Tuesday, February 10, 2009

kecurangan AKADEMIK....APE 2???


Assalamualaikum wbt...

mesti pelik kan kenapa keluar tajuk ni..
sebenarnya tadi baru je kuiz dan sekaligus dengan ujian satu bagi subjek kimia industri..

setakat ini alhamdulillah tak dapat telur ayam pun..maksudnya masih ada markah la..

apa kaitan ye dengan tajuk ini...

kat sini saya cuma nak bagi pendapat je..kita kan negara demokrasi jadi luahkan je la...
betul ke demokrasi...nampak macam banyak pencabulan dalam demokrasi je..
ok la berbalik pada topik kita...

InsyaALLAH lepas habis belajar kt UPSI ni saya akan bekerja.
hasil kerja saya akan jadi dibelanjakan untuk keluarga saya mak, bapa, abang, kakak, adik, suami, anak-anak (PERHATIAN: suami dan anak belum ada lagi..InsyaALLAH akan ada....???)

kalau macam tu saya kena pastikan sumber pekerjaan saya ini adalah dari sumber yang halal.
mesti anda masih tertanya-tanya apa perkaitannya dengan kecurangan akademik..
okla dipendekkan cerita, sekiranya anda melakukan kecurangan akademik bermakna anda telah menipu, pertama kepada diri anda sendiri, kedua kepada pensyarah, ketiga rakan-rakan, keempat ibu bapa...dan yang paling penting anda telah menipu ALLAH swt..

adakah perbuatan menipu ini mendapat redha atau murka ALLAH??
adakah anda mahu ijazah yang akan anda gunakan untuk mendapatkan kerja nanti adalah dari hasil titik peluh "menipu"..
ye "menipu"...ramai yang tahu tapi tidak mahu. Masih ramai yang meniru hanya untuk mendapatkan markah tinggi kemudian mendapat anugerah dekan serta mendapat pujian dari rakan-rakan...

adakah itu yang anda mahu...
kebahagiaan dan kejayaan yang anda rasai tidak akan berkekalan..
diulang "tidak akan berkekalan!!!!!!!!!!!!!!!!"
jadi kesimpulannya..belajar rajin-rajin..
study elok-elok..
lepas tu dapatkan keputusan yang terbaik..

hermm esok dengar kata saya ada satu lagi test..
tak baca apa lagi ni...
tapi tak apa, malam ni kita pulun ek...kalau nak lebih cepat hadamkan nota-nota tu macam sandwich. Boleh???

boleh bah kalu kao...

ok la jumpa lagi lain kali

wassalam

chaiyok2.. :)

P/s peringatan ini untuk diri saya sendiri dan sahabat-sahabat yang terbaca, membaca, dibaca dan sewaktu dengan nya..sama ada dukacita, sukacita, sukarela,paksarela dan sebagainya...

No comments: