapatkan keputusan yang terbaik..

hermm esok dengar kata saya ada satu lagi test..
tak baca apa lagi ni...
tapi tak apa, malam ni kita pulun ek...kalau nak lebih cepat hadamkan nota-nota tu macam sandwich. Boleh???

boleh bah kalu kao...

ok la jumpa lagi lain kali

wassalam

chaiyok2.. :)

P/s peringatan ini untuk diri saya sendiri dan sahabat-sahabat yang terbaca, membaca, dibaca dan sewaktu dengan nya..sama ada dukacita, sukacita, sukarela,paksarela dan sebagainya...

Monday, February 9, 2009

ISLAM SEBAGAI SOLUSI ATAU PUNCA KEGANASAN?


Al-Quran Menganjurkan Kebaikan, Keadilan dan Keamanan


Jika dikaji dengan terperinci dapat disimpulkan bahawa keganasan itu dilakukan seseorang bagi mengejar target dalam agenda politiknya. Dalam erti kata lain, mangsa keganasan bukanlah sasaran utama tetapi yang sebenarnya ditujukan kepada pihak lain. Perbuatan keji yang dilakukan Hitler dan Stalin menjadi contoh yang tepat dan sememangnya bertentangan dengan moral keadilan manusia.


Al-Quran diturunkan untuk memandu manusia menurut kebenaran dan Allah memerintah hamba-Nya supaya mengadaptasikan akhlak dalam kehidupan. Akhlak yang merangkumi cinta, belas kasihan, toleransi, dan keamanan boleh diamalkan ke seluruh dunia:

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam keamanan (Islam) secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (Surah al-Baqarah: 208)


Ajaran dari Al-Quran yang diimani orang Islam bukan sahaja menjadi panduan hidup mereka tetapi sesuai juga untuk bukan Islam kerana isi kandungannya mencakupi keadilan, memelihara orang yang memerlukan dan bersalah serta mencegah dari segala kerosakan. Allah juga berfirman, "Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan. (Surah al-Qasas: 77)


Membunuh seseorang tanpa sebab yang diterima merupakan salah satu contoh kerosakan. Allah mengulangi di dalam Al-Quran seperti yang pernah diungkapkan kepada Yahudi di dalam Old Testament:

Oleh karena itu Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israil, bahawa: barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka rasul-rasul Kami dengan (membawa) keterangan-keterangan yang jelas, kemudian banyak di antara mereka sesudah itu sungguh-sungguh melampaui batas dalam membuat kerosakan di muka bumi. (Surah al-Maidah: 32)


Jelas diperkatakan bahawa membunuh seseorang kecuali jika orang itu membuat kekacauan di muka bumi adalah satu jenayah yang diibaratkan seperti membunuh manusia seluruh alam. Begitu juga dengan kes yang membunuh manusia beramai-ramai dengan cara serangan membunuh diri (suicide attacks) juga terlibat sekali. Allah memberitahu kita akan balasan di akhirat bagi mereka yang sekejam ini:

Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih. (Surah ash-Shura: 42)


Justeru, bagaimana boleh timbul satu tema 'Keganasan Islam'? Dari apa yang dijelaskan adalah mustahil jika dikaitkan Islam dengan keganasan. Apa yang jelas di sini ialah punca keganasan bukanlah dari agama tetapi dari faktor fenomena sosial.


Tentera Salib: Manusia Tidak Bertamadun Yang Menginjak Agamanya Sendiri

Isi kandungan agama yang benar atau sistem kepercayaan adakalanya boleh diseleweng oleh penganutnya yang palsu (pseudo-adherents). Contoh yang tepat boleh dilihat ketika zaman kegelapan dalam sejarah Kristian yang diputarbelitkan oleh tentera perang salib.

Tentera salib yang terdiri dari penganut Kristian Eropah yang bermatlamat untuk menjajah Holy Land (Palestin) dari tangan orang Islam di akhir abad ke-11 sebenarnya dikatakan berjuang atas nama agama. Tetapi mereka telah memanipulasi pengikutnya dengan memasuki tanah itu dengan keganasan dan kekejaman. Orang ramai yang tidak bersalah menjadi mangsa pembunuhan dan banyak kampung dan kota diceroboh.


Jerusalem yang menjadi kediaman orang Islam, Yahudi dan Kristian di bawah pentadbiran Islam yang aman telah bertukar menjadi medan pertumpahan darah yang amat dahsyat. Kekejaman mereka tidak berhenti setakat itu sahaja malah kota Istanbul yang merupakan kota Kristian juga diceroboh dan habis emas permata dicuri dari gereja-gereja.


Tanpa disangkal bahawa keganasan ini amat bertentangan dengan ajaran Kristian kerana agama Kristian yang dimaksudkan Bible ialah 'Gospel of Love'. Di dalamnya menurut Matthew, Jesus mengatakan, "Kasihilah musuh kamu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamu" kepada penganutnya (Matthew, 5/44). Menurut Luke pula, Jesus mengungkapkan "Jika seseorang memukul pipi kamu, balaslah dengan cara yang lain" (Luke, 6/29). Di dalam bahagian New Testament pula tidak ada langsung rujukan yang melegitimasi keganasan.


Yang menjadi persoalan ialah jika Kristian adalah agama yang berteraskan kasih sayang, bagaimana boleh terjadi peristiwa berdarah yang dilakukan tentera salib? Punca utama berlaku sedemikian ialah kerana tentera salib itu dibentuk dari mereka yang jahil tentang agama, yang tidak pernah membaca atau melihat Bible sepanjang hayat atau mereka yang tidak menghayati ajaran yang terkandung di dalam Bible. Mereka dihimpunkan menjadi tentera salib di bawah slogan "God wills it".


Mengikut sejarah, pada zaman itu kehidupan penganut Kristian di Timur lebih bertamadun jika dibandingkan dengan Kristian di Barat. Cuma selepas peristiwa berdarah itulah barulah Kristian Ortodoks mengambil pendekatan untuk hidup bersama orang Islam. Menurut Terry Johns, pengulas BBC, dengan berakhirnya perang salib di timur tengah 'telah mewujudkan kehidupan bertamadun dengan gabungan tiga agama di bawah satu bumbung keamanan'.


Nyata bahawa tentera salib itu bukanlah penganut sejati Kristian tetapi mereka terdiri dari orang yang jahil dalam segala ilmu lalu dipergunakan untuk menjayakan sesuatu ideologi walaupun tidak wujud langsung sebarang kepentingan ideologi itu dalam agama. Kekejaman Khmer Rouge di Kemboja menjadi contoh kerana terpengaruh dengan ideologi komunis yang cenderung kepada keganasan. Sebabnya juga kerana mereka terdiri dari orang yang jahil. Mereka yang jahil ini sebenarnya keliru dengan tujuan keganasan yang kononnya digunakan untuk membanteras keganasan (atau untuk agama).

KEHEBATAN ATOM PETANDA KEKUASAAN TUHAN -Harun Yahya -




Susunan Pada Setiap Atom

Setiap atom terdiri daripada nukleus dan elektron-elektron yang berputar mengelilingi nukleus pada jarak yang bersesuaian.

Elektron adalah butir-butir zarah yang berputar di sekeliling paksinya. Di sekeliling nukleus itu sendiri sama seperti puataran 24 jam bumi yang berputar pada paksinya dalam proses melengkapkan putaran orbit selama setahun mengelilingi matahari. Sama juga seperti planet-planet, putaran elektron yang teratur pada orbitnya sangat menakjubkan tanpa sekali pun berhenti.

Putaran dan pusingan berdozen-dozen elektron menyebabkan ‘lalu lintas’ yang amat sibuk di dalam atom yang terlalu kecil untuk dilihat walaupun menggunakan mikroskop berkualiti tinggi. Namun pernahkah kita berfikir bagaimana elektron-elektron yang berputar seperti sekumpulan satelit, mengelilingi nukleus itu tidak pernah sama sekali berlanggar antara satu sama lain. Seandainya terjadi perlanggaran walaupun kecil di dalam atom, ia boleh mengakibatkan kesan yang sangat buruk.

Namun sehingga kini tidak pernah ada kemalangan yang terjadi. Semuanya berjalan mengikut susunan dan aturan yang sempurna tanpa ada sedikit pun cacat celanya. Elektron-elektron yang berputar di sekeliling nukleus tidak pernah berlanggar antara satu sama lain walaupun dalam kelajuan 1000 kilometer sesaat, satu kelajuan yang tidak dapat digambarkan. Kemampuan setiap elektron mengekalkan laluan masing-masing adalah amat menakjubkan.

Persoalannya, mengapakah elektron-elektron yang sama di sekeliling satu nukleus ada orbit yang berbeza? Bagaimana ia mampu berputar mengikut orbitnya tanpa pernah sekalipun tersasar? Bagaimana ia mampu mengelakkan perlanggaran ataupun pergeseran antara satu sama lain dalam proses itu walaupun dengan kelajuan yang sukar dibayangkan. Segala-galanya membawa kita kepada satu kesimpulan. Kebenaran yang berada di hadapan kita ini melibatkan unsur yang tiada tandingannya dan juga keseimbangan yang hebat. Ia adalah bukti kesempurnaan ciptaan Tuhan. Dalam ayat 88 surah an-Naml, Allah menyatakan, “Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan seperti pergerakan awan. Begitulah perbuatan Allah yang membuat sesuatu dengan kukuh; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.

Ayat ini menjelaskan kepada kita hakikat mengapa atom bertindak dan bersifat begitu. Ia adalah kerana Tuhan memberikannya kekuatan dan kekukuhan yang tersendiri. Perkataan bahasa Arab pada “memberikannya kekuatan dan kekukuhan” ialah ‘atqana’ yang bermaksud 'bagi menyusun atau mengatur sesuatu benda bagi mendapatkan hasil yang paling sempurna’. Elektron-elektron di dalam atom berputar secara tetap dan sempurna mengikut laluan yang ditetapkan oleh Tuhan. Hal ini sama seperti apa yang dinyatakan kepada kita dalam ayat tadi.

Atom-atom itu tidak pernah sama sekali tersasar walaupun sedikit. Apatah lagi apabila kita mengambil kira alam semesta ini, kita dapat melihat segala yang terbentuk daripada jirim mereput secara perlahan-lahan mengikut peredaran masa. Ia reput disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti terhakis, pecah dan akhirnya menjadi semakin berkurangan. Namun setakat ini, masih belum ada kerosakan ataupun pereputan yang dapat dilihat di dalam atom selain daripada reaksi nuklear yang terhasil melalui perubahan yang sengaja dilakukan. Seperti yang dinyatakan dalam ayat tadi, atom itu diciptakan dalam keadaan yang sangat kukuh.

Sunday, February 8, 2009

hari ni...satu misi Telah tercapai...or mission complete :)

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah pada hari ini telah berjaya menamatkan satu kursus..
yang mana akan membantu kita dalam menjana atau membina sebuah baitul muslim
yang bermotokan "baiti Jannati"

InsyaALLAH

Saturday, February 7, 2009

Iman Manusia ni TuruN danNaik

hari ni aku pun tak tau nape dengan aku..
rasa cam kosong je...
hmm kadang-kadang kan tak elok jugak kite ni selalu sangat keluarkan pendapat
sebabnya nanti takut kita ni jadi ego.
payah nak terima teguran dan pendapat orang lain tentang diri kita..

itula yang aku rasa sekarang ni
aku cuba untuk jadi yang terbaik untuk diri aku..
namun, tak ada kata-kata yang mampu diungkap

Ya BAARI..ALLAH Yang Maha Merancang
berikanlah perancangan yang terbaik buatku
dan redhakan lah hati ku untuk menerima perancangan itu dengan redha..
aminn

InsyaALLAH

Friday, February 6, 2009

salam

aku nak taip ape ek?
actually xde mende pun nk post..

blog ni macam dh tutup bisnes je
sbb tuan dia sibuk wat bisnes kt luar ni

anyway
ia mungkin akan cuba d aktifkan seaktifnya pada masa akan datang

tunggu ye