Wednesday, June 13, 2012

Bawakan CINTA ini kepada Ilahi

Bismillahirahmanirahim...

Allahu....masa terasa bergerak terlalu pantas.

Cuti sekolah 2 minggu terasa sekejap sahaja.

Urusan lebih banyak dari masa yang ada.

Ada khabar gembira buat aku mahu tersenyum sahaja tapi aku tidak mahu leka kerana selepas itu lebih banyak cabaran bakal aku terima.

Menerima diri seadanya.

Dan terus memperbaiki diri dari semasa ke semasa.

Rasa bahagia kerana Allah itu Maha Mengasihani dan Menyayangi ku.

Syukur dengan nikmat dan rezeki yang tidak pernah putus dari Allah.

Itu pun masih banyak aku meminta-minta kerana Allah tempat bergantung harap sepenuhnya.

Aku senang dengan kehadiran mereka. Dan dia, dia, dia, dia-dia (mereka) mewarnai duniaku.

Syukran.

Merasakan cinta, kasih, sayang dan rindu yang membuak-buak di dada.

Tanda kasih sayang yang Maha Esa memberikan perasaan senang dengan kehadiran mereka.

Semoga Allah menjaga mereka.

Sungguh saya rindu.

Sungguh saya cinta.

Sungguh saya sayang.

Sungguh saya kasih.

semuanya ada bersama.

^________^ bahagia anugerah yang Maha Pemurah kepada kita.


No comments: