Monday, June 18, 2012

Tanya sama hati

Tanya sama pokok,
Apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok,
Angin yang goncang.

Tanya sama hati,
Apa sebab sayang,
Nanti jawab hati,
..................................


Fill in the blank.

Alhamdulillah.

Induksi biro Al-Khairat berakhir dengan baik. Walaupun terasa kesakitan sebab sakit yang tidak berpunca. Syukur kerana terpilih ke sini. Semoga kita semua istiqamah. Maaf buat semua kerana tidak bersama semasa pembentangan SWOT.


Kamera yang dipinjamkan oleh adik saya. Alhamdulillah, banyak manfaatnya. Kelihatan si DUMO milik sahabat mengaum di situ.

Secara jujur, saya bersyukur diertemukan dengan Madrasah Al-Khairat. Pengasasnya ialah Habib Syed Muhammad ibn Alawi Al-Attas.


Pencerahan matlamat induksi oleh saudara Khairul Anwar Shazali. Individu yang mula-mula saya kenali semasa Usrah di semenanjung lagi.


Saudara Pengerusi Biro Al-Khairat, Ustaz Zamri ibn Bali dan Setiausaha yang setia berusaha Teacher Ahmad Syahmeer dan bersama adalah pelajar Madrasah Al Khairat.


Saudara mimit ^_^ atau nama sebenarnya Muhammad Nadzmi. InsyaAllah bakal peneraju dan pelapis Biro Al-Khairat. Yang menulis saudara Azizul merupakan pelajar di Madrasah Al-Khairat.


Orang-orang kuat Biro Al-Khairat. Abang Azrul Jaini sanggup terbang jauh dari Miri untuk bersama-sama dalam induksi ini.


Pengisian daripada Habib Muhammad, mengupas Kitab Aqidatul Awwam secara bertalaqqi.


Senyuman daripada guru yang sangat berhikmah dan sentiasa meraikan pelajar-pelajarnya dan menitik beratkan hal ilmu.


Qasidah ^___^


Saya ambil kata-kata ini daripada Facebook seorang sahabat juga orang yang saya jumpa semasa usrah di KL. Abang Azrul Jaini.

Salam. Terima kasih buat warga Biro Khairat atas program induksi. Maaf atas segala salah dan silap, terlebih guro, terlebih makan. Moga ada manfaatnya pertemuan kita, datang dan perginya mendapat keampunan dan redha Allah.

Apabila rasa 'down' atau lemah atau malas, kenanglah Habib Mohammad. Perjuangan beliau lebih 30 tahun berdakwah satu contoh istiqamah yang luar biasa sekali. Habib tidak pernah berputus asa, tiada keluhan, tiada bermuram durja, tiada undur ke belakang, apatah lagi meminta-minta pertolongan terhadap orang lain. Beliau datang jauh dari Acheh, berhijrah demi kita, di lubuk dakwah yang subur: Sarawak...

Rebutlah peluang menabur bakti kepada pewaris Rasulullah... mudah-mudahan, meraih syafaat daripada Sang Kekasih, Sayyiduna Nabi Muhammad s.a.w...

Allahumma solli wasallim wabarik 'alaih! ;)

Jangan pernah berputus asa.

Memulakan langkah hari ini, semoga harapan dan impian untuk mewujudkan Yayasan Al-Khairat selari dengan Aqidah Ahli Sunnah Wa Jamaah (ASWJ) mekar di tanah air tercinta, Sarawak Ibu Pertiwiku.

Cinta Allah.

Cinta Rasulullah saw.

Cinta Ahlul Bait

dan cinta kepada Sahabat ra.

Semoga kita semua istiqamah dan walau di mana berada kita seperti kata pepatah, ditikam ke laut menjadi pulau, di tikam ke darat menjadi gunung.

Semoga usaha kecil yang kita lakukan membantu kita di sana kelak.

Semoga ukhwah dan persaudaraan yang telah terjalin, dijaga dan disemai dengan akhlak mulia, hormat-menghormati dan semoga dijauhkan daripada FITNAH dunia yang sentiasa menunggu di mana-mana dan bila-bila masa.

Semoga kita jumpa lagi di slot-slot dan program-program yang telah direncanakan.

Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad Saw serta keluarga dan para sahabat.

Semoga kita berjumpa di Jenderam untuk majlis Maulid Akbar..Amin..

Semoga Allah rezekikan kita berjumpa lebih ramai orang-orang yang soleh.

Semoga Allah rezekikan kita bertemu dan bersama di majlis wali-wali Allah.

Semoga kita berjumpa di syurga kelak.

Tiada kecintaan yang lebih BESAR dan MULIA jikan dibandingkan dengan KECINTAAN kepada Allah dan kekasih-Nya Muhammad SAW.

1 comment:

Unknown said...

kmk suka post tok. :)