Thursday, June 21, 2012

Bentuk kembali hati dan serahkan ia kepada ALLAH dengan penuh pengharapan dan pengabdian kepada -Nya




Back to Allah.

Seriously.

Ia akan membawa kita kepada ketenangan yang tidak terhingga.

WALAU SEREMUK MANA PUN HATIMU, BENTUKLAH IA KEMBALI.

DAH SERAHKAN IA KEMBALI KEPADA ALLAH.

Back to Allah.

Who ever you are....

What ever you have done....

Whenever it is....

Seeks for Allah love.

HE is the one and the only one.

Tiada Tuhan layak disembah melainkan ALLAH dan Nabi Muhamad persuruh ALLAH.

***************************************************************************************

Ingin berkongsi pendapat saya sendiri.

Berdasarkan pemerhatian, pembacaan, perkongsian daripada sahabat-sahabat, ilmu-ilmu yang dikutip dari majlis-majlis ilmu.

InsyaAllah.

Ia mengenai PERKAHWINAN.

**doakan semoga Allah permudahkan dan pelihara perkahwinan saya nanti. Amin **

Menjadi rutin perbualan bila berjumpa sahabat-sahabat dan kawan-kawan lama.

"Dah kahwin ke?"

"Bila nak kahwin?"

Alhamdulillah, syukur jika anda ditanya sebegitu. Itu maksudnya mereka menghormatimu.

Tahu kenapa?

Perkahwinan itu merupakan syariat yang Allah tetapkan untuk menyatukan dua hati insan ajnabi yang berlainan jantina.
Bila ditanya mengenai perkahwinan menunjukkan anda seorang yang mengikut aturan yang Allah sudah tetapkan.

Berlainan bila orang bertanya kepada anda.

"Sekarang ni couple dengan siapa?"

"Ko masih dengan pakwe lama ke?"

Nampak tak perbezaannya sekarang.

Mengapa mahu yang HARAM sedangkan Allah telah sediakan yang HALAL buat kita.

Si A: " Saya nak jadikan awak HALAL untuk saya."

S B: "Eh, saya ni haram macam b*bi ke awak nak saya jadi halal ni?"

Si C: "Kalau nak pegang b*bi lagi elok dari pegang wanita yang tidak halal buat kita sebab pegang b*bi boleh sama, pegang hang dapat DOSA"

Allahu....


Semoga Allah merahmati kita. Semoga Allah memberkati kita. Semoga urusan kita diuruskan oleh Allah.

Semoga dengan perkahwinan yang dibina menambah kecintaan kepada Allah. Semoga kita menambahkan ummat yang akan menjadikan Islam sebagai ADDIN dalam kehidupan seharian dan menjadi ummat yang berselawat dan memelihara syariat.


Terima kasih Ya Allah

Alhamdulillah.

GEMBIRA hari ini.

Murid-murid gembira, cikgu lagi la gembira.

Cuma terlupa untuk mengambil gambar bersama mereka.

Syukur.

Idea itu semua datang daripada Allah.

Syukur.

Rasa tenang dan kelancaran tugasan ini adalah anugerah daripada Allah.

Lepas ni kena terus berusaha dan JADI RAJIN.

RAJIN.

RAJIN.

^_^

BUAT KERJA SEMENTARA MASIH ADA KELAPANGAN.

InsyaAllah ada agenda yang Allah sudah tentukan bulan Julai sebelum Ramadhan datang.

Alhamdulillah..esok nak ambil gambar ^__^ belum menembak di sekolah lagi.

Wednesday, June 20, 2012

KULIAH PERDANA: Keuntungan Sebagai Umat Rasulullah SAW Iktibar daripada Isra' dan Mi'raj'



Photo: YADIM & SAF Sarawak Bersama Masyarakat sempana Isra' & Mi'raj 1433H

InsyaAllah, ana akan bersama-sama sahabat ana ke Masjid Nur Sa'adah, di Kampung Segubang, Bau pada 23 Jun 2012 (sabtu)


Konvoi seramai 80 orang Sukarelawan Al-Falah, dan selebihnya sahabat dari Madrasah Al-Khairat dan sahabat-sahabat taman syurga akan ke sana.

InsyaAllah, nanti ana update gambar selepas program.

Semoga program berjalan lancar. InsyaAllah amin.. ^_^

Keep On Upgrading...


Cuba cek kat HP, kredit masih boleh guna ke dah "expired date".

Mesti kita akan pastikan ia sentiasa "available" untuk kegunaan bila-bila masa.

Dan ada yang sanggup menggunakan bil kerana mereka amat memerlukan kredit untuk berhubung dan memudahkan urusan harian.

Kenapa mesti "TOP UP" kredit sentiasa?

Dan kenapa ada sebilangan BESAR kita lupa untuk TOP UP amal dan Ilmu yang amat dan lebih penting dari segalanya.

Jom sama-sama "Upgrade diri" dari semasa ke semasa.

InsyaAllah.

Mahu berCINTA-CINTA di TAMAN SYURGA bukan neraka.

Tuesday, June 19, 2012

InsyaAllah.. Serahkan Hati kepada ALLAH...ALLAH knows the best for us

InsyaAllah.

Satu pengharapan dan penyerahan sepenuh hati kepada Allah.

Saya masih mendidik diri untuk terus menjadi "baik".

berusaha memastikan ia berterusan dan dibantu oleh sahabat-sahabat taman Syurga anugerah dari Allah.

CINTA ITU MEMBUNUH sekiranya tidak dipagari IMAN dan ISLAM.

Cinta itu ibarat PISAU yang mampu membunuh sekiranya disalahgunakan.

InsyaAllah, mari sama-sama membawa diri untuk terus mencintai Allah, Rasulullah SAW, Ahlul Bait, dan sahabat ra.

Cinta kepada Ibu bapa dan keluarga dan menyebarkan rasa cinta dan MAHABBAH cinta kepada Rahmatanbila'lamin....Rasulullah Saw.

Mari bersama gapai cinta yang membawa kita ke syurga.

Bukan cinta yang membawa ke neraka.

Jika benar cinta, dekatkan diri kepada Allah.

Semoga kita bersama-sama mempersiapkan diri untuk meraih.

Ramadhan sudah begitu hampir, persiapkan diri.

persiapkan diri.

Terima kasih CIKANG's the geng.... Semoga Allah menjaga kalian semua..



Monday, June 18, 2012

Tanya sama hati

Tanya sama pokok,
Apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok,
Angin yang goncang.

Tanya sama hati,
Apa sebab sayang,
Nanti jawab hati,
..................................


Fill in the blank.

Alhamdulillah.

Induksi biro Al-Khairat berakhir dengan baik. Walaupun terasa kesakitan sebab sakit yang tidak berpunca. Syukur kerana terpilih ke sini. Semoga kita semua istiqamah. Maaf buat semua kerana tidak bersama semasa pembentangan SWOT.


Kamera yang dipinjamkan oleh adik saya. Alhamdulillah, banyak manfaatnya. Kelihatan si DUMO milik sahabat mengaum di situ.

Secara jujur, saya bersyukur diertemukan dengan Madrasah Al-Khairat. Pengasasnya ialah Habib Syed Muhammad ibn Alawi Al-Attas.


Pencerahan matlamat induksi oleh saudara Khairul Anwar Shazali. Individu yang mula-mula saya kenali semasa Usrah di semenanjung lagi.


Saudara Pengerusi Biro Al-Khairat, Ustaz Zamri ibn Bali dan Setiausaha yang setia berusaha Teacher Ahmad Syahmeer dan bersama adalah pelajar Madrasah Al Khairat.


Saudara mimit ^_^ atau nama sebenarnya Muhammad Nadzmi. InsyaAllah bakal peneraju dan pelapis Biro Al-Khairat. Yang menulis saudara Azizul merupakan pelajar di Madrasah Al-Khairat.


Orang-orang kuat Biro Al-Khairat. Abang Azrul Jaini sanggup terbang jauh dari Miri untuk bersama-sama dalam induksi ini.


Pengisian daripada Habib Muhammad, mengupas Kitab Aqidatul Awwam secara bertalaqqi.


Senyuman daripada guru yang sangat berhikmah dan sentiasa meraikan pelajar-pelajarnya dan menitik beratkan hal ilmu.


Qasidah ^___^


Saya ambil kata-kata ini daripada Facebook seorang sahabat juga orang yang saya jumpa semasa usrah di KL. Abang Azrul Jaini.

Salam. Terima kasih buat warga Biro Khairat atas program induksi. Maaf atas segala salah dan silap, terlebih guro, terlebih makan. Moga ada manfaatnya pertemuan kita, datang dan perginya mendapat keampunan dan redha Allah.

Apabila rasa 'down' atau lemah atau malas, kenanglah Habib Mohammad. Perjuangan beliau lebih 30 tahun berdakwah satu contoh istiqamah yang luar biasa sekali. Habib tidak pernah berputus asa, tiada keluhan, tiada bermuram durja, tiada undur ke belakang, apatah lagi meminta-minta pertolongan terhadap orang lain. Beliau datang jauh dari Acheh, berhijrah demi kita, di lubuk dakwah yang subur: Sarawak...

Rebutlah peluang menabur bakti kepada pewaris Rasulullah... mudah-mudahan, meraih syafaat daripada Sang Kekasih, Sayyiduna Nabi Muhammad s.a.w...

Allahumma solli wasallim wabarik 'alaih! ;)

Jangan pernah berputus asa.

Memulakan langkah hari ini, semoga harapan dan impian untuk mewujudkan Yayasan Al-Khairat selari dengan Aqidah Ahli Sunnah Wa Jamaah (ASWJ) mekar di tanah air tercinta, Sarawak Ibu Pertiwiku.

Cinta Allah.

Cinta Rasulullah saw.

Cinta Ahlul Bait

dan cinta kepada Sahabat ra.

Semoga kita semua istiqamah dan walau di mana berada kita seperti kata pepatah, ditikam ke laut menjadi pulau, di tikam ke darat menjadi gunung.

Semoga usaha kecil yang kita lakukan membantu kita di sana kelak.

Semoga ukhwah dan persaudaraan yang telah terjalin, dijaga dan disemai dengan akhlak mulia, hormat-menghormati dan semoga dijauhkan daripada FITNAH dunia yang sentiasa menunggu di mana-mana dan bila-bila masa.

Semoga kita jumpa lagi di slot-slot dan program-program yang telah direncanakan.

Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad Saw serta keluarga dan para sahabat.

Semoga kita berjumpa di Jenderam untuk majlis Maulid Akbar..Amin..

Semoga Allah rezekikan kita berjumpa lebih ramai orang-orang yang soleh.

Semoga Allah rezekikan kita bertemu dan bersama di majlis wali-wali Allah.

Semoga kita berjumpa di syurga kelak.

Tiada kecintaan yang lebih BESAR dan MULIA jikan dibandingkan dengan KECINTAAN kepada Allah dan kekasih-Nya Muhammad SAW.

Thursday, June 14, 2012

Hati-hati dengan hati

Assalamualaikum....

Hati-hati dengan hati.

Biar dekat dengan Ilahi.

Jangan lalai dan leka dengan duniawi.

Aku mahu sendiri.

Wednesday, June 13, 2012

Bawakan CINTA ini kepada Ilahi

Bismillahirahmanirahim...

Allahu....masa terasa bergerak terlalu pantas.

Cuti sekolah 2 minggu terasa sekejap sahaja.

Urusan lebih banyak dari masa yang ada.

Ada khabar gembira buat aku mahu tersenyum sahaja tapi aku tidak mahu leka kerana selepas itu lebih banyak cabaran bakal aku terima.

Menerima diri seadanya.

Dan terus memperbaiki diri dari semasa ke semasa.

Rasa bahagia kerana Allah itu Maha Mengasihani dan Menyayangi ku.

Syukur dengan nikmat dan rezeki yang tidak pernah putus dari Allah.

Itu pun masih banyak aku meminta-minta kerana Allah tempat bergantung harap sepenuhnya.

Aku senang dengan kehadiran mereka. Dan dia, dia, dia, dia-dia (mereka) mewarnai duniaku.

Syukran.

Merasakan cinta, kasih, sayang dan rindu yang membuak-buak di dada.

Tanda kasih sayang yang Maha Esa memberikan perasaan senang dengan kehadiran mereka.

Semoga Allah menjaga mereka.

Sungguh saya rindu.

Sungguh saya cinta.

Sungguh saya sayang.

Sungguh saya kasih.

semuanya ada bersama.

^________^ bahagia anugerah yang Maha Pemurah kepada kita.


Friday, June 8, 2012

Semoga istiqamah dan selawat sentiasa dialunkan buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW

Photo

Bacaan Maulid Daibaie...

Dua minggu hadir ke Madrasah Al Khairat tanpa melihat Habib Muhammad ibn Alawi Al Attas.

Rindu rasanya mahu mendengar kata nasihat dan bicara daripada nya.

InsyaAllah minggu depan mahu bersua.

InsyaAllah amin.

Semoga perjalanan diredhai Allah.

Semuanya kerana Allah dan cinta Rasulullah SAW.

P/s rasa nak ziarah makan Rasulullah saw sebelum berkahwin...jumpa kekasih teragung dulu..

Thursday, June 7, 2012

Hakikat Kehidupan perlu dihadapi bukan LARI


Syukran atas ukhwah yang dihulurkan.

Syukran sudi menjadi sahabat hamba yang penuh dosa ini.
Tatkala kita dihimpit dengan dosa semalam, menangislah dan kemudian, bangkitlah dengan keringat dan kudrat yang ada untuk berbuat sebanyak-banyak kebaikan.
Allahurabbi

Terkedu dengan kekhilafan diri.

Apa bisa aku masih begini.

Sedang diri memerlukan bimbingan dan ilmu untuk terus menerusi hidup.

Tatkala perkhabaran yang menyentap hati.

Aku tiada apa-apa

Aku tidak punya siapa

hanya Allah tempat bergantung harap.

Cukuplah Allah bagiku.