Wednesday, February 18, 2009

keseDiHAN Yang Tak TerTanggunG


Assalamualaikum wbt...

KeSedihan yAng Tak TertaNggunG..

Entah dari semalam lagi air mata ini mengalir kerana teringatkan dosa0dosa yang telah aku lakukan...

ilmu ku sangat sedikit...malah aku seperti tiada usaha untuk menambahnya walau aku sedar perkara itu...

tiap detik nadi yang ALLAH bagi ini tidak dibalas dengan rasa bersyukur dengan nikmat-nikmat ALLAH yang melimpah ruah..

aku takut andai aku bersukaria pada saat ini...
ramai saudar-saudara ku berada dalam kesusahan dan kepayahan..

Aku dalam di lema...dengan kerja dan tugasan universiti yang menuntut aku mengorbankan masa dan tenaga...

dengan gerak kerja yang harus aku teruskan untuk terus menjadi menjadi penyokong dan pendokong kepada agama yang tercinta...

kadang-kala aku pasrah..

petikan dari blog lillah yang sempat aku baca dalam memotivasikan diri yang dalam kesedihan ini..syukran ya ukhti

kita tidak pernah bersendirian...

ALLAH sentiasa bersam kita...
ingatlah selalu ALLAH sentiasa melihat, mendengar kerana DIA sangat dekat dengan kita...


Ya ALLAH, Ya Rahman, Ya Rahim...

bantulah hambaMu ini dalam mencari sinar kehidupan yang dilimpahi dengan rahmat dan taufik MU..

berikanlah kami petunjuk ke jalan yang benar dan jangan Engkau palingkan hati kami kepada kesesatan setelah Kau berikan kami cahaya..

Ya Malik ,
sesungguhnya Kau Maha Berkuasa, maka bantulah kami dengan kekuasaanMu itu agar kami kuat dalam menentang dakyah-dakyah yang cuba menghancurkan agamaMu ini...

Ya Baari, Kau yang Maha Merancang...

berikan lah perancangan ynag terbaik untuk kami...
andai kami tersilap langkah, Kau perbetulkanlah kami...

sesungguhnya setiap ibadahku, solatku adalah untuk Mu semata-mata


Ya Rabb,
Kau berikan kami kekuatan, sehingga menimbulkan rasa gerun kepada kami..
Kau berikan lah kekuatan iman yang mampu mengawal kami daripada melakukan perkara yang mengundang murka-Mu


selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, kaum keluarga dan sahabat..

amin...

p/s mohon para sahabat mendoakan pemilik blog ini agar dia sentiasa kuat dalam manghadapi hidup yang penuh dengan cabaran ini...

No comments: